Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 136
July 22, 2022
Senarai Pendek Anugerah CAF!
Pemain Terbaik Lelaki Bola Sepak Afrika. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Mohamed Salah, Sadio Mane dan Edouard Mendy telah menjadi senarai pendek tiga pemain terakhir untuk anugerah Pemain Terbaik Lelaki Bola Sepak Afrika (CAF).
Ketiga-tiga mereka semua bermain dalam Liga Perdana musim lalu walaupun Mane telah meninggalkan Liverpool untuk menyertai juara Bundesliga, Bayern Munich.
Mane menjaringkan 23 gol dalam 51 perlawanan untuk Liverpool pada musim terakhirnya di Anfield, memenangi Piala EFL dan Piala FA dan mara ke final Liga Juara-Juara serta menjaringkan penalti kemenangan dalam penentuan sepakan untuk memenangi Piala Negara-Negara Afrika bersama Senegal pada bulan Februari.
Bekas rakan sepasukannya di Kops, Salah berada di pasukan Mesir yang kalah pada final AFCON itu tetapi mempunyai kempen kelab yang cemerlang pada musim 2021-22, menjaringkan 31 gol dalam 51 perlawanan sebagai anak buah Jurgen Klopp.
Mendy tidak menikmati kejayaan yang sama untuk Chelsea seperti yang diraihnya pada 2020-21 apabila dia memenangi Liga Juara-Juara, walaupun 22 gol tidak bolos dalam 49 perlawanan dalam semua pertandingan pada 2021-22.
Beliau juga menjulang Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA bersama Blues, sementara turut menjadi sebahagian daripada pasukan Senegal yang berjaya di AFCON edisi Cameroon.
Tujuh pemain yang terlepas daripada senarai panjang 10 pemain yang dikeluarkan minggu lalu ialah seorang lagi pemain di Liverpool iaitu Naby Keita, pemain baharu Chelsea dan rakan sepasukan antarabangsa Mendy iaitu Kalidou Koulibaly, serta Riyad Mahrez, Vincent Aboubakar, Karl Toko Ekambi, Achraf Hakimi dan Sebastien Haller.
Punca disebabkan oleh pandemik COVID-19 terutamanya, sudah tiga tahun sejak anugerah itu diserahkan dengan Mane menang pada 2019 mendahului Salah dan Mahrez.
Tiga terakhir untuk anugerah Pemain Terbaik Wanita ialah Grace Chanda dari Zambia dan BIIK Kazygurt, Ajara Nchout Njoya dari Cameroon dan Inter, dan Asisat Oshoala dari Nigeria dan Barcelona.
Pemenang kedua-dua anugerah akan diumumkan pada hari Khamis nanti.
Produk Jamu Dipertikaikan , Anna Jobling Pertahankan Tya Arifin
Pelakon kacukan , Anna Jobling tampil mempertahankan Tya Ariffin apabila terdapat segelintir warganet yang melemparkan kata-kata kecaman serta kritikan terhadap produk jamu keluaran Tya Arifin yang dikatakan sangat pahit sehingga tidak boleh dimakan.
Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa gustin Jobling yang juga pengguna produk Mutyara keluaran Tya mengakui bahawa dirinya sudah mengamalkan dan merasai keberkesanan jamu itu yang manan jamu itu mempunyai pelbagai khasiat malah menegaskan bahawa jamu tersebut tidak mempunyai rasa pahit seperti yang didakwa.
Anna juga memohon orang ramai untuk mencuba dahulu produk tersebut sebelum memberikan komen negatif yang boleh menyebabkan masalah kepada perniagaan orang lain.
Pihak Tya juga telah membuat keputusan untuk memberikan 10,000 pek percuma produk itu kepada sesiapa yang ingin merasai sendiri jamu berkenaan dengan melayari laman web www.mutyara.com.
Anna juga mengakui bahawa sejak pertama kali memakan jamu tersebut , dia sangat berpuas hati kerana rasanya manis kerana diperbuat daripada campuran bahan seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda.
Malah rasanya sangat sedap dan manisnya tidak seperti manis buatan tetapi manis buahan yang penuh dengan khasiat semulajadi.
