Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 135
July 23, 2022
Spurs Berbelanja Besar, Antonio Conte Senyum Lebar!
Tottenham Hotspur F.C. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Antonio Conte berkata Tottenham telah membuat pelaburan tepat di celah-celah jendela perpindahan yang produktif tetapi dalam masa sama memohon kesabaran dalam usaha bersaing dengan kelab besar Liga Perdana Inggeris (EPL).
Spurs telah membawa masuk enam pemain baru untuk musim 2022-23 dengan menandatangani Yves Bissouma, Ivan Perisic, Richarlison, Fraser Forster, Djed Spence dan meminjam Clement Lenglet.
Richarlison mewakili pembelian utama buat barisan Conte itu selepas dipancing daripada Everton yang telah mencecah rekod pembelian kelab, £60 juta (RM319.9j).
Hasrat Conte nampaknya telah dikabulkan selepas menuntut jaminan daripada pengerusi, Daniel Levy bahawa Tottenham akan berbelanja untuk mengukuhkan skuad bagi mengimbangi kempen Liga Juara-Juara dan EPL.
Walaupun pengurus Itali itu sebelum ini seolah-olah memberi bayangan bahawa segala keputusan tertakluk kepada kelab berbanding keputusannya sendiri, Conte tetap memuji pendekatan Spurs.
“Apabila anda memasuki pasaran pemain, anda akan cuba untuk tidak membazir wang tetapi setakat ini, saya fikir kami melabur dengan tepat,” katanya.
“Orang ramai terkejut dengan tempoh pembelian singkat kami tetapi dengan adanya visi yang jelas, saya berasa yakin.
“Fabio Paratici (pengarah urusan Tottenham) banyak membantu dalam soal ini dan kami telah mencapai kata sepakat ketika membawa masuk pemain baru yang bagus untuk kelab.”
Adakah Tottenham Hotspurs bakal menjadi juara liga setelah gagal menjuarainya walau sekalipun.
July 22, 2022
Afdlin Shauki Dan Isteri Sudah Sah Bercerai
Pelakon dan pengarah terkenal , Datuk Afdlin Shauki disahkan telah bercerai apabila isterinya iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah mendedahkan mereka sudah bercerai sejak April lalu.
Melalui akaun Ig milik bekas isterinya itu , Puan Maria Christina Orow Abdullah mendedahkan bahawa tempoh iddah untuknya sudah pun tamat dan perlu untuk dia mengumumkan perkara tersebut agar tiada kekeliruan berlaku.
Berkongsi tentang perkara tersebut , Maria mengakui hubungan mereka mula bermasalah ketika tempoh pandemik yang lalu kerana tiada lagi persefahaman.
Walaupun sudah berusaha untuk meperbaiki hubungan namun perpisahan masih tidak dapat dielakkan dan mereka sudah sepakat berpisah secara baik.
Malah masih menjalankan tugas sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dalam membeikan kasih sayang kepada anak- anak mereka yang sedang membesar.
Maria juga mengakui bahawa ianya bukanlah satu pengakhiran bagi hubungan mereka apatah lagi Afdlin merupakan insan yang cukup bermakna dalam kehidupannya.
“Kehidupan bersama membesarkan anak-anak, keluarga termasuk bekerjasama untuk syarikat, kami mula membuat keputusan secara individu yang memberi kesan kepada hubungan ini.”
“Ketika pandemik melanda, kehidupan kami mula berubah. Kami cuba untuk menyelesaikan situasi itu pada tahun ini tetapi berlaku sebaliknya kerana tiada lagi persefahaman.”
“Namun, kami masih bergelar ibu bapa kepada anak-anak dan memberi sokongan serta kasih sayang sebagai sebuah keluarga,” katanya.
“Afdlin akan terus menyokong saya sebagai sahabat dan saya juga akan lakukan perkara yang sama.
“Kami harap rakan-rakan dan ahli keluarga tidak bersedih dan orang ramai menerima berita ini sebagai satu perkara agak biasa yang dilalui segelintir pasangan,” katanya.
Melalui pendedahan itu , Maria telah mendapat pebagai komen yang mana rata- rata rakan artis dan peminat tutur berdukacita berkenaan perkara tersebut.
