Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 142

July 16, 2022

Malaysia B-19 Juara Lagi!

B-19 Piala AFF 2022 Indonesia. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Ketua jurulatih skuad B19 negara, Hassan Sazali Waras, menyifatkan sikap dan disiplin barisan pemain menjadi kunci kejayaan Malaysia berjaya mengulangi pencapaian 2018 di Kejohanan AFF B19 kelmarin.


Skuad kendalian Hassan Sazali turut berjaya membalas dendam ke atas lawan sama di perlawanan terakhir peringkat kumpulan, di mana skuad muda negara tewas 0-1 kepada Laos sebelum ini.

Malaysia meraih gol pertama menerusi Faiz Amer Runnizar pada minit ke-14 sebelum Aliff Izwan menambah gol di babak kedua perlawanan pada minit ke-77.

“Kami amat bersyukur dengan kemenangan ini. Syabas diucapkan kepada setiap pemain dan barisan kejurulatihan serta pengurusan,” kata Hassan.

Sementara itu, Hassan berpuas hati dengan prestasi kesemua anak buahnya yang memainkan peranan masing-masing dengan baik.

Tambahnya, prestasi itu mampu digilap atau ditambah baik menjelang kelayakan Piala AFC B20 2023 di Mongolia September depan.

“Saya amat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan setiap pemain. Saya berharap kemenangan ini sebagai persiapan untuk melayakkan diri ke Kejohanan AFC pula di Mongolia.”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2022 09:34

Perkara Ni Boleh Jadikan Kulit Wajah Jadi Bermasalah

Kesibukan harian selalunya menjadi penyebab kepada masalah kulit apabila tidak terlalu mempedulikan masalah wajah dek kerana tugas harian yang tidak pernah siap.

Beberpa sebab yang boleh menyebabkan masalah ini jadi lebih teruk walaupun sudah menggunakan pelbagai jenis produk dan juga tidak pernah terlepas melakukan rawatan yang rapi setiap hari.

TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT WAJAH

Tabiat ini sering dilakukan  dan ianya dilarang kerana walau sebersih mana pun tangan namun pasti akan ada kuman pada telapak tangan . Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit dan mengakibatkan jerawat tumbuh pada kulit muka. Namun jika perkara ini tidak dappat dielakkan kerana tabiat , pastikan tangan sentiasa dicuci .

BERKONGSI BERUS SOLEKAN

Penggunaan berus solekan yang tidak dicuci dan kotor malah ada yang berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori yang tersumbat.

Ia boleh mengakibatkan kuman daripada alat solek tersebar kepada bahagian muka.

pastikan berus dicuci dengankerapa dan elakkan berkongsi berus dengan orang lain walaupun sedarah daging kerana kulit muka manusia berbeza dan boleh menyebabkan kesan yang buruk.

PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN

Mencuci muka dengan kerap dan terlalu kasar boleh menyebabkan pengelupasan yang berlebihan dan mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan serta boleh menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu sahaja.

PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan pertumbuhan jerawat.

TIDUR TANPA MENCUCI SOLEKAN

Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah kepada radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di permukaan kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, namun jika kulit tidak dicuci bersih sebelum  tidur , ianya akan sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.

6. Tempat Tidur Dan Sarung Bantal Yang Bersih

Tempat tidur juga memainkan peranan penting kerana ia juga boleh menghasilkan hama dan bakteria jika tidak dibersihkan dan boleh menyebabkan kulit muka serta badan ditumbuhi jerawat. Maka sering menukar sarung bantal dan tilam bagi mengelakkkan kekotoran melekat pada tubuh. Jemur dan vacuum tilam serta bantal untuk mengelakkan hama pada barang tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2022 03:16

Era Baharu Buat Maserati MC20 Di Malaysia

Walaupun jentera super sport Maserati pernah ditawarkan sebelum ini, namun untuk MC20, ia adalah yang pertama seumpamanya untuk jenama itu. Ia adalah jentera yang pertama sah jalanan untuk Maserati kerana sebelum ini, ia hanya dibangunkan bagi kegunaan litar sahaja.

Model terbaharu ini juga yang pertama untuk era baharu model Maserati,terutama sekali pada bahagian enjin Nettuno, ia telah dibangunkan sendiri oleh Maserati. Enjin ini telah dikuasakan oleh 3,000cc Turbo Berkembar V6 90˚. Enjinnya juga terletak di bahagian belakang dan boleh dilihat menerusi penutup lutsinar.

