Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 132
July 27, 2022
Jawatan Kosong Di MISC Berhad – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di MISC Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Non-Executive Subcontracts
2. Executive Research & Knowledge Management
3. Executive Information Security
4. Manager Marketing
5. Marine Pilot
6. Marine Controller (East Malaysia)
7. Executive, Strategic Planning & Risk
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di MISC Berhad.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pegawai Ehwal Ekonomi
2. Pegawai Teknologi Maklumat
3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
5. Pembantu Setiausaha Pejabat
6. Pembantu Pustakawan
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,352.00 – RM9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 – RM225.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
(Video) Reαksi Tokti Apabila Ditégur DJ Radio Semasa ‘Live’ Instagram Buat NetizenTerhibur
[image error]
Artis dan usahawan terkenal no 1 di Negara, Datuk SitiNurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tokti, Bukan sahaja terkenal dengan sikap rendah diri dan sangat peramah., Malah turut terkenal dengan bakat nyanyiannya.
Tokti sentiasa tersenyum dan ramah setiap kali bertemu dengan peminat, Malah seorang yang juga merendah diri.
Siti Nurhaliza selalu berkongsi gambar dan membuat siarang langsung di halaman Aplikasi Instagram, sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan para penonton.
Baru-baru ini, tular pula di media sosial Tiktok apabila Tokti terkejut di tegur oleh DJ radio waktu beliau sedang membuat siaran langsung di Instagram tersebut.
Reaksi Siti Nurhaliza yang dilihat sangat malu, Dia juga membuatkan ramai yang melihatnya teruja.
.
Lihat ke ruangan komen, Netizen terhibur dengan reaksi yang terkejut dan malu-malu apabila dite.gur itu.
July 26, 2022
Tindakan Tidak Bermoral Cetus Kemarahan Umat Islam
Semalam ini kecoh tentang konten video melampau yang menghina Islam di akaun TIKTOK Mariam Hadid.
Hal ini mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia.
Mariam Hadid kini viral akibat kelakuan melampau mempersendakan Islam.
Baca juga:
KKM Lancar Bayaran Tanpa Tunai Mulai 1 Oktober 2022Bantuan BKM Tambahan Kepada Penerima Yang LayakMengaku Nabi Wanita:Mariam Hadid adalah seorang gadis berhijab yang selalu dilihat melakukan konten-konten melampau seperti memperolok-olokkan perbuatan membaca al-Quran, posisi ketika solat dan lafaz-lafaz suci Islam.
Tidak dapat dipastikan adakah dia merupakan penganut agama Islam atau sebaliknya.
Menurut profilnya pula, dia turut mengaku sebagai Nabi Wanita yang pertama selepas Nabi Muhammad.
Dianggap Cetus Provokasi:Mariam Hadid mempunyai 70,000 follower dan jutaan views, sering memuatnaik konten yang beunsurkan provokasi terhadap Islam seperti sengaja ingin menaikkan kemarahan umat Islam.
Malah dia juga difahamkan mempunyai beberapa akaun lain sekiranya akaunnya itu disekat.
Video Tiktok: Mariam Hadid
Komen Netizen:Namun, ramai yang kesal dengan aplikasi Tiktok kerana tidak menapis dan membiarkan konten seperti terus kekal di platform terbabit.
Sumber: HARIANPOST
Berat Badan Susut 11Kg , Rossa Serra Nafi Sebab Makan Hati
Rossa Serra yang terlihat semakin langsing dan bergaya selepas kontroversi mengenai rumahtangganya sejak tahun lalu mengakui berat badannya telah susut sehingga 11 kg.
Namun dia menegaskan ianya berlaku bukanlah disebabkan dirinya yang sedang makan hati dek kerana melayan kerenah suaminya itu tetapi kerana dia lebih banyak menghabiskan masa untuk dirinya sendiri.
Dia yang lebih memilih untuk mempercantikkan diri dan lebih sihat daripada menangisi apa yang berlaku ke atas dirinya kerana sedar bahwa kehidupan perlu diteruskan walau apapun yang terjadi pada masa lalu.
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar itu berkongsi bahawa b eratnya dahulu 60 kilogram dan telah turun kepada 49 kilogram kerana dia sekarang memilih untuk menjaga dirinya sendiri berbanding memikirakan tentang orang lain.
