Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 149

July 8, 2022

Jawatan Kosong Di Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Penolong Pegawai Perikanan

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan :  10 JULAI 2022 (Ahad)
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2022 01:41

July 7, 2022

Fad Bocey Jalani Rawatan ‘Slip Disc’ Selepas

Pelakon dan pelawak ppopular , Fad Bocey terpaksa menjalani prosedur rawatan laser radio frekuensi kerana mengalami penyakit slip disc yang dialaminya secara tiba-tiba pada hari Khamis lalu.

Isterinya , Syaheera Rahman  yang berkongsi tentang keadaaan suaminya itu di media sosial telah memaklumkan suaminya mula merasai kesakitan selepas bangun daripada tidur.

Penyampai radio Hot FM itu , kemudiannya dibawa ke unit kecemasan hospital sebelum dimasukkan ke wad dan disarankan untuk menjalani prosedur laser pada hari ini.

 

 

Syaheera juga memohon agar orang ramai mendoakan suaminya selamat menjalani prosuder tersebut dan kembali normal seperti biasa sera mengucapkan terima kasih kepada semua doa dan ucapan yang telah diberikan.

“Selepas bangun pagi semalam (Khamis) dia mula rasa sakit sehingga susah untuk bangun dan memijak lantai. Saya hubungi pihak hospital dan maklumkan keadaannya dan doktor sudah dapat agak ia akibat slip disc.

“Apabila tiba di hospital dan melakukan ujian MRI, keadaan dia memang teruk dan sebab itu perlu jalani prosedur segera. Doktor maklumkan proses tersebut mengambil masa dua jam dan Fad sudah dibawa masuk ke bilik pembedahan pukul 10 pagi (Jumaat),” katanya .

Syaheera juga bahawa suaminya telah dinasihati oleh doktor agar Fad tidak melakukan sebarang aktiviti lasak dan berat dalam tempoh enam bulan ke setahun.

 

 

Fad yang sememangnya begitu aktif dalam bidang pengacaraan dan menceburi bidang keusahawanan apabila turut sama dengan artis lain membuka kiosk Bubblebee.

Berkemungkinan serangan slip disc terjadi kerana Fad terlalu sibuk dengan kerja malah sangat aktif dalam bersukan dan kini saatnya Fad kena merehatkan diri bagi memulihkan kesihatannya itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2022 23:49

Tidak Dapat Melihat Dengan Jelas , Ben Amir Dalam Tempoh Pemulihan

Pelakon dan model terkenal, Ben Amir baru – baru memaklumkan dirinya telah menjalani sebuah pembedahan dan kemudian memperlihatkan bahagian sebelah matanya yang merah seperti mengalami kecederaan.

Namun tidak memberikan kenyataan tentang sakit yang dihadapinya dan kemudian dia  berkongsi pula gambar menunjukkan bahagian mata kirinya ditutup dan dilekatkan dengan alat pelindung buat sementara waktu dan menyatakan dirinya dalam tempoh pemulihan.

Semalam , Ben juga tururt memuat naik sebuah foto yang memperlihatkan sebelah matanya kelihatan sangat merah dengan caption masih belum dapat melihat dan semoga boleh mendapatkan kembali penglihatan dengan segera.

 

 

“Cuba untuk pulihkan kehidupan saya seperti biasa. 36 hari dan masih menghitung , masih tidak dapat melihat dengan jelas, semoga saya boleh mendapatkan penglihatan saya segera , “tulisnya.

Ben juga memohon orang ramai agar  mendoakan dirinya agar penglihatannya kembali pulih seperti sedia kala biarpun mengambil tempoh yang lama.

 

 

Perkara tersebut telah menimbulkan keresahan kepada peminat dan juga rakan artis yang melihatnya dan hanya mempu memberikan kata dorongan dan sokongan agar Ben tabah menjalani kehidupan seharian dan matanya pulih seperti sedia kala.

Tiada sebarang kenyataan berkenaan  perubahan pada mata yang dialaminya dan Ben hanya berkongsi gambar tanpa memberikan sebarang penjelasan berkenaan pembedahan dan juga kesan merah pada matanya itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2022 23:38

Mandanda Sang Legenda Olympique de Marseille!