Sumber: youtube

Ia telah menjana 630 kuasa kuda (hp) dan tork 730Nm pacuan roda belakang (RWD). Ia juga mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 325km/j dengan kotak gear 8 kelajuan dwiklac (DCT). Untuk rekaan, ia telah dibangunkan selama dua tahun melalui konsep ‘Birdcage’ dengan pembabitan unit Makmal Enjin Maserati dan pereka dari Pusat Penggayaan Maserati.

Sumber: youtube

Ia telah menjana 630 kuasa kuda (hp) dan tork 730Nm pacuan roda belakang (RWD). Ia juga mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 325km/j dengan kotak gear 8 kelajuan dwiklac (DCT). Untuk ini rekaan, ia dibangunkan selama dua tahun menerusi konsep ‘Birdcage’ dengan pembabitan unit Makmal Enjin Maserati dan pereka dari Pusat Penggayaan Maserati.

Disamping itu, menggunakan casis monocoque gentian karbon ringan yang teguh dan keras dengan berat keseluruhan sekitar 1.5 tan. MC20 ini penuh dengan elemen aerodinamik, termasuk pintu ‘rama-rama’ yang menjadikan ia unik. Rim aloi bersaiz 20 inci menyerlahkan lagi jentera super sport ini.

Sumber: google image

Ruang kabin dilengkapi dua tempat duduk sport, sistem meter TFT 10.2 inci dan infotainmen bersaiz 10.25 inci. Kabinnya pula dilapisi kulit bermutu tinggi Alcantara dan gentian karbon. Untuk pasaran di Malaysia, Maserati MC20 ditawarkan pada harga asas RM1.08 juta (atas jalan tanpa insurans dan cukai).

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2022 00:00

July 15, 2022

Sajat Terpilih Jadi Model Di Australia

Usahawan yang penuh dengan kontroversi , Sajat yang kini sudah berhijrah ke Australia dan meneruskan kehidupan barunya dengan menjual produk keluarannya di sana dan mengakui dirinya bahagia dan berjaya dengan usahanya disana tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Malah sebelum ini , Sajat sudah mengaku yang dirinya adalah seorang lelaki dan memaklumkan bahawa dirinya sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah.

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kali ini menjadi perhatian lagi apabila berkongsi rasa teruja keranan dirinya telah terpilih untuk menghadiri raptai bagi sebuah agensi permodelan di Australia.

Sajat yang terlihat begitu gembira telah memuat naik kenyataan dari agensi permodelan yang menjemput dirinya untuk menghadiri raptai untuk permodelan di The Ambassador Venues, Sydney Australia.

 

 

Dalam perkongsian tersebut , Sajat turut menulis kapsyen seakan bermimpi dan tidak percaya malah akan melakukan yang terbaik untuk tawaran yang diterimanya itu.

“OMG!! Macam tak caya yang saya lepas. Saya akan buat yang terbaik!! Bermula esok saya akan makan pucuk ubi sahaja dengan lemon!! RUN THE WORLD,” tulisnya.

Melalui perkongsian Sajat itu terdapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mana mereka turut teruja dan mengucapkan tahniah kepada usahawan tersebut.

 

 

Tidak kurang juga yang mengejek dan memperlekehkan Sajat namun dia masih berfikiran positif dan tidak mahu berbalah dengan netizen yang tidak menyukainya.

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2022 22:33

Petua Hilangkan Cacing Pada Kanak-Kanak

Kecacingan sering berlaku kepada anak-anak kecil kerana mereka terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih seperti tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar atau bermain tanah atau pasir tanpa dipantau oleh orang dewasa.

Ini juga berlaku melalui pemakanan apabila sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur cacing masih berada pada makanan tersebut dan mengakibatkan kecacingan.

Bukan sahaja pada kanak-kanak, bayi turut cenderung dijangkiti cacing kerana suka memasukkan jari ke dalam mulut selepas bermain dengan sesuatu. Selain itu , jangkitan cacing juga boleh disebabkan oleh haiwan peliharaan seperti kucing melalui sentuhan.

Malah kanak-kanak yang mengalami kecacingan juga akan merasa cepat penat dan ianya boleh mengganggu perkembangan pemakanan dan juga fizikal kanak – kanak tersebut.

Terdapat cara untuk mengatasi masalah cacing pada anak-anak, mungkin boleh cuba petua yang mudah untuk disediakan ini :

Bahan:
Asam keping
Garam
Air

 

Cara pemyediaan :
1) Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.
2) Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
3) Angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandi dengan air tersebut 2 kali dalam sehari setiap pagi dan petang.
4) Amalkan selama dua atau tiga hari.

