Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 134
July 24, 2022
Kementerian Pendidikan Malaysia Buka Pengambilan Jawatan Kosong ~ Gaji: RM2,188 – RM9,552 | Mohon Sebelum 29 Julai 2022

Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sila rujuk maklumat kekosongan ini di laman yang tertera. Untuk membuat permohonan sila ikuti langkah-langkah yang diberikan.
Iklan kekosongan ini adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia. Sebelum memohon, sila baca dengan teliti tentang langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum membuat sebarang permohonan.
Maklumat JawatanNama Majikan : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Tarikh Tutup Permohonan : 29 Julai 2022
Join telegram: https://t.me/jawatan
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMOHON1. Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda hendaklah menghantar maklumat yang lengkap dengan mengisi resume rasmi anda dan disertakan pengalaman bekerja yang lepas sekiranya diminta.
2. Anda hendaklah memilih jawatan dan lokasi yang bersesuaian mengikut kelulusan anda pada senarai kekosongan jawatan yang telah ditetapkan.
3. Langkah yang seterusnya, Anda hendaklah mengisi resume yang lengkap pada alamat “PERMOHONAN” di bawah.
GuruPenyeliaDan Banyak Lagi…*Sila lihat pautan di bawah sebelum memohon
Sebelum memohon, anda hendaklah mengikuti langkah permohonan kerja kosong terkini yang telah ditetapkan.
Rujuk Pautan: PERMOHONAN KERJAYA
KEPERLUAN & KELAYAKAN UNTUK MEMOHONKepada calon yang mempunyai kelayakan seperti Ijazah, Diploma,(SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon jawatan ini
[Sila baca iklan dan syarat kelayakan permohonan sebelum memohon jawatan ini]
Ciri-ciri calon yang memiliki kelebihan dengan jawatan kosong ini adalah seperti berikutKemasBerpengetahuan amMempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam diri dan lain-lain(Sila rujuk kelayakan permohonan jawatan ini di bawah)
KelebihanGaji dengan pelbagai imbuhan menarikCuti TahunanCuti Sakit dan lain-lainBAGAIMANA UNTUK MEMOHON?Permohonan ini boleh dilakukan secara online. Sila ikuti arahan seperti di bawah.
Sila Klik di pautan “PERMOHONAN” yang berada di atas dan rujuk pada maklumat permohonan, syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan jawatan.
Kepada permohon yang membuat permohonan buat kali pertama, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan di dalam sistem.
Semua pemohon disarankan untuk mengemaskini mana-mana maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem. Hanya calon yang disenarai pendekkan akan dipanggil temuduga.
Stokis Dan Ejen Inai Neelofa Merungut Banyak Stok Tak Terjual
Inai Nunha masih lagi menjadi perbualan hangat apabila baru – baru ini muncul pula dakwaan yang mengatakan ejen serta stokis produk tersebut merungut kerana inai tidak habis dijual kerana tidak laku.
Selepas membuktikan bahawa produk inai itu halal dan sesuai untuk digunakan untuk solat , kini rungutan daripada stokis dan ejen menjadi pertikaian apabila ada yang mengatakan bahawa produk itu sukar diterima kerana mempunyai banyak pantang larang.
Menerusi satu perkonghsian di media sosial , terdapat ramai individu yang tidak jadi untuk membeli inai Nunha di saat akhir selepas kontroversi berlaku.
Perkara itu telah menyebabkan ramai stokis dan ejen yang merungut kerana masih mempunyai stok berlebihan sehingga ada yang mencecah 500 kotak di tangan dan tidak berjual.
Malah ada yang sanggup menjual dengan harga murah agar balik modal dan stok habis dijual bagi mengembalikan modal yang telah dikeluarkan untuk menjadi stokis dan ejen kepada produk tersebut.
“Saya ada 500 kotak lagi. Rasa macam nak drop harga je. Janji pulang balik modal semula. Lepas ni tak nak join jual dah.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut , terdapat netizen yang mengkritik tentang tentang produk inai tersebut yang hanya viral kerana dipakai oleh Neelofa bukan kerana kualitinya.
Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa stokis dan ejen yang tidak mempunyai kepakaran dalam perniagaan hingga banyak produk yang tidak terjual .
