Aliff Aziz Anggap Semua Yang Berlaku Sebagai Ujian Buatnya

Selepas tular video tentang kemesraan dirinya bersama dengan pelakon cilik , Intan Najuwa di Genting Highlands baru – baru ini kini Aliff tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut.

Pasangan pelakon itu sudah disahkan oleh pihak produksi bahawa mereka sedang menjalani penggambaran drama berjudul Jodohku Babysitter yang kini sedang ditayangkan di kaca televisyen .

Walaupun Intan sudah mengaku bahawa perkara itu dilakukan kerana tuntutan kerja namun tetap mendapat kritikan pedas daripada netizen yang tidak senang dengan perlakuan mereka yang dikatakan sangat keterlaluan.

“Bak kata abang awie , benda boleh elak  tapi dia pilih sedap.”

Semalam , Aliff telah tampil pula menerusi sesi Live di IG miliknya untuk menjelaskan perkara tersebut kerana mendapat desakan daripada netizen yang masih mahukan penjelasan daripada dirinya yang dikatakan sudah berubah tapi masih melakukan perkara tersebut.

Aliff mengakui dirinya bukanlah seorang manusia yang sempurna dan menganggap apa yang berlaku sebelum ini adalah ujian buat dirinya dan bersedia menerima setiap teguran secara terbuka dan damai.

“Saya nak jelaskan di sini saya pun manusia biasa. Ini bukan satu alasan kerana seperti yang ada memberi teguran..niat dan matlamat tidak menghalal cara. Saya setuju 100 peratus.”

Ida yang tidak mahu mengecewakan peminat yang masih menyokongnya menerima baik teguran dan berterima kasih kepada semua peminat yang masih mengambil berat tentang dirinya dan keluarga.

“Saya yakin ramai orang yang sayang saya. Saya bersyukur Allah hantar ramai orang untuk menegur dengan cara baik mahupun tidak. Mungkin ini adalah teguran kepada saya untuk lebih berhati-hati insya-Allah.”

“Dalam kehidupan ini penuh ujian dan ini adalah salah satu ujian kepada saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan, risau dan sayang akan saya,” katanya.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan , Aliff yang banyak menerima komen yang mengkritik dirinya sebagai penunggang agama tetapi tidak mahu menyalah pihak tersebut kerana itu adalah pendapat masing  – masing dan menerima dengan hati yang terbuka .

Malah mengaku dirinya sememangnya ingin menjadi manusia yang lebih baik namun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dipelajari.

Malah tidak segan untuk mengaku kesilapan daripada dirinya dan memohon maaf kepada orang ramai atas apa yang berlaku dan berjanji akan lebih peka dan berhati – hati selepas ini.

“Macam-macam komen saya terima. Itu hak masing-masing. Ada cakap saya tunggang agama, saya masih tak berubah.. Saya sebarkan dakwah bukan kerana saya orang alim atau warak.”

“Saya penuh kisah silam. Banyak lagi perlu diperbaiki dan dipelajari. Sebenarnya semua orang nak jadi baik.. cuma perjalanan kita berbeza,” jelasnya lagi.

“Niat dan matlamat tidak menghalalkan cara dan saya perlu peka. Saya mohon maaf kepada semua sekiranya ada rasa kecewa, hampa sedikit,” katanya.

Bagaimanapun , selepas vidoe itu dikongsi masih ada lagi netizen yang tidak berpuasa hati dengan penjelasan  daripada Aliff dan mendakwa bahawa Aliff sengaja melakukan perkara tersebut demi mempromosikan drama tersebut.

Malah ada yang memohon agar Aliff mencontohi barisan selebriti dengan nama Alif yang cukup hebat dan terkenal tanpa perlu bersentuhan dengan wanita lain.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2022 23:16
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.