Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 145

July 13, 2022

Aeril Zafrel Jadi Inspirasi, Terima Penghargaan Dari Lembaga Zakat Selangor

Siapa yang tidak kenal, usahawan dan pelakon terkenal, Aeril Zafrel.

Baru-baru ini, beliau telah menerima penghargaan dari Lembaga Zakat Selangor kerana telah menunaikan zakat melebihi RM50,000 yang didedikasikan kepada syarikatnya iaitu Respected Citizen Sdn Bhd.

Aeril juga turut bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan mengajak orang ramai untuk sama-sama menunaikan kewajipan.

Baca juga:

“Korang semua kena tipu ,” – Noh Salleh Nafi Rumah Tangga BermasalahPeniaga Letak Syarat Tak Masuk Akal Untuk Beli Minyak Masak PeketTerima Kasih Aeril:

Menurut hantarannya di dalam Facebook, Lembaga Zakat Selangor menzahirkan kesyukuran serta berterima kasih dan turut mengajak orang ramai mendoakan ushawan itu.

“Alhamdulillah! Terima kasih Aeril Zafrel kerana terus menyokong dan membantu asnaf di Selangor.

“Jom sama-sama kita doakan moga harta beliau (Aeril Zafrel) terus subur untuk membantu mereka yang memerlukan,” tulisnya di Facebook.

Aeril Zafrel ajak orang ramai tunaikan kewajipan

Aeril Zafrel juga meluahkan rasa syukurnya di atas anugerah yang diberikan serta mengajak orang ramai untuk menunaikan kewajipan di laman instagramnya.

“Alhamdulillah dapat penghargaan daripada pusat zakat Selangor untuk tahun ini.

“Mari ramai-ramai kita tunaikan kewajipan,” tulisnya di dalam kapsyen.

Rezeki Luas Dan Tidak Putus-Putus:

Manakala di ruangan komen di dalam Facebook Lembaga Zakat Selangor, rata-rata meninggalkan komen yang positif dan mendoakan semoga apa yang dilakukan oleh pelakon itu menjadi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan amal kebaikan.

 

Sumber: BUZZKINI

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2022 20:15

Isuzu D-Max Serba Baharu Merekodkan Jualan Tertinggi Di Malaysia

Isuzu D-Max serba baharu telah merekodkan jualan tertinggi baharu kepada Isuzu Malaysia apabila 4,237 unit didaftarkan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Isuzu Malaysia dalam satu kenyataan telah berkata, jualan rekod baharu trak pikap itu mewakili peningkatan mendadak sebanyak 143 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Ia Lebih penting, angka jualan bagi tempoh separuh pertama tahun ini hampir menyamai pencapaian jualan setahun penuh 2021 iaitu 4,601 unit. Ini telah melonjakkan jenama ini ke kedudukan ketiga dalam segmen trak pikap. Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, berkata sejak pengenalan Isuzu D-Max serba baharu, syarikat itu melihat pertambahan minat dalam penggunaan trak pikap, terutama daripada pembeli kali pertama dan mereka yang menaik taraf kenderaan.

Sumber: google image

Isuzu D-Max mengadunkan keseimbangan antara trak pikap yang gagah dengan keselesaan dan kecanggihan kereta sedan keluarga. Dengan prestasi enjin yang begitu anjal, penggunaan bahan api yang cekap, kepelbagaian penggunaan serta kadar cukai jalan yang terendah dalam kelasnya untuk pasaran Malaysia, varian 1.9 liter Blue Power terbukti menjadi pilihan paling popular dalam kalangan pembeli di Malaysia, menyumbang hampir 80 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan. Varian flagship, X-Terrain juga semakin mendapat sambutan, menyumbang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan.

Ini adalah pencapaian membanggakan bagi Isuzu memandangkan syarikat tidak pernah menikmati penerimaan yang kukuh seperti itu dalam segmen kenderaan gaya hidup sebelum ini, dengan tumpuan hanya diberikan sepenuhnya terhadap penawaran jentera kerja yang boleh diharap semata-mata.

Walaubagaimanapun, dengan X-Terrain, Isuzu memasuki segmen berkenaan dengan penuh keyakinan, menawarkan model tersebut dengan ciri keselamatan tercanggih, keselesaan premium, kehalusan dan gaya, menjadikannya sebuah kenderaan yang sangat diinginkan oleh pelanggan.