“Pada saya sebelum hendak komen, cuba dahulu. Tak baik tutup periuk nasi orang lain,” katanya.
Malah Anna turut memberikan pesanan agar orang ramai tidak terlalu terburu- buru dalam memberikan komen negatif kerana ianya mampu memberi tekanan dan keburukkan kepada mental orang lain.
Anna sempat juga menitipkan kata – kata positif kepada Tya agar lebih banyak bersabar dan pernigaannya berjalan lanjar serta lebih maju pada masa akan datang .
“Sebelum nak menilai atau menghentam produk orang lain, cuba terlebih dahulu dan baru komen.”
“Saya harap Tya kuat dan buang semua perkara negatif daripada fikiran dan sentiasa positif dalam memastikan perniagaan terus maju,” katanya.
Netizen seharusnya mencuba dahulu sebelum memberikan komen yang boleh menjatuhkan perniagaan orang lain kerana perniagaan yang diusahakan oleh Tya ini mempunyai banyak agent dan dropship malah ianya juga sudah dipasarkan di Indonesia , Singapura dan juga Brunei.
July 21, 2022
Eina Azman Tayang Body Hingga Dikecam Netizen
Baru – baru ini tular kisah yang netizen mempersoalkan mengapa Datin Paduka Eina Azman masih berlakon walaupon sudah kaya raya dengan harta yang melimpah ruah.
Namun Eina menjelaskan bahawa dirinya masih selesa berkerja dan tidak mahu melepaskan peluang yang sedia ada kerana dia mempunyai minat yang mendalam dunia lakonan.
Malah mengakui bahawa suaminya tidak pernah menghalang dirinya untuk masih bergerak aktif dalam dunia seni dan suka jika isterinya itu bekerja agar tidak terlalu bosan berada dirumahnya.
Lagi pula , dia mempunyai ramai pembantu rumah yang membantu dirinya menguruskan rumahtangga dan anak- anaknya ketika dia sedang sibuk berkerja.
Eina yang juga duta kepada produk terkenal , Maggi mengakui bidang lakonan adalah salah satu impiannya sejak kecil dahulu dan tidak mungkin akan melupakan impinannya itu begitu sahaja.
Dalam satu perkongsian Eina yang terbaru , kini menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik video menari bersama rakan artis yang lain demi mempromosikan bersiri The Maid 2.
Eina yang memakai baju serba hitam yang ketat dan seksi dikatakan keterlaluan sehingga membuatkan netizen memberikan komen yang tidak enak kepadanya.
Walaupun sudah bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata kembar, ramai mengagumi bentuk badan pelakon Datin Paduka Eina Azman yang sentiasa tampil langsing dan pandai bergaya.
https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/07/294193842_3147433832141212_8557194639626627201_n.mp4
Menjengah keruangan komen video berkenaan ramai yang memuji bentuk tubuh Eina dan meminta tips bagaiman kekal langsing dan jelita walaupon sudah beranak dan berusia.
Malah ramai juga yang mengkritik penampilannya dan tidak senang dengan pakaian yang dikenakan oleh Eina padahal dia sepatutunya boleh berpakaian sopan kerana sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna.
Ramai juga netizen yang mendokan agar dirinya diberikan hidayah dan berubah kearah yang lebih baik dan menjadi isteri serta ibu yang solehah kerana ramai yang menyayanginya sebagai pelakon yang sememangnya jelita dan lemah lembut.
Tidak membalas dan mengkritik netizen yang memberikan komen negatif kepadanya , Eina hanya membiarkan semua komen yang ditulis di media sosialnya tanap menutup komen di Ig milinya.
Cara Ini Untuk Elakkan Anak Kecil Agar Tidak Kencing Malam
Masalah kencing malam sentiasa menjadi isu apabila anak sudah besar dan terkadang tidak selesa apabila memakai lampin pakai buang malah ada juga ibu bapa yang sengaja mahu mencuba untu tidak memakaikan lampin pakai buang supaya anak belajar untuk kencing di tandas.
Pelbagai cara telah dikongsikan dan diamalkan bagi memudahkan perkara ini namun terkadang ianya hanya sia -sia malah menyukarkan tugasan harian ibu bapa yang terpaksa membasuh dan mmbersihkan tempat kencing tersebut.