Steve Mandanda. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Marseille mengumumkan bahawa penjaga gol, Steve Mandanda sah meinggalkan kelab itu secara persetujuan bersama, dua tahun sebelum kontraknya tamat dan selepas melakukan 613 penampilan.


Mandanda yang mempunyai 34 penampilan antarabangsa bersama Perancis dan pernah menjadi penjaga gol sokongan buat Hugo Lloris dalam Piala Dunia 2018, melanjutkan kontraknya di Stade Velodrome pada Ogos 2020 dan kesepakatan itu sepatutnya tamat pada penghujung musim 2023-24.

Bagaimanapun, Marseille mengumumkan malam tadi bahawa pemain legenda mereka itu akan menamatkan tempoh berkenaan lebih awal selepas dikaitkan dengan Rennes dan Nice dalam beberapa minggu ini.


“Olympique de Marseille dan Steve Mandanda telah memilih haluan berbeza secara persetujuan bersama.” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“OM mahu berterima kasih kepada Steve atas segala sumbangannya buat kelab ini sejak 2007.”

“Dengan 613 penampilan bersama jersi Olympian, beliau tidak syak lagi telah mengukir nama sebagai salah seorang legenda kelab ini.”

“Kami mendoakan yang terbaik buat masa depannya.”


Jumlah penampilan Mandanda itu merupakan yang terbanyak dalam sejarah Marseille dan kesemuanya dilakukan sebagai kesebelasan utama sejak tiba di kelab itu pada 2007.

Bagaimanapun, pemain berusia 37 tahun itu hanya dapat melakukan sembilan penampilan dan merekodkan lima perlawanan tanpa bolos sewaktu Marseille menamatkan musim selaku naib juara Ligue 1 musim lalu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2022 22:30

Piala AFF 2022 Semakin Hampir!

Harimau Malaya! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Aksi kejohanan dwitahunan Asia Tenggara, Piala AFF untuk edisi 2022 akan diadakan pada penghujung tahun ini sehingga awal tahun hadapan.


Menurut ASEAN Football Federation (AFF), untuk edisi 2022 ini akan diadakan pada 23 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023.

Edisi 2022 ini juga akan menggunakan format yang sama seperti tahun 2018 iaitu format laman sendiri dan pelawat (home and away).

Format ini akan menyaksikan sesebuah pasukan akan beraksi di laman sendiri dua kali dan bilangan yang sama untuk lawatan ke tempat lawan.


Ianya sekali gus menyaksikan edisi 2022 ini tiada tuan rumah yang tetap memandangkan aksi separuh akhir dan akhir juga akan dijalankan menerusi format timbal balik.

Piala AFF 2022 juga menyaksikan buat pertama kalinya nama rasmi kejohanan akan berubah.

Setelah sekian lama Suzuki menjadi penaja dan namanya adalah Piala AFF Suzuki, edisi 2022 menyaksikan namanya ditukar menjadi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Hal ini kerana, syarikat barangan elektrik dari Jepun itu pula akan menjadi penaja utama kejohanan ini.

Edisi 2022 juga menyaksikan kejohanan akan tamat pada tahun berikutnya dengan menyerupai edisi 2020 yang berakhir pada 1 Januari.


Piala AFF 2022 akan menjadi tugasan besar yang seterusnya buat Kim Pan-gon dan Harimau Malaya selepas berjaya mengesahkan tempat ke Piala Asia 2023.

Harimau Malaya pastinya mahu mengubat malu yang amat besar apabila tewas di peringkat kumpulan pada edisi lalu. Lebih teruk, musuh tradisi iaitu Indonesia adalah lawan yang menghantar Malaysia pulang.

Dalam masa yang sama, skuad negara pastinya memburu gelaran Piala AFF kedua selepas kali terakhir dimenangi pada 2010.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2022 22:18

Syamsul Yusof Enggan Menjawab Isu Beli Emas Bersama Kazar

Pengarah Syamsul Yusof sekali lagi mencuri perhatian selepas sepotong video yang membabitkan dirinya bersama rakan pelakon, Kazar Saisi di sebuah kedai emas tular di Tik Tok, sejak semalam.

Menerusi video itu, Syamsul dan Kazar dikatakan bekerjasama terbabit dalam ‘content’ untuk mempromosikan emas di sebuah kedai emas yang terletak di luar ibu kota.