Rossa juga mengakui dia bukanlah sengaja menurunkan berat badan hanya untuk membalas dendam atau mempunyai niat yang lain tetapi untuk keselesaan dirinya sahaja.
Malah merasakan dirinya lebih yakin dan mampu berjaya dengan usahanya tanpa perlu bergantung kepada orang lain yang tidak pernah menghargai usahanya selama ini.
“Saya bukan nak balas atau buktikan apa-apa sebab bila dah macam sekarang ini (penampilan), saya ada masa lebih untuk diri sendiri. Jadi saya tak ada masa nak fikir perkara negatif.
“Saya nak jaga berat badan sebab sebelum bersalin berat saya 50kg, jadi masa itu badan rasa ringan. Bila turunkan berat badan ini saya rasa lagi bertenaga. Saya turunkan berat badan ini bukanlah sebab makan hati. Kalau nak kata makan hati, perkara itu dah lama jadi mesti saya dah kurus dari dulu lagi,” katanya.“Senang saja nak turunkan berat badan sebab sebelum ini orang itu (Shuk Sahar) suka makan malam dan dia akan ajak saya sekali. Itu yang buatkan susah. Bila sekarang ini jadi mudah sebab saya pun tak makan banyak.
Berdepan dengan kritikan dan cemuhan daripada netizen , Rossa hanya menerima kata – kata positif sahaja dan tidak mahu memikirkan dan ambil pusing tentang komen negatif yang boleh menyebabkan dirinya tertekan.
Malah tidak ambil hati sekiranya ada yang menuduh dia seperti terlalu menarik perhatian dan memerlukan publisiti untuk menaikkan namanya tetapi lebih sibuk dengan aktiviti harian yang menjana pendapatan buatnya.
“Saya buat ini juga untuk memberi semula keyakinan kepada diri tapi ia bukanlah untuk membalas dendam. Tipulah kalau saya cakap nak kurus ini bukan disebabkan apa yang terjadi sebelum ini, tapi saya juga nak tunjukkan apabila dia dah tak ada saya boleh sebenarnya untuk buat semua ini,” katanya.
“Kadang-kadang ada ternampak juga komen yang orang kata masa ada suami tak nak jaga badan tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus. Tapi saya memang tak ambil hati pun.
Rossa juga berkongsi rasa gembira kerana dapat bergaya dengan pelbagai fesyen apabila dirinya sudah kurus kerana mudah mendapatkan pakaian yang disukainya tanpa perlu merisaukan tentang saiz dan ukuran.
“Sekarang ini, kalau saya pakai baju apa pun anak saya memang akan cakap saya cantik. Jadi dia tahu perubahan saya,” katanya.
KKM Lancar Bayaran Tanpa Tunai Mulai 1 Oktober 2022
Kaedah bayaran tanpa tunai akan mulai digunakan di semua fasiliti Kementerian (KKM).
Menurut pekeliling Ketua Setiausaha KKM, pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi itu ditetapkan menerusi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia Tahun 2021 bagi peringkat Persekutuan dan negeri.
Baca juga:
Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan Beri SinarPenantian Terjawab, Mimpi Tunang Kembali Jadi PetandaTarikh Pelaksanaan Bayaran Tanpa Tunai:Bayaran tanpa tunai di di fasiliti kesihatan KKM akan berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2022.
Tujuan Pelaksanaan:Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 telah menetapkan supaya semua agensi pada peringkat persekutuan dan negeri perlu menggunakan pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi yang lebih berkesan menjelang tahun 2022.
Selain itu, inisiatif bayaran tanpa tunai di fasiliti kesihatan KKM juga adalah bagi mengelakkan ketirisan hasil Kerajaan.
Walau bagaimanapun, bayaran secara tunai MASIH DITERIMA sekiranya pelanggan tidak mempunyai kad ATM/debit atau kad kredit atau e-dompet.
Pengurangan Kos:Selain pengurangan kos dan proses kerja dalam urusan kutipan hasil di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ), kutipan hasil akan lebih cepat, mudah dan selamat.
Menurut Pekeliling, bagi kelancaran inisiatif berkenaan, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) perlu memastikan sekurang-kurangnya 95 peratus transaksi terimaan tanpa tunai di setiap fasiliti masing-masing.
Selain itu, memastikan semua petugas kaunter dilatih dengan penggunaan TPOS dan kaedah rekod perakaunan.