Namun ianya adalah keputusan yang paling sukar untuk pasangan ini dan berharap ianya dapat memberikan lebih kebaikkan untuk masa depan bersama.
Afdlin yang masih lagi mendiamkan diri dan tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan perkara ini dan mungkin tidak mahu mengeruhkan keadaan dan memberi peluang untuk bekas isterinya itu sahaja memberikan penjelasan.
Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 yang manahasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mia Sara, Anaias dan Ileana Matin.
Adakah Geely Xingrui Merupakan Prototaip Proton Pesona Yang Baharu?
Memang dah sedia maklum yang Syarikat Geely adalah Kerjasama dengan Proton untuk hasilkan Automobil yang lebih berkualiti ini Bukan rahsia lagi bahawa dua kereta Proton paling premium yang dijual sekarang ialah X70 dan X50. Walaubagaimanapun, peminat sedan boleh dikatakan mengidam pilihan sedan di bawah RM80,000 memandangkan SUV nampaknya mendominasi di jalan raya.
Disamping itu, itu tidak menjadi dan kini pada 2022 Geely telah melancarkan Geely Xingrui 2023 di China daripada berharga RMB127,700, iaitu kira-kira USD18,800. Persoalannya, adakah kereta ini bakal menjadi Proton Persona seterusnya?
Sumber: google image
Geely Xingrui ialah sebuah kereta yang cukup segak dengan reka bentuknya yang ringkas dan langsing, dengan garis pinggang memanjang dari fender hadapan ke belakang, depannya rata dengan gril lebar dan lampu depan nipis, roda berbilang jejari dengan kaliper brek merah dan bentuk paip ekzos bujur tunggal di kedua-dua belah kereta. Bahagian dalamannya adalah tipikal Geely, ringkas dan elegan, dilengkapi dengan kamera 360 darjah untuk menyokong pemanduan autonomi tahap 2 yang terdiri daripada kawalan pelayaran adaptif, pakir autonomi, brek kecemasan autonomi, bantuan terus lorong dan bantuan bukit.
Sumber: google image
Proton Persona yang berkemungkinan ini turut menampilkan kluster instrumen dan skrin maklumat hiburan bersaiz 12.3 inci, kemasukan tanpa kunci, alat mula jauh, pengecaman suara, keupayaan kemas kini OTA dan juga tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan yang boleh laras elektrik. Mempunyai Dimensi 4785/1869/1469mm dan mempunyai jarak roda 2800mm dan dikuasakan oleh enjin 2.0T yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan. Ini memberikan kereta itu kelajuan tertinggi 210km/j dan masa pecutan abad 7.9 saat. Penggunaan bahan api dinilai pada 6.7/100 NEDC.
Jadi, bolehkah Geely Xingrui menjadi Proton Persona generasi akan datang? Jom kita lihat dimensi dahulu. Yang berukuran dalam 4366/1722/1564mm dan dengan jarak roda 2555mm, kedua-dua kereta ini mempunyai saiz yang agak serupa, tetapi Xingrui adalah besar sedikit. Proton boleh dengan mudah menukar lencana Xingrui dan memanggilnya Proton Persona baharu, tetapi saya tidak fikir ia akan melakukannya kerana Persona sekarang masih laku.
Sumber: google image
Ia adalah lebih masuk akal kalau rebadge Geely Bo Rui yang lebih besar dan akan menawarkan kereta itu sebagai sedan segmen C baharu untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Proton Preve.
Adakah Geely Xingrui Merupakan Prototaip Persona Proton Yang Baharu?

Isteri Selamat Bersalin , Ayie Floor88 Teruja Dapat Anak Perempuan
Penyanyi kumpulan Floor88, Ayie Elham, 24, semalam telah berkongsi khabar gembira apabila isterinya Tasha Awie, 23 telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka di sebuah pusat perubatan swasta.
Ayie yang sebelumnya berkongsi gambar tentang isterinya yang dimasukkan ke labour room dan sedang menemani isteri tercinta untuk bersalin dan memohon orang ramai untuk mendoakan agar dipermudahkan urusan untuk isterinya bersalin.
Dia juga bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas doa apabila isterinya selamat melahirkan dan bayinya juga sihat sejahtera malah telah dipermudahkan segala urusan.
