Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 137
July 21, 2022
Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEGAWAI UNDANG – UNDANG
2. EMBANTU PENGUATKUASA
3. PEMBANTU AKAUNTAN
4. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
MAA Mula Hantar Rayuan Untuk Elak Harga Kereta Dinaikkan
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mula mengemukakan satu lagi surat meminta kerajaan untuk mempertimbangkan semula rayuan persatuan itu membabitkan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais baharu. Presiden persatuan, Datuk Aishah Ahmad telah berkata MAA masih menunggu jawapan balas Kementerian Kewangan (MOF) berhubung OMV dengan persatuan difahamkan MOF masih melihat perkara itu.
MAA juga telah mula mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk menyatakan yang mereka akan menyokong bahawa OMV tidak perlu disemak. Masih lagi menunggu surat kelulusan rasmi dari MOF. Mereka (MOF) masih melihat perkara ini dan saya jangkakan ada tanda-tanda positif. Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) termasuk jenama nasional berpotensi meningkat lapan hingga 20 peratus sekiranya pengiraan OMV duti eksais baharu dikuatkuasakan tahun depan.
Sumber: google image
Di dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan MAA pada Mac lalu, Aishah juga menyatakan, harga baharu kenderaan CKD yang lebih tinggi tidak dapat dielakkan, jika kerajaan berhasrat melaksanakan kadar pengiraan baharu yang memasukkan lain-lain kos pembuatan ke dalam duti eksais bermula 2023.
Walaubagaimanapun, katanya juga , MAA telah mengemukakan lagi cadangan kepada MOF bagi menilai semula struktur baharu yang dilihat akan memberi beban pengguna dan menjejaskan daya saing pasaran automotif tempatan. Perkiraan baru duti eksais Malaysia disediakan oleh MOF semasa pentadbiran Parti Pakatan Harapan dan telah diwartakan pada 31 Disember 2019. Aishah juga berkata, struktur pengiraan baharu yang akan dilaksanakan JKRM itu ditangguhkan pada 2020 sehingga penghujung tahun ini, namun jika ia tidak dinilai semula, pastinya akan memberi kesan kepada penawaran harga kenderaan CKD.
Menurutnya, OMV adalah nilai akhir pasaran yang telah ditetapkan bagi kenderaan CKD yang siap dipasang dari kilang, sebelum ini kerajaan mengenakan duti eksais ke atasnya.Kertas cadangan telah mulai dihantar kepada MOF dan kita menantikan jawapan dari kerajaan kerana perkara ini sangat penting kepada industri dan mengharapkan dasar lama dikembalikan di mana hanya kos item bukan pembuatan sahaja dimasukkan dalam pengiraan OMV yang akan mengurangkan harga kenderaan.
Sumber: google image
Disamping itu penganalisis yang telah menjangkakan sebarang perubahan hanya perlu dilakukan secara beransur-ansur untuk membolehkan pemain industri dan pasaran mulai menyesuaikan diri dengan perubahan ini menurut Penganalisis MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Hafriz Hezry, definisi OMV baharu difahamkan untuk merangkumi kos jualan seperti promosi dan pengiklanan, pemasaran, waranti dan komisen melebihi kos pembuatan sebelum ini. Katanya, asas OMV yang lebih tinggi di mana duti eksais dikenakan dijangka menyebabkan kenaikan duti eksais.
Penganalisis AmInvestment Bank, Jeremie Yap Jake Hui pula berkata pengiraan OMV baharu bagi model CKD adalah merangkumi yuran royalti, yuran margin pengedar dan caj pemasangan.
Walaubagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih lagi tidak dapat memastikan mengenai kuantum dan pembolehubah lain yang terbabit kerana tiada maklumat rasmi boleh didapati ketika ini. Terdapat berita terkini tentang kemungkinan penstrukturan semula duti eksais yang boleh memberi impak kepada harga kenderaan.
Namun ada yang masih belum pasti bagaimana duti eksais akan disusun semula. Harga kereta CKD berpotensi meningkat tahun ini disebabkan oleh peraturan cukai eksais baharu kerajaan yang telah diwartakan pada 31 Disember lalu. Duti eksais semasa berbeza mengikut kenderaan dari 60 peratus hingga 105 peratus, bergantung kepada model kereta dan pengeluar. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta MOF baru-baru ini telah dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk mengkaji semula struktur duti sektor automotif.
Format Baharu Liga Super 2023!
Liga Super 2023. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Liga Super Malaysia 2023 akan berwajah baru, di mana ia akan melibatkan 18 pasukan bertanding dan kuat pemain import berdaftar ditingkatkan kepada sembilan pemain, demikian diumumkan badan pengelola, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), semalam.
