Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 139
July 19, 2022
Akhirnya Kedah Raih Kemenangan!
Liga Super Malaysia. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Kedah Darul Aman (KDA) FC akhirnya menamatkan kemarau kemenangan dalam saingan Liga Super Malaysia 2022 selepas berjaya menundukkan Sarawak United 3-1 pada aksi yang ke-11 yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar sebentar tadi.
Tanpa kemenangan dalam lima perlawanan terakhir liga, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu tampil dengan aksi yang baik dalam usaha untuk menguasai permainan bagi mendapatkan jaringan.
Skuad Kenari hanya memerlukan sembilan minit untuk berada dihadapan selepas hantaran lintang Fayadh Zulkifli yang gagal disudahkan dengan baik oleh Ronald Ngah Wanja tidak disia-siakan oleh Mahmoud Al-Mardi.
Percubaan susulan daripada pemain skuad kebangsaan Jordan itu hanya mampu dipandang penjaga gol Sarawak United, Tauffiq Ar Rasyid Johar untuk memberikan kelebihan buat Kedah.
Pasukan pelawat yang hanya sesekali mendapat ruang untuk melakukan percubaan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-13 tetapi tandukan Francis Kone selepas menerima hantaran susulan sepakan sudut daripada S. Chanturu sedikit melewati palang gol.
Sanrawat Dechmitr jelas menjadi watak penting dalam membantu kemenangan ini dimana beliau cukup tenang dalam mengemudi jentera tengah untuk melorongkan bola berkualiti terutamanya buat Ronald Ngah Wanja.
Sanrawat melakukan lorongan baik buat Mahmoud pada minit ke-34 tetapi rembatannya dinafikan Tauffiq manakala percubaan pemain import dari Thailand itu ketika permainan memasuki minit ke-52 sedikit melewati palang.
Dalam keghairahan Kedah memburu jaringan kedua, Sarawak United mengambil kesempatan dengan melakukan serangan balas pantas berselang seminit kemudian menerusi Nor Azizi Ramlee.
Uche Agba yang meluru pantas ke kawasan penalti Kedah melakukan lorongan buat Francis Kone tetapi rakannya itu gagal menyempurnakan peluang terhidang. Uche bagaimanapun tidak menunggu lama untuk melakukan percubaan untuk kembali menjadikan kedudukan terikat.
Enggan sekadar mencatatkan keputusan seri, Kedah memperkemaskan aksi dengan meningkatkan lagi tekanan buat skuad kendalian S. Balachandran itu dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-75,
Berpunca daripada hantaran cantik daripada Sanrawat kepada Ronald Ngah, penyerang import itu melakukan ‘turning’ dan kemudiannya melepaskan rembatan kaki kiri yang tidak mampu dihalang Tauffiq.
Mahmoud memastikan api perjuangan pasukan lawan terpadam pada minit ke-80 dimana hantaran ke dalam kawasan penalti yang cuba dilakukannya terus menerjah ke gawang Sarawak United untuk memastikan kemarau kemenangan Kedah berakhir.
Kemenangan kelima yang dilakarkan itu meletakkan Kedah kini berada ditangga keempat dengan 17 mata manakala Sarawak United pula ditangga ke-10 selepas mengumpul 10 mata.
1,970 Kekosongan di Kementerian Kesihatan Malaysia ~ Gaji RM1,500 – RM7,605 | Minima SPM Layak Mohon!

Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan di Lembaga Tabung Haji. Sila rujuk maklumat kekosongan ini di laman yang tertera. Untuk membuat permohonan sila ikuti langkah-langkah yang diberikan.
Iklan kekosongan ini adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia. Sebelum memohon, sila baca dengan teliti tentang langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum membuat sebarang permohonan.
MAKLUMAT JAWATANNama Majikan : Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan : 25 Julai 2022
Join telegram: https://t.me/jawatan
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMOHON1. Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda hendaklah menghantar maklumat yang lengkap dengan mengisi resume rasmi anda dan disertakan pengalaman bekerja yang lepas sekiranya diminta.
2. Anda hendaklah memilih jawatan dan lokasi yang bersesuaian mengikut kelulusan anda pada senarai kekosongan jawatan yang telah ditetapkan.
3. Langkah yang seterusnya, Anda hendaklah mengisi resume yang lengkap pada alamat “PERMOHONAN” di bawah.
JururawatPenolong Pegawai PerubatanPembantu Kesihatan AwamPembantu Pembedahan PergigianDan Banayak Lagi…*Sila lihat pautan di bawah sebelum memohon
Sebelum memohon, anda hendaklah mengikuti langkah permohonan kerja kosong terkini yang telah ditetapkan.
