Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 133

July 25, 2022

Toyota Supra GR Kereta Sport Yang Terbaik Dan Sesuai Untuk Pemandu Di Malaysia

Sebagai kenderaan yang model sport ikonik yang telah dibangunkan untuk pemanduan agresif, Toyota GR Supra ini mampu buatkan kami terpegun dengan tahap penjimatan bahan api ditawarkan Toyota GR Supra serba baharu yang kami pandu uji ini adalah model Supra generasi ke-5 sejak diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1978. Sejak debut, model tersebut sentiasa jadi pilihan popular di kalangan pasukan lumba sedunia, termasuk kalangan selebriti dan kenamaan.

Sumber : youtube

Disamping itu, Supra juga pernah beberapa kali muncul dalam permainan video seperti Gran Turismo dan Need For Speed, termasuk filem aksi Hollywood seperti francais The Fast & Furious.

Jom kita kenali dahulu Toyota Supra GR:

Toyota Supra GR ini dikuasakan enjin 6-silinder 3.0L Turbo berkuasa 338hp dan tork 500Nm, manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan dengan pedal syif Quick Shifting baharu. Padanan Kawalan Luncur (Launch Control) membolehkan model sport ini memecut 0-100kmj sepantas 4.3 saat. Toyota Supra terakhir muncul dengan enjin sebaris-enam berkuasa turbo dan itulah juga format enjin yang akan dikekalkan pada Supra baru. Demikian menurut kata ketua jurutera Toyota, Tetsuya Tada di Geneva Motor Show.

Sumber: youtube

Namun begitu, Toyota Supra baharu ini juga akan mempunyai agihan berat 50:50 dengan titik graviti yang lebih rendah dari 86. Enjinnya juga mudah dilaras dan akan membuatkan ramai tuner tersengih kegembiraan. Data terbaru juga menunjukkan yang Supra baru ini lebih pendek dan lebar berbanding model terdahulu. Ia juga adalah 13 kilogram lebih ringan berbanding Supra keluaran tahun 90-an.

Toyota Supra GR adalah hasil kerjasama dengan BMW Seperti diketahui umum, Toyota Supra GR ialah produk pertama hasil kerjasama antara Toyota dan BMW, dengan pengeluaran dibuat di kilang Magna Steyr, Graz di Austria. BMW dan Toyota mengumumkan kerjasama antara mereka pada tahun 2012. Pada masa itu kedua-duanya dilaporkan menyatakan akan bekerjasama dalam pembangunan komponen disel dan hibrid. Tapi kini sepertimana diyakini ramai pemerhati, mereka juga bekerjasama dalam projek yang lebih besar.

Ia agak malang sekali buat penggemar sejati Toyota Supra kerana disebabkan ia tidak akan ditawarkan dengan kotak gear manual. Malah Toyota yakin ia bukannya satu isu besar. Z4 baru dikatakan akan dilengkapi dengan kotak gear dari ZF dan Supra mungkin membuat pilihan yang sama kecuali jika mereka memilih kotak gear klac berganda agar lebih bersesuaian dengan sifat kereta itu. Ingat, Lexus LFA turut ditawarkan tanpa kotak gear manual tapi tiada seorang pun mengatakan yang ia bukan supercar sebenar.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2022 23:03

Iman Troye Tunjukkan Gambar Masa Kecil Dan Masa Besar,

Suara Iman bagi lagu popular bertajuk Teman, Iman Troye seorang penyanyi berumur 19 tahun yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Selain Teman, Iman Troye juga keluar kan beberapa buah lagu lain seperti Nang, Pejam Celik Hari Raya, Harum Sundal Malam dan banyak lagi.

Bagaimanapun, Baru-Baru ini Iman Troye Berkongsi satu video memaparkan wajahnya di zaman kanak-kanak dan membezakan dengan yang sekarang. Berikut adalah menujukkan rakaman tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya:

 

Menurut perkongsian rakaman tersebut dikongsikan gambar Iman Troye masa kecil. Kemudiannya foto bertukar kepada dirinya yang terkini. Nampak lebih matang dengan gambar sekarang.

Memang sangat berbeza dulu dengan sekarang.  Di ruangan komen sempat juga Iman Troye bertanyakan perbezaan foto kedua-dua tersebut.