Malah ada yang membezakan harga inai Nunha dengan inai lain yang lebih murah , mudah digunakan dan memberikan warna yang lebih menarik dan kelihatan semulajadi.
Tetapi Neelofa dikatakan bakal mengeluarkan produk inai dengan warna berbeza selepas ini dan bakal berada dipasaran tak lama lagi.
Jawatan Kosong Di CIDB Malaysia – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kerajaan di CIDB Malaysia dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEMBANTU TADBIR GRED N19
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 31 Julai 2022 (Ahad)Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1352.00 – RM4003.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di CIDB Malaysia.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Kenderaan MPV Yang Paling Bergaya Dan Berbaloi Buat Seisi Keluarga
Ketika mulai diperkenalkan pada tahun 2014 ke pasaran tempatan Malaysia. Sejak itu Nissan Serena S-Hybrid (C26) mendapat banyak ulasan menarik malah ia turut memiliki tarikan tersendiri kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) ini bukan saja luas malah ia diberi sentuhan yang berteknologi. Kini ia juga adalah MPV dengan teknologi hibrid pintar pertama di negara ini yang dipasang secara tempatan (CKD) bermula pada tahun 2015 oleh pengedar utamanya, Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Kemudian itu, pada tahun 2018, model Serena S-Hibrid Serba Baharu (C27) diperkenalkan dengan rekaan luaran dan dalam diperbaharui.
Sumber: google image
Di antara perbezaan yang dapat dilihat ialah pada bahagian luaran dengan lampu hadapan rekaan baharu, gril V-Motion serta corak krom yang kini lebih menarik dekatBampar hadapan juga telah diperbaharui selain bahagian lampu kabusnya bersepadu dengan lampu nyalaan siang (DRL). Ruang kabinnya pula memiliki tahap Kebisingan, Gegaran dan Kekasaran (NVH) yang dipertingkatkan.
Model ini masih kekal dengan kapasiti tujuh tempat duduk dengan pilihan kemasan kulit Nappa coklat atau hitam (Highway Star) untuk sentuhan lebih mewah.
Sumber: google image
Disamping itu, ia juga dilengkapi sistem infotainmen skrin sesentuh bersaiz 9 inci dengan keterhubungan Apple CarPlay dan Android Auto. Varian Highway Star juga datang dengan panel LCD bersaiz 11.6 inci yang boleh dilipat daripada siling bagi hiburan seisi keluarga. Ciri standard dwipintu belakang dan pintu gelongsor dwikuasa bebas tangan masih dikekalkan.
MPV ini dijana enjin 2.0 liter pacuan hibrid yang mampu menjana 150PS pada 6,000rpm dan tork 200Nm pada 4,400rpm. Menerusi ‘Dual Arm Tensioner’, ia memaksimumkan daya tegangan pada tali sawat bagi mengurangkan geseran, kehilangan kuasa serta kecekapan penggunaan bahan api. Ia dilengkapi Transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) XTronic dan Kawalan Penginjak Adaptif bagi kawalan antara enjin dan transmisi. Ia juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan penggunaan bahan api 14.2 kilometer (km) setiap liter.
Sumber: google image
Melaluinya kini ia mampu menjangkau perjalanan sehingga 852km (bergantung corak pemanduan dan bebanan). Serena S-Hybrid serba baharu ini didatangkan dengan Perlindungan Keselamatan 360° serta ciri Keselamatan Aktif yang dipertingkatkan termasuk Amaran Ramalan Perlanggaran Hadapan dan Brek Kecemasan dan Amaran Keluar Lorong.Selain itu juga, ia dilengkapi Monitor Pemandangan Sekitar Pintar dan Pengesan Objek Bergerak Pintar.Ciri keselamatan lain antaranya enam beg keselamatan SRS dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Pengagihan Kuasa Brek elektronik (EBD).
Sumber: Youtube
Empat pilihan warna ditawarkan untuk model Premium Highway Star dengan kelabu sebagai warna baharu.Warna sedia ada ialah putih, merah dan hitam yang kesemuanya dipadankan dengan dengan warna bumbung Hitam Diamond.Untuk Highway Star, warna ditawarkan ialah putih, perak dan hitam. Bagi pasaran di Malaysia, Nissan Serena S-Hibrid Highway Star dijual pada harga RM149,888 dan Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star (RM162,888).
Bantuan Bingkas RM300 Untuk B40 | Mohon Sekarang
Bantuan BINGKAS atau dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor diperkenalkan oleh kerajaan pusat di Negeri Selangor bagi meringankan beban kehidupan terutamanya golongan B40.
Baca Juga : Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Program Bantuan BINGKAS OnlineProgram bantuan ini bertujuan untuk meluaskan lagi capaian dan menambah baik Program Kasih Ibu Pintar Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Tunggal Smart Selangor (KISS IT) agar manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja oleh golongan ibu tetapi juga dapat dirasai oleh ahli keluarga yang lain.
Sasaran program ini adalah untuk 30,000 keluarga dengan bantuan RM 300 akan diberikan setiap bulan bagi menampung pembelian keperluan asas serta peralatan pendidikan.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Berikut adalah syarat pendaftaran bagi sesiapa yang ingin daftar bantuan ini :
Untuk memohon, sila layari laman web BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon terkini dan mendaftar.
1. Pergi ke laman rasmi : https://www.bingkasselangor.com/log-m... https://www.bingkasselangor.com/log-masuk
2. Masukkan nombor telefon anda.
3. Isi setiap maklumat yang diperlukan.
4. Hantar permohonan.
Jika anda penerima KISS sebelum ini, sila kemaskini nombor telefon bimbit anda di sini :
Cara Pembelian Melalui Bingkas1. Pergi ke kedai-kedai yang tersenarai di bawah Program BINGKAS.
2. Pilih barang yang ingin dibeli.
3. Juruwang imbas ID penerima dalam applikasi SELANGKAH untuk tujuan pengesahan.
4. Pastikan baki dalam akaun BINGKAS mencukupi.
5. Penerima menekan “PAY” & pilih akaun BINGKAS untuk buat pembayaran.
6. Masukkan 6 digit pin untuk pengesahan.
7. Selesai.
Semakan Senarai Barang Keperluan BINGKAS SelangorHanya barang yang tersenarai di bawah sahaja yang dibenarkan untuk pembelian :
BerasBihun/ MiRotiBiskutTelurGula & garamTepungMinyak MasakSayur & BuahRempah ratus, kicap, sosDaging ayam, lembu, kambing & ikanSabun, bahan mandi & bahan pencuciLampin pakai buangProduk tenusuBarang persekolahanPerihal pendidikanSemoga berjaya dalam permohonan bantuan kerajaan pusat ini. Terima kasih.
Bantuan Lesen Memandu BLKM Bagi Tahun 2022 ~ Cara Mohon dan Syarat Kelayakan Di Sini
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.
Untuk pengetahuan anda, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990an menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM dikhaskan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.
DISKAUN BAYARAN LESENMenerusi bantuan ini, mereka yang layak hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghadiri kursus singkat.
Bayaran ini lebih murah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa berjumlah RM750 seorang.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONANPenerima bantuan ini akan melalui tapisan yang dilakukan oleh JPJ bagi memenuhi syarat kelayakan berikut:
Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atasSihat tubuh badan dan mentalTiada kecacatan fizikalTidak disenarai hitam JPJ atau polisBelum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan.CARA MELAKUKAN PERMOHONANSetakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan lagi mengenai cara membuat permohonan bantuan ini. Sebarang info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUTSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BLKM, sila layari laman rasmi MOT di https://www.facebook.com/motmalaysia
Melur Untuk Firdaus Dah Tamat , Posting Terbaru Meerqeen Dan Anna Ambil Tumpuan Nitizen
Hari ini merupakan episod terakhir bagi drama Melur Untuk Firdaus. Penamat cerita yang begitu menarik tentunya menepati apa yang diinginkan oleh penonton dan peminat drama tersebut.
Terbaru , pelakon pertama iaitu Anna Jobling dan juga Meerqeen masing-masing dilihat telah memuat naik satu hantaran di halaman lnstagram milik mereka yang nyata membuatkan netizen tak senang duduk.
Dalam perkongsian tersebut, Anna sempat meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kerana lak0nan dalam dramanya mendapat sambutan di Malaysia dan jugak di luar negara.
“Kepada semua orang yang saya habiskan selama 5 bulan membuat drama Melur Untuk Firdaus (MUF), saya hanya ingin menyampaikan terima kasih dari Iubuk hati saya. Setiap hari adalah sesuatu yang saya nantikan kerana korang semua seperti keluarga.
Kepada netizen yang menonton MUF dan jatuh cinta dengan watak kami walaupun kebanyakannya membuat anda marah hehe, terima kasih banyak kerana suppurt kami melalui edit, tweet, DM, gambar.
Ini mungkin pengakhir era tetapi MUF akan sentiasa mendapatkan tempat istlmewa di hati saya. Terima kasih sekali lagi.” tulisnya.
Dalam pada itu , dia turut upload gambar bersama Meerqeen dan menuIis “Melur & Firdaus signlng out”.
Tidak lupa untuk memuatnaik hntaran , Meerqeen juga teIah membuatkan peminatnya sangat sedih kerana cerita tersebut teIah tamat dan mengharapkan agar ada sambungan untuk musim ke-2 selepas ini.
Komen Section
Sumber, INSTAGRAM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
July 23, 2022
Memperkenalkan Mercedes-Benz Malaysia Yang Telah Merasmikan Tiga Model Baharu
Memperkenalkan Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi telah mengukuhkan kali ini kedudukan mereka sebagai Peneraju Elektrik dengan pengenalan tiga model baharu sebagai penambahan kepada barisan elektrik mereka di Malaysia dengan model dari sub-jenama kenderaan elektrik mewah progresif mereka, Mercedes-EQ. EQS – sedan mewah semua elektrik pertama, EQB 350 4MATIC – SUV kompak semua elektrik mereka dengan tujuh tempat duduk, EQC 400 4MATIC – gabungan semua sifat jenama dengan kualiti, keselamatan dan keselesaan.
Sumber: google image
Jom Kita kenali dahulu 3 modal baharu Mercedes Benz yang telah dirasmikan di Malaysia:
1) Modal Mercedes-EQS 450+
Sumber: youtube (mercedes-benz)
ModelEQS 450+Kuasa245 kW [333 hp]Tork565 NmAkselerasi 0-100 km/j6.2 saatKelajuan Tertinggi210 km/jBateri HV – kandungan tenaga terpakai107.8 kWhElektr. Jarak (WLTP)631 – 782 kmElektr. Pengunaan (WLTP)19.8 – 15.7 kWh/100kmAC masa pengecasan 10%-100% SOC (11kW)10 jDC masa pengecasan 10%-80% SOC (200kW)31 minBerat Kerb/Muatan2.480 kg/465 kgHarga Runcit* dengan 10% Cukai JualanRM698,888
2) Modal Mercedes- EQB 350 4MATIC
Sumber: youtube (mercedes-benz)
ModelEQB 350 4MATICKuasa215 kW [292 hp]Tork520 NmAkselerasi 0-100 km/j6.2 saatKelajuan Tertinggi160 km/jBateri HV – kandungan tenaga terpakai66.5 kWhElektr. Jarak (WLTP)388 – 423 kmElektr. Pengunaan (WLTP)19.7 – 18.1 kWh/100kmAC masa pengecasan 10%-100% SOC (11kW)6j 15minDC masa pengecasan 10%-80% SOC (200kW)32 minBerat Kerb/Muatan2.175 kg/405 kgHarga Runcit* dengan 10% Cukai JualanAnggaran RM330,000
3) Modal Mercedes-EQC 400 4MATIC
Sumber: youtube (mercedes-benz)
ModelEQC 400 Kuasa300 kW [408 hp]Tork760 NmAkselerasi 0-100 km/j5.1 secKelajuan Tertinggi180 km/hBateri HV – kandungan tenaga terpakai80.0 kWhElektr. Jarak (WLTP)373 – 437 kmElektr. Pengunaan (WLTP)25.0-21.3 kWh/100 kmAC masa pengecasan 10%-100% SOC (11kW)7 hr 30 minutesDC masa pengecasan 10%-80% SOC (200kW)40 minBerat Kerb/Muatan2.495 kg/445 kgHarga Runcit* dengan 10% Cukai JualanEstimated RM 390,000Fandi Ahmad Sertai Sri Pahang FC!