Rujuk Pautan: PERMOHONANKEPERLUAN & KELAYAKAN UNTUK MEMOHONKepada calon yang mempunyai kelayakan seperti Ijazah, Diploma,(SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon jawatan ini
[Sila baca iklan dan syarat kelayakan permohonan sebelum memohon jawatan ini]
Ciri-ciri calon yang memiliki kelebihan dengan jawatan kosong ini adalah seperti berikutKemasBerpengetahuan amMempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam diri dan lain-lain(Sila rujuk kelayakan permohonan jawatan ini di bawah)KelebihanGaji dengan pelbagai imbuhan menarikCuti TahunanCuti Sakit dan lain-lainBAGAIMANA UNTUK MEMOHONPermohonan ini boleh dilakukan secara online. Sila ikuti arahan seperti di bawah.
Sila Klik di pautan “PERMOHONAN” yang berada di atas dan rujuk pada maklumat permohonan, syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan jawatan.
Kepada permohon yang membuat permohonan buat kali pertama, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan di dalam sistem.
Semua pemohon disarankan untuk mengemaskini mana-mana maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem. Hanya calon yang disenarai pendekkan akan dipanggil temuduga.
Harga Minyak Masak Tidak Bersubsidi Akan Turun Dalam Tempoh Dua Minggu Lagi
Harga minyak masak dijangka turun pada hujung bulan ini.
Kerajaan menjangkakan harga minyak masak tidak bersubsidi akan turun dalam tempoh dua minggu lagi berikutan penurunan harga minyak sawit mentah di pasaran dunia.
Menurut Pengerusi Pasukan Jihad Tangani inflasi, Tan Sri Annuar Musa, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) serta pengilang berkaitan yang bersetuju menurunkan harga secara berperingkat.
Baca juga:
Touch ‘n Go Lancar Kempen Galakkan Pembayaran Tanpa TunaiJualan Cedok-Cedok Mengandungi Unsur GhararSegerakan Penurunan Harga Minyak:Beliau turut berkata, pihaknya mengesyorkan supaya ia dilaksanakan segera dalam masa terdekat selepas mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri minyak masak kelapa sawit pada Selasa lalu.
Semakan harga akan dibuat setiap minggu jika pelaksanaan penurunan nilai ini dilakukan segera.
Inisiatif terbabit diambil tidak memaksa mana-mana pihak, sebaliknya berharap industri berkenaan lebih bertanggungjawab kerana syarikat juga yang akan menentukan.
Beliau turut berterima kasih kepada persatuan pengeluar minyak yang bersetuju dengan cadangan menyegerakan penurunan harga.
Masalah Inflasi Dalam Negara:Kerajaan akan terus meneliti langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah inflasi dalam negara dan mengelakkan situasi berkenaan berlanjutan.
Menurut Annuar, Menteri Komunikasi dan Multimedia, inflasi yang sedang dihadapi kini berlaku secara global kerana pasca COVID-19 yang mana semua aktiviti berjalan semula dan permintaan pelbagai industri meningkat, tetapi pengeluaran tidak pulih sepenuhnya.
Selain itu, peperangan antara Ukraine dan Russia turut menjejaskan urusan perdagangan dunia turut terjejas menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang di seluruh negara.
Inflasi ini berlaku menyebabkan dagangan dunia berubah bergantung kepada dasar kewangan dan monitori polisi negara tertentu terutama kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
Sumber: UTAMADAILY
Akan Ada Tiga Modal Proton Yang Baharu Akan Guna Enjin 1.5L TGDi Dan Lancar Pada……
Jika sebelum ini ,Syarikat Proton telah membawa media tempatan mengunjungi kemudahan pemasangan trenkuasa 1.5 liter TGDi di kemudahan Tanjong Malim, Perak. Malaysia akan menjadi negara kedua selepas China memasang janakuasa tersebut yang mana pengeluaran bermula April lalu. Pada pembentangan tersebut, Proton telah mengesahkan selain X70 dan X50, tiga model baharu akan datang bakal menggunakan janakuasa 1.5 liter turbo yang akan diperkenalkan dalam tempoh 2023 hingga 2024.