“Alhamdulillah berkat doa keluarga dan kawan-kawan semua, isteri saya sudah selamat melahirkan bayi perempuan. Semua okey dan lancar.
“Buat masa ini, saya tengah siapkan apa yang patut untuk bayi kami. Sebarang perkembangan lain akan saya kongsi dari semasa ke semasa,” katanya.
Ayie juga sempat berkongsi gamnar bersama anaknya itu namun menutup gambar anaknya dengan emoji dan tersenyum gembira dengan kehadiran anak pertamanya itu.
Bercerita tentang pengurusan anaknya itu , Ayie mengakui bahawa dirinya dan isteri tidak mempunyai masalah dan malah lebih berpengalaman dalam menguruskan bayi kerana dia adalah anak sulung dalam keluarga mereka .
Malah turut bercerita yang mereka sudah biasa menguruskan adik – adik yang masih kecil dan sangat sukakan kanak – kanak serta tidak kekok untuk memberikan penjagaan yang terbaik buat anaknya itu.
Ayie dan isteri masih belum mengumumkan nama anak mereka dan perkara itu akan diumumkan pada masa terdekat sertelah dia selesai menguruskan anak dan isterinya yang tercinta.
Akan Ada Lebih Ramai Lagi Yang Akan Membeli Kenderaan.
Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang telah menyemak naik unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) kenderaan kepada 630,000 unit pada tahun ini, 30,000 unit lebih tinggi berbanding sasaran awal 600,000 unit yang telah ditetapkan awal tahun ini. Presidennya iaitu Datuk Aishah Ahmad berkata, semakan naik TIV tahun ini dilakukan bersandarkan kepada jangkaan pemulihan ekonomi Malaysia yang telah berterusan selepas merekodkan prestasi paling memberangsangkan pada suku pertama 2022.
Beliau juga berkata, sokongan dasar kerajaan yang konsisten, khususnya untuk menerusi inisiatif di bawah Bajet 2022 serta limpahan daripada Bajet 2021, pakej rangsangan dan bantuan sebelum ini akan menyokong ekonomi negara menjadi bertambah baik pada separuh kedua tahun ini. Dengan peralihan lancar untuk ke fasa endemik serta pembukaan semula sempadan antarabangsa, banyak sektor menunjukkan tanda pertumbuhan dalam aktiviti perniagaan, walaupun belum mencapai tahap sebelum pandemik.
Gambar sekadar hiasan
Dengan pelbagai pakej rangsangan ekonomi bagi mengurangkan kesan buruk Covid-19 dan memulihkan aktiviti ekonomi sangat membantu. Bagi industri automotif pula, walaupun tempoh cuti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk pembeli kereta menikmati pengecualian yang sudah berakhir namun ahli MAA berbesar hati kerana kerajaan melanjutkan tempoh manfaat pengecualian dengan pendaftaran kenderaan sebelum 31 Mac 2023 apabila menempah sehingga 30 Jun lalu.
Langkah ini sememangnya positif kerana ia akan membantu industri automotif memenuhi tempahan yang tertunggak dan pada masa yang sama membolehkan rakyat menikmati kereta harga yang lebih rendah. Daripada jumlah unjuran baharu MAA tahun ini, kenderaan penumpang dijangka menyumbang 567,000 unit, manakala kenderaan komersial pula 63,000 unit. Sasaran TIV 2022 iaitu 630,000 unit adalah lebih tinggi berbanding 508,911 unit yang didaftarkan pada 2021. Untuk mengulas lanjut, Aishah berkata, unjuran angka TIV lebih baik tahun ini juga akan dipacu oleh pengenalan model baharu dan kenderaan elektrik penuh yang ditawarkan pada harga yang berpatutan dan kompetitif yang mendorong minat belian pelanggan.
WalauBagaimanapun, katanya juga, insiden yang timbul daripada ketegangan geopolitik, kenaikan harga minyak, kebimbangan inflasi, kenaikan harga makanan, kenaikan kos logistik dan penghantaran serta gangguan rantaian bekalan mungkin menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara dan seterusnya permintaan pengguna terhadap kenderaan baharu. Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 6 Julai lalu untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus mungkin menjejaskan keyakinan pengguna.
