Menewaskan Melaka United, JDT King Of Extra Time!
Piala FA. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Selangor mengetuai laluan ke separuh Piala FA sambil diiringi Johor Darul Ta’zim (JDT), Penang dan Terengganu selepas melepasi rintangan lawan masing-masing, malam tadi.
Selangor terlebih dahulu mengesahkan tempat berikutan kemenangan 2-0 ke atas Sabah di Stadium Likas.
Gol pelawat daripada Hyuri Henrique pada masa 23 saat sama sekali tidak melunturkan semangat juang barisan Sang Badak yang mendapat sokongan padu penyokong akan tetapi ketumpulan jentera serangan telah membuatkan mereka berputih mata.
Sri Pahang pula melepaskan pendahuluan 2-0 sebelum gagal menyekat kebangkitan Penang yang meraih kemenangan 2-5 dalam tambahan masa.
Tandukan Hilal El-Helwe mengikat kedudukan 2-2 untuk melanjutkan perlawanan ke tambahan masa sebelum Sri Pahang yang kembali dikemudi Dollah Salleh akur menamatkan permainan dengan sembilan pemain.
Sementara itu, Irfan Bakti Abu Salim meratapi kepulangannya ke Kuala Terengganu apabila Kuching City kendaliannya tersungkur 1-4.
Tuan rumah berdepan detik cemas apabila menyamakan kedudukan 1-1 namun selang beberapa minit sebelum menutup separuh masa pertama sebelum berhasil memimpin semula perlawanan pada minit ke-73 hasil tandukan Tchetche Kipre.
Jaringan itu menyemarakkan lagi semangat rakan sepasukannya apabila meledakkan lagi dua gol melalui sentuhan pemusnah kedua ketua pasukan Sang Penyu tersebut disusuli gol Faisal Halim.
Dalam masa sama, JDT berdepan drama 10 minit terakhir tetapi masih mampu melewati halangan Melaka United dalam masa permainan sebenar.
Sang Kancil berjaya meraih satu mata dengan lawan dan di venue sama dalam Liga Super setelah berdepan ruang terhad untuk bangkit berikutan bolos awal pada minit ke 4 yang dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri, tetapi kedua-dua pasukan saling merencana asakan selepas itu.
Pertemuan di Stadium Hang Jebat itu bertambah rancak apabila Sony Norde mengikat kedudukan 1-1 melalui sepakan penalti pada minit ke-83 selepas dikasari Leandro Velazquez.
Penyerang import terbabit seharusnya lebih kecewa apabila terkandas untuk melepasi halangan terakhir penjaga gol JDT, Farizal Marlias, beberapa minit selepas itu.
Tetapi JDT membuktikan keunggulan sebagai pakar masa kecederaan apabila menggunakan tempoh itu untuk menekan benteng lawan sebelum mencipta gol kemenangan melalui ketajaman kepala Bergson Da Silva untuk menyambut sepakan sudut Nazmi Faiz Mansor.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