Ketetapan baru itu juga menyaksikan tiada lagi saingan Liga Perdana dan ia akan digantikan dengan Liga Simpanan iaitu satu kejohanan liga kelompok usia bawah 23 tahun.
Kuota import baru pula menyaksikan sembilan pemain dari luar negara boleh didaftarkan tetapi hanya lima daripada mereka boleh diletakkan di atas padang dalam satu perlawanan dan seorang lagi bertindak sebagai pemain gantian (kuota 5+1).
Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, berkata kepada Nadi Arena: “Sembilan orang (pemain import) didaftarkan tetapi dalam setiap perlawanan, hanya lima akan berada di atas padang.”
“Jika pemain (kuota) Asia mengalami kecederaan, dia tidak boleh digantikan dengan pemain Eropah.”
“Ia lebih-kurang sama seperti yang sekarang ini, cuma bezanya ada seorang lagi pemain (import) di bangku pemain simpanan.”
“Bagi saingan peringkat AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) pula, enam orang dibenarkan di atas padang. Itulah perbezaannya.”
“Pertukaran lima pemain masih diteruskan bagi memberikan minit permainan buat lebih ramai pemain,” katanya.
Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi
Nasi adalah makanan utama dalam menu rakyat Malaysia dan pengambilan nasi adalah terbanyak berbanding makanan lain kerana ianya mempu memberikan rasa kenyang yang lama dan mudah di dadapati.
Namun, kalori dalam nasi yang tinggi menyebabkan orang ramai meragukan pengambilan nasi yang dikatakan menjadi punca kegemukkan dan sentiasa dijauhi oleh golongan yang sedang berdiet.
Nasi adalah sumber karbohidrat yang utama dalam menu makanan seharian. Malah nasi disediakan dengan pelbagai cara untuk mempelbagaikan resepi yang mana ianya juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang sememangnya sangat menyukai nasi.
Terdapat satu perkongsian yang boleh mengurangkan kandungan kalori di dalam nasi dan bole dipraktikkan oleh golongan yang mahu berdiet atau tidak.
3 cara yang perlu dilakukan :
1. Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih.
2. Kemudian masukkan setengah cawan beras dan rebus selama 40 minit.
3. Sejukkan selama 12 jam dalam peti sejuk sebelum makan.
Sekdar Info :
Cara ini boleh mengurangkan kandungan kalori di dalam nasi putih dan ianya akan turun sehingga 60%. Makanya nasi boleh diambil tanpa merasa ragu namun masih perlu diperhatikan supaya tidak diambil berlebihan sehingga boleh menyebabkan obesiti berlebihan.
Malah cara ini mamou meningkatkan kandungan serat 10 kali ganda berbanding memasak nasi dengan cara biasa.
Tayang filem Mat Kilau Percuma di Kelantan Sempena Hari di Kelantan Jelajah AKM
Bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan, tayangan filem Mat Kilau secara percuma akan diadakan pada 24 Julai (Sabtu) ini.
Seramai 2,000 penonton bertuah berpeluang menyaksikan tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bertempat di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor pada jam 8 malam.
Baca juga:
Bantuan BINGKAS RM300 Setiap Bulan Sehingga Hujung TahunHarga Minyak Masak Tidak Bersubsidi Akan Turun Dalam Tempoh Dua Minggu LagiEdaran Tiket Percuma:Menurut Ahmad Termizi Musa, selaku penyelaras program bagi tayangan filem tersebut, tiket percuma akan diedarkan kepada rakyat yang bertuah melalui wakil yang dilantik oleh pihaknya di setiap jajahan di negeri ini.
Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai pawagam.
Namun, bersempena dengan hari Jelajah AKM kali ini, pihaknya berusaha menonjolkan suasana umpama berada di dalam pawagam dengan memberi keselesaan dan pastinya kenangan yang cukup bermakna kepada penonton yang hadir.
Ia juga bertujuan untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
Jelajah AKM Kelantan:Jelajah AKM Kelantan itu berlangsung pada 22 hingga 24 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad IV.
Turut disediakan pelbagai acara menarik seperti Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, gerai pameran agensi dan kementerian, persembahan tradisional, bekwoh (kenduri), persembahan kebudayaan dan pertandingan Muay Thai.
Menurut Ahmad Termizi, hanya penonton terpilih akan dibenarkan untuk menonton filem itu dan pihaknya juga akan mengasingkan tempat duduk antara penonton lelaki dan wanita.
Rakaman semasa tayangan adalah tidak dibenarkan bagi menjaga terma dan syarat perfileman.
Sumber: UTAMA DAILY
Suami Kepada Pelakon Maria Arshad Meninggal Dunia
Suami kepada pelakon veteran , Datin Maria Arshad iaitu Datuk Abdul Rahman Abu Bakar disahkan telah meninggal dunia pada petang Rabu dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut selepas solat Zohor.
Datin Maria menerusi Instagram miliknya telah memaklumkan bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.49 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Innalillahiwainailaihirojiun. Dukcita ingin dimaklumkan bahawa suami saya, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar telah menghembuskan nafas terakhirnya di PPUM pada pukul 12.49 tengah malam semalam.
“Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Insya-Allah,” tulisnya.
Maria dan keluarga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada sahabat handai dan kenalan yang telah menitipakn doa malah ada yang hadir ke proses pengebumian Allahyarham .
“Pada semua yang mendoakan dan menghantar WhatsApp atau mesej secara langsung, terima kasih,” katanya.
Menantunya . Sharifah Shahirah turut melahirkan rasa terharu apabila rakan sekerjanya, Tyzo meminta Rara agar bercuti dan tidak bekerja agar dapat menemani mertuanya dirumah.
“Ingat nak kerja, tetapi Tyzo kata tak sesuai bekerja dan minta saya pulang sebab bapa mentua meninggal dunia. Tyzo halau saya balik dan minta temankan ibu mentua di rumah.
“Terima kasih Tyzo… Baiklah, kita kena ikut. Berehat dan temankan ibu mentua,” ujarnya.
Mendapat ucapan takziah daripada rakan artis dan orang ramai , Rara merasa terharu kerana ramai yang mengambil berat tentangnya dan keluarga.
Bantuan Kewangan Negeri Pahang 2022
Bantuan Prihatin Pahang adalah bantuan untuk rakyat pahang.
Jumlah keseluruhan bantuan hampir RM30 juta ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima.
Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Baca juga:
Pandangan Jurujual Pada Pelanggan Yang Tengok Tanda HargaBantuan BINGKAS RM300 Setiap Bulan Sehingga Hujung TahunBantuan Prihatin Pahang (BPP):Kadar Bantuan Prihatin Pahang (BPP) akan memanfaatkan:
Pelajar dan Anak Muda – Pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pelajar Tahfiz, Pelajar Universiti, Politeknik, Anak muda 18 hingga 21 tahun dan anak muda yang berniaga.Golongan B40 – Anak Yatim, Ibu tunggal, gelandangan, nelayan dan pemandu teksi.Kluster Umum – Kampung tradisi, peneroka, orang Asli, penjaja harian, pengusaha bot dan pemandu pelancong.Kluster Apresiasi – Veteran Tentera dan Polis.Bentuk Bantuan Mengikut Kategori:Antara bentuk bantuan yang bakal diterima termasuklah:
Wang tunai RM200 – untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.Wang tunai RM100 – untuk pelajar tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM.Wang tunai RM300 – untuk penggiat di media sosial.160,000 Kotak Aidilfitri – untuk penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, penduduk Pahang boleh menghubungi atau kunjungi alamat yang tertera:
Alamat Pejabat : Pejabat Menteri Besar, Tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang, 25503 KuantanAlamat Rumah : Kediaman Rasmi YAB. Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, PahangJuly 20, 2022
DSV Tegaskan Jual Beli Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah
Baru – baru ini hangat diperkatakan tentang trend jual beli cedok yang menjadi ikutan peniaga bagi mempromosikan jualan di aplikasi TikTok dan cara ini telah dikatakan sebagai urusniaga yang haram dilakukan kerana menggunakan sistem “nasib baik”.
Kaedah jual beli cedok ini melibatkan peniaga yang memberi satu harga dan mencampurkan pebagai jenis barang dalam satu bekas besar dan dicedok secara warak.
Perkara ini membuatkan ini diperkatakan dan dipertikaikan sehingga beberapa penceramah dan ustaz telah mengesahkan bahwa ianya perniagaan yang haram kerana tidak mengikut syarat yang ia mana jual beli ini boleh merugikan pembeli.
Malah pendakwah bebas yang cukup terkenal dengan hujahnya iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin telah tampil memberi teguran mengenai cara ‘cedok’ itu yang disifatkan perlu menjaga halal dan haram dalam perniagaan kerana ia mempunyai unsur-unsur gharar (keraguan).
Namun trend itu juga turut dilakukan oleh usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida yang juga sering berkongsikan aktiviti ‘cedok’ barangan kosmetik keluarannya.