Sumber: google image
Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah tidak mendedahkan model apakah yang bakal dilancarkan dahulu. Jika melakukan jejak digital, sebelum ini tular di media sosial imej intip SUV 7-kerusi yang akan digelar sebagai X90 menjalani ujian enduran di jalan raya. Berkemungkinan model ini akan dilancarkan terlebih dahulu. Disamping itu, dua model baharu yang bakal menjengah pasaran mengikut andaian adalah pengganti Exora dan Preve.
Sumber: google image
Model Proton yang akan datang akan menggunakan enjin 1477cc 3-silinder DOHC dengan bersaiz gerek 82mm dan lejang 93.2mm. Enjin pertama yang mulai ditawarkan adalah 1.5 liter TGDi yang akan mampu menghasilkan kuasa 130kW @ 5,500rpm dan tork 255Nm @ 1,500rpm. Enjin Kedua pula adalah 1.5 liter turbo ‘port fuel injection’ yang akan menghasilkan kuasa 110kW @ 5,500rpm, dan tork 226Nm @ 1,500rpm. Walaubagaimanapun, Proton juga akan mengkaji trenkuasa alternatif dan elektrik yang masih lagi dalam pembangunan.
Sumber: google image
7 Salon Muslimah di Lembah Klang | Refresh . Rejuvenate. Beauty
Anda berasa penat setelah bekerja di pejabat (dan di rumah) 24/7? – apa kata anda ke salah satu salon muslimah di Lembah Klang ini, kerana setiap wanita berhak untuk berehat dan bersantai.
Sama ada anda ingin menggunting rambut ataupun mendapatkan pakej facial dan urutan badan, scroll ke bawah senarai kami untuk salon Muslimah di Lembah Klang untuk sesi memanjakan diri!
Baca juga: Msekin Wonderland Park, Sekinchan | 10 Kolam Berbeza Dengan Slides Yang Amazing !
Siti Salon Al-Zahrah
Selain sebagai salun rambut atau salon Muslimah di Lembah Klang, Siti Salon Al-Zahrah juga berfungsi sebagai spa! Selain Kuala Lumpur, salun ini mempunyai cawangan di Shah Alam, Bangi, Wangsa Maju serta Perak. Bahagian terbaik tentang salun ini ialah ia khusus untuk wanita sahaja!
Tiada lelaki dibenarkan, jadi perkhidmatan mereka didedikasikan sepenuhnya peh wanita, kepada wanita.
Dihiasi menarik dengan kerusi yang selesa dan juga TV kecil, bahagian dalam salun itu amat eksklusif. Anda tidak akan melihat banyak tingkap apabila memasuki tempat itu, jadi kakitangan sangat bersungguh-sungguh dalam memastikan wanita yang datang ke sini dapat menjaga aurat mereka tanpa sebarang kerisauan.
Perkhidmatan mereka termasuk gunting rambut, penjagaan rambut intensif, rambut santai, cold perm, perkhidmatan rambut untuk kanak-kanak, rawatan muka biasa, rawatan muka untuk resdung, urutan badan dan banyak lagi.
Alamat: 14, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Oasis Spa and SalonTerletak di Kuala Lumpur, Oasis Spa and Salon adalah salah satu salon muslimah di Lembah Klang yang menawarkan perkhidmatan kecantikan mesra bajet untuk Muslimah. Apa yang menarik tentang salun rambut wanita sahaja ini ialah kakitangannya hanya menggunakan produk halal!
Berfungsi sebagai spa, beberapa perkhidmatan yang mereka tawarkan termasuk urutan badan, lulur badan dan banyak lagi. Dengan suasananya yang tenang dan selesa, mudah untuk menikmati sesi memanjakan diri di sini.
Waktu Operasi: Setiap hari; 10am-7pmAlamat: Jalan Jelatek 1, 54200 Kuala LumpurCapello by NinaDimiliki oleh Datin Nina Ismail Sabri, Capello by Nina adalah salun mesra Muslimah yang terletak di KL (dengan cawangan lain di Johor) dan yang paling penting, ia khusus untuk wanita!
Selain perkhidmatan standard seperti rawatan kulit kepala dan rambut, Capello juga menawarkan manicure dan pedikur klasik untuk meningkatkan kecantikan anda! Satu lagi perkara menarik tentang Capello ialah ia juga mempunyai ruang solat yang disediakan untuk pelanggan.
