Penyelesaian Yang Holistik Untuk Subsidi Bahan Api
Mekanisme bagi sistem subsidi bahan api bersasar akan menjadi penyelesaian holistik untuk memastikan agar pelaksanaannya berjalan lancar. Menteri Kewangan Malaysia iatu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan akhirnya sedang dalam proses memilih mekanisme itu dan akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.
Ia sekarang dalam proses mahu memberi pilihan kepada orang ramai iaitu mengenai platform yang digunakan supaya golongan B40 dan M40 turut mendapat manfaatnya. Tengku Zafrul berkata, kredibiliti dan keyakinan adalah penting dalam melaksanakan sistem terbabit kerana ia akan menjadi langkah utama yang meliputi seluruh negara, ia juga pada masa yang sama akan memberikan penjimatan terutamanya daripada golongan T20.
Sumber: google image
Pelaksanaannya kini bergantung kepada Kabinet dan Perdana Menteri. Kementerian akan pastikan mempunyai penyelesaian yang betul dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Jika sistem ini berjaya dengan lebih cepat, ia adalah yang lebih baik. Disamping itu, kerajaan juga menganggarkan subsidi untuk tahun ini mencecah RM77.7 bilion bermakna subsidi bahan api akan mencecah RM30 bilion.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