Gambar sekadar hiasan
Perniagaan juga mungkin akan menangguhkan pelaburan disebabkan keadaan yang tidak menentu ketika ini untuk peringkat global, termasuk juga senario politik tanah air kita ini di mana ramai penganalisis menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan berlangsung tahun ini. Masalah kekurangan komponen dan cip yang berterusan juga boleh menjejaskan pengeluaran kenderaan bermotor sepanjang tahun. Mengenai prestasi TIV setakat separuh pertama 2022, industri automotif negara menjual 331,386 unit bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, melonjak 33 peratus berbanding 249,178 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.Kenderaan penumpang menyumbang 293,540 unit, manakala baki 37,846 unit lagi disumbangkan oleh kenderaan komersial,” katanya. TIV pada Mac adalah tertinggi dalam sejarah automotif tempatan iaitu 73,244 unit, disokong langkah ahli MAA untuk menyempurnakan penghantaran bagi syarikat dengan tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022.
Pentas Piala Asia AFC 2023 Jadi Rebutan!
Piala Asia AFC 2023. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam telah mengumumkan senarai 4 negara yang menghantar permohonan rasmi untuk membida hak sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.
Bidaan menganjurkan Piala Asia 2023 telah dibuka kepada semua anggota persatuan sejak 31 Mei lalu bagi menggantikan tempat China yang menarik diri susulan peningkatan kes COVID-19.
Empat Anggota Persatuan (MA) yang telah mengesahkan permohonan tersebut ialah Federasi Bola Sepak Australia (FFA), Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA).
Bagaimanapun, dalam satu portal berita dari Korea Selatan iaitu Joong Ang Daily, mereka menyifatkan Indonesia tidak layak menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 kerana perlu memberi tumpuan kepada penganjuran Piala Dunia B-20 2023.
“Indonesia pernah jadi tuan rumah Sukan Asia Jakarta-Palembang pada tahun 2018 dan juga memiliki infrastruktur sukan yang baik.”
“Tetapi mereka akan menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 2023 bermula 20 Mei hingga 11 Jun tahun depan, dan bakal menghadapi masalah seperti Australia (tuan rumah Piala Dunia Wanita 2023),” tulis Joong Ang Daily.
Berdasarkan jadual, Piala Asia 2023 akan bermula 5 hari selepas tamat Piala Dunia B-20 2023 pada 11 Jun 2023. Piala Dunia Wanita di Australia pula akan berlangsung selepas 4 hari Piala Asia 2023 tamat.
Situasi seperti ini tidak begitu ideal dan kemungkinan Indonesia serta Australia tidak berada dalam pertimbangan AFC untuk dipilih sebagai tuan rumah.
Korea Selatan dan Qatar dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih sebagai tuan rumah kerana mempunyai stadium berkelas dunia serta kemudahan padang bola sepak yang lebih baik.
Namun begitu, Qatar lebih bersedia dari segi logistik kerana bakal menganjurkan Piala Dunia 2022 pada bulan November tahun ini.
Menurut kenyataan rasmi AFC, negara yang dipilih sebagai tuan rumah kejohanan yang melibatkan 24 pasukan itu akan diumumkan secara rasmi pada 17 Oktober 2022 oleh Jawatankuasa Eksekutif AFC.
Bagi acara undian pula, belum ada tarikh yang ditetapkan tetapi kebiasaannya akan dilakukan lima atau enam bulan sebelum pertandingan berlangsung.
Jawatan Kosong Di Institut Jantung Negara Sdn Bhd – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Institut Jantung Negara Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. ASSISTANT MANAGER – AUDIT, RISK & COMPLIANCE
2. SENIOR MANAGER, MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM
3. MANAGER, LEARNING & DEVELOPMENT
4. MANAGER, TALENT MANAGEMENT
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Institut Jantung Negara Sdn Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PENGURUS KES GRED 23
2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PEKERJAAN GRED 19
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM2,200.00 – RM14,000.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
3. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29
4. PEMBANTU OPERASI GRED N11
5. PEMBANTU AWAM GRED H11
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
Lokasi : Kedah/Perlis
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,218.00 – RM5,672.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers