Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 146

July 12, 2022

5 Chalet Budget Sekitar Pulau Kapas, Terengganu

Dikelilingi oleh air jernih dan pantai berpasir putih, Pulau Kapas merupakan salah satu pulau tercantik di Malaysia. Terletak di timur Marang, Terengganu, pencinta pantai akan menuju ke pulau ini untuk bersnorkel, menyelam skuba dan berkayak di perairan biru yang menakjubkan.

Jika anda mengidamkan percutian pantai di Malaysia, tatal ke bawah senarai kami untuk chalet pantai bajet di Pulau Kapas!

Baca juga: Anani Villa | Vila Private Pinggiran Bukit Dengan 3 Jenis Bilik Minimalist

Qimi Private Bay

Diterajui oleh pemiliknya Rose dan Nolly, Qimi Private Bay pastinya memenuhi had bajet anda. Sama ada anda merancang untuk menghabiskan sepanjang hari bersnorkeling atau berjemur di bawah sinaran matahari, chalet bajet di tempat peranginan ini ialah tempat untuk dikunjungi.

Terdapat 9 chalet unik yang terdapat di sini yang bermula pada harga RM100 semalam. Setiap chalet dilengkapi dengan katil bersaiz queen yang selesa, bilik mandi bersambung, dan beranda atau balkoni peribadi.

Jenis chalet yang ditawarkan

Rose (dari RM100)Tree House Orchid (dari RM130)Bougainvilla/Hibiscus (dari RM150)Dolphin House (dari RM200)Shark House/Whale House (dari RM200)Kemboja Chalet (dari RM250)Lotus Villa (dari RM250)Rock House (dari RM350)Tanjung Villa (dari RM350)Kemboja Chalet

 

Tanjung Villa

 

Rate: Dari RM100Alamat: Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu

Website | Facebook | Lokasi

Ombak Kapas Island Beach Resort

ombak kapas island beach resort, pulau kapas

Perkara terbaik tentang Ombak Kapas Island Beach Resort adalah ianya berdekatan dengan perairan jernih yang terkenal dengan Pulau Kapas. Hanya 10 minit perjalanan dengan bot laju dari Jeti Marang di Terengganu.

Terdapat beberapa jenis bilik berhawa dingin disediakan di resort pantai ini yang boleh memuatkan sehingga 3 orang.

Selain menikmati berjalan-jalan santai di pantai, terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan di Ombak Kapas Island Beach Resort termasuk snorkeling, berkayak, meredah hutan dan banyak lagi.

Alamat: Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu

Website | Facebook | Lokasi

Kapas Island Resort

Satu lagi chalet pantai bajet di Pulau Kapas yang perlu anda kunjungi ialah Kapas Island Resort. Hanya beberapa minit berjalan kaki dari jeti utama, resort ini menyediakan keperluan asas di setiap bilik, dari katil yang selesa hingga ke bilik mandi bersambung.

Memandangkan anda akan menghabiskan sebahagian besar masa anda di pantai, isikan jadual perjalanan anda dengan snorkeling, meredah hutan, memancing sotong dan lawatan pulau.

Rate: Dari RM175Alamat: Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu

Website | Facebook | Instagram | Lokasi

Kapas Coral Beach Resort

Meneruskan senarai chalet pantai bajet kami di pulai indah ini ialah Kapas Coral Beach Resort. Bergantung pada bajet anda, anda boleh memilih untuk kadar bilik standard atau pakej percutian.

Walaupun bilik standard dan deluxe berharga RM200 semalam, pakej percutian akan memberi anda bonus tambahan untuk makanan, perjalanan snorkeling, peralatan dan pemindahan bot bermula pada RM315 semalam.

Bagi admin, tawaran itu sudah kedengaran cukup bagus =)

Rate: Dari RM180Alamat: Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu

Website | Facebook | Instagram | Lokasi

Kapas Turtle Valley

Kapas Turtle Valley menampilkan banglo kayu bertemakan gaya klasik Malaysia, terdapat 6 banglo pantai persendirian dan 2 banglo keluarga tersedia di resort ini, yang sesuai untuk mana-mana pengembara.

Selepas snorkeling sepanjang hari, kembali ke bilik anda untuk berehat di atas katil bersaiz queen anda yang selesa, menyegarkan diri di bilik mandi peribadi anda, dan bersantai dengan secawan cawan di balkoni peribadi.