Disamping itu, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo berkata, varian X-Terrain menerima sambutan hangat dalam kalangan pengguna urban dengan ramai yang menjadikan model terbabit sebagai kenderaan aktiviti gaya hidup mereka, dengan adanya keseimbangan yang sangat baik antara ruang, kebolehan, keselesaan dan keselamatan. Dengan kemaskini terbaru yang diberikan, termasuklah warna baru, lampu aluan, plat pelindung, pengecas Qi tanpa wayar serta peninjau sekeliling, ia menjadi sebuah kenderaan yang lebih lengkap dan membolehkan pemiliknya melakukan lebih banyak perkara dengannya.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2022 20:14

Fenomena Super Full Moon Dapat Dilihat Di Malaysia Hari Ini

Mesti ramai yang teruja untuk melihat fanomena Super Full Moon harini.

Super Full Moon adalah kedudukan bulan yang paling hampir ke bumi.

Baca juga:

Kes Kematian COVID-19 Kian MeningkatKWSP Tawar i-Lindung Untuk Ahli Beli Insurans Guna Akaun 2Fenomena Super Full Moon:

Apabila masuk bulan baharu bulan kelihatan kecil kerana ia berada paling jauh dari bumi dikenali sebagai Minimoon, Micromoon, Mini New Moon dan Mini Full Moon.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), kita akan dapat melihat bulan dengan jarak adalah 357,263 kilometer (km) hari ini.

Fenomena Super Full Moon ini akan dapat dilihat pada jam 5.09 petang ini, 13 Julai 2022.

Ianya juga telah berlaku pada 14 Jun lalu dan imej berjaya dirakam sistem Teleskop Observatori Negara Langkawi.

Semasa “Supermoon”, Bulan Penuh boleh kelihatan sehingga 7 peratus lebih besar daripada Bulan Penuh biasa dan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada ‘Micromoon’.

Marilah bersama-sama kita merakam momen tersebut petang ini.

 

Sumber: HARIAN POST

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2022 00:49

Riverine Theme Park 2022| Taman Tema Yang Latest Di Selangor

Jika anda sedang mencari percutian singkat bersama keluarga, Riverine Theme Park yang baru sahaja dibuka ini mungkin adalah pilihan sempurna! Ia adalah salah satu tarikan yang dibina dalam Amverton Cove Golf & Island Resort.

Terletak di Pulau Carey Selangor, ianya perjalanan hanya lebih kurang 40 minit dari Banting dan hampir satu jam dari Pelabuhan Klang. Sekiranya anak anda gemar bermain di taman tema air, jom pergi ke Riverine Theme Park ini!

Baca juga: Restoran Sultan Salai | Lebih 30 Jenis Masakan Melayu Yang Awesome & Padu !

Bahagian Riverine Theme Park

Taman tema ini mempunyai lebih daripada 12 rides, gelongsor dan tarikan menarik untuk dicuba oleh pelawat dan dibahagikan kepada dua bahagian utama – Riverine Survival Park dan Riverine Splash Water Theme Park.

Riverine Survival Park @ Riverine Splash

Riverine Survival Park

Riverine Survival Park dibina di tengah-tengah gugusan pokok Beringin yang cantik yang memberikan teduhan dan oksigen segar kepada pengunjung.

Biarkan sahaja anak-anak kecil anda berlari bebas di atas rumput terbuka, berlari melalui Garden Maze dan terokai halangan dan juga rumah pokok yang dibina di sekeliling pokok sebenar.

Juga, jangan lupa untuk mencuba Flying Fox yang disediakan di sini!

Masa yang disyorkan untuk diperuntukkan : 3 jam
Sesuai untuk: 3 tahun ke atas. Jangan risau, orang dewasa juga akan berseronok

Riverine Splash Water Theme Park

Pastikan seluruh keluarga anda terhibur di Taman Tema Air Riverine Splash yang direka dengan landskap yang subur dan rides yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur!

Antara rides/slides yang ada disini ialah:

Splashers PoolRimba RiverKiddie Beats PoolThe Breaker PoolThe Wave PoolAquatots PoolSlide TowerWaterfall PoolCave Tunnel

Anda boleh menaiki gelongsor Boa dan Anaconda Tube jika anda ingin meningkatkan adrenalin rush anda. Atau menaiki pelayaran santai di sepanjang Sungai Rimba kami dan hiburkan diri anda dalam pemandangan dan bunyi alam semula jadi yang terbaik.