Tempat tidur akan terdedah kepada najis dan menyebabkan persekitaran jadi kotor dan tidak hygiene lagi malah memberikan tugasan lebih kepada ibu yang berkerjaya kerana banyak masa dihabiskan hanya kerana tilam atau toto basah.
Kencing malam atau ‘bedwetting’ adalah perkara yang tidak disengajakan pada waktu malam. Menurut kajian, masalah kencing malam atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak .
Ia biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Namun jika tabiat ini masih lagi berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, ia sudah menjadi satu penyakit yang seharusnya dirawat kerana bimbang ianya memepunyai kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Namun daripada segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti, ia dinamakan sebagai primary enuresis dan ianya normal.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali misalnya disiang harinya dia bermain terlalu aktif, ia dinamakan secondary enuresis.
Apabila berdepan dengan masalah ini terdapat beberaspa cara untuk mengatasinya iaitu :
Kencing Sebelum Tidur
Sekiranya anak kita sering kencing malam, sebelum tidur ajaklah dan pujuk anak untuk kencing terlebih dahulu sebelum tidur.
Biasakan dia dengan peraturan ini maka lama kelamaan anak – anak terbiasa dan menjadi rutinnya setiap hari .
Sapukan Minyak Angin
Selepas itu sapukanlah sedikit minyak angin atau apa-apa minyak yang dirasakan sesuai seperti minyak gamat atau yuyi yang mampu memberikan keselesaan pda kanak-kanak.
Sapulah di bahagian ari-ari dan bawah perut. Urut lembut kawasan ini supaya urat tidak kembang dan sapukan juga pada dibahagian tapak kaki anak supaya lebih panas dan buat dia selesa sepanjang malam.
Makan Sesudu Madu
Sebelum tidur berikan anak makan satu sudu kecil madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon yanga mana ianya juga boleh diamalkan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Cara ini dapat membantu anak daripada kencing setiap malam.
Ambil Perhatian
Jika anak kecil terlihat tidak selesa semasa sedang tidur maka tanyakan adakah dia mahu kencing atau kehausan kerana terkadang kanak – kanak takut atau tidak selelsa untuk mengajak orang dewasa ketandas pada waktu malam . Kanak – kanak akan lebih terbuka dan senang untuk ketandas apabila orang dewasa mengambil berat apabila diberikan perhatian seperti itu.
CheqMeq Kitchen | Sejuta Lauk, Serendah RM5 Sepiring ! Halal . Mouth-Watering . Yummy
Tahukah anda Restoran CheqMeq Kitchen terletak di Bangi? Hanya sejam dari Kuala Lumpur, Bangi di Selangor adalah sebuah bandar yang menarik untuk dikunjungi jika anda sedang memburu makanan lazat dari mana-mana masakan.
Ia adalah sebuah bandar yang sedang berkembang menjadi tempat penggemar makanan dengan banyak pilihan untuk makanan yang menyelerakan. Jika anda berada di Bangi dan mencari restoran yang menyajikan masakan tempatan, Barat dan Arab, anda harus singgah ke Cheqmeq Kitchen!
Baca juga: 7 Resort Romantik Di Langkawi | Private Pool + Jakuzzi + Bathtub Yang Fancy!
Pemilik CheqMeqPemilik CheqMeq Kitchen ialah Puan Hazniza Abdullah Zawawi atau lebih mesra dengan panggilan Meq dan suaminya,Pengiran Muhammad Ramadhan Bin Awang Iskanderdzulkarnein yang berasal dari Sarawak.
Hidangan Portion BesarCheqmeq Kitchen merupakan kedai makan yang agak baru dalam suasana restoran Bangi dan mereka sentiasa menerima pelanggan setia dengan menu yang pelbagai. Daripada lamb shank, burger kambing hingga ayam tandoori dan juga pasta, anda mempunyai pelbagai jenis hidangan untuk dipilih.