Insyaallah akan ada perubahan kepada anak yang mana mereka akan lebig berselera untuk makan tanpa dipaksa dan badan akan kembali sihat dan segar.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2022 21:26

OPR dan Inflasi Pihak Bank Akan Lebih Berwaspada Untuk Lulus Pinjaman Kenderaan

Peningkatan pada kadar faedah pinjaman serta situasi inflasi yang akan menyebabkan bank akan menjadi lebih berwaspada dalam meluluskan pinjaman sewa beli kenderaan. Situasi itu dijangka akan memberi kesukaran kepada bakal pembeli kenderaan dalam tempoh terdekat.

Bagi Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang telah berkata berdasarkan data, apabila Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi rujukan kadar faedah pinjaman tempatan berada pada dua peratus antara Februari 2009 hingga Februari 2010, purata kadar kelulusan pinjaman untuk pembelian kenderaan berada pada 60 peratus. Beliau juga berkata, bagaimanapun apabila OPR dinaikkan kepada tiga peratus antara Mei 2011 dan Jun 2014, kadar kelulusan purata jatuh kepada 51 peratus.

Sumber: google image

OPR yang lebih tinggi berkemungkinan akan diterjemahkan kepada perbelanjaan faedah yang lebih tinggi atas pinjaman sewa beli. Ini katanya menjadikannya lebih mahal dan sukar bagi sesetengah pelanggan. Oleh itu, kena percaya bahawa bank akan menjadi lebih berhati-hati dalam kelulusan pinjaman sewa beli.

Ini juga berpotensi membawa kepada penurunan kadar kelulusan pinjaman sewa beli,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini. Khai Xhiang berkata, selain itu lonjakan inflasi juga boleh melemahkan kuasa beli pengguna. Beliau juga berkata, inflasi teras Malaysia boleh meningkat lagi apabila kerajaan mengambil langkah menyederhanakan tahap subsidi dalam tempoh terdekat.

Sumber: google image

Namun juga, kerana pembelian kereta adalah satu keputusan yang dibuat semata-mata mengikut budi bicara, apabila berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup dan harga kereta yang lebih tinggi, pengguna yang lebih sensitif terhadap harga mungkin lebih cenderung untuk menahan pembelian yang tidak penting.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2022 20:10

Anak Kerap Kena Marah , Nadya Syahera Akui Tertekan

Pelakon kecik molek , Nadya Syahera semalam berkongsi di media sosial apabila bercerita bahawa dirinya mengalami tekanan dan merasa sedih apabila terpaksa menguruskan rumah tangga seorang diri tanpa bantuan suami.

Nadya yang terkenal dengan celoteh dan ceria mula memendam perasaan dan tidak mampu berpura – pura kuat apabila suaminya kini bekerja di Thailand dan jarang membantunya di rumah.

Nadya atau lebih mesra disapa Kak Bed, 29, malah berkongsi bahawa suaminya iaitu Fizul Nawi seakan-akan tidak pernah mengambil peduli tentang perasaaanya apabila dia cuba berkongsi masalah tersebut sebelum ini.

 

 

“Dah la keluar bekerja ke Thailand berminggu-minggu tinggalkan saya dengan tiga orang anak terkontang-kanting. Saya tepu duduk rumah, tak tahu nak cakap macam mana.

Tanpa memikirkan perasaaannya , suaminya juga sempat keluar ‘lepak’ bersama rakan-rakan, sedangkan Nadya bersusah-payah menguruskan hal-hal rumah tangga seorang diri hingga menyebabakan fikirannya terganggu dan sering memendam perasaan.

“Kalau nak keluar bawa semua anak. Susahnya nak dukung anak sambil menangis. Sebab itu mental saya terganggu. Tetapi saya selalu pujuk hati katakan orang lain lebih susah.

“Saya cuma penat pendam, tiada ruang nak bercakap dan jelaskan dekat dia (suami), Sibuk dengan kerja 24 jam. Kadang-kala kalau saya cakap, masuk telinga kiri keluar kanan. Sedih sebab apa saya cakap dia tidak ambil peduli.

“Saya duduk rumah uruskan anak seorang diri. Kalau dapat luahkan dan dia buat saya senang, boleh juga kurangkan rasa sayu ini. Nak cuba cakap pun takut. Jadi lebih baik diam dan pendam sahaja,” katanya.

Malah Nadya turut kasihankan anak-anaknya yang sering menjadi tempat melepaskan amarahnya kerana dia tertekan dan penat hingga tidak mampu menahan emosinya namun masih mampu berfikiran waras.