Rate Dari RM295Alamat: Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu

Website | Facebook | Lokasi

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2022 06:10

Kes Kematian COVID-19 Kian Meningkat

Malam semalam, direkodkan lima lagi kematian baru akibat COVID-19 termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Dua kematian iaitu kes BID dilaporkan di Pulau Pinang dan masing-masing satu kematian di Johor, Perak serta Selangor dilaporkan menerusi laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM).

Baca juga:

KWSP Tawar i-Lindung Untuk Ahli Beli Insurans Guna Akaun 2Petisyen Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Bakal Berakhir Tidak Lama LagiKes Positif baharu:

Kes baharu COVID-19 sebanyan 2,417 kes posotif dilaporkan dengan 2,413 adalah penularan tempatan dan empat kes import setakat tengah malam tadi.

Maka, jumlah kes yang dilaporkan di Malaysia kini berjumlah 4,598,391 kes.

Kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 pula sebanyak 2,536 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 4,526,817 kes sudah pulih daripada wabak itu setakat ini.

Kes aktif pula sebanyak 35,758 kes telah direkodkan.

Kes Aktif COVID-19:

Jumlah pesakit menjalani isolasi di rumah masing-masing adalah seramai 34,526, manakala 1,164 kes dirawat di hospital dan 20 kes menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula seramai 23 pesakit dirawat tetapi tidak memerlukan bantuan pernafasan, manakala 25 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

 

Sumber: BERITA HARIAN

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2022 04:37

Khaby Lame Mempunyai Pengikut Paling Ramai Di TikTok Dedah Status Agamanya

Khaby Lame sekarang bergelar individu yang mempunyai pengikut paling ramai di TikTok.

Lame mendedahkan bahawa dia bukan sahaja penganut agama Islam tetapi juga seorang penghafal (hafiz) Al-Quran.

“Ya saya seorang Muslim, dan saya hidup dengan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu menjelaskannya,” katanya kepada sebuah media Itali.

Baca juga:

Bantuan Kerajaan Prihatin Bina Dan Baiki Baiki Rumah Selangor 2022Rumah Mesra Rakyat RMR 2022 | Download Borang & Mohon OnlineSeorang Beragama Islam:

Menurut Lame, soalan yang banyak ditanyakan kepadanya adalah soalan tentang agama.

Lame, berumur 22 tahun, tinggal di Senegal dan dibesarkan di Itali.

Lame dihantar untuk mendalami al-Quran di sebuah sekolah berhampiran Dakar, Senegal dan menjadi hafiz ketika berusia 14 tahun.

Sebelum Lame mendedahkan agamanya, Lame telah mendapat sokongan daripada pengikut Islamnya selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Seorang Pekerja Kilang:

Dulu Lame hanyalah seorang pekerja kilang dan hilang pendapatannya akibat pandemik COVID-19 pada Mac 2020.

Lame kemudiannya digesa mencari pekerjaan baharu oleh bapanya. Lame nekad menghabiskan masa berjam-jam membuat video dan memuat naik videonya di TikTok.

Kandungan video Lame sering mencuit hati pengguna TikTok kerana sindiran dan reaksi lucunya terhadap ‘life hacks’ yang dianggap terlalu rumit.

 

Sumber: ASTROAWANI

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2022 01:12

Adakah Dengan Menggunakan Sabun Cuci Pinggan Boleh Hilangkan Watermark Kereta?

Kesan daripada tompokan air atau watermark pada cermin kereta tidak dapat dihindari sekiranya anda meletakkan kenderaan di kawasan tidak berbumbung. Lebih parah jika anda tidak kerap menghantar kereta ke pusat cuci, watermark ini akan melekat pada cermin sehingga sukar ditanggalkan. Ini kerana ada dua jenis watermark iaitu yang jelas kelihatan dan tidak lagi meresap pada lapisan coating kereta.

Ini mudah dibersihkan melalui cucian biasa, jika sedikit sukar dihilangkan boleh diatasi dengan proses polish. Sementara, watermark kedua pula disebabkan hujan asid yang meresap pada coating kereta. Jenis ini sukar dihilangkan kerana pemilik tidak terus membasuh kereta selepas terkena air hujan atau dibiarkan terlalu lama di bawah cahaya matahari.