Kredit: qosent.blogspot
Perkhidmatan lain termasuk mencuci rambut, mewarna rambut, rawatan Keratin, perm, facial lembapan dan banyak lagi.Salun ini juga mesra keluarga dan mempunyai kawasan permainan kanak-kanak di beberapa kedai. Jadi, ibu-ibu boleh menikmati perkhidmatan sementara anak-anak mereka juga boleh bermain!
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (10.30am-8pm)Alamat: 7A, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, SelangorEl Rahah
Terletak di Bangi dan Kajang, El Rahah ialah salah satu salon Muslimah di Lembah Klang yang menawarkan apa-apa sahaja daripada potongan rambut dan rebonding kepada rawatan kulit kepala dan rawatan rambut.
Apa yang istimewa tentang El Rahah ialah perkhidmatan memanjakan tambahan yang mereka sediakan termasuk rawatan muka, rias kuku, pedikur, sauna herba dan urutan badan.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (10am-7am)Alamat: No.55, Jalan 8/35, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, SelangorMEDINA Ladies Beauty Salon
Selain menawarkan potongan rambut dan cuci rambut, Medina Ladies Beauty Salon juga menyediakan spa dan rawatan muka. Jika anda sedang mencari salon Muslimah di Lembah Klang untuk berehat selepas seminggu yang sibuk, lihat pelbagai pakej yang mereka tawarkan!
Bahagian dalaman salun direka untuk memberikan keselesaan dan privasi terbaik untuk pelanggan mereka. Selain daripada itu, salun ini khusus untuk wanita sahaja!
Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil, pasti lega bila tahu ada kawasan untuk anak-anak bermain di salon ini. Medina menawarkan lebih banyak perkhidmatan termasuk urutan batu panas, rawatan muka Medina ekspres, urutan kaki, urutan kepala & bahu anti-tekanan, rawatan kulit kepala dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (10am-8pm)Alamat: No. 45A, Jln Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, SelangorMuslimah Salon & Spa Taman Melati
Anda harus ke salah satu salon muslimah di Lembah Klang ini, dan menghabiskan beberapa jam di Muslimah Salon & Spa Taman Melati. Selain menawarkan rawatan penjagaan rambut, urutan kulit kepala dan rawatan muka premium, anda akan gembira untuk menikmati rawatan jakuzi, sauna herba dan lulur badan.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (10am-7pm)Alamat: 28-1, Jalan Taman Melati 11, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurAurora Muslimah Spa & Salon
Bagi yang sedang mencari spa atau salon Muslimah di Lembah Klang atau Shah Alam, jom ke Aurora Muslimah Spa & Salon. Spa dan salun kecantikan yang baru dibuka untuk wanita, anda boleh menikmati urutan aromaterapi, urutan belakang, urutan kaki, lulur badan, mandian herba, mandian garam Himalaya dan banyak lagi.
Ataupun, anda boleh juga dapatkan potongan rambut baharu atau tingkatkan masa me-time anda dengan rawatan rambut dan kulit kepala di salun rambut ini.
Waktu Operasi:Setiap hari kecuali Isnin (10am-10pm)Alamat: 44G, Jalan Sungai Burung Y32/Y, Bukit Rimau, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor
Msekin Wonderland Park, Sekinchan | 10 Kolam Berbeza Dengan Slides Yang Amazing !
MSekin Wonderland Park ialah tarikan terbaharu di bandar yang terletak di Sekinchan, Selangor, sesuai dengan misi Selangor yang sedang membina industri pelancongannya dengan banyak tarikan pelancong baharu seperti Gamuda Cove, Riverine Water Park dan terdapat yang baharu yang dibuka baru-baru ini.
Msekin Wonderland Park ialah taman air kanak-kanak pertama di Sabak Bernam, Selangor. Terletak di bandar Sekinchan berhampiran Pantai Redang Sekinchan, taman air ini bersebelahan dengan Sekin Hotel & Resort. Selain itu, terdapat juga restoran ikan bakar bernama Sekin Ikan Bakar di dalam resort.

Baca: 7 Hotel Budget Terbaik Di Kota Kinabalu | Bawah RM160 Per Malam !
10 Kolam BerbezaSekinchan bukan sekadar sawah padi dan homestay kontena.
Kini ia mempunyai taman air kecil! Terpaksa menangguhkan pelancarannya awal tahun ini, Msekin Wonderland Park ini dibuka beberapa bulan lalu sebagai tarikan baharu bagi penduduk Sekinchan dan pengunjung dari kawasan lain.