Yang menariknya, portion hidangan mereka agak besar, ya! Jadi anda harus berhati-hati memesan makanan supaya tidak berlaku pembaziran =)
Sejuta Lauk
Yang uniknya di sini, untuk makan tengahari, terdapat terlampau banyak aneka lauk yang siap dihidangkan di dalam piring, dan harganya bermula serendah RM5 sepiring! Dan anda juga boleh untuk memanaskan lauk tersebut jika anda mahu.
Menu CheqMeq KitchenPelbagai menu Nasi Lemak ‘rare”


Menu Masakan Daging & Kambing
Selain itu, terdapat pelbagai menu yang boleh dikatakan ‘rare’ dan tidak dapat ditemui di tempat lain seperti;

Menu makanan di CheqMeq Kitachen tidak hanya terhad untuk makanan melayu sahaja. Malahan, terdapat juga makanan Arab. Jika anda penggemar nasi arab dan datang bersama keluarga yang ramai, apa kata anda mencuba Nasi Arab Set Talam mereka yang cukup besar untuk enam orang ini?

Permohonan Rumah Mampu Milik Keluarga B40 | “Satu Keluarga Satu Rumah”
Program Pemilikan Kediaman (HOPE) telah dilancarkan baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk menjadi penyelesaian kepada golongan B40, M40 dan anak muda untuk memilik kediaman sendiri.
HOPE bertujuan untuk menjadi tumpuan bagi memastikan jumlah rumah mampu milik yang mencukupi dengan sasaran membina 500,000 rumah mampu milik sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
JENIS RUMAH YANG DITAWARKANMelalui program HOPE, selain daripada rumah di bawah RM300,000, pemaju juga menawarkan rumah bernilai sekitar RM500,000 sehingga RM800,000 untuk golongan M40 yang berkemampuan.
TUJUAN PROGRAM PEMILIKAN KEDIAMAN (HOPE)Hope diwujudkan bagi melihat kepada isu pemilikan kediaman dalam perspektif menyeluruh dan menyentuh setiap sudut ekosistem sektor perumahan yang mendapat sentuhan 25 pakar bidang perumahan pelbagai latar belakang.
Program ini juga dirangka berteraskan elemen 5K yang menjadi komponen asas iaitu ketersediaan, kemampuan kewangan, kemudahan pembiayaan, kualiti dan kediaman berdaya huni.
Hope digariskan selaras dengan matlamat kerajaan yang menyasarkan untuk membina RM500,000 rumah mampu milik sepanjang RMK-12 yang berakhir pada 2025.
KPKT komited untuk mencapai sasaran diletakkan Perdana Menteri iaitu 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025 dengan matlamat Satu keluarga Satu Rumah.
INISIATIF MOHON RUMAH HOPEAda beberapa inisiatif yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia sekiranya ingin membeli rumah HOPE, antaranya Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-BIAYA) yang membolehkan pembeli rumah mendapat jaminan pembiayaan melalui Cagamas Berhad dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
KPKT juga dalam proses untuk membangunkan Dashboard Indeks Harga Rumah Mampu Milik bagi setiap lokaliti di seluruh negara sebagai panduan kepada pemaju, bakal pembeli serta pihak berkuasa tempatan dalam penentuan harga mampu milik yang sewajarnya di sesutu kawasan atau lokaliti.
CARA MOHON RUMAH MAMPU MILIKSetakat ini belum ada lagi dikongsikan cara untuk mohon rumah mampu milik ini. Tapi kami akan kongsikan maklumat lanjut daripada semasa ke semasa.
7 Resort Romantik Di Langkawi | Private Pool + Jakuzzi + Bathtub Yang Fancy!
Jika plan anda untuk bermalam di resort romantik di Langkawi tergendala gara-gara PKP tempohari, sekarang lah masa yang sesuai untuk anda jadikan impian anda satu kenyataan!
Jika anda dan pasangan sedang mencari tempat romantik untuk berbulan madu atau hanya ingin bercuti romantis bersama orang tersayang atau, senarai resort romantik di Langkawi dengan tab mandi mewah, jakuzi menghadap laut dan kolam renang peribadi ini adalah untuk anda.
Baca juga: Woori Kape 2022 | Enjoy Snek & Vibes Korea Yang Awesome !