Bahagian kewangan KKM dan bahagian akaun KKM akan menyelaraskan latihan mengikut zon, memastikan petugas kaunter mempromosi pembayaran tanpa tunai dan merekod statistik bulanan terimaan tanpa tunai.
Subkhiddin Beri Kenyataan Mengenai Mutu Pengadilan Liga Malaysia!
Subkhiddin Salleh. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Salleh menuntut pengadil Liga Malaysia (Liga-M) agar memahami prosedur operasi standard (SOP) di atas padang selain mengelak kontroversi pergeseran dengan pemain.
Badan induk negara tampak enggan terburu-buru untuk menjatuhkan hukuman ke atas pengadil, Suhaizi Sukri dan Muhammad Nasruddin Tamrin apabila difahamkan masih melakukan siasatan ke atas dua individu terbabit.
Kedua-duanya dipalit kontroversi apabila didakwa melakukan kesilapan dalam membuat keputusan hingga mengundang perhatian Jawatankuasa Pengadil FAM.
Suhaizi mencuri tumpuan ketika perlawanan Piala FA di antara Sabah lawan Selangor, Sabtu lalu, kerana ia kes melibatkan fizikal dengan pertahanan Gergasi Merah, Fazly Mazlan.
“Pada pandangan saya, tentu ada sesuatu yang tidak kena di antara pengadil dan pemain. Ada sesuatu yang tidak kena dengan tangan pemain yang berdekatan Suhaizi.”
“Bagaimanapun, sebagai penguatkuasa undang-undang, sebagai pengadil perlawanan, kita perlu bersabar. Walaupun jarang berlaku tapi sudah berlaku.”
“Sebagai seorang pengadil, perlu bersabar dan meletakkan keadilan di atas sekali.”
“Kalau pengadil tidak berpuas hati dan rasa ia satu perkara yang dilakukan tidak wajar oleh pemain, pengadil perlu gunakan saluran undang-undang. Jika benar pemain tersebut memijak kaki Suhaizi, beliau berhak terus memerintah pemain tersebut (keluar padang). Tapi tindak balas tidak harusnya berlaku terutama oleh seorang pengadil.”
“Sepatutnya bagi kad merah, kemudian biar Jawatankuasa Pengadil FAM untuk mengambil keputusan, bukan mengambil keputusan sendiri (sebab) kita ada undang-undang,” katanya ketika dihubungi Nadi Arena semalam.
Dalam perlawanan Liga Perdana, Kelantan FC melawan JDT II diberikan 13 minit masa kecederaan oleh Nasrudin.
“Kita perlu lihat mengapa masa tambahan boleh diberikan.”
“Kejadian itu berlaku sekitar minit ke-70 dan terhenti disebabkan kecederaan yang berlaku hampir 9-10 minit.”
“Ini bukan satu perkara yang asing, ia normal bergantung kepada apa yang berlaku dalam masa sebenar.”
“Kebanyakkan penonton mungkin menonton (aksi sebenar) selama 35 minit sahaja daripada 90 minit kerana banyak masa terbuang, contohnya sepakan gol dan sebagainya,” katanya.
Penantian Terjawab, Mimpi Tunang Kembali Jadi Petanda
Penantian terjawab, mimpi tunang kembali jadi petanda.
Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lepas ditemui tenggelam di Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan.
Menurut tunang Allahyarham, Nurfaizah Mahadi, 25, sepanjang hampir 10 bulan, dua kali dia bermimpi mengenai arwah.
Baca juga:
Bantuan Kewangan RM700 Automatik Mula DikreditkanCara Betul Letak ‘Palang’ Pada Kad MyKad Elak Disalah GunaMimpi Jadi Petanda:Mimpi pertamanya, dia hanya sempat bertanyakan ke mana pergi tunangnya tetapi dibalas dengan senyuman arwah.
“Saya ada mimpi dua kali bertemu arwah, dalam mimpi pertama saya tanya dia, awak pergi mana? Tetapi dia senyum tunjuk ke satu arah dan hilang, sebelum saya terjaga dari tidur.
Mimpi kedua pada awal tahun ini, mereka berbual menerusi telefon dan arwah menyatakan yang dia akan pulang 26 hari bulan nanti.
“Kali kedua saya bermimpi saya dapat menghubungi arwah dan dia angkat. Saya bertanya dalam mimpi itu, awak di mana? Semua orang mencari awak. Arwah cakap saya ada sini dalam 26 hari bulan nanti saya balik la.