Mempunyai sekitar 10 kolam berbeza yang lengkap dengan gelongsor, air pancut dan aktiviti menyeronokkan yang lain, anda dan anak-anak anda akan menikmati masa terbaik dalam hidup anda!
Selain itu, taman air ini terletak tidak terlalu jauh dari Pantai Redang di Sekinchan supaya anda boleh pergi ke sini untuk menikmati laut sebenar di tepi pantai berpasir.
Aktiviti LainAnda tertnya-tanya adakah mereka mempunyai aktiviti lain selain aktiviti air? Pastilah ada!
Jika anda mencari aktiviti yang membuakan anda berpeluh, mereka mempunyai trampolin untuk anda melompat ke langit, basikal elektrik untuk bersiar-siar atau anda boleh menaiki tunggangan ATV untuk mengembara di sekitar taman tema!
Anak-anak anda juga boleh bermain dalam playground yang sentiasa mengujakan dengan gelongsor dan laluan berhalangan mini.
Taman air dibuka sehingga larut malam juga, jadi anda boleh meluangkan masa dan bermain sepanjang hari sehingga puas hati.
#Jika anda ingin bermalam, bilik hotel dan khemah tersedia untuk disewa =)
Harga Tiket Msekin Wonderland ParkBawah satu tahun – Masuk percuma
Kanak-kanak (MyKad) – RM20
Dewasa (MyKad) – RM25
Pakej untuk lima pax – RM100
Kanak-kanak (bukan MyKad) – RM25
Dewasa (bukan MyKad) – RM30
358, Jalan Pantai Redang,
Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor Waktu Operasi
9am – 10pm (Isnin hinga Jumaat)
9am – 11.59pm (Sabtu dan Ahad)
Makanan Ini Bole Sebabkan Tubuh Bermasalah , Adakah Benar Atau Sekadar Mitos
Makanan adalah salah satu sumber yang diperlukan untuk hidup. Pelbagai makanan yang boleh dimakan dan semuanya mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri.
Namun terkadang pengambilan makanan tersebut secara berlebihan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap tubuh badan manusia malah boleh menjadi penyakit yang berbahaya .
Adakalanya kita takut hendak ambil satu-satu makanan itu kerana bimbang memudaratkan tubuh badan kita. Tak kurang juga ada makanan yang dikaitkan dengan kecantikan kulit, tak kurang juga dengan masalah bau badan.
Terdapat beberapa mitos dan salah faham mengenai makanan menyebabkan ramai tidak mengambil makanan tersebut kerana bimbang akan kesihatan mereka namun pada dasarnya makanan itu mempunyai kelebihan dan bagus untuk tubuh badan.
1. Bawang punca badan berbau.

Jangan takut makan bawang kerana bawang bukan punca badan anda berbau. Bau badan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada lipatan tubuh seperti ketiak.
Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan meningkat sehingga membuatkan anda berpeluh tetapi bukan penyebab kepada bau badan.
2. Biji jambu punca sakit usus?
Terdapat kenyataan tentang memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah pada usus dan perut . Hakikatnya, penyakit usus adalah disebabkan oleh hadirnya bakteria patogen yang menjangkiti usus besar.
Biji pada jambu tidak mungkin tersumbat di dalam usus kerana biji jambu kan keluar ketika membuang air besar.
3. Timun punca keputihan.
Kaun wanita sering dipesan agar tidak memakan timun kerana khuatir berlaku keputihan tetapi sebenarnya keputihan terjadi disebabkan keadaan alat sulit yang lembab dan tida bersih sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria.
Sebenarnya timun tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh menyebabkan keputihan dan kegatalan kepada vagina .
4. Lemon / limau nipis dicampur dengan kicap.
Makanan masam sering dikatakan menjadi penyebab kepada sakit perut dan perlu dielakkan jika tidak mahu terkena gastrik.
Mengambil perahan limau nipis atau lemon dan ditambah dengan kicap untuk menyembuhkan batuk dalah sangat digalakkan dan berkesan untuk merawat batuk.
Hal ini kerana, limau atau lemon mempunyai asid tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai penyeimbang rasa masam dari limau nipis atau lemon.
5. Buah salak punca sembelit.
Ramai orang yang menjauhi buah salak kerana khuatir najis akan menjadi keras dan menjadi sukar untuk membuang air besar walaupun buah ini mempunyai rasa yang luar biasas sedap.
Buah salak sebenarnya mempunyai kandungan serat yang tinggi dan bagus sehingga memudahkan anda membuang air besar dengan lancar.