Baca juga:

Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA Ditipu AgensiJPJ Akan Mengadakan Ops Khas Sempena Aidiladha“NO KOMEN”:

Kazar merupakan bapa kepada wanita dikenali sebagai Ira yang kini hangat kerana didakwa terkait susulan kontroversi rumah tangganya bersama pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Lalu, rata-rata meninggalkan komen pelbagai terhadap video yang dikongsikan di dalam platform Tik Tok itu.

Sementara itu menerusi Harian Metro, pengarah berusia 37 tahun itu hanya menjawab ringkas tiada komen menerusi kiriman WhatsApp daripadanya berhubung perkara itu.

“No komen. Ini lah komen saya,” tulisnya ringkas.

Melanggari Perintah Interim Injuksi:

Malah, peguam kepada pelakon Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader pula dipetik akan meniliti rakaman video tular tersebut.

Akberdin berkata, sekiranya rakaman terbabit didapati melanggari perintah interim injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen pada 24 Jun lalu terhadap Ira serta pihak berkaitan, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya baru difahamkan mengenai klip video itu tapi pihak kami akan menelitinya terlebih dulu.

Saya enggan menghakiminya pada peringkat ini kerana kami perlu ‘study’ dulu sama ada dia (Ira Kazar) melanggari perintah interim injuksi ini.

“Selepas itu barulah kita akan membuat rumusan jika perkara ini mempunyai kaitan dengan penghinaan sebab interim injuksi ini bukan setakat kepada Ira seorang saja, tapi ejen-ejen serta pihak yang mempunyai kaitan dan jelas bapa dia mempunyai kaitan dengannya.

“Kalau kita rasa ada pelanggaran perintah mahkamah dan barulah pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Masalah Rumah Tangga:

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

 

Sumber: HARIAN METRO

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2022 21:54

Peluang Terakhir Selangor!

Piala FA 2022. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner, menyahut cabaran ‘peluang terakhir ‘ pada pertemuan menentang Kuala Lumpur City FC dalam aksi pusingan kedua Piala FA hari ini untuk mengembalikan kejatuhan prestasi The Red Giants serta kedudukannya bersama pasukan kekal relevan.

Gergasi Merah Kuning jadi tumpuan utama pasca kekalahan kepada Melaka United tempoh hari dan lebih parah, individu yang mencalarkan maruah Selangor adalah bekas ayam tambatan mereka, Ifedayo Olusegun.

Di sebalik kekalahan ketiga dalam saingan Liga Super daripada sembilan perlawanan musim ini ternyata sebilangan penyokong The Red Giants berasakan sudah tiba masanya jurulatih tersebut untuk membawa haluan baru.

Atas faktor itu, pertemuan menentang KL City bagaikan misi hidup mati buat Feichtenbeiner sebelum keputusan drastik daripada pihak pengurusan bagi menyelamatkan musim ini pada ketika Selangor sekadar menghuni tangga ketujuh Liga Super.


“Perlawanan Piala FA bertemu KL City amat penting dan satu lagi peluang untuk membuktikan kemampuan Selangor. Kami mengakui tidak mudah tetapi Selangor akan berusaha untuk memastikan kemenangan untuk terus bersaing dalam saingan ini,” kata Feichtenbeiner.

“Saya berharap ia cukup untuk memulihkan keyakinan penyokong sekaligus membenarkan kami untuk mengatur semula rentak untuk mendapatkan lebih banyak keputusan yang cemerlang.”

Sementara itu, Feichtenbeineritu sudah punya bayangan awal ancaman utama yang bakal hadir daripada skuad kendalian Bojan Hodak dan pengendali kelahiran Jerman itu mahu anak buahnya belajar daripada kesilapan ketika kekalahan kepada Melaka United.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2022 21:51

Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA Ditipu Agensi

Kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak pagi Khamis dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Baca juga:

JPJ Akan Mengadakan Ops Khas Sempena AidiladhaPeniaga Wanita Terkejut Raih RM3,000 Sehari Jual Musang KingPenerbangan Ditangguhkan:

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Menurut seorang jemaah yang hanya mahu dikenali sebagai Adi, agensi pelancongan telah meminta semua jemaah di bawah kendaliannya untuk datang ke KLIA pada Khamis kerana penerbangan dijangka berlepas pada pukul 4.30 petang, namun kemudiannya dimaklumkan telah ditangguh ke pukul 7 malam.