Masa yang disyorkan untuk diperuntukkan: 5 jam minimum
Sesuai untuk : Semua peringkat umur (rides individu mempunyai had ketinggian dan umur)

Harga Tiket

 

 

 

Alamat 

-Riverine @ Amverton Cove Golf & Island Resort                                                                                                PT673, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi Riverine Theme Park

-Setiap Hari Kecuali Selasa (10pagi hingga 6 petang)

Website | Facebook | Lokasi

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2022 00:44

Petua Berkesan Untuk Hilangkan Parut Di Wajah Dan Badan

Seluruh lelaki dan wanita did udnia sangat menginginkan kulit wajah yang cantik dan mulus tanpa parut dan kesan jeragat yang boleh menyebabkan rasa rendah diri.

Inginkan kulit wajah putih bersih dan licin sempurna bak telur dikupas kulit seakan hampir mustahil untuk direalisasikan tanpa menggunakan skincare dan juga rawatan di klinik yang mahal .

Bagi mengurangkan kesan parut pada wajah , boleh cuba amalkan masker beras yang boleh bubuat tanpa menggunakan barang yang mahal dengan kos yang rendah sahaja. Petua ini dapar membantu wanita dan sesiapa sahaja untuk tampil lebih menawan dengan kulit wajah yang lebih bersih dan sihat.

Bahan-bahan 

Beras

Susu Full Cream

 

 

 

Cara penyediaan 

Masukkan beras dan susu di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.Tumbuk atau blender kering sehingga halus.Setelah itu , masukkan adunan tersebut ke dalam bekas.Kemudian boleh sapukan ke wajah / bahagian yang berparut setiap malam dan biarkan kering selama 30 minit.Ketika mencuci wajah boleh gosok secara perlahan-lahan.Bahan yang selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Pastikan diseimpan dalam bekas bertutup dan kedap agar kualitinya kekal terjamin. 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2022 00:06

July 12, 2022

Cara Berkesan Untuk Hilangkan Batuk Dengan Minyak & Bawang Kecil

Perubahan cuaca dan suhu boleh menyebabakan tubuh memberikan tindakbalas dan mudah dijangkiti penyakit. Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada anak kecil malah orang dewasa juga tidak terkecuali.

Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan cuaca dan suhu ialah selesema dan juga batuk kerana melibatkan sistem pernafasan .

Terdapat dua jenis batuk yang sering menyerang tubuh manusia iaiatu batuk kering dan batuk basah.

 

 

Batuk kering tidak menghasilkan kahak, biasanya dengan tekak gatal. Dada merasa sakit akibat daripada tekanan semasa batuk.

Manakala Batuk basah pula menghasilkan kahak yang mana dada merasa sakit dan sesak (saluran nafas dihadang dengan rembesan) dan tidak dapat bernafas dengan baik. Batuk berlaku untuk membantu membersihkan rembasan lubang nafas.

Sebenarnya batuk itu sendiri adalah refleksi semula jadi dari tubuh sebagai sistem pertahanan saluran pernafasan jika terdapat gangguan dari luar. Respons ini berfungsi untuk mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara bagi membersihkan paru-paru.

Pun begitu, penyakit batuk yang sering dialami akan bermula dengan rasa gatal pada tekak. Seterusnya tekak akan teras semakin gatal dan tidak lama kemudian akan mula mengalami batuk-batuk yang teruk. Kebanyakan orang menganggap batuk tersebut sebagai satu masalah kecil. Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan masalah yang lebih besar jika tidak dirawat.

 

Terdapat petua ini bagi meredakannya. Petua ini telah diamalkan dan terbukti berkesan malah sangat mudah untuk disediakan ramuannya :

Bahan-bahan 

Bawang kecil

Minyak zaitun

Cara membuatnya 

Hiris 3 biji bawang kecil .Kemudian masukkan ke dalam bekas.Masukkan minyak zaitun dan ramas bawang beberapa kali.Kemudian sapukan ramuan ini di bahagian dada dan belakang badan.

Lakukan sebelum tidur atau semasa berjaga mengikut keselesaan, Kurangkan bawang jika tidak sesuai .

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2022 23:26

Naufal Azrin Rupanya Hafaz Al- Quran , Patutlah Lirik Lagu “Casablanca” Sedap Didengar

Penyanyi baru yang kini terkenal dengan lagu Casablanca iaitu Naufal Azrin baru – baru dalam sesi temubual mengakui dirinya sebenarnya tidak mengerti maksud bahasa arab tapi fasih membaca dalam bahasa Arab.

Malah lenggok suaranya begitu menarik sehingga ramai yang menyangka bahawa dia memahami  dan mempelajari bahasa Arab.

Ini kerana dia sering mengikuti Qasidah berkumpulan dan juga seorang yang hafaz Al – Quran sehingga membuatkan lidahnya begitu lembut apabila berbahasa Arab.