6. Bayam punca urat timbul.
Semua jenis sayuran dan buahan mempunyai fungsi yang baik bagi keperluan tubuh badan manusia malah bayam mengandungi banyak serat untuk melancarkan pencernaan. Sakit urat adalah berpunca daripada toksin yang banyak serta pengambilan garam berlebihan.
7. Buah nenas punca gugur.
Keguguran selepas makan buah nenas telah menjadi ikutan sejak turun temurun sehingga buah ini dilarang untuk dimakan leh wanita yang mengandung dan sedang dalam proses mendapatkan anak .
Namun kenyataannya , nenas mengandungi enzim bromelain yang mampu mencerna protein di dalam makanan agar lebih mudah terserap oleh tubuh. Secara tidak langsung, janin berkembang dengan baik kerana cukup zat. Mengambil nenas juga membantu mengurangi masalah kolesterol dalam darah, diabetes dan penyakit jantung.
7 Hotel Budget Terbaik Di Kota Kinabalu | Bawah RM160 Per Malam !
Anda ingin travel ke KK tetapi hanya mempunyai bajet kecil untuk penginapan? Jangan bimbang, terdapat beberapa hotel budget terbaik di Kota Kinabalu yang anda boleh pilih.
Iya, harga tiket kapal terbang sahaja pun biasanya menelan banyak belanja. Disebabkan itulah kita seboleh-bolehnya meminimakan kos travel yang lain seperti penginapan, dan sebaliknya menggunakan bajet yang ada untuk memaksimakan tempat-tempat yang bakal kita kunjungi.
Baca juga: Mary Jane | Restaurant Perfect untuk Pink-Lover !
Cititel Express Kota Kinabalu
Permulaan senarai kami untuk hotel budget terbaik di Kota Kinabalu ialah Cititel Express Kota Kinabalu yang berharga sempurna untuk traveller yang mempunyai bajet yang ketat.
Sebuah hotel minimalis yang dikenali dengan tema ringkas dan selesa, anda pasti akan merasakannya sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam bilik anda.
Terdapat lima jenis bilik yang tersedia, daripada Bilik Standard yang sesuai untuk dua orang kepada Superior Quad yang sesuai untuk empat ahli keluarga.
Alamat: No. 1, Jalan Singgah Mata, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
The Atelier
The Atelier ialah hotel budget terbaik di Kota Kinabalu yang memberi tumpuan kepada pengalaman tetamu. Di samping menawarkan rate bilik yang rendah untuk para tetamu, hotel The Atelier mempunyai bermacam-macam pilihan bilik bertema yang dihiasai dengan dekorasi yang mempesonakan.
Anda boleh bangun dengan melihat dinding tumbuh-tumbuhan berdaun di bilik The Botanist, menghirup secawan kopi panas di bilik The Cafe atau menangkap gambar persekitaran anda di bilik The Photographer.
Rate: Dari RM125/malamAlamat: C-6-8, Aeropod Commercial Square, Jalan Aeropod, off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, SabahOikos Poshtel
Satu lagi hotel budget terbaik di Kota Kinabalu yang menyeimbangkan antara dekorasi dan keselesaan ialah Oikos Poshtel. Hanya dalam jarak pemanduan singkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hotel ini dinamakan sempena perkataan Greek untuk mewakili keluarga dan rumah.
Bergantung pada saiz keluarga anda, terdapat tujuh jenis bilik untuk dipilih. Pasangan boleh menginap di Bilik Deluxe King dan keluarga kecil boleh berehat dengan selesa di Bilik Keluarga yang dilengkapi dengan pemandangan padang golf atau jalan yang sibuk.
Rate: Dari RM120/malamAlamat: Lot 72, Block L, 2nd Floor, KK Time Square, 88000 Kota Kinabalu, SabahWebsite | Facebook | Instagram | Booking.com
Robusta Suites by mushROOM
Bangun tidur di Robusta Suites juga merupakan pengalaman yang cukup baik. Salah satu hotel budget terbaik di Kota Kinabalu, hotel butik ini diinspirasikan oleh Tenom Coffee, kopi istimewa yang popular di Sabah.
Terdapat lima jenis bilik yang tersedia dan menariknya dilengkapi dengan buaian kayu dalaman untuk menyerlahkan sisi keseronokan anda.
Selain lokasinya yang strategik (hanya 10 minit pemanduan dari pantai Tanjung Aru), hotel butik ini juga terkenal dengan menyediakan pengalaman foot scrub dengan menggunakan kopi.
Alamat: Jalan Kepayan 2 K-1-3, Ground Floor, Block K, Aeropod Commercial Square, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Website | Facebook | Instagram
Toojou
Jika anda suka menginap di hotel budget terbaik di Kota Kinabalu yang juga sempurna untuk Instagram anda, Toojou mungkin sesuai untuk anda.
Dinamakan sempena tuju, perkataan bahasa Melayu untuk ‘destinasi’, warna-warna terang hotel dan reka bentuk unik memancarkan keseronokan, dan itulah yang anda akan dapat.
Para tetamu hotel Toojou boleh memilih samada untuk bermalam di Capsule Bed dimana ia sesuai untuk mereka yang datang berkumpulan, atau boleh Bilik Studio, jika anda datang bersama keluarga kecil anda yang inginkan privasi tambahan.

Setelah anda selesai, pergi ke working space mereka yang penuh dengan beans dan juga gelongsor! Bahagian yang terbaik ialah, tetamu boleh mengakses ruang kerja bersama secara percuma.
Rate: Dari RM127/malamAlamat: No. 12, Jalan Masjid Lama, Bandaran Berjaya, 88000 Kota Kinabalu, SabahWebsite | Facebook | Instagram
Mercure Kota Kinabalu City CentreWalaupun anda melancong dengan bajet di Kota Kinabalu, anda boleh tinggal di tempat yang menakjubkan seperti Mercure Kota Kinabalu, salah satu hotel budget terbaik di Kota Kinabalu.
Dalam jarak berjalan kaki dari Jesselton Point Waterfront yang bersejarah, anda boleh menemui hotel mampu milik ini di Jalan Gaya, Kota Kinabalu!
Terdiri daripada empat jenis Bilik Superior yang menghadap ke halaman atau bandar, setiap bilik mempunyai katil yang selesa, meja kerja dan bilik mandi en suite dengan pancuran mandian hujan.
Jika anda merancang untuk berbelanja secara mewah pada lawatan seterusnya ke Kota Kinabalu, Mercure juga mempunyai suite dan apartmen yang benar-benar mewah.
Rate: Dari RM157/malamAlamat: No 41, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, SabahWebsite | Facebook | Instagram
ibis Styles Kota Kinabalu
Mengakhiri senarai hotel budget terbaik di Kota Kinabalu kami ialah ibis Styles Kota Kinabalu! Terletak di perbandaran komersial Inanam, ini adalah tempat yang sesuai untuk berehat selepas menerokai pemandangan dan bunyi bandar.
Walaupun terdapat tiga jenis Bilik Superior untuk dipilih, setiap bilik boleh memuatkan sehingga tiga orang, yang sangat bagus jika anda melancong dengan keluarga besar anda atau bersama kumpulan rakan-rakan!
Rate: Dari RM135/malamAddress: No 1, Jalan Taipan 28, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, SabahJuly 18, 2022
Aliff Aziz Anggap Semua Yang Berlaku Sebagai Ujian Buatnya
Selepas tular video tentang kemesraan dirinya bersama dengan pelakon cilik , Intan Najuwa di Genting Highlands baru – baru ini kini Aliff tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut.
Pasangan pelakon itu sudah disahkan oleh pihak produksi bahawa mereka sedang menjalani penggambaran drama berjudul Jodohku Babysitter yang kini sedang ditayangkan di kaca televisyen .
Walaupun Intan sudah mengaku bahawa perkara itu dilakukan kerana tuntutan kerja namun tetap mendapat kritikan pedas daripada netizen yang tidak senang dengan perlakuan mereka yang dikatakan sangat keterlaluan.
“Bak kata abang awie , benda boleh elak tapi dia pilih sedap.”
Semalam , Aliff telah tampil pula menerusi sesi Live di IG miliknya untuk menjelaskan perkara tersebut kerana mendapat desakan daripada netizen yang masih mahukan penjelasan daripada dirinya yang dikatakan sudah berubah tapi masih melakukan perkara tersebut.
Aliff mengakui dirinya bukanlah seorang manusia yang sempurna dan menganggap apa yang berlaku sebelum ini adalah ujian buat dirinya dan bersedia menerima setiap teguran secara terbuka dan damai.
“Saya nak jelaskan di sini saya pun manusia biasa. Ini bukan satu alasan kerana seperti yang ada memberi teguran..niat dan matlamat tidak menghalal cara. Saya setuju 100 peratus.”
Ida yang tidak mahu mengecewakan peminat yang masih menyokongnya menerima baik teguran dan berterima kasih kepada semua peminat yang masih mengambil berat tentang dirinya dan keluarga.
“Saya yakin ramai orang yang sayang saya. Saya bersyukur Allah hantar ramai orang untuk menegur dengan cara baik mahupun tidak. Mungkin ini adalah teguran kepada saya untuk lebih berhati-hati insya-Allah.”
“Dalam kehidupan ini penuh ujian dan ini adalah salah satu ujian kepada saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan, risau dan sayang akan saya,” katanya.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan , Aliff yang banyak menerima komen yang mengkritik dirinya sebagai penunggang agama tetapi tidak mahu menyalah pihak tersebut kerana itu adalah pendapat masing – masing dan menerima dengan hati yang terbuka .
Malah mengaku dirinya sememangnya ingin menjadi manusia yang lebih baik namun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dipelajari.
Malah tidak segan untuk mengaku kesilapan daripada dirinya dan memohon maaf kepada orang ramai atas apa yang berlaku dan berjanji akan lebih peka dan berhati – hati selepas ini.
“Macam-macam komen saya terima. Itu hak masing-masing. Ada cakap saya tunggang agama, saya masih tak berubah.. Saya sebarkan dakwah bukan kerana saya orang alim atau warak.”
“Saya penuh kisah silam. Banyak lagi perlu diperbaiki dan dipelajari. Sebenarnya semua orang nak jadi baik.. cuma perjalanan kita berbeza,” jelasnya lagi.
“Niat dan matlamat tidak menghalalkan cara dan saya perlu peka. Saya mohon maaf kepada semua sekiranya ada rasa kecewa, hampa sedikit,” katanya.
Bagaimanapun , selepas vidoe itu dikongsi masih ada lagi netizen yang tidak berpuasa hati dengan penjelasan daripada Aliff dan mendakwa bahawa Aliff sengaja melakukan perkara tersebut demi mempromosikan drama tersebut.
Malah ada yang memohon agar Aliff mencontohi barisan selebriti dengan nama Alif yang cukup hebat dan terkenal tanpa perlu bersentuhan dengan wanita lain.
Perodua Axia Baharu Generasi Kedua Akan Bakal Lancar Pada Tahun Depan?
Toyota Agya dan Daihatsu Ayla (Perodua Axia) akan bakal menerima naiktaraf yang serba baharu dan bukan sekadar facelift. Model generasi kedua itu direncanakan akan hadir pada awal 2023 yang akan datang. Menurut laporan portal Autofun, sumber dalaman Daihatsu memberitahu Toyota Agya/Daihatsu Ayla menggunakan kod projek D74A yang mana akan memulakan pengeluaran massa pada Mac tahun depan.
Bahkan dimensi keseluruhan model ini telah dikatakan bakal bertambah dan ujian perlanggaran sudah dijalankan di Jepun tahun ini. Soal teknikal iaitu walaupun masih belum ada makluman tambahan, dijangkakan hatchback itu bakal menggunakan enjin 1,200cc WA-VE seperti Raize-Rocky 1.2. Enjin 3-silinder dengan tenaga 88PS dan tork 113Nm itu bakal menggunakan transmisi D-CVT, bukan 4-kelajuan automatik seperti model sekarang.
Sumber: google image
Disamping itu, Funtastico menjelaskan Perodua Axia (D74A) itu dikatakan bakal didatangkan dengan empat pilihan varian di Malaysia iaitu G, X, SE dan AV, yang berbeza dengan pilihan varian yang sedia ada. Pembangunan projek Axia (D74A) itu telah diterajui Perodua dengan kerjasama Daihatsu dan Toyota. Ini bermakna kembar Axia 2023 (D74A) akan berkongsi reka bentuk sama, dengan identiti wajah keluarga serta spesifikasi berbeza.
Jelasnya juga, secara keseluruhan reka bentuk Axia (2023) cenderung ke arah ‘rekaan selamat’ yang mana akan dilengkapi dengan lampu depan jenis LED dan rekaan lampu belakang melintang. Rekaan dalaman dikatakan ‘lebih menarik’ dengan penggunaan meter jenis digital sepenuhnya dan paparan unit infotainmen ‘terapung’ bersaiz besar. Namun, hanya ‘dua varian tertinggi sahaja’ akan dilengkapi dengan ciri tersebut.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