Berjaya Langkawi
Terletak di pinggir Pulau Langkawi, anda pasti akan menikmati percutian romantis di salah satu resort romantik di Lanngkawi; Berjaya Langkawi Resort.
Satu-satunya pusat peranginan di pulau itu dengan chalet individu di atas kaki bajang, anda bebas berjemur menikmati cahaya matahari sambil menghilangkan segala keresahan anda.
Nikmati pengalaman luar biasa dalam percutian anda dengan menginap di Suite Premier On Water mereka yang dilengkapi dengan ruang istirahat separuh terbuka dan tab mandi panas jakuzi yang menghadap pemandangan laut Andaman.
Alamat: Karung Berkunci 200 Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
Website | Facebook | Instagram
La Villa Langkawi
Dapatkan kedamaian dan ketenangan dengan menginap di resort romantik di Langkawi; iaitu di La Villa Langkawi, sebuah vila cantik yang terletak di sebuah perkampungan yang tenang berhampiran Pantai Cenang.
Menampilkan vila satu bilik tidur dengan kolam renang peribadi, ia dilengkapi dengan katil bersaiz king, dapur separa terbuka (lengkap dengan microwave, peralatan dapur, peti sejuk, cerek dan dapur memasak), taman peribadi, ruang tamu separa terbuka dan ruang makan – serta kolam peribadi!
Privasi lengkap tempat itu memberi anda kebebasan untuk benar-benar menghabiskan masa yang berkualiti bersama pasangan anda.
Alamat: Lot-5, Kampung Padang Putih, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
Contact: +6013-511 8800 / +6013-522 8800
Website | Facebook | Instagram
The Datai Langkawi
Manjakan diri anda dengan sisi mewah pulau cantik ini apabila anda melangkah ke resort romantik di Langkawi; The Datai Langkawi.
Sebuah resort bertaraf 5 bintang dengan bilik dan suite berperabot bergaya, lihatlah Rainforest Pool Villa yang dilengkapi dengan kolam renang peribadi sepanjang 10 meter, ruang tamu luaran dan katil bersaiz king yang dihiasi dengan linen kapas dari Mesir.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menginap di One-Bedroom Beach Villas yang berubah menjadi kediaman romantik yang selesa dengan lampu hangat dan cahaya lilin romantik di tepi kolam renang peribadi yang tenang.
Alamat: Jln Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah
Website | Facebook | Instagram
Maneh Villa
Rumah yang jauh dari rumah, Maneh Villa ialah resort romantik di Langkawi yang merupakan vila kolam renang persendirian di pulau cantik ini yang anda patut anda masukkan sebagai penginapan romantik anda.
Lengkap dengan ruang tamu, meja makan dan bilik tidur yang selesa, agak sukar untuk meninggalkan tempat persembunyian kecil ini selepas meluangkan masa berehat di tepi kolam renang peribadi.
Vila ini juga berada dalam jarak pemanduan dari Pantai Tengah, jadi anda tidak pernah jauh dari matahari, pasir dan laut.
Alamat: Lot 1240 Kampung Tasik Anak Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
The Andaman, a Luxury Collection Resort
Bagi pasangan berbulan madu yang tidak kisah berbelanja mewah di Langkawi, dan jika anda dan pasangan sedang mencari resort romantik di Langkawi, The Andaman Resort Langkawi mungkin jawapan yang anda cari!
Walaupun resort ini mempunyai banyak bilik dan suite yang memenuhi keperluan percutian dan bajet anda, yang perlu diberi perhatian ialah Suite Executive Pool.
Selain menikmati berenang yang menyegarkan di kolam renang peribadi anda, anda akan menikmati tidur siang di atas katil bersaiz king, bersantai dengan buku yang bagus di teres luaran dan menonton filem di ruang tamu yang berasingan.
Alamat: Jln Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah
Website | Facebook | Instagram
The Danna Langkawi
Berlandskapkan oleh Laut Andaman yang menakjubkan, The Danna Langkawi yang juga merupakan resort romantik di Langkawi menawarkan percutian mewah yang diimpikan oleh setiap pencinta pantai.