Sebelum ini, Naufal atau nama sebenarnya Ahmad Naufal Azrin merupakan salah seorang ahli kumpulan nasyid yang bernama Zayne yang telah ditubuhkan pada 2019.

 

 

Menurut Naufal, dia perlu lebih kental dan berani untuk bergerak secara solo dan mahu mencuba yang terbaik untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian.

“Alhamdulillah syukur. Sebelum ni saya bergerak secara berkumpulan, sekarang sedang biasakan diri untuk bergerak secara solo.

“Tidak dinafikan bergerak secara solo perlu lebih kental dan berani. Insya-Allah saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia dengan bakat yang saya ada,” katanya

Menjawab kepada persoalan ramai , NAufal sempat menolak dakwaan  yang mengatakan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan rakan duet lagu Casablanca iaitu Nuha Bahrin.

Malah Naufal,  mengakui hanya menganggap hubungan mereka sebagai adik-beradik dan tidak lebih daripada itu.

“Kami macam adik-beradik sahaja sebenarnya, tidak lebih daripada itu,” katanya .

Apabila ditanya tentang teman istimewa dia juga tidak memberikan jawapan yang pasti dan hanya memberikan jawapan tanpa komen dan tidak mahu bercakap berkenaan perkara tersebut.

Dia juga berkongsi bahawa merasa teruja kerana dapat berduet dengan Nuha kerana dia sememangnya suka dengan suara dan lagu yang dinyanyikan oleh Nuha kerana mempunyai suara yang unik .

 

 

Semasa lagu itu dibuat , dia hanya berharap ianya menjadi lagu kegemaran dan tidak pernah mempunyai target bagi tontonan di youtube malah sudah bersiap sedia jika tidak diterima dengan baik.

Naufal mengakui terkejut dengan sambutan lagu Casablanca yang sudah mencecah tiga juta tontonan sejak ia dilancarkan pada 4 Jun lalu di YouTube dan mendapat sambutan hanya di beberapa aplikasi popular dunia seperti Tik Tok.

Tidak menolak jika digandingkan lagi bersama Nuha kerana merasa senang berkerjasama dan Nuha juga tidak kekok untuk memberikan tunjuk ajar dan teguran.

Naufal juga berkongsi yang dia sentiasa mengingati pesanan ibunya yang sering berpesan agar dirinya sentiasa menjaga solat dan ini  dilihat sebagai punca lagu itu mendapat kejayaan dan diminati pendengar.

“Emak saya selalu beri nasihat, buatlah apa pun tetapi mesti jaga solat.”

“Saya pun tak tahulah mungkin asbab kita cuba untuk jaga mana yang patut, sebab itu Allah nak bagi kita rezeki dengan lagu Casablanca,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2022 22:54

Penyelesaian Yang Holistik Untuk Subsidi Bahan Api

Mekanisme bagi sistem subsidi bahan api bersasar akan menjadi penyelesaian holistik untuk memastikan agar pelaksanaannya berjalan lancar. Menteri Kewangan Malaysia iatu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan akhirnya sedang dalam proses memilih mekanisme itu dan akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.

Ia sekarang dalam proses mahu memberi pilihan kepada orang ramai iaitu mengenai platform yang digunakan supaya golongan B40 dan M40 turut mendapat manfaatnya.  Tengku Zafrul berkata, kredibiliti dan keyakinan adalah penting dalam melaksanakan sistem terbabit kerana ia akan menjadi langkah utama yang meliputi seluruh negara, ia juga pada masa yang sama akan memberikan penjimatan terutamanya daripada golongan T20.

Sumber: google image

Pelaksanaannya kini bergantung kepada Kabinet dan Perdana Menteri. Kementerian akan pastikan mempunyai penyelesaian yang betul dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Jika sistem ini berjaya dengan lebih cepat, ia adalah yang lebih baik. Disamping itu, kerajaan juga menganggarkan subsidi untuk tahun ini mencecah RM77.7 bilion bermakna subsidi bahan api akan mencecah RM30 bilion.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2022 21:16

Bantuan Kewangan RM700 Tanpa Perlu Permohonan Telah Dikreditkan Bermula Hari Ini

Untuk pengetahuan anda, terdapat satu bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu memohon. Bantuan tersebut ialah MySalam.

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah melalui Dana Amanah MySalam.

Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan mereka yang berpendapatan rendah menjalani kehidupan normal apabila menghadapi cabaran kewangan dengan penyakit mereka.