“Saya kerja untuk anak-anak dan bila ada duit memang banyak dihabiskan untuk mereka. Tiada cara lain yang buat saya gembira melainkan melihat anak-anak gembira. Kasihan apabila saya stres mereka terkena tempias.”

“Aleena dan Mamad kerap kena marah kebelakangan ini sebab saya penat. Anak-anak apabila hendak membesar ada sahaja perkara dilakukan yang buat saya marah,” tulisnya.

Dia juga berterus terang bahawa penulisannya kali ini hanyalah untuk meluahkan emosi dan perasaan yang sudah lamam dipendam bagi meringankan beban yang ditanggungnya namun masih bersyukur dengan apa yang dimiliki kerana sedar masih ada yang lebih teruk daripada dirinya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada September 2015 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 6, dan Muhammad Barr Adam, 3 bulan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2022 19:56

Premis Rumah Bonda Dibuka Semula Tetapi Tidak Boleh Digunakan Sebagai Pusat Jagaan

Mahkamah Majistret hari ini membenarkan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur di Setapak yang dikenali sebagai Rumah bonda untuk dibuka semula, namun premis berkenaan tidak boleh beroperasi sebagai pusat jagaan lagi.

Rumah perlindungan berkenaan dikenakan tindakan Lak (penutupan) pada 12 Julai tahun lalu selepas menerima Notis Lak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) kerana tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

Majistret Nur Syafiqah Noorinda hari ini membenarkan perintah untuk menanggalkan Lak seperti yang dipohon Rumah Bonda melalui pengerusinya Siti Bainun Ahd Razali dalam saman pemula difailkan 7 Jun lalu terhadap Jabatan JKM WPKL supaya premis itu dibuka semula.

Menurut peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili Rumah Bonda iaitu selaku plaintif kepada media, perintah menanggalkan Lak diberikan Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 16A Akta Pusat Jagaan 1993, tanpa bantahan daripada pihak JKM

Melalui perintah itu, Rumah Bonda hendaklah mengaku janji bahawa premis berkenaan tidak akan digunakan sebagai pusat jagaan.

Rumah Bonda telah dikompaun dan dikatakan sudah menjelaskan kompaun berjumlah RM5,000 pada 25 April 2022 lalu.

Dalam prosiding tersebut, Pengarah JKMWPKL turut diwakili Peguam Persekutuan, Fatin Shafira Ab Patah.

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama saman pemula berkenaan, Siti Bainun berkata, Pertubuhan Rumah Bonda ditubuhkan pada 31 Januari 2019 yang pada mulanya beroperasi di Laman Residen, Kipark Seri Utara sebelum berpindah ke Taman Setapak pada 27 Oktober 2020.

Menurut Siti Bainun, dia menerima Notis Lak daripada JKMWPKL, yang memaklumkan Rumah Bonda di Taman Setapak akan ditutup mengikut Seksyen 16(1) Akta Pusat Jagaan 1993.

Dia berkata, tindakan Lak yang dibuat pada 12 Julai 2021 atas alasan Rumah Bonda tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 adalah tidak adil, tidak mengikut prinsip pentadbiran dan undang-undang administratif yang wajar kerana JKMWPKL mengetahui ia dalam proses permohonan pendaftaran.

Pada tarihk 20 April 2022 pula, rumah itu menerima notis tawaran kompaun berjumlah RM5,000 daripada JKMWPKL mengikut Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 (Pengkompaunan Kesalahan), di bawah Seksyen 21A dan Seksyen 24 Akta Pusat Jagaan 1993, sehubungan dengan itu dia telah membuat bayaran penuh kompaun itu pada 25 April 2022.

Siti Bainun menyatakan rasa kecewa apabila dimaklumkan oleh Pegawai Penguatkuasa JKMWPKL bahawa Rumah Bonda hanya boleh dibuka melalui satu perintah mahkamah walaupun kompaun telah dijelaskan sepenuhnya.

Malah selepas tindakan Lak itu dilaksanakan, Siti Bainun, ahli jawatankuasa dan sukarelawan tidak lagi mempunyai akses untuk memasuki Rumah Bonda, sekali gus menyukarkan usaha permohonan pendaftaran dan pihak mereka tidak boleh lagi menjalankan kerja amal yang lain, seperti penyediaan makanan bagi gelandangan dan pusat bank makanan.

Sumber : Berita Harian.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2022 06:47

Wartawan ‘Koyak’ Dengan Jawapan Noh Salleh Tentang Isu Rumahtanggga

Tiada angin tiada ribut, hangat diperkatakan baru – baru mengenai vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh apabila rumah tangganya bersama Mizz Nina yang didakwa bermasalah .