Watermark juga akan terbentuk pada bahagian luar cermin kereta. Keadaan ini disebabkan titisan air, air hujan dan air embun pada permukaan cermin yang terkena cahaya matahari lalu menjadi kering pada permukaan cermin.

Sumber: google image

Kejadian yang berulang ini akan meninggalkan kesan watermark yang jelas kelihatan. Namun, disamping itu juga jika kesan bintik-bintik itu boleh dihilangkan menggunakan penghilang watermark . Namun, proses ini akan mengambil masa yang agak lama jika anda menghantar ke pusat cuci kereta. Untuk pihak cuci kereta yang akan menggunakan bahan kimia untuk menanggalkan watermark tersebut yang terutamanya yang sudah lama melekat pada cermin. Bahan yang telah digunakan akan merosakkan cermin jika anda melakukan sendiri dan tidak diserahkan pada yang pakar sahaja. Walaubagaimanapun, harga untuk menanggalkan kotoran pada cermin tersebut juga adalah mahal sedikit itu akan mengikut jenis model kenderaan yang anda gunakan.

Kesimpulannya yang telah dijelaskan di atas, jika watermark tersebut masih baru mungkin anda boleh menggunakan Labour. Namun, ada kotoran yang degil sudah lama menempel pada cermin kenderaan bukanlah sesuatu yang mudah dengan hanya menggunakan Labour watermark akan hilang. Anda masih perlu menggunakan penghilang watermark. Namun, tidak semua tips yang telah diberikan di media sosial itu sesuai digunakan mungkin kadang kala ia adalah informasi yang palsu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2022 00:31

Bantuan Kerajaan Prihatin Bina Dan Baiki Baiki Rumah Selangor 2022

Kerajaan telah memperkenalkan bantuan Bina dan Baiki Rumah melalui sistem Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Kerajaan Prihatin membantu mereka yang memerlukan dari segi bentuk membina dan membaiki rumah.

Baca juga:

Sekarang Saya Percaya Duit Tak Boleh Beri Kebahagiaan – Fikry IbrahimRumah Mesra Rakyat RMR 2022 | Download Borang & Mohon OnlineTarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka sepanjang tahun ini.

Syarat Kelayakan:

Berikut adlah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

Pemohon mestilah menetap di negeri Selangor lebih dari lima belas tahun. Sama ada anak kelahiran selangor atau bukan.Pendapatan sebulan isi rumah pemohon mestilah dibawah RM1,500 sebulan  dan mempunyai tanggungan.Pemohon mestilah berumur antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan Upaya (OKU).Pemohon mestilah seorang ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja.

Nota: Rujuk disini untuk syarat-syarat lain.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah unutk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang SSIPR untuk mendaftar.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Tekan daftar.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal SSIPR.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2022 00:25

July 11, 2022

Cara Berkesan Hilangkan Bau Kasut Yang Busuk Dan Kurang Enak

Bau kasut dan kaki yang busuk memang mengganggu persekitan malah lebih teruk jika berada dalam bilik kedap udara dan menggunakan penghawa dingin.

ini menyebabkan diri sendiri dan orang lain terganggu disebabkan bau yang tidak enak dan menyebabkan individu tersebut mendapat kritikan daripada orang lain.

Keadaan cucaca di Malaysia juga mempengaruhi perkara ini kerana kaki yang berpeluh dan berbau. Namun ia juga  disebabkan oleh pemilihan jenis kasut yang kurang sesuai dengan kulit kaki dan bertindak balas dengan kaki kita. Bakteria yang hidup akan mengebabkan kaki dan kasut berbau busuk.

Terdapat beberapa petua alami yang bole dicuba untuk merawat bau kasut dan kaki :

1. Rendam Kaki Dengan Air Garam

 

Isikan satu baldi besar dengan air suam kemudian masukkan 2 sudu besar garam kasar. Rendam kaki selama 20 minit. Lakukan setiap hari selama dua minggu. Garam akan mengurangkan kelembapan pada kaki dan secara tak langsung mengurangkan bakteria pada lapisan kulit.

2. Rendam Kaki Dalam Air Campuran Cuka

 

Campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam satu bekas. Rendam kaki selama 30 minit , lakukan sekali sehari selama seminggu. Apabila kaki kering, bakteria sukar untuk hidup.