“Semakan kami mendapati penerbangan terakhir ke Jeddah, Arab Saudi adalah pada kira-kira 6 petang tadi dan sehingga saat ini kami tidak dimaklumkan apa-apa oleh wakil agensi pelancongan,” katanya.

Tidak Pernah Ditunjukkan Tiket Penerbangan Dan Visa:

Menurutnya, mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya ke Jeddah pada Selasa lepas namun ditangguhkan atas alasan ada dokumen yang masih tidak lengkap.

Beliau berkata, bakal jemaah juga tidak pernah ditunjukkan tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji.

Seorang lagi jemaah yang dikenali sebagai Jamilah, 59, berkata beliau reda dengan apa yang berlaku kepada dirinya dan suami, sambil menyifatkan ia sebagai ujian daripada ALLAH.

“Sehingga ke saat ini kami masih tidak mendapat pasport kami lagi kerana ia masih dipegang oleh pihak agensi pelancongan,” katanya yang datang dari Terengganu dan telah membayar RM76,000 kepada agensi pelancongan untuk menunaikan haji bersama suaminya.

Redha Dengan Ujian:

Jamilah berkata, kakitangan agensi pelancongan itu ada hadir bertemu dengan kumpulan terbabit namun mereka tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai masalah itu.

“Kami tidak pernah ditunjukkan tiket kapal terbang dan visa tetapi kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka namun tak sangka kami juga menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi berkata, pihak polis masih merakamkan keterangan daripada pengendali agensi pelancongan tersebut.

Difahamkan ada di antara mereka telah membayar sebanyak 16,000 hingga 35,000 untuk pakej yang ditawarkan.

 

Sumber: BERNAMA

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2022 21:31

Teratak Sofea | Homestay Tradisional 2022 Dengan Private Pool (Beautiful & Affordable)

Terletak di kawasan Teluk Panglima Garang yang kurang diterokai, homestay Teratak Sofea menawarkan percutian menarik di rumah gaya tradisional yang cantik. Jika anda sedang mencari homestay bercirikan rumah kampung tradisional tetapi mempunyai private pool, anda boleh ke sini!

Baca juga: Minori 2022 | Restoran Sushi Yang Enak & Halal Certified

Jenis Rumah di Teratak Sofea

Teratak Sofea ialah koleksi rumah yang menawarkan percutian kampung tetapi lengkap dengan semua kemudahan moden yang anda perlukan. Yang uniknya, nama-nama rumah ini diambil sempena nama filem P.Ramlee..=)

Terdiri daripada 3 rumah – Rumah Ibu Mertuaku, Rumah Anak Bapak dan Rumah Masam2Manis – setiap rumah dilengkapi bukan sahaja dengan satu tetapi dua kolam peribadi, satu yang lebih besar untuk orang dewasa dan yang lebih kecil untuk anak-anak kecil anda!

Rumah Ibu Mertuaku dan Rumah Anak Bapak masing-masing boleh menempatkan 20 orang, manakala Rumah Masam2Manis yang lebih kecil boleh memuatkan 10 orang.

Rumah-rumah ini dibina dengan indah dalam gaya tradisional, dengan struktur kayu, pintu masuk bertingkat, tingkap klasik, awning berukir, semuanya berfungsi! Tetapi jangan risau, semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik mandi dengan paip moden.

Rumah Ibu Mertuaku

Rumah Ibu Mertuaku Teratak Sofea

*Sederhana – Keluarga bersaiz besar (3 bilik, 1 asrama)

Bilik

3 bilik di tingkat satu (aircond), *katil queen + 1 single (pull out)1 asrama di tingkat bawah (aircond) *menampilkan 8 katil single (double decker)

Ruang/Kemudahan Lain

1 ruang tamu di tingkat satu2 tandas di tingkat satu2 tandas di tingkat bawahKolam Renang Eksklusif Peribadi

Hari bekerja RM 950/Malam*
Hujung Minggu RM 1350/Malam*

Rumah Anak Bapak

*Keluarga bersaiz besar (5 Bilik)

Bilik

3 bilik di tingkat satu (aircond) *katil queen + 1 single (tarik keluar)2 bilik di tingkat bