Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 144
July 14, 2022
Jawatan Kosong Di Khazanah Nasional – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di Khazanah Nasional dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. AVP, Investments – Investment Monitoring and Management Unit
2. Associate, Investments – Technology
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Khazanah Nasional.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – Gaji RM1,493.00 – RM5,672.00!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S29
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 15 JULAI 2022 (Jumaat)Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Bekas Isteri Radhi OAG Enggan Tarik Balik Tuduhan
Selepas Radhi mengaku sudah memeohon maaf dan merayu akan bekas isterinya itu menarik balik tuduhan terhadapnya. Kini Shahira menyatakan bahawa dia enggan menarik balik tuduhan yang duibuat dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung kes memukul dan mencederakan dirinya yang dilakukan oleh penyanyi itu.
Radhi ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara , Selangor selepas didakwa memukul bekas isteri namun penyanyi itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut .
Pasangan Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aisyah masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.
Radhi yang tidak mahu isu rumahtanganya menjadi perbualan hangat di media sosial memohon bekas isterinya itu menarik balik tuduhan demi anak – anak dan mertuanya.
Malah mengakui masih berhubungan baik dengan mertuanya dan tidak akan sesekali memutuskan hubungan mereka walaupun sudah berpisah dengan bekas isterinya itu.
\
Radhi sempat menyatakan rasa terkilan apabila isu rumah tangga mereka berlarutan sehingga menjadi kes mahkamah kerana bekas isterinya tidak mahu menyelesaikannya secara baik melalui perbincangan.
Bekas isteri kepada penyanyi Radhi OAG iaitu Nur Shahira Ayu tidak mahu memanjangkan isu ini dan cukuplah sekadar memberi kenyataan di mahkamah supaya ia boleh diselesaikan segera.
“Saya tidak akan tarik semula pertuduhan dan biarlah mahkamah selesaikan kes ini.”
“Lebih baik beri kenyataan sudah minta maaf. Cukuplah beri keterangan yang diminta mahkamah sahaja,” katanya lagi.
Sementara itu, Ayu mengatakan bahawa mereka sukar untuk mencapai kata sepakat kerana sering bergaduh setiap kali berjumpa sebelum ini dan memohon agar Radhi tidak menggunakan alasan anak- anak bagi menutup kesalahannya,
“Janganlah guna alasan demi anak-anak. Lebih baik buang ego itu dan perbaiki diri untuk masa depan.”
“Macam mana nak selesaikan cara baik kalau setiap kali berjumpa kami bergaduh. Bercakap di telefon pun sama juga.”
“Janganlah guna alasan demi anak-anak. Lebih baik buang ego itu dan perbaiki diri untuk masa depan.
“Kalau tanya tentang memaafkan, saya tiada komen sebab tidak boleh terima apa yang dia lakukan,” ujarnya.
Nampaknya kejadian yang berlaku meninggalkan kesan buruk kepada bekas isterinya sehingga sudah tidak mahu memaafkan Radhi dan memberikan peluang kedua kepadanya.
Harga Minyak Mingguan Pada Bulan Julai 2022
Setiap minggu akan ada naik dan turunnya harga minyak di Malaysia. Kita sudah memasuki bulan baharu bagi tahun 2022 iaitu bulan Julai. Berapakah harga minyak minggu ini di bulan Julai 2022 ini, adakah harga akan naik, turun atau kekal? Untuk makluman, harga minyak Petrol dan Diesel akan ditetapkan secara harga mingguan bermula dari 1 Januari 2019. Sebagai panduan semua, berikut adalah harga minyak minggu ini 14 Julai Hingga 20 Julai 2022 merangkumi harga bahan api petrol RON 95 dan RON 97 serta Diesel.
Sumber gambar: harian metro
Walaubagaimanapun, pengumuman yang telah dibuat Menteri Kewangan Tengku Zafrul harga runcit rasmi petrol RON95, RON97 dan diesel di Malaysia akan ditetapkan berdasarkan kepada harga pasaran semasa dan akan disemak secara mingguan mengikut mekanisme “managed float’ dan harga mingguan akan diumumkan. Ini bermakna jika harga minyak global naik maka harga runcit minyak juga akan naik, begitu juga sebaliknya.
Cuci Barang Kemas Sendiri Dirumah , Mudah & Jimat
Barang kemas adalah barang perhiasan yang paling disukai oleh wanita malah menjadi tarikan utama berbanding barangan mewah yang lain.
Barang kemas juga menjadi simbolik dalam sesebuah ikatan dan hubungan hingga ke perkahwinan , barang kemas juga menjadi aset penting kepada wanita apabila memerlukan wang secara tiba – tiba.
Ada wanita yang suka menyimpan dan memakai barang kemas semasa keramaian dan ada juga yang suka memakai barang kemas untuk basahan dan menyebabkan warnanya kelihatan kusam dan nampak tidak bersinar seperti keadaan barang kemas yang sepatutya berkilau setiap masa.
Biasanya barang kemas dihantar ke kedai untuk mencuci dan memberikan warna yang lebih menarik semasa dipakai . Ini cara yang digunakan oleh penggemar barang kemas yang paling mudah dipraktikkan dirumah sahaja tanpa menggunakan bahan yang mahal dan mudah didapati,
Bahan-bahan:
Sabun pencuci pinggan ( saya guna jenama sunlight)
Berus gigi
Lemon
Cara – cara :
Rendam barang kemas di dalam air panas bersama sabun pencuci pinggan dan lemon selama setengah jam.Sental dan cuci barang kemas dengan menggunakan berus gigi, gogok pada semua bahagian.Bilas guna air paip.Rendam seketika dalam air panas dan keringkan dengan kain bersih.BArang kemas akan lebuh bersinar dan bersih daripada kotoran.July 13, 2022
“Sebab dia Derhaka ,”- Neelofa.
Setelah dikritik sebagai inai yang tidak sah wuduk kerana boleh dikikis , kini inai inai Lofa masih menjadi perbualan hangat kerana pengguna porduk ini tidak berpuas hati dengan warna yang terhasil daripada bancuhan inai tersebut.
Banyak video yang viral di Tik Tok berkenaan inai Nunha malah menjadi pendebatan antara peminat dan juga netizen yang nampaknya sengaja memburukkan lagi keadaan .
Inai NunHa yang telah mendapat sambutan hangat daripada peminat Lofa mendapat sindiran daripada netizen kerana memiliki warna yang aneh dan tidak seperti inai daun yang sepatutnya berwarna kemerahan .
Malah rata- rata netizen mempertikai warna inai terbabit yang pekat seakan-akan lebam seolah-olah kuku buruk atau rosak dan seperti warna gothik yang tidak melambangkan kewanitaan .
Tampil bersuara mengenai isu tersebut, Neelofa menegaskan bahawa inainya tidak menggunakan pewarna makanan tiruan sebaliknya menggunakan bahan semula jadi.
Tular video dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi Tik Tok yang mana Neelofa mengatakan perkara itu tidak akan terjadi jika mereka tidak ‘derhaka’ serta mengikut arahan yang diberikan semasa menyediakan inai tersebut.
https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/07/wk4xkj-1.mp4
Neelofa meluahkan rasa kecewa kerana ramai yang cuba memburukkan produk keluarannya seolah – olah dia tidak mengambil berat tentang produknya yang sudah mempunyai ramai agent di seluruh Malaysia.
Malah mendakwa pengguna produk itu sebagai derhaka kerana tidak mengikuti arahan yang diberikan sehingga menghasilkan warna inai yang tidak cantik dan menyalahkan produknya itu.
“Ada hamba Allah ini, dahlah tak ikut instructions , pantang larang, derhaka ukuran air, derhaka semua. Tapi, tak jadi sebab. Tak keluar warna inai dia. Itu sebab dia derhaka,” katanya.
Tidak menyokong dan menentang keras tindakan segelintir pihak yang sengaja menyebarkan video tentang keburukkan inainya malah cuba mempromosikan produk orang lain.
Neelofa menyatakan perlakuan itu adalah tidak baik bagi sesama peniaga yang mencari rezeki kerana ianya bole menutup periuk nasi orang lain dan membuatkan perselisihan faham berlaku antara penjual inai.
“Lepas tu upload video di TikTok. Sebab dia, video-video itu membuatkan orang tak percaya atau menutup periuk nasi orang lain. Sebenarnya, ia sangatlah tidak baik.
“Kita sebenarnya ini, semuanya sama mencari rezeki. Tapi disebabkan dia berniat tidak baik untuk war-warkan inai ini tak jadi pun. Padahal dia tak tahu cara pakai yang betul,” katanya.
Namun ramai juga yang gemar dengan warna inai Nunha dan suka dengan warna unik yang dihasilkan selepas menggunakan inai ini malah turut berkongsi cara yang mudah untuk meyediakan inai ini agar warna lebih menyerlah dan memuaskan hati.
Cara Hilangkan Eyebag Dengan Bahan Semulajadi
Lingkaran gelap bawah mata seperti panda boleh membuatkan wajah kelihatan tua dan kusam. Malah ianya sukar untuk dilenyapkan walaupaun dengan makeup yang tebal sehingga nampak bertampok pada bahagian mata.
Kesan hitam bawah mata menjadikan individu merasa rendah diri dan tidak yakin berhadapan dengan orang ramai kerana sering ditanya tentang perkara tersebut sehingga merasa tertekan.
Lingkaran dan lebam bawah mata terjadi disebabkan oleh masa tidur yang tidak menentu serta selalu berjaga pada waktu malam adalah salah satu faktor utama terjadinya eyebag.
Terdapat beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat eyebag yang teruk ini dan ianya ternyata berkesan apabila dilakukan sebagai rutin harian .
7 penyebab kantung mata menjadi bengkak dan hitam.
1. Tidur yang terganggu
2. Tidur yang berlebihan
3. Tertekan (Stress)
4. Terlalu penat
5. Mengalami kegatalan pada bahagian mata dan kawasan
kulit
6. Kulit sensitif pada bahan-bahan kosmetik
7. Penuaan (Aging)
Cara menghilangkan lingkaran hitam dengan bahan-bahan semulajadi
1. Aloe vera
Ramai yang tidak tahu bahawa daun lidah buaya (Aloe vera) boleh memberikan kelembapan kepada struktur kulit. Daun lidah buaya juga kaya dengan khasiat serta dapat membuat kawasan sensitif bertukar menjadi lebih sihat.
Gunakan daun lidah buaya yang masih segar dan dengan mengunakan kapas lembut sapukan lendiran lidah buaya tadi pada bahagiab di bawah lingkaran mata . Lalu urutkan kawasan berkenaan selama beberapa saat .
Biarkan gel lidah buaya selama 10 himgga 12 minit. Selepas itu cuci gel-gel tadi dengan mengunakan kapas yang lembap. Anda boleh saja ulangi rutin ini sebanyak sekali dalam sehari. Sebaik – baiknya gunakan pada waktu sebelum tidur.
2. Cuka Epal
Kandungan vitamin, mineral dan juga enzim yang terdapat di dalam cuka epal boleh memberikan kesegaran dibawah lingkaran mata. Hanya memakan masa beberapa hari lingkaran hitam pasti akan hilang dan tidak akan kembali lagi.
Caranya lebih kurang sama dengan mengunakan aloe vera. Hanya mengunakan cotton buds dan sedikit cecair cuka epal. Oleskan cuka epal tadi dikawasan lingkaran hitam bawah mata dan biarkan hingga kering.
Ulangi rutin rawatan ini sebanyak dua kali sehari. Semasa menyapukan cecair cuka epal ke kawasan bawah mata, lakukan dengan berhati-hati kerana bimbang terkena pada bahagian mata.
Sekiranya terkena pada mata, cuci bahagian yang terkena cuka epal tadi dengan air bersih.
3. Timun
Timun sangat kaya dengan khasiatnya dan ianya sangat sesuai untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Timun juga mempunyai banyak antioksidan seperti orientin, vitexin serta cucurbitacin yang membantu untuk melenyapkan eyebag.
Cuma hiriskan timun menjadi hirisan yang nipis . Kemudian letakkan selama 30 minit di dalam peti sejuk beku. Selepas itu ambil 2 kepingan timun tadi dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan selama 10 minit sebelum membilas dengan mengunakan air bersih.
4. Tomato
Hanya perlukan 1 sudu jus tomato dan 1 sudu jus lemon. Gabungkan kedua-dua jus tadi kemudian sapukan dikawasan lingkaran gelap yang bermasalah. Biarkan selama 10 minit dan bilas mengunakan air yang bersih. Ulang rutin rawatan ini setiap hari selama 2 hingga 3 minggu sehingga lingkaran bawah mata betul-betul hilang.
5. Uncang teh hijau
Cuma perlu celupkan uncang teh hijau ke dalam peti sejuk beku dan biarkan selama 2 hingga 5 minit sampai betul-betul sejuk. Kemudian letakkan uncang tadi dibahagian mata dan biarkan selama 15 minit.
Ulang rawatan tadi setiap hari sehingga anda lihat kesannya di bahagian mata.
Lingkaran hitam dibawah mata adalah akibat dari salur darah yang semakin membesar. Uncang teh hijau boleh membantu menghilangkan masalah itu. Ia boleh mengurangkan salur darah yang membesar serta lingkaran hitam akan hilang sikit demi sedikit. Selepas mengamalkan kaedah tersebut mata anda akan nampak lebih segar dan bermaya.
6. Madu
Cuma sapukan madu dikawasan yang bermsalah. Biarkan madu meresap selama 15 hingga 20 minit sebelum membersihkannya. Ulangi rawatan tadi sebanyak dua kali sehari.
Madu juga mempunyai banyak khasiat dan juga sumber antioksidan yang mengandungi pelembap. Pada masa yang sama madu boleh membantu memberikan kelembapan serta kelembutan pada kulit. Tanpa anda sedari lingkaran hitam bawah mata juga akan hilang.
7. Lemon
Khasiat lemon bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata juga sangat penting. Jus lemon juga memainkan peranan penting dalam mencerahkan kulit. Lemon sangat kaya dengan vitamin C. Antioksidan yang terkandung di dalam lemon juga boleh memulih dan mengembalikan kesegaran kulit. Pada masa yang sama ia boleh memutihkan juga.
Amalkan rawatan ini sebanyak dua kali sehari. Sapukan jus daripada lemon tadi ke bahagian bawah mata. Biarkan kering sehingga 10 minit sebelum membersihkannya dengan air bersih. Jangan ketinggalan untuk sapukan moisturizer pada bahagian kulit agar kulit tidak terlalu kering.
Rooney Jurulatih Baharu DC United!
DC United. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Wayne Rooney mengecam kritikan mengenai perpindahannya ke Amerika Syarikat, selepas beliau diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu D.C. United semalam.
Rooney sebelum ini pernah bermain untuk United pada 2018 dan 2019 sebelum meninggalkan francais untuk menyertai Derby County sebagai jurulatih pemain dalam Kejohanan.
Bekas pemain berusia 36 tahun itu kemudian bertindak sebagai pengurus Derby, selepas mengambil alih tugas daripada Phillip Cocu pada Januari 2021 tetapi gagal menyelamatkan kelab daripada penyingkiran.
Rooney percaya kembali ke MLS untuk melatih bukanlah satu langkah mundur, tetapi lebih-lebih lagi, masanya di Derby County menyediakannya untuk peranan ini.
“Saya telah melihat beberapa artikel, sudah tentu di England, mengenai kemungkinan langkah mundur dalam karier pengurusan saya,” katanya.
“Saya benar-benar mendapati bahawa ia agak tidak menghormati liga ini. Saya rasa pengalaman yang saya perolehi di Derby County sejak 18 bulan lalu sangat bagus untuk perkembangan saya sebagai jurulatih, sebagai pengurus.”
“Untuk datang ke sini kembali ke MLS, kembali ke D.C. United, adalah satu cabaran yang menarik buat saya – sesuatu yang saya rasa boleh membangunkan saya sebagai jurulatih.”
Mengenai kelab yang bakal dikendalikannya, Rooney berkata, “Pasukan perlu meningkat, saya rasa itu jelas untuk dilihat oleh semua orang,” katanya. “Saya benar-benar berfikir dengan keupayaan saya untuk membangunkan pemain muda — sudah tentu kami bekerja keras untuk mendapatkan beberapa pemain baharu — kami benar-benar boleh membawa kelab ini ke cara yang berjaya sekali lagi.
“Saya seorang yang bercita-cita tinggi. Suatu hari nanti saya mahu menguruskan di peringkat atasan, dan ini adalah sebahagian daripada proses itu dari segi datang ke sini dan cuba membangunkan kelab ini, cuba mencapai kejayaan di sini, tetapi juga membangunkan diri saya sebagai seorang pengurus.”
Malaysia Mudah Ke Final, Atasi Cabaran Vietnam!
B-19 Piala AFF 2022 Indonesia. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Skuad Harimau Malaya B-19 negara menampilkan aksi bertenaga ketika berdepan lawan yang juga juara Kumpulan A, Piala AFF iaitu Vietnam serta menewaskan mereka 3-0.
Anak buah Hassan Sazali Warras itu mendahului di Stadium Patriot Candrabhaga menerusi percubaan menarik Adam Faran Faizal pada minit ke-26 untuk menewaskan Cao Van Binh.
Tersentak, Vietnam menggandakan asakan untuk menyamakan kedudukan tetapi kedudukan 1-0 kekal tamat separuh masa pertama.
Vietnam cuba bangkit memburu gol penyamaan menerusi beberapa percubaan, namun benteng pertahanan negara tampil ampuh mengekang asakan lawan.
Malaysia sebaliknya berjaya mengukuhkan kedudukan apabila hantaran Haqimi Azim Rosli ditampan masuk Haiqal Haqeemi Hairi untuk menewaskan Van Binh buat kali kedua pada minit ke-70.
Jaringan itu tampak mematikan langkah lawan apabila skuad negara terus melebarkan jurang dengan gol ketiga menerusi Haykal Danish Haizon, tiga minit sebelum wisel penamat untuk kedudukan 3-0 memihak pasukan kebangsaan.
Kemaraan ke pentas final menjadi peluang terbaik buat skuad negara mengulangi pencapaian 2018 apabila muncul juara kejohanan itu menewaskan Myanmar dalam edisi berkenaan.
“Kami berjaya memperoleh kemenangan sewaktu menentang Vietnam. Terima kasih kepada pemain, barisan kejurulatih dan pengurusan.”
“Kemenangan ini untuk seluruh peminat bola sepak tanah air. Usaha keras berjaya membuahkan hasi.”
“Kemenangan ini akan memastikan kami kekalkan momentum dalam perlawanan akhir kelak,” kata jurulatih negara.
Pentas akhir kali ini akan mempertemukan Malaysia dengan Thailand atau Laos yang akan ditentukan dalam satu lagi aksi separuh akhir sebelum kejuaraan edisi 2022 ditentukan pada Jumaat ini.
Bantuan Lesen Memandu Program MAIPk 2022
Program Bantuan Program Lesen Memandu adalah satu program dibawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).
Tujuan program ini adalah untuk Meningkatkan Ekonomi Asnaf negeri Perak.
Kepada semua Asnaf Fakir Miskin yang memerlukan kelas lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga dipersilakan memohon sebelum tarikh tutup.
Baca juga:
Aeril Zafrel Jadi Inspirasi, Terima Penghargaan Dari Lembaga Zakat SelangorPeniaga Letak Syarat Tak Masuk Akal Untuk Beli Minyak Masak PeketTarikh Permohonan Dibuka:Permohonan dibuka sehingga 31 Julai 2022 (Ahad), 11.59 malam.
Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Pemohon mestilah seorang yang beragama Islam. Pemohon mestilah bermastautin di negeri Perak. Pemohon mestilah dari golongan berpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin). Pemohon mestilah berumur 21 tahun keatas. Pemohon mestilah memiliki lesen memandu Kelas D Penuh. Pemohon mestilah memiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja). Pemohon mestilah bebas saman / tidak disenarai hitam oleh JPJ & PDRM. Pemohon mestilaholeh Membaca, Menulis dan Mengira (3M).Institut Memandu:Berikut merupakan insitut memandu yang terlibat :
Institut Memandu Anggerik Muhibbah Sdn Bhd.Sri Perak E-Driving Centre Sdn Bhd.Institut Memandu Gabongan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn Bhd.Kumpulan Lesen yang Ditawarkan :Berikut antara lesen yang ditawarkan dan boleh dimohon oleh peserta:
Lesen Memandu CDL: (Pemandu Komersial).Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas E (Motolori), Kelas H (Jentera Beroda).Lesen Vokasional GDL (Kenderaan Barangan) untuk Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas D (Lori BTM 3500Lesen Vokasional PSV: (Kenderaan Perkhidmatan Awam).Kelas D (Van / Bas Mini), Kelas E (Bas).Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan Skim Latihan Kemahiran Asnaf di Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah yang berhampiran.
Langkah 2: Muat turun daripada portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
Langkah 4: Hantarkan borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:
Unit Pemerkasaan Asnaf,
Bahagian Agihan Zakat
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Dokumen Sokongan:Ddokumen ynag diperlukan untuk memohon adalah 1 Salinan lesen memandu yang dimiliki.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Program Lesen Memandu MAIPk atau hubungi di talian Unit Pemerkasaan Asnaf: 019-5711384.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