3. Air Rebusan Teh

 

Masukkan dua uncang teh hitam bersama satu jag air ke dalam sebuah periuk. Rebus selama 15 minit. Tambahkan dua jag air sejuk dan campurkan air rebusan tadi ke dalam baldi. Rendam kaki selama 30 minit dan lakukan sekali dalam seminggu. Cara ini dapat mengecilkan liang roma . Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang membantu membunuh bakteria.

Selain itu juga , boleh letakkan uncang teh pada kasut yang berbau untuk menyerap semua bauan yang tidak menyenangkan pada kasut.

4. Sembur Dalam Kasut

 

Sembur bahagian dalam kasut dengan semburan disinfectant yang khusus untuk kasut yang mana ianya mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria. Lakukan juga perkara yang sama pada stokin bersih kemudian letak dalam kasut semalaman agar semburan itu dapat meresap pada kasut.

5. Gunakan Tepung Jagung

 

Jika tiada semburan disinfectant, boleh gantikan dengan tepung jagung atau bedak talkum original tanpa penwangi dan cara ini mampu meresap semua kelembapan dalam kasut yang digunakan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2022 23:59

Anani Villa | Vila Private Pinggiran Bukit Dengan 3 Jenis Bilik Minimalist

Di Malaysia, kita dikurniakan banyak tempat percutian alam semula jadi yang menakjubkan, termasuklah Anani Villa.

Sama ada resort yang terletak di tengah-tengah hutan hujan atau homestay di tepi sungai, anda tidak akan pernah berasa susah untuk mencari tempat yang sesuai untuk berehat dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Baca juga: Lapo? 2022 – Kafe Aesthetic Berkonsepkan Cozy Garden di JB

Anani Villa

Ia adalah vila peribadi menawarkan bilik seperti Suite Junior (2-4 orang) dan ruang gaya asrama yang boleh memuatkan sehingga 16 orang. Sama ada percutian keluarga atau percutianbersama teman, anda tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mencari jenis penginapan yang sesuai untuk parti staycation anda.

Walaupun bilik dilengkapi dengan kemewahan minimum, ia dilengkapi dengan keperluan asas untuk memastikan keselesaan terbaik sepanjang penginapan anda.

Dan apa yang mengimbangi ketiadaan kemudahan mewah ialah pemandangan gunung yang tidak ternilai yang anda nikmati sebaik sahaja anda bangun.

Bilik Penginapan Anani VillaJunior Suite (2 pax)

Junior Suite 2pax @ Anani Villa

Ciri-ciri Bilik:

• 1 katil bersaiz king
• Maksimum 2 orang di dalam bilik
• Pemandangan hutan
• Dengan 1 Shower / Tandas
• Sarapan percuma

Junior Suite (4 pax)

Junior Suite 4 pax Anani Villa

Ciri-ciri Bilik:

• 1 katil (King Size) + 2 katil single
• Maksimum 4 orang di dalam bilik
• Pemandangan hutan
• Dengan 1 Pancuran & 1 Tandas
• Sarapan percuma

Dormitory

 

Bilik dan kediaman yang selesa di asrama untuk kumpulan yang lebih suka berkongsi ruang dan juga pemandangan hutan hujan yang indah.

Jenis:

6 pax Asrama X 2 unit (dengan Balkoni)
8 pax Asrama X 2 unit (dengan 1 Shower & 1 Tandas)
12 pax Asrama X 2 unit (dengan Balkoni, 1 Shower & 1 Tandas)
16 pax Asrama X 2 unit (dengan 1 Shower & 1 Tandas)

Ciri-Ciri Bilik:

• Katil dua tingkat
• 1 pax untuk setiap katil
• Bilik mandi en suite
• Sarapan percuma

Harga Bilik Anani VillaJunior Suite 2paxHARIHARGA PER BILIKJunior Suite (2 pax)Isnin – KhamisRM400Jumaat – AhadRM480Junior Suite 4 paxHARIHARGA PER BILIKJunior Suite (4 pax)             Isnin – Khamis           RM700Jumaat – AhadRM780DormitoryHARIHARGA PER KATIL             DormIsnin – Khamis            RM120Jumaat – AhadRM140

 

Hanya kerana anda berada di atas bukit, itu tidak bermakna anda akan mudah bosan! Di Anani Villa, anda boleh menantikan pelbagai aktiviti luar yang ekstrim seperti water abseiling, meredah hutan dan menunggang ATV.