Perkongsian rakaman dengan paparan gambar Iman Troye masa kecil ini telah meraih lebih 371.000 tontonan dan 44.000 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

.

“Lurveee Siti Nur Iman. Kalau orang panggil nama penuh waktu sekarang ni mesti comel”

 


“Kecik2 memang dah cantik”



 


“Dari kecil sudah mempunyai kecantikan seperti itu. Bila besar makin cantik”




“Hahaha lainnya”



“Bezanya cuma awak pilih pilih lagi, pilih pilih lagi”



Dah baca?>>> ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2022 22:45

Jawatan Kosong Di Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kedah Darul Aman – Minima PT3/PMR!

Permohonan Jawatan Negeri Kedah di Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kedah Darul Aman dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
2. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 28 Julai 2022 (Khamis)
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 1,218.00 – RM4052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00 – Rm100.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kedah Darul Aman.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang DisiniPembantu Kemahiran
Permohonan dan Borang Disini
Pemandu Kenderaan

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2022 22:36

Bantuan Kewangan RM700 Automatik Mula Dikreditkan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 baru sahaja diagihkan kepada mereka yang layak.

Terdapat bantuan tambahan yang akan diberikan kepada kategori penerima BKM iaitu bantuan kewangan mySalam sebanyak RM700.

Skim Perlindungan Masyarakat mySalam adalah skim perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Ia juga diklasifikasikan sebagai elaun gantian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti bagi mereka yang menjalani rawatan.

Baca juga:

Cara Betul Letak ‘Palang’ Pada Kad MyKad Elak Disalah GunaBantuan Kewangan Negeri Pahang 2022Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan:

Pemohon adalah salah seorang penerima bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga Malaysia.Pemohon berumur 18 hingga 65 tahun.Pemohon merupakan individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari portal mySalam.

Langkah 2: Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).

Langkah 3: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah 4: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg.

Langkah 5: Lampirkan salinan Nota Discaj dan salinan dokumen pengenalan.

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Semakan Kelayakan:

Keputusan permohonan dan semakan kelayakan boleh dibuat di laman sesawang mySalam.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawanng portal mySalam.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2022 22:11

“Saya tidak pernah ada sebarang akaun Facebook! , – Ning Baizura Nafi Kongsi Gambar Separuh Bogel Di Facebook

Baru – baru ini tular di medai sosial apabila terdapat beberapa perkongsian daripada Ning yang dilihat sering memuat naik gambar wanita dalam keadaan separuh bogel di akaun miliknya di Facebook.

Namun Ning sudah tampil menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah mempunyai sebarang akaun rasmi atau kelab peminat di Facebook kerana dia hanya aktif di media sosial Instagram sahaja dan dia lebih selesa begitu kerana terlalu sibuk dengan kariernya.

“Saya tidak pernah ada sebarang akaun Facebook! “, tegas Ning Baizura.

Facebook berkenaan dikatakan mulai aktif sejak Oktober 2008 dan sudah mempunyai ramai pengikut sekitar  200,000 orang dengan kemas kini akaun itu berkahir pada Mei 2022.

Akaun tersebut juga hanya berkongsi video yang viral dan juga kelakar dan tidak mempunyai update mengenai Ning yang kini sedang sibuk menjalani latihan persembahan bersempena Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MiFFest).

 

 

Ning mengakui dirinya terkejut kerana akaun tersebut mempunyai ramai pengikut dan aktif memberikan komen pada setiap posting di Facebook tersebut .

Dia yang terkilan dan tidak tahu menahu perkara tersebut diberitahu oleh orang lain dan mengetahui perkara tersebut apabila fb itu selalu menghantar gambar tidak senonoh di Fb storynya.

Ning yang tidak mahu mengambil pusing tentang pekara tersebut kerana terlalu sibuk dengan aktiviti seninya yang kini sedang mempunyai banyak undangan membuat persembahan di majlis besar dan VVip.

Walaubagimana pun dia pasti ramai pengikut setianya yang mengetahui tentang fake akaun ini mereka juga tahu bahwa dia tidak mempunyai sebarang akaun lain kerana segala komukisai bersama peminat dan rakan artis hanya dilakukan di Ig miliknya sahaja.

Ning juga sempat memberi peringatan agar peminatnya dan orang ramai tidak terperdaya atau memberi sebarang maklum balas terhadap akaun itu dan tidak menjadi mangsa penipuan.

 

 

Namun begitu , penyanyi dan pelakon berbakat ini  tidak berniat untuk memanjangkan isu berkenaan atau pun mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun berkenaan kerana tidak mahu membuang masanya untuk perkara remeh temeh seperti itu.

Malah tidak mahu memikirkan perkara tersebut dan menganggap bahawa individu tersebut hanya mahu menarik perhatiannya dan mencari publisiti murahan .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2022 21:47

Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat

Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2022

Tahukan anda? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

SYARAT KELAYAKAN BKK 2022Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.CARA MEMOHON BKK 2022

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022 :

Secara Online:Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jspSecara Manual:Cetak Borang Permohonan.Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir di pejabat JKM:

Salinan kad pengenalan diri pemohonSalinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersamaSalinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersamaSalinan penyata gaji (jika ada)Lain-lain dokumen yang berkaitanMaklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi

Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi kePejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2022 21:34

Mampukah filem BAKARA atasi kutipan filem Mat Kilau sehingga RM100 juta?

Aku beranggapan bahawa sumbangan lebih dari 100 anggota tentera Malaysia bagi yang menyelamat kan sekumpulan renjer Amerika yang terkurung di Mogadishu pada peristiwa Black Hawk Down Tidak Diletakan pada filem Black Hawk Down adalah. Ini filem mereka

Tak mungkin mereka nak tunjuk yang mereka lemah, Mesti la tak kan?

Atau dorang nak lagi gempak, Boleh je tiba-tiba Spirdermen, Tak pun Atomen datang tolong.

Mereka boleh sangat buat sebab filem ini mereka punya. Cuma dia akan jadi filem fiksyen la.Bagaimana kita nak tunjukan fakta kepada mereka yang sebenarnya di sembunyikan, Ya,  kena ada filem kita sendiri.Mungkin disinilah filem Bakara akan mengambil tempat..Dikatakan sebuah filem yang bernama Bakara arahan Adrien Teh ini akan memaparkan sisi sebenar bagaimana perjalanan tentera Malaysia bagi membantu menyelamatkan 70 renjer Amerika yg ditangkap di Mogadishu pada tahun 1993..Sebab sumbangan tentera kita bukannya agak kecil. Ada yang terkoban juga. Seolah-olah tidak nampak diperlakukan.Seorang para pelakon hebat, dibekalkan dengan modal yg besar serta diarahkan oleh seorang yg pernah membuat filem ketenteraan (Paskal), aku harap filem Bakara ini dapat membanggakan rakyat Malaysia.Aku nyanyi sikit lagu ‘Negaraku (2018).“Ini bukan negara aku, ini negara kita, buat je cara kita”Jadi ini filem kita, ini filem kita, buat je cara kita.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2022 21:13

“Tudia Berlaku Masa Tgh Live Tuu..” – [VIDEO] Wany Hasrita Tak Boleh Tahan Ketawa Raih Hampir Sejuta Tontonan

Baru – baru ini tular di media sossial apabila Wany Hasrita yang tidak mampu menahan ketawa ketika mengacara program Borak Dulu Baru Buka.

Program Borak Dulu Baru Buka musim kedua telah kembali lagi dengan menampilkan konsep baharu yang lebih menarik dan pelbagai demi menarik minat orang ramai dalam menyampaikan ilmu bermanfaat sepanjang ianya ditayangkan.

Program ini mendapat sambutan hangat dan  diluar jangkaan sejak  Ramadan tahun lalu dan orang ramai sangat senang dan  terhibur dengan kehadiran Khir Rahman yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Terdapat beberapa kelainan pada musim terbaru kali ini apabila pihak produksi telah meyediakan hadiah setiap minggu kepada penonton yang bertuah.

Wani yang kini sudah menjadi pengacara beberapa program terkemuka telah menjadi perhatian ramai selepas tertawa dengan lawak yang disampaikan oleh abang Khir Rahman.

” Ini semua Khir Rahman punya pasal…smpai terbawak dalam rumah berdekah tengok Wany ketawa…hahaha hadoiii”

 

waniyha1_1658491308

 

Melalui perkongsian di aplikasi popular Tik Tok , yang mana video tersebut telah mendapat hampir 1 juta tontonan , Wany dan Amin dilihat tidak dapat menahan ketawa ketika Khir Rahman membuat lawak semasa mengendalikan segmen Satu Hari Satu Ayat.

Walaupun sudah melakukan latihan sebelum segmen ditayangkan secara live tetapi dek kerana terlalu mencuit hati dan mereka nampaknya sudah tidak mampu untuk menahan tawa kerana terlalu geli hati dengan ayat yang disampaikan oleh Khir .

” Kami  dah bersiap sedia untuk tidak ketawa memandangkan segmen itu adalah segmen yang sangat serius. Jika, apabila Abang Khir tersasul dan ketawa sendiri, saya dah tak boleh tahan untuk gelak.

Malah Wani mengakui keadaan menjadi lebiuh teruk apabila mendengar Amin juga mulai ketawa namun dapat mengawal keadaan dan hanya tertawa tanpa mengeluarkan suara .

 

tudia-berlaku-masa-tgh-live-tuu-video-wany-hasrita-tak-mampu-tahan-ketawa-raih-hampir-sejuta-tontonan_62dcdff275d40

pnews.space-84e775a11611e95239caaaab8db1607c-990x495

Khir Rahman pula menjelaskan semasa latihan dilakukan , terdapat beberapa perkara yang mengusik hati, namun dia tidak menyangka perkara seperti itu akan terjadi ketika siaran langsung.

” Tujuannya, saya nak buat kejutan.Pada segmen itu, saya kendalikan dahulu dan akan serahkan kepada Amin. Masalahnya, sejak traning lagi, dah ada banyak benda mencuit hati.

” Juri cuba menahan ketika siaran langsung dan menunggu untuk ‘meIetup’ sahaja.

” Masa saya terbabas sedikit, saya terdengar suara mereka ketawa, nampak pula jurukamera semua ketawa, saya pun tak boleh tahan ketawa,” jelasnya lagi.

Sebelum ini sudah tular video yang memperlihatkan Wany serta Amin tidak mampu menahan ketawa sehingga Wany terlihat seperti menangis ketika siaran langsung berlaku.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2022 01:17

Boulder Valley | Port Glamping Ala Safari Dengan Beautiful View !

Terdapat satu lagi port glamping terbaik di Malaysia – Boulder Valley,  Teluk Bahang. Tidak dinafikan bahawa negara kita diberkati dengan pemandangan yang tenang dan alam semula jadi yang menakjubkan, yang menjadikan suasana sempurna untuk anda merasai pengalaman glamping di Malaysia.

Jika anda sedang mencari tempat glamping di Pulau Pinang, terdapat penginapan yang kami teruja untuk berkongsi dengan anda!

Baca juga: CheqMeq Kitchen | Sejuta Lauk, Serendah RM5 Sepiring ! Halal . Mouth-Watering . Yummy

Lokasi Boulder Valley

Terletak di Teluk Bahang, seberang Pulau Pinang, Boulder Valley Glamping berjarak sejam pemanduan dari ibu kota Georgetown. Ia mungkin perjalanan yang jauh, tetapi anda dijamin untuk berada jauh dari kesibukan dan hiruk-pikuk bandar, dan juga tempat yang penuh dengan pelancong lain.

Tempat yang terasing ini juga akan membawa anda ke kawasan berbukit dan pepohonan yang rimbun, yang akan dihargai oleh pencinta alam.

Tempat glamping ini tersembunyi di antara hutan hujan dan dilengkapi dengan khemah pra-pitched. Di samping itu, kerana lokasinya yang strategik, setiap bilik mempunyai akses terus kepada cahaya matahari semula jadi dan udara segar =)

Penginapan

Boulder Valley Glamping terkenal dengan khemah gaya safari dan chalet rumah kaca yang boleh memuatkan antara 2 hingga 6 tetamu. Sama ada anda berada di sini untuk percutian romantik atau perjalanan keluarga, anda boleh mencari penginapan yang sesuai untuk memenuhi keseluruhan kumpulan trip anda.

Untuk pengalaman Boulder Valley Glamping yang sebenar, kami mengesyorkan anda untuk menginap beberapa malam di Safari Tent yang sesuai untuk 2 tetamu. Untuk keluarga yang besar, anda boleh menginap di Chalet, yang sesuai untuk 5-6 orang, benar-benar selesa untuk anda sekeluarga.

Tent @ Boulder ValleyTent @ Boulder Valley

 

Chalet/ Tented Villa @ Boulder VillaChalet/ Tented Villa 2pax

 

Tented Villa 6pax

Aktiviti

Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Antaranya, anda boleh mengambil bahagian dalam Nature Sketching, berenang di kolam renang dan juga mendaftar untuk Kelas Yoga!

Kredit: Twitter @iamsyieddy

Bayangkan anda berlatih yoga dengan pemandangan alam semula jadi yang begitu menakjubkan, ia pasti satu pengalaman yang baik di Pulau Pinang. bukan?

Jadi, Pulau Pinang bukan sahaja sebuah pulau dengan makanan yang enak, tetapi kita juga boleh melibatkan diri dalam satu dengan alam semula jadi. Kadar harga setiap bilik di sini bermula dari RM600 untuk 2 orang.

Jika anda mencari tempat glamping di Pulau Pinang, anda boleh mempertimbangkan untuk menginap di Boulder Valley Glamping! Jangan lupa untuk mengambil gambar tempat Instagrammable yang menakjubkan ini.

Alamat: 8 Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang

Website | Facebook | Instagram

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2022 01:05

July 24, 2022

“Saya selesa dengan kehidupan sekarang, ” – Fendy Bakry

Pelakon kacak dan hitam manis , Fendy Bakry, 33, kini melangkah maju ke hadapan apabila telah menerima tawaran yang membawakan watak komedi dalam sebuah drama terbaru yang telah ditayangkan di TV9

Dia yang merasa teruja dengan penerimaan penonton dan mahu penonton sendiri menilai sejauh mana bakat lakonannya untuk membawakan watak komedi seperti itu.

Fendy juga mengakui bahawa watak Kholid yang dibawakannya dalam drama tersebut adalah watak yang paling mencabar dalam kariernya sebagai seorang pelakon

“Pada awalnya ketika mendapat tawaran drama ini, saya terfikir-fikir juga apakah layak dan mampu melakonkan watak komedi dengan baik nanti. Saya juga berbincang dengan isteri, sama ada boleh ke saya membuat orang ketawa.

“Apapun, ia satu peluang yang baik untuk saya mencuba watak baharu. Ini kerana, saya sudah sinonim sangat dengan drama berkaitan kisah-kisah cinta sebelum ini. Jadi, saya harap penonton dapat menilai sendiri sisi komedi diri saya nanti,” katanya lagi.

 

 

Fendy yang semakin sepi setelah mendirikan rumahtangga sejak 2020 lalu mengakui dirinya masih aktif tetapi tidak terlalu aktif seperti awal kemunculannya dahulu yang banyak menghiasi kaca tv dengan drama lakonannya.

Malah kini sedang sibuk mengusahakan perniagaan miliknya dan selesa seperti itu kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan melakukan aktiviti yang disukainya.

“Saya selesa dengan kehidupan sekarang. Dan, terima kasih kepada semua yang masih menyokong karier seni saya termasuk pihak produksi dan stesen televisyen yang masih sedia memberikan peluang.

“Saya seronok sepanjang terbabit dalam penggambaran drama Guard Komamdo ini kerana kami saling membantu, rapat dan umpama sebuah keluarga besar. Saya juga dapat membiasakan diri dengan pelakon-pelakon lain.

“Walaupun saya tiada asas berlawak dan dikata seorang yang serius, tapi saya tidak bersendiri apabila di set penggambaran. Saya mesti bergaul dengan semua pelakon lain dan kami dapat mewujudkan keserasian yang baik sebagai satu keluarga. Sampai sekarang pun, kami masih bertanya khabar,” katanya.

Drama Guard Komando arahan Mp Roslin turut dibintangi pelakon Shamsul Ghau Ghau sebagai Komandudu Adnan, Mark Adam (Mansur) dan Jiggy Masin (Dollah).

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 24, 2022 23:50

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.