Walaupun terdapat banyak bilik, suite dan vila yang tersedia, tumpukan pilihan anda kepada Princess Beach Villa dan Empress Beach Villa yang dilengkapi dengan kolam terjun peribadinya sendiri.
Ia juga mempunyai ruang tamu, pancuran mandian hujan yang berasingan, rawatan spa peribadi dalam vila dan banyak lagi. The Danna Langkawi juga berada dalam jarak memandu dari Skytrex Adventure Langkawi di mana anda boleh menerokai beberapa pengembaraan luar di pulau itu.
Alamat: Telaga Harbour Park, Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Website | Facebook | Instagram
Telaga Terrace Boutique Hotel
Bagi pasangan berbulan madu yang mencari resort romantik di Langkawi yang lengkap dengan kolam renang persendirian, Telaga Terrace Boutique Hotel mungkin yang anda cari.
Terdapat banyak bilik untuk dipilih, tetapi anda mungkin mahu terus ke Suite Telaga yang dilengkapi dengan jakuzi peribadi. Pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk berendam dalam mandian kelopak mawar!
Alamat: GA Business Centre, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi
Contact: +604-955 3435
Website | Facebook | Instagram
Woori Kape 2022 | Enjoy Snek & Vibes Korea Yang Awesome !
Woori Kape merupakan satu kafe yang bertemakan Korea, dimana anda akan serta-merta merasakan vibes k-pop sejurus anda melangkah masuk ke dalam kafe ini!
Kafe yang mempunyai dekorasi yang minimalis namun lengkap ini terletak di Taman Desa, Kuala Lumpur dan ia akan menjadi port lepak yang paling perfect untuk anda dan rakan-rakan anda
(Terutama sekali jika anda semua penggemar k-pop)!
Baca juga: 5 Kafe Hipster Popular Di Kuantan
Latar Belakang Woori Kape
Pada tahun 2021, dua sahabat baik yang berasal dari Kuala Lumpur memutuskan untuk menggabungkan minat mereka.
– Seorang menggemari K-pop, seorang lagi gemar memasak hidangan Korea, jadi terhasil lah konsep kafe yang benar-benar terasa seperti ruang kafe di Korea = Woori Kape!
Semua album terbaru dari dunia K-pop boleh didapati di sana – daripada Stray Kids hingga Le Sserafim dan banyak lagi! Harga antara RM40 hingga RM65, malah ada yang termasuk fotokad artis kegemaran anda!
Menu Woori KapeAnda harus datang dengan perut yang lapar kerana terdapat banyak pilihan pada menu; sukar untuk tidak memilih segala-galanya! Pilihan menu tandatangan yang anda mesti cuba ialah French Toast with House-made Hanrabong Kaya (RM13.50)

Apa yang menyerlah dari hidangan ini ialah kaya, yang diadun dengan tangerin hanrabong Jeju – ia adalah gabungan yang terbaik
Hanrabong ialah ramuan istimewa di Woori Kape, yang diinspirasikan daripada siri K-reality hit Coffee Friends, jadi anda perlu mencuba Hanrabong Ade (jus tangerine berkilauan) dan Hanrabong Uyu (hanrabong berlapis-lapis dengan susu sejuk)


Sudah tentu, mereka juga menawarkan rangkaian makanan ringan berinspirasikan Korea seperti Tteokbokki dan Hotteok, ataupun Gimbap! =)

Untuk hidangan yang lebih berat, cuba Ramyeon mereka (RM20.50) dengan kerang, telur dan banchan untuk hidangan yang pedas dan mengenyangkan
Ia juga dihidangkan dalam periuk, sama seperti yang dilakukan dalam K-drama untuk memberikan anda feeling2 macam orang Korea =)
Selain daripada membeli album dan menikmati makanan Korea yang halal, anda boleh merakam gambar Polaroid (dengan bayaran) dengan rakan anda, bermain permainan meja dan banyak lagi! Masa untuk anda dan K-geng anda berseronok seperti orang Korea di Woori Kape!
David Beckham Intai Khidmat Messi!
Inter Miami MLS. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Lionel Messi berpindah ke kelab Major League Soccer, Inter Miami akan menjadi “titik rujukan untuk bola sepak di Amerika Syarikat” memandangkan francais David Beckham ingin membuat pembelian berprofil tinggi.