Tiada apa-apa yang mengatakan adrenalin seperti menuruni air terjun Lata Tampit pada ketinggian hampir 20 meter dan melakukan perjalanan mencabar melalui banyak denai Janda Baik.

Alamat: Lot 280, Jalan Tanarimba Sum Sum,⁠ Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia

Website | Facebook | Instagram | Lokasi

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2022 23:30

Sekarang Saya Percaya Duit Tak Boleh Beri Kebahagiaan – Fikry Ibrahim

Pelakon dan pengacara , Fikry Ibrahim seringkali menahan sebak sehingga menitiskan air mata apabila sering ditanya mengenai keadaan ibunya, Bibi Zaleha, 74 yang telah diserang penyakit ‘minor stroke’ sejak dua tahun lalu.

Fikry juga berkongsi bahawa dirinya sekarang seringkali ulang alik dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah demi meluangkan masa yang terluang untuk manjaga ibu tersayang.

Malah mengakui dirinya terpaksa menolak beberapa tawaran yang memerlukan dia memberikan komitmen yang lamam bagi sesebuah program atau drama.

 

 

Fikry juga lebih memilih untuk meluangkan masa yang ada untuk menjaga dan bersama ibunya kerana ia sememangnya memberikan kebahagiaan kepadanya.

“Buat masa ni, memang sukar untuk saya terima tawaran tempoh masa komitmen yang panjang sebab saya sekarang tengah menjaga ibu saya.

“Sehingga ke hari ini, saya masih lagi berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk jaga mak saya yang sedang sakit “minor stroke’.

“Jadi sebab itu sekarang saya dah kurang main media sosial dan lebih banyak bahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Bermaksud, saya lebih fokus kepada mak saya,” katanya.

Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Fikry menambah, situasi yang berlaku telah membuatkan dirinya sedar bahawa duit tidak boleh memberikan kebahagiaan sepenuhnya.Walaupun duit mampu membantu merawat dan memudahkan urusan namun kesihatan dan masa juga memainkan peranana penting dalam kehidupan agar merasa lebih bahagia dengan orang tersayang.Keadaan ibunya juga makin teruk apabila turut mempunyai masalah dengan ingatan hingga pernah lupa akan nama anak kesayanganya itu akibat daripada penyakit yang dialaminya.“Sekarang saya percaya yang duit tidak boleh beri kebahagiaan dan jika satu hari nanti dia sudah tiada,  duit yang saya kerja tu sia-sia lah.“Apabila dia sakit, dia sering mengimbau balik ke memori zaman dia muda, jadi ingatan dia sudah tidak lagi seperti dahulu.”“Sewaktu pertama kali dia kena “minor stroke’, ada satu masa tu dia pernah lupa nama saya. Sepanjang saya hidup, mak saya tak pernah lupa nama saya.”“Oleh sebab itu, saya sebolehnya tak nak benda itu terjadi lagi dah. Selagi dia hidup, saya nak jaga dan tak nak menyesal suatu hari nanti.”“Isteri saya boleh ganti, kawan saya boleh cari, anak boleh buat baharu tapi ibu tetap satu-satunya,” luahnya sambil menahan sebak.Fikry pernah berkongsi kepada media  mengenai keadaan ibunya yang diserang penyakit ‘minor stroke’, sekitar Mac tahun lalu dan merasa sedih dengan apa yang berlaku kerana berada jauh daripada ibunya itu.Disebabkan situasi yang berlaku , pelakon berusia 28 tahun itu juga terpaksa menunda segala komitmen kerja di ibu kota bagi meluangkan masa dan  sepenuh perhatian kepada ibunya.Berkenaan keariernya kini , Fikry telah dilantik sebagai hos bagi program terbaru encarian Dewi Remaja 2022 yang mana ia bakal ditayangkan selama lapan episod bermula 16 Julai depan, pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di saluran Astro RIA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2022 22:34

Rumah Mesra Rakyat RMR 2022 | Download Borang & Mohon Online

Daftar Borang Permohonan & Cara Memohon Skim Rumah Mesra Rakyat 2022 secara online dengan ketahui cara permohonan RMR dan download borang permohonan yang disediakan.