Baca Juga : Semakan BKM

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Kebaikan MySalam

Banyak faedah Mysalam yang akan diterima oleh pemohon yang layak, antaranya adalah seperti berikut:

Terima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.Dapat bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.

Berita baik terkini untuk semua rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan mula diperluaskan kepada penerima BKM yang layak mulai tahun 2022.

Syarat Kelayakan

Ketahui syarat kelayakan sebelum memohon:

Anda perlu berumur antara 18 dan 65 dan pasangan.Anda perlu berumur antara 40 hingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM24,000.Individu OKU berumur 18 hingga 65 tahun dengan pendapatan RM24,000 setahun.

Cara tebus bantuan rm700 mysalam (1)

Cara Claim Bantuan RM700

Mudah sahaja untuk anda claim bantuan MySalam RM700 ini, berikut adalah caranya :

Penerima BPR/ BKM layak dapat bantuan ini secara automatik, maklumat tersebut akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.

Semakan status boleh dilakukan melalui pautan rasmi MySalam di : https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Penerima yang layak akan diberi notifikasi melalui SMS. Jika anda tidak dapat sebarang SMS, anda boleh menghantar e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi 1-300-888-938

Senarai Penyakit Yang Anda Boleh Claim RM700

Di bawah ini adalah senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda menebus bantuan MySalam:

senarai penuh penyakit mysalam

Senarai penuh sila klik DI SINI.

Semoga berjaya dalam permohonan anda.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2022 19:10

Restoran Sultan Salai | Lebih 30 Jenis Masakan Melayu Yang Awesome & Padu !

papan tanda restoran sultan salaiAnda pernah dengar nama Restoran Sultan Salai? Jika anda penggemar juadah-juadah kampung, terutamanya masakan salai, anda wajb ke restoran ini!

Jika anda berkunjung ke Alor Gajah dengan menggunakan Lebuh Raya PLUS, tepat di susur keluar kawasan Simpang Ampat dan berdekatan dengan bulatan Simpang Ampat itu, anda akan melihat papan tanda kuning yang tertulis “Sultan Salai”.

Baca juga: 5 Chalet Budget Sekitar Pulau Kapas, Terengganu

Salai -menu masakan utama

Sekilas pandang, ianya hanya seperti restoran makan biasa. Tetapi hakikatnya, ia adalah kedai makan yang menyajikan bermacam-macam jenis masakan melayu, dimana masakan salai menjadi peneraju utamanya.

Tidak keterlaluan jika admi katakan, terdapat 30 jenis menu masakan salai dan lauk kampung ada di Restoran Sultan Salai ini. Dan rata-rata, kesemua pelanggan amat menggemarinya dan pasti akan datang semata-mata untuk menikmati menu yang sama!

Menu Restoran Sultan Salai

Antara menu yang paling laris dan berjaya menawan selera para pelanggannya ialah:

Masak lemak cili api daging salai Masak lemak cili api itik salai Masak lemak cili api ayam kampung salai Masak lemak cili api keli salai Masak lemak cili api talapia salai Masak lemak cili api siput sedut Masak lemak cili api rebung perut Masak lemak cili api telur itik Masak lemak cili api pucuk ubi Kari ayam Kurma ayam Ayam masak merah Keli belado Paru belado Telur masin Ikan masin Ulam petai Ulam selom Ulam tenggek burung Ulam raja Ulam pucuk gajus Ulam kacang botol Ulam pegaga Ulam kerdas Ulam petai jeruk Ulam bendi rebus Ulam jantung pisang

Menu Di Restoran Sultan Salai

Testimoni

Testimoni 1

“Amazing Itik salai masak lemak cili padi yang mengkagumkan. Semestinya perlu mencuba sekali seumur hidup anda. Menu lain ialah daging salai, telur itik masak lemak and siput sedut. Banyak tempat letak kereta dan tempat duduk jadi tidak perlu risau. Harga standard pada pendapat saya. Disyorkan”
– AJ A

Testimoni 2

“Pertama kali…gembira berada di sini. Hanya bersedia dengan makanan yang pedas. Bagi mereka yang menggemari makanan pedas dan panas, inilah tempatnya.”
– mohd r

Testimoni 3

“Menu negeri sembilan yang lazat disajikan pada harga yang berpatutan, akses mudah & parking yang luas.”
– Sururi R

Alamat: Restoran Sultan Salai, Batu 20 kampung, 78000 Alor Gajah MelakaWaktu Operasi: Setiap hari (10pagi-5petang)

Website | Facebook | Lokasi

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2022 17:30

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.