Kenderaan MPV Yang Paling Bergaya Dan Berbaloi Buat Seisi Keluarga
Ketika mulai diperkenalkan pada tahun 2014 ke pasaran tempatan Malaysia. Sejak itu Nissan Serena S-Hybrid (C26) mendapat banyak ulasan menarik malah ia turut memiliki tarikan tersendiri kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) ini bukan saja luas malah ia diberi sentuhan yang berteknologi. Kini ia juga adalah MPV dengan teknologi hibrid pintar pertama di negara ini yang dipasang secara tempatan (CKD) bermula pada tahun 2015 oleh pengedar utamanya, Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Kemudian itu, pada tahun 2018, model Serena S-Hibrid Serba Baharu (C27) diperkenalkan dengan rekaan luaran dan dalam diperbaharui.
Sumber: google image
Di antara perbezaan yang dapat dilihat ialah pada bahagian luaran dengan lampu hadapan rekaan baharu, gril V-Motion serta corak krom yang kini lebih menarik dekatBampar hadapan juga telah diperbaharui selain bahagian lampu kabusnya bersepadu dengan lampu nyalaan siang (DRL). Ruang kabinnya pula memiliki tahap Kebisingan, Gegaran dan Kekasaran (NVH) yang dipertingkatkan.
Model ini masih kekal dengan kapasiti tujuh tempat duduk dengan pilihan kemasan kulit Nappa coklat atau hitam (Highway Star) untuk sentuhan lebih mewah.
Sumber: google image
Disamping itu, ia juga dilengkapi sistem infotainmen skrin sesentuh bersaiz 9 inci dengan keterhubungan Apple CarPlay dan Android Auto. Varian Highway Star juga datang dengan panel LCD bersaiz 11.6 inci yang boleh dilipat daripada siling bagi hiburan seisi keluarga. Ciri standard dwipintu belakang dan pintu gelongsor dwikuasa bebas tangan masih dikekalkan.
MPV ini dijana enjin 2.0 liter pacuan hibrid yang mampu menjana 150PS pada 6,000rpm dan tork 200Nm pada 4,400rpm. Menerusi ‘Dual Arm Tensioner’, ia memaksimumkan daya tegangan pada tali sawat bagi mengurangkan geseran, kehilangan kuasa serta kecekapan penggunaan bahan api. Ia dilengkapi Transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) XTronic dan Kawalan Penginjak Adaptif bagi kawalan antara enjin dan transmisi. Ia juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan penggunaan bahan api 14.2 kilometer (km) setiap liter.
Sumber: google image
Melaluinya kini ia mampu menjangkau perjalanan sehingga 852km (bergantung corak pemanduan dan bebanan). Serena S-Hybrid serba baharu ini didatangkan dengan Perlindungan Keselamatan 360° serta ciri Keselamatan Aktif yang dipertingkatkan termasuk Amaran Ramalan Perlanggaran Hadapan dan Brek Kecemasan dan Amaran Keluar Lorong.Selain itu juga, ia dilengkapi Monitor Pemandangan Sekitar Pintar dan Pengesan Objek Bergerak Pintar.Ciri keselamatan lain antaranya enam beg keselamatan SRS dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Pengagihan Kuasa Brek elektronik (EBD).
Sumber: Youtube
Empat pilihan warna ditawarkan untuk model Premium Highway Star dengan kelabu sebagai warna baharu.Warna sedia ada ialah putih, merah dan hitam yang kesemuanya dipadankan dengan dengan warna bumbung Hitam Diamond.Untuk Highway Star, warna ditawarkan ialah putih, perak dan hitam. Bagi pasaran di Malaysia, Nissan Serena S-Hibrid Highway Star dijual pada harga RM149,888 dan Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star (RM162,888).
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