Sri Pahang FC. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad berkata beliau hanya memerlukan 10 hari sebelum menerima jawatan penasihat teknikal Sri Pahang FC tetapi mengakui ada terma peribadi di antara kedua-dua pihak sebelum beliau bersetuju untuk kembali ke arena bola sepak Malaysia selepas hampir 10 tahun meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kelmarin, Sri Pahang mengumumkan pelantikan Fandi sebagai penasihat teknikal yang baharu serta Dollah Salleh pula akan memainkan peranan sebagai ketua jurulatih sementara bagi menggantikan peranan Christophe Gamel yang tidak dilanjutkan perkhidmatannya.
Sebelum ini, Fandi pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih JDT sekitar tahu 2012 sebelum menyertai Lions X11 pada tahun berikutnya.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom, beliau berkata: “Saya mendapat panggilan daripada Tengku Muda (Presiden Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Haji Ahmad Shah) dan Tengku Muda berhajat untuk saya membantu pasukan Pahang buat sementara.”
“Saya mempunyai persetujuan bersama dengannya dan sebab itulah saya bersetuju untuk membantu buat sementara dan tidak sepenuhnya.”
“Insya-Allah sehari dua sebelum setiap perlawanan, saya akan mencuba untuk berada di sini,” katanya.
Fandi bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong Sri Pahang, di mana beliau pernah menyarung jersi Tok Gajah selama dua musim dan merupakan anggota skuad kejuaraan berganda Liga Perdana dan Piala Malaysia 1992.
Semoga kepakaran dan pengalaman Fandi Ahmad akan memanfaatkan pasukan Sri Pahang.
Menewaskan Melaka United, JDT King Of Extra Time!
Piala FA. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Selangor mengetuai laluan ke separuh Piala FA sambil diiringi Johor Darul Ta’zim (JDT), Penang dan Terengganu selepas melepasi rintangan lawan masing-masing, malam tadi.
Selangor terlebih dahulu mengesahkan tempat berikutan kemenangan 2-0 ke atas Sabah di Stadium Likas.
Gol pelawat daripada Hyuri Henrique pada masa 23 saat sama sekali tidak melunturkan semangat juang barisan Sang Badak yang mendapat sokongan padu penyokong akan tetapi ketumpulan jentera serangan telah membuatkan mereka berputih mata.
Sri Pahang pula melepaskan pendahuluan 2-0 sebelum gagal menyekat kebangkitan Penang yang meraih kemenangan 2-5 dalam tambahan masa.
Tandukan Hilal El-Helwe mengikat kedudukan 2-2 untuk melanjutkan perlawanan ke tambahan masa sebelum Sri Pahang yang kembali dikemudi Dollah Salleh akur menamatkan permainan dengan sembilan pemain.
Sementara itu, Irfan Bakti Abu Salim meratapi kepulangannya ke Kuala Terengganu apabila Kuching City kendaliannya tersungkur 1-4.
Tuan rumah berdepan detik cemas apabila menyamakan kedudukan 1-1 namun selang beberapa minit sebelum menutup separuh masa pertama sebelum berhasil memimpin semula perlawanan pada minit ke-73 hasil tandukan Tchetche Kipre.
Jaringan itu menyemarakkan lagi semangat rakan sepasukannya apabila meledakkan lagi dua gol melalui sentuhan pemusnah kedua ketua pasukan Sang Penyu tersebut disusuli gol Faisal Halim.
Dalam masa sama, JDT berdepan drama 10 minit terakhir tetapi masih mampu melewati halangan Melaka United dalam masa permainan sebenar.
Sang Kancil berjaya meraih satu mata dengan lawan dan di venue sama dalam Liga Super setelah berdepan ruang terhad untuk bangkit berikutan bolos awal pada minit ke 4 yang dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri, tetapi kedua-dua pasukan saling merencana asakan selepas itu.
Pertemuan di Stadium Hang Jebat itu bertambah rancak apabila Sony Norde mengikat kedudukan 1-1 melalui sepakan penalti pada minit ke-83 selepas dikasari Leandro Velazquez.
Penyerang import terbabit seharusnya lebih kecewa apabila terkandas untuk melepasi halangan terakhir penjaga gol JDT, Farizal Marlias, beberapa minit selepas itu.
Tetapi JDT membuktikan keunggulan sebagai pakar masa kecederaan apabila menggunakan tempoh itu untuk menekan benteng lawan sebelum mencipta gol kemenangan melalui ketajaman kepala Bergson Da Silva untuk menyambut sepakan sudut Nazmi Faiz Mansor.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
