Penyelesaian Yang Holistik Untuk Subsidi Bahan Api

Mekanisme bagi sistem subsidi bahan api bersasar akan menjadi penyelesaian holistik untuk memastikan agar pelaksanaannya berjalan lancar. Menteri Kewangan Malaysia iatu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan akhirnya sedang dalam proses memilih mekanisme itu dan akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.

Ia sekarang dalam proses mahu memberi pilihan kepada orang ramai iaitu mengenai platform yang digunakan supaya golongan B40 dan M40 turut mendapat manfaatnya.  Tengku Zafrul berkata, kredibiliti dan keyakinan adalah penting dalam melaksanakan sistem terbabit kerana ia akan menjadi langkah utama yang meliputi seluruh negara, ia juga pada masa yang sama akan memberikan penjimatan terutamanya daripada golongan T20.

Sumber: google image

Pelaksanaannya kini bergantung kepada Kabinet dan Perdana Menteri. Kementerian akan pastikan mempunyai penyelesaian yang betul dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Jika sistem ini berjaya dengan lebih cepat, ia adalah yang lebih baik. Disamping itu, kerajaan juga menganggarkan subsidi untuk tahun ini mencecah RM77.7 bilion bermakna subsidi bahan api akan mencecah RM30 bilion.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2022 21:16
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.