Malah Noh telah diwawancara oleh beberapa pihak media dan menafikan gosip tersebut serta mengesahkan bahawa dakwaan itu tidak benar.


Wartawan koyak ke tu? pic.twitter.com/WqCrcy9EO6


— FÈRD (@dauspozi) July 13, 2022


Semasa ditanya bekenaan isu tersebut , Noh juga sempat menyindir dan mempersoalkan kredibiliti media yang sibuk mengambil tahu tentang kehidupan peribadinya berbanding statusnya sebagai penyanyi.

Malah sikap tidak acuh Noh semasa menjawab soalan wartawan telah viral di aplikasi Tik Tok apabila dia seolah- olah tidak mahu menjawab tetapi kembali bertanyakan soalan kepada media yang berada disitu.

Noh juga dilihat sedang menghisap vape dan menghembuskan asap rokok elektronik itu kepada wartawan yang sedang bertanyakan soalan kepadanya.

Disebabkan itu , seorang wartawan yang berada disitu seakan ‘koyak’ apabila meninggikan suara dan tetap mahukan jawapan yang sahih daripada Noh.

“Kenapa pula cakap media? Benda ini datang dari media sosial. Daripada kita percaya benda itu, lebih baik kita tanya kepada tuan punya badan sendiri sedangkan sudah berada di depan mata, kan?” jawab wartawan berkenaan.

Di ruangan video yang tersebar itu , rata-rata netizen merasa teruja dan terhibur apabila melihat sikap wartawan tersebut yang dikatakan  ‘koyak’ selepas disindir Noh.

Malah netizen merasa puas hati kerana akhirnya ada artis yang bijak apabila berhadapan dengan media dan menjawab secara bersahaja hingga membuatkan wartawan “sakit hati”.

 

 

Tidak mahu memanjangkan isu tersebut , Noh hanya menafikan perkara tersebut dan tidak mahu media terus sibuk tentang rumahtangganya kerana dia hanya menjual karya dan seninya dan bukan menjual hal peribadinya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2022 04:40

Cristiano Ronaldo Terdesak, Mahu Keluar Dari United!

Manchester United. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Selepas musim hambar bersama Manchester United musim lepas, berita baharu menjelma apabila Ronaldo mahu keluar dari kelab yang telah menjadi paksi kehebatan kerjaya bola sepaknya.


Ronaldo yang masih belum turun dalam latihan serta perlawanan persahabatan untuk musim ini telah memberikan alasan bahawa mempunyai masalah keluarga yang perlu diselesaikan.

Namun, dalam situasi tersebut mula timbul berita sahih bahawa ejennya sedang mencari kelab lain untuk dirinya kerana beliau tidak yakin akan pasukan United untuk musim depan bersama jurulatih baharu, Erik Ten Hag.


Walaupun Ten Hag telah menyatakan Ronaldo berada dalam perancangannya serta beliau tidak akan dijual, namun rancangan tersebut tampak samar untuk Ronaldo.

Jorge Mendes telah menawarkan Ronaldo kepada beberapa kelab besar di dunia namun kebanyakkanya menolak untuk khidmat beliau dan langsung tidak berminat.

Bayern Munich menjadi kelab pertama menolak Ronaldo apabila pengarah kelab, Oliver Kahn menyatakan bahawa Bayern tidak berminat dan menganggap itu hanya ‘rumor’.


Khabar angin bertiup kencang bahawa musuh United iaitu Chelsea berminat untuk membeli Ronaldo namun jurulatih, Thomas Tuchel menyatakan bahawa beliau tidak mahu serta merasakan kedatangan Ronaldo akan merosakkan ekosistem pembangunan pasukan Chelsea.

Gaji yang mahal serta umur yang sudah lanjut menjadi alasan beberapa kelab yang menolak khidmat Ronaldo walaupun pada musim lepas Ronaldo merupakan pemain terbaik United dengan menjaringkan 24 gol serta 3 bantuan gol dalam semua pertandingan.

Hari ini timbul berita bahawa ada pasukan dari Arab Saudi sanggup membeli Ronaldo serta menawarkan gaji yang mahal bernilai £105 juta setahun namun masih belum dipastikan sama ada benar ataupun tidak.

Antara punca Ronaldo mahu keluar dari kelab kesayangannya adalah United tidak layak beraksi di Liga Juara Juara Eropah serta kelab tidak menampilkan usaha yang jelas membina semula pasukan untuk bersaing dengan kelab gergasi yang lain.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2022 04:07

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.