Itulah mesej daripada ketua pegawai perniagaan Miami, Xavier Asensi yang membayangkan kepada Mundo Deportivo bahawa pasukannya akan berusaha untuk mendapatkan Messi.
Gareth Bale dan Giorgio Chiellini membuat penampilan sulung MLS mereka pada hari Ahad lepas untuk Los Angeles FC dalam kemenangan 2-1 ke atas Nashville SC.
Pemenang lima kali Liga Juara-Juara iaitu Bale dan juga Chiellini yang memenangi Euro 2020 bersama Itali tahun lalu telah menyertai Wayne Rooney, Zlatan Ibrahimovic dan Beckham sebagai beberapa nama terbesar untuk bermain di MLS.
Dengan kontrak Messi di Paris Saint-Germain akan tamat pada penghujung musim akan datang, Asensi mencadangkan Miami akan cuba mendapatkan Messi tetapi mengakui matlamat itu mungkin tidak realistik.
Apabila ditanya sama ada menandatangani pemain seperti Messi menjadi sasaran pasukan Beckham, Asensi berkata: “Ya, dengan beberapa keajaiban. Anda tidak boleh membandingkan Leo Messi dengan mana-mana pemain lain, beliau berbeza.”
“Setelah berkata demikian, apa yang kami cari adalah untuk menjadi titik rujukan untuk bola sepak di Amerika Syarikat dan untuk melakukan itu, perkara penting ialah pemain dan persembahan yang boleh anda lakukan.”
“Untuk berbuat demikian, anda memerlukan pemain terbaik dan memiliki mereka adalah objektif tulen di kelab ini. Dari segi Leo Messi, ada beliau dan kemudian ada orang lain.”
“Ia bergantung kepada Messi dan apa yang beliau mahu. Kami mahu mempunyai pemain terbaik di dunia dan saya fikir Messi adalah yang terbaik dalam sejarah. Dari situ terpulang kepada beliau.”
Messi, 35 tahun telah mengalami musim pertama yang biasa dengan standard tingginya sendiri untuk PSG serta menjaringkan 11 gol dalam 34 penampilan dalam semua pertandingan.
Pulangan itu adalah 17 lebih sedikit daripada yang beliau berjaya lakukan untuk Barcelona pada kempen 2020-21 iaitu kempen terakhirnya sebelum menamatkan kerjasama selama 21 tahun dengan Blaugrana.
Walaupun jumlah golnya berkurangan, Messi mencipta 14 gol liga serta hanya sekali dalam lima musim terakhirnya di Camp Nou (21 pada 2019-20) beliau lebih banyak membantu dalam semusim.
Selepas menyatakan niat dan kekagumannya terhadap Messi sangat jelas, tumpuan Asensi beralih kepada perlawanan persahabatan pramusim menentang Barca pada hari Rabu kelmarin dengan kemenangan memihak kepada Barca 6-0.
“Dari sudut pandangan emosi ia luar biasa dan secara profesional ia luar biasa juga.” tambahnya.
“Barca adalah jika bukan yang terbesar, salah satu daripada tiga kelab terbesar di dunia pastinya dan kelab yang memanfaatkan keghairahan untuk bola sepak.”
“Saya tidak tahu mana-mana peminat FIFA atau UEFA. Dalam bola sepak antarabangsa semua orang menyokong negara mereka tetapi kelab tidak mempunyai sebarang sempadan, mereka pergi ke mana-mana. Dan dari segi kelab, Barca adalah antara yang terbesar, melihat kepada nombor.”
“Secara emosi, ia adalah perkara terbesar bagi saya. Untuk memiliki mereka di sini, untuk penduduk Miami, adalah menakjubkan.”
Jawatan Kosong Di 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd – Pelbagai Jawatan!
Permohonan Jawatan Kosong di 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Executive,Merchandising Visual
2. Manager, Internal Audit & Risk Management
3. Officer – Maintenance Helpdesk
4. Senior Executive, Internal Audit
5. Assistant, Internal Audit
6. Officer, Quality Assurance
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