Syukur Persoalan Terjawab:Apabila persoalannya tentang keberadaan tunangnya hampir 10 bulan terjawab, Norfaizah rasa syukur.
Menurut Norfaizah, dia sering risau akan keadaan arwah sejak kehilangannya 29 Oktober lalu.
“Ada kuburnya, saya bersyukur sangat. Ini jawapan yang saya tunggu, selama 10 bulan ini saya selalu fikir dia di mana? Dia makan ke atau tidak?” katanya selepas selesai urusan pengebumian Muhammad Iman Aqmar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih di sini, awal pagi tadi.
Mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Disember lalu, namun hajat mereka tidak kesampaian.
Terdahulu, perkahwinan mereka sepatutnya diadakan pada Ogos tahun lalu, namun ditangguhkan kerana Ayah Norfaizah meninggal dunia.
Sumber: BERITA HARIAN
Terlalu Subur, Doktor Suruh Iqbal Zulkefli Kahwin Cepat
Petik saja nama Iqbal Zulkefli, pasti ramai kenal usahawan sensasi itu apatah lagi sebelum ini pernah jatuh cinta dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.
Iqbal Zulkefli sering dikecam oleh netizen, namun ia seolah tidak memberi kesan kepada usahawan sensasi Iqbal Zulkefli yang dilihat sudah biasa dengan perkara itu.
.
Lama tak degar khabar, baru-baru ini Iqbal Zulkefli menjadi perhatian apabila mengakui dia pernah membuat ujian kesuburan sebelum perkahwinan ‘tak jadi’ dengan Dato Vida.
Menjawab persoalan netizen itu, Iqabl Zulkefli turut mengatakan doktor menyarankan Iqbal untuk segera berkahwin kerana dirinya terlalu subur.
“Sebelum perkahwinan (yang tak jadi) hari itu, saya sudah jumpa doktor untuk periksa kesuburan. Alhamdulillah, semua baik. Malah, doktor sarankan saya berkahwin cepat sebab terlalu subur.
“Doktor risau saya menjadi stres. Entahlah, berkahwin kan jadi stres. Tak berkahwin stres lain pula. Apa-apapun, tentang zuriat terserah pada Allah yang beri,” katanya.
Iqbal turut berkongsikan pemeriksaan kesuburan dan anggaran total yang perlu dikeluar bagi proses tersebut.
Menurut Iqbal, Belanja untuk melakukan pemeriksaan kesuburan air mani lelaki sekitar RM150 sehingga RM400, namun iqbal hanya perlu membayar RM50 sahaja.
Jelasnya lagi, sebelum iqbal melakukan pemeriksaan kesuburan air mani individu itu perlulah berpuasa atau tidak boleh bersama sekurang-kurangnya dua hari.
Iqbal telah mejelaskan rawatan kesuburan air mani itu tidak semestinya dilakukan untuk orang yang dah berkahwin sahaja.
Apa Sudah Jadi Pengadilan Liga Malaysia?
Liga Malaysia. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius isu mutu pengadilan yang kembali mendapat tempat dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) rentetan insiden kontroversi yang berlaku sepanjang minggu ini.
Ia membabitkan dua perlawanan iaitu Kelantan FC menentang Johor Darul Ta’zim II dalam Liga Perdana sementara Sabah bertemu Selangor dalam pertemuan Liga Super.
Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar menegaskan prestasi pengadil terbabit akan dinilai oleh Jawatankuasa Pengadil Badan FAM sebelum sebarang tindakan disiplin diputuskan.
“Apabila kami terima laporan daripada Penilai Pengadil untuk sesuatu perlawanan, jawatankuasa akan menilai prestasi pengadil ini sama ada amaran adalah betul atau mutu persembahannya di bawah tahap sebenar.”
“(Kemudian Jawatankuasa Penilai akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pengadil untuk mengambil tindakan yang seterusnya,” katanya.
Isu ini turut mendapat perhatian bekas pengadil fifa iaitu pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM , Subkhiddin Salleh, menerusi akaun Twitter menegaskan setiap kesilapan perlu diadili sebaiknya.
Prestasi pengadil sangatlah teruk apabila melakukan keputusan serta seperti tidak adil atau berat sebelah apabila dalam sesebuah perlawanan penting.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