Jika anda seorang yang bergaji dan berpendapatan rendah, tidak mempunyai rumah atau mempunyai rumah sendiri tetapi sudah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah yang jauh lebih baik, ini adalah antara skim bantuan kerajaan untuk membina rumah di atas anda.

Untuk makluman, program SPNB ini ditawarkan di seluruh negeri di Malaysia. Skim SPNB Rumah Mesra Rakyat 2022 terbuka kepada mereka yang ingin memohon bantuan rumah untuk membina rumah di atas tanah sendiri di negeri seperti Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL, Perak, Kedah, Putrajaya, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang, Langkawi dan Labuan, cara memohon bantuan yang cukup mudah.

Program ini diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang mempunyai tanah tetapi mempunyai masalah kewangan untuk mendapatkan pembiayaan dan pinjaman besar bagi menyediakan deposit membeli rumah pertama.

Untuk rumah penjawat awam, boleh mohon disini, log in ke pinjaman perumahan kerajaan LPPSA.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Apa Itu Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Program ini diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (miskin) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan kerajaan yang diberikan untuk rakyat adalah dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000.

SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam brosur di bawah.

Syarat Kelayakan & Kriteria Mohon RMR

Antara syarat kelayakan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah seperti berikut:

Warganegara MalaysiaPemohon berumur 18 tahun dan ke atasPemohon dan pasangan tidak memiliki rumah / mempunyai rumah usang / tidak sempurnaPendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000Tanah/tapak yang sesuai dan bebas dari caj/beban ke atasnya. Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, pemohon hendaklah mendapat kebenaran pemilik tanah terlebih dahulu.Keluasan tanah tidak kurang daripada 3600 kps (tertakluk kepada reka bentuk rumah)Tertakluk kepada peruntukan kewanganKos Harga Rumah Mesra Rakyat 2022

Terdapat 3 jenis, pelan, reka bentuk, ukuran keluasan & saiz serta ciri-ciri rumah yang ditawarkan oleh skim syarikat perumahan spnb. Antaranya :

ciri ciri rumah mesra rakyat

Harga dan kos lengkap untuk RMR Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut :

1. Keluasan rumah 1,000 KPS (Semenanjung)Harga : RM75,000Subsidi pembinaan : RM20,000Jumlah pinjaman : RM55,000Anggaran bayaran bulanan tempoh 16 tahun : RM300

Keluasan rumah 1000 KPS Semenanjung

2. Keluasan rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)Harga : RM85,000Subsidi pembinaan : RM20,000Jumlah pinjaman : RM65,000Anggaran bayaran bulanan tempoh 16 tahun : RM350

Keluasan rumah 850 KPS Pulau di Semenanjung

3. Keluasan rumah 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)Harga : RM75,000 – RM106,500Subsidi pembinaan : RM20,000Jumlah pinjaman : RM55,000 – RM86,500Anggaran bayaran bulanan tempoh 16 tahun : RM300 – RM470

Keluasan rumah 750 KPS Sabah Sarawak Labuan

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat RMR 2022

Permohonan RMR boleh dibuat secara atas talian (online) atau manual.

Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan semula kepada SPNB selepas permohonan selesai.

Untuk memohon secara online, sila rujuk kaedah berikut:

Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi SPNB iaitu https://rmr.spnbonline.com.my/Klik pendaftaran baharu.Isi borang pendaftaran log masuk dengan lengkap. Alamat emailyang diberikan akan digunakan sebagai ID log masuk.E-mel / SMS yang mengandungi butiran ID log masuk dan kata laluan akan dihantar ke e-mel / nombor telefon yang telah didaftarkan oleh pemohon.Gunakan ID log masuk dan kata laluan yang disediakan dan borang prapendaftaran akan dimuat turun.Isikan maklumat ke dalam sistem oleh pemohon.Klik pendaftaran lengkap dan cetak borang.Hantar borang bersama dokumen asal yang diperlukan kepada SPNB.Borang & Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan sila download di bawah :

borang permohonan rmr

Antara dokumen RMR yang diperlukan adalah seperti berikut :

Salinan IC kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)Salinan kad pengenalan tuan rumahSalinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)Salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil carian rasmi terkini dari Pejabat TanahSlip gaji terkini (3 bulan) / afidavit pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*Affidavit / afidavit tidak memiliki rumah atau memiliki rumah lama*Surat kebenaran pelepasan tuan tanahBorang laporan tapak bergambarSalinan sijil nikah pemohonNota Tambahan

Surat Pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A.