Walaubagaimanapun Diva tidak berpuas hati dengan dakwaan tersebut dan berkata aktiviti cedok yang dilakukannya olehnya itu tidak meragukan orang ramai kerana memberi keuntungan kepada pelanggan dan ianya berbeza dengan peniaga lain.
“Pada saya cedok-cedok ni yang kata gharar tu, pada saya punya sahajalah kalau pelanggan beli, tidak akan merugikan dia.”
“Pelanggan saya takkan rugi melainkan akan untung sebab saya beri barang yang nilainya lebih dari apa yang dibayar dan lebih daripada apa yang saya promokan.”
“Maksudnya dalam mencedok tu saya bagi lebih dan kalau saya offer di platform lain tak sama dan siapa yang selalu tengok live saya itu adalah giveaway saya kepada peminat sayalah,” katanya.
Malah Vida juga menjelaskan bahawa urusan jual beli cedok yang dilakukannya mempunyai unsur akad dimana persetujuan antara kedua belah pihak telah dilakukan sebelum urus niaga dilakukan.
“Pada saya niat dan saya akad, okay apa yang bagi ni setuju tak… dan saya bagi tu lebih daripada harga sebenar dan tiada istilah haram pada saya kerana bagi saya ia cedok yang patuh syariah,” katanya.
Menjengah ruangan komen dalam perkongsian jual beli di media sosial milknya rata – rata pengikut begitu teruja dengan jual beli cedok yang dilakukannya dan ternyata ramai yang suka memebeli dengan kaedah ini di Tik Tok.
Walaupun sudah mendapat teguran daripada orang yang berilmu namun masih ada peniaga dan pembeli yang masih menggunakan kaedah jual beli ini tanpa rasa bersalah.
Jawatan Kosong Terbuka di Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia ~ Gaji RM1,218 – RM4,052 | Minima PMR/PT3 Layak Mohon!

Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan di Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia. Sila rujuk maklumat kekosongan ini di laman yang tertera. Untuk membuat permohonan sila ikuti langkah-langkah yang diberikan.
Iklan kekosongan ini adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia. Sebelum memohon, sila baca dengan teliti tentang langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum membuat sebarang permohonan.
Maklumat JawatanNama Majikan : Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Julai 2022
Join telegram: https://t.me/jawatan
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMOHON1. Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda hendaklah menghantar maklumat yang lengkap dengan mengisi resume rasmi anda dan disertakan pengalaman bekerja yang lepas sekiranya diminta.
2. Anda hendaklah memilih jawatan dan lokasi yang bersesuaian mengikut kelulusan anda pada senarai kekosongan jawatan yang telah ditetapkan.
3. Langkah yang seterusnya, Anda hendaklah mengisi resume yang lengkap pada alamat “PERMOHONAN” di bawah.
Pembantu Kemahiran H19Pemandu Kenderaan H11Dan Banyak Lagi…*Sila lihat pautan di bawah sebelum memohon
Sebelum memohon, anda hendaklah mengikuti langkah permohonan kerja kosong terkini yang telah ditetapkan.
Rujuk Pautan: PERMOHONAN KERJAYA 1
Rujuk Pautan: PERMOHONAN KERJAYA 2
KEPERLUAN & KELAYAKAN UNTUK MEMOHONKepada calon yang mempunyai kelayakan seperti Ijazah, Diploma,(SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon jawatan ini
[Sila baca iklan dan syarat kelayakan permohonan sebelum memohon jawatan ini]
Ciri-ciri calon yang memiliki kelebihan dengan jawatan kosong ini adalah seperti berikutKemasBerpengetahuan amMempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam diri dan lain-lain(Sila rujuk kelayakan permohonan jawatan ini di bawah)KelebihanGaji dengan pelbagai imbuhan menarikCuti TahunanCuti Sakit dan lain-lainBAGAIMANA UNTUK MEMOHONPermohonan ini boleh dilakukan secara online. Sila ikuti arahan seperti di bawah.
Sila Klik di pautan “PERMOHONAN” yang berada di atas dan rujuk pada maklumat permohonan, syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan jawatan.
Kepada permohon yang membuat permohonan buat kali pertama, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan di dalam sistem.
Semua pemohon disarankan untuk mengemaskini mana-mana maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem. Hanya calon yang disenarai pendekkan akan dipanggil temuduga.
5 Kafe Hipster Popular Di Kuantan
Kini dengan adanya beberapa kafe hipster popular di Kuantan, penggemar kopi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia tidak perlu risau untuk ke KL lagi semata-mata untuk secawan kopi di kafe hipster!
Dengan begitu banyak kafe hipster yang tumbuh seperti cendawan di mana-mana pelosok Kuantan, bandar pesisir pantai yang menarik ini berkembang pesat sebagai salah satu destinasi terbaik untuk penggemar kafe di Malaysia. Bersedia untuk dimanjakan (dengan kafein)!
Baca juga: Rumah Kacha 2022| Nikmati Menu Lazat Dalam Glasshouse – Halal . Cozy . Beautiful
Rasa Sayang Cafe
Jika anda peminat Kek Keju Mango yang terkenal di Kula Cakes (terletak di Kuantan), anda pasti perlu mengunjungi salah satu kafe hipster popular di Kuantan juga – Kafe Rasa Sayang!

Di sini, anda boleh memadankan pencuci mulut mereka dengan kopi yang hebat, yang juga termasuk kopi tradisional Asia seperti kopi Vietnam.Berasa tercabar? Dapatkan menu minuman unik berasaskan Yakult mereka seperti Pandan Yakult dan Honey Lemon Yakult!
Jangan lupa untuk menikmati setiap perhiasan kecil yang dipamerkan di dalam kabinet, yang pasti akan membuatkan anda berasa nostalgia.
Alamat: A-25 Lorong Seri Kuantan 80, Kampong Kuantan, PahangWaktu Operasi: Setiap hari, 10am – 10pmCoffee GalleryCoffee Gallery berbangga sebagai independent coffee joint yang pertama di Kuantan. Kafe yang selesa ini, yang memenangi Anugerah Kafe Hipster Terbaik Kuantan pada 2016 dan ini menyebabkan ia menjadi kafe hipster popular di Kuantan!
Baru-baru ini mereka menyambut ulang tahun ke-7 mereka, menghidangkan 100% biji Arabica premium untuk memastikan kualiti kopi mereka. Saksikan barista mahir mereka beraksi sambil mereka menyediakan kopi dengan pelbagai kaedah minuman. Semua kopi yang disediakan mempunai harga yang mesra-poket!
Alamat: A-17, Jalan Seri Kuantan 80, Kuantan Star City, 25250 Kuantan, PahangWaktu Operasi: Setiap hari, 9.30am – 11.30pmJava Flava CafeMencari tempat dengan suasana hangat untuk sesi menghabiskan masa hujung minggu dengan rakan-rakan? Dengan suasana vintaj dan dalaman yang selesa, jamu selera anda di salah satu kafe hipster popular di Kuantan, Java Flava Cafe!
Menghidangkan makanan ala restoran Barat yang lazat—kebanyakan daripadanya dihasilkan from scratch, Java Flava juga terkenal dengan kopi handmade mereka.
Jangan beredar tanpa menikmati secawan roasted almond butterscotch yang lazat, atau mungkin tandatangan mereka Rose Marie Latte, yang merupakan teman yang sempurna untuk Paris Brest mereka yang luar biasa!

Perlukan beberapa slice pizza semasa anda menikmati minuman kafein anda? Kafe 92s adalah salah satu kafe hipster popular di Kuantan yang harus anda kunjungi! Restoran ini dibuka pada 2019, dan mereka merupakan tempat pertama menyajikan piza yang dibakar dengan kayu arang di Kuantan!
Jangan ketinggalan menu The 92s Signature berasaskan arang yang unik, 5 Formaggi yang sungguh unik yang menggabungkan lima jenis keju bermusim yang berbeza, dan Satay Turkey Ham mereka sendiri. Bunyi yang sungguh menggoda, bukan?
Alamat: A7, Transit Point, Jalan Dato Lim Hoe Lek, Taman Union, 25200 Kuantan, PahangWaktu Operasi: Setiap hari 11am – 9.30pmNineteen61.CafeHanya 10 minit pemanduan dari Teluk Cempedak yang terkenal, satu lagi kafe hipster popular di Kuantan; Nineteen61.Cafe menyertai kumpulan kafe Kuantan pada tahun 2017.
Seperti kafe hipster lain yang banyak menyajikan menu luarbiasa, Nineteen61 menawarkan banyak menu inventif seperti Mac & Cheese dengan Cheese Bomb Burger, Sandwich Labu Telur Masin, Matcha Affogato dan Kit Kat Stick Waffle.


Tingkap kaca yang besar memberikan cahaya semula jadi yang indah, yang bagus untuk anda mengambil foto yang cantik di kafe hipster popular di Kuantan ini!
Alamat: B-3, Lorong Sri Kuantan 25, Taman Intan, 25250 Kuantan, PahangWaktu Operasi: Setiap hari 11am – 9.30pmMohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