SPNB berhak mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Maklum balas permohonan yang telah dihantar akan mengambil masa tempoh 3 bulan.

Untuk makluma lanjut sila hubungi :

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5556 / 03-2618 5555(Talian Am)
E-mel: aduan@spnb.com.my

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2022 20:37

Elyana Akui Tidak Bahagia , Perlukan Masa Untuk Bersendirian

Walaupun sudah sembuh dari penyakit kanser dihidapinya, penyanyi dan pelakon , Elyana mengakui dirinya tidak bahagia malah tidak mahu lagi dijadikan contoh serta dianggap individu yang kuat berdepan dengan penyakit kanser .

Melalui live di Ig miliknya , Elyana menjelaskan bahawa dirinya sudah tidak mampu lagi untuk berpura-pura bahagia dan kini tidak gembira dengan orang yang berada disekelilingnya.

Malah Elyana mengakui dirinya sudah tidak mampu lagi menjalani kehidupan seperti itu dan berharap dapat pergi jauh bagi menenangkan dirinya itu.

Elyana juga tidak mahu dianggap sebagai wanita kuat kerana dia sememangnya tidak kuat selama ini dan hanya berlakon tabah dan bahagia demi menjaga hati orang lain.

“Selama ini orang anggap saya kuat, tapi sebenarnya tidak. Selama ini saya hanya berlakon menjadi kuat meskipun berpijak di bumi nyata, saya tidak kuat pun. Kepakaran saya ialah berlakon, jadi saya tunjuk kuat dan bahagia, namun sejujurnya saya tidak kuat dan bahagia.”

“Siapa yang menjadikan saya sebagai contoh atau anggap saya ini seorang yang positif, mungkin sudah boleh lupakan sahaja semua itu. Saya sudah penat untuk berpura-pura dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi,” katanya.

Elyana juga menjelaskan yang dirinya merasa sangat kesal dan terkilan  apabila gagal mendapatkan sokongan daripada orang terdekat namun tidak mendedahkan siapa individu yang dimaksudkan itu.

 

 

Malah menyatakan yang dirinya tidak mendapat sokongan positif agar dapat manjalani kehidupan seharian dengan baik tetapi sering dihamburkan dengan perkara negatif sehingga menyakitinya.

“Saya sudah tidak boleh hidup macam ini. Sama ada saya lari jauh-jauh dan tidak timbul dah atau telan sahaja semua sengsara. Tiada orang cuba faham, tetapi orang mempunyai rasa ingin tahu.

“Saya faham perasaan ingin tahu itu lebih kuat daripada ingin memahami. Saya cuba hendak bahagia, tetapi orang negatif masuk campur, saya penat sebab cuba untuk kuat dan sembuh, untuk positif.

Elyana juga pernah menggunakan alternatif lain bagi merawat masalah dirinya dan berjumpa dengan psikiatari namun tidak berjaya kerana masih lagi dalam “circle” negatif.

Disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk pergi jauh dan tidak lagi berada di tempat sekarang agar emosinya dapat dipulihkan .

“Tetapi orang sekeliling ini cuba menjatuhkan saya. Tipu kalau saya tidak cari jalan keluar, saya juga sudah berjumpa dengan psikiatrik, tetapi tetap tidak jumpa jalan keluar.

“Saya sudah tiada keinginan lain lagi, walaupun pergi ke tempat yang menarik, tetapi jiwa tetap rasa tidak bahagia,” katanya.

Sementara itu,  Elyana juga berkata bahawa dia sudah merancang mahu membeli tiket penerbangan untuk mencari ketenangan namun masih belum tahu destinasi yang ingin di tuju.

“Saya perlu juga pergi malam ini untuk mencari semula siapa diri saya, saya ingin mencari ketenangan saya balik,” katanya.

Semoga semuanya kembali seperti biasa kerana Elyana sememangnya seorang wanita yang periang sebelum disahkan menghidapi kanser dan kembali pulih selepas rawatan yang dijalaninya sejak beberapa tahun lalu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2022 20:16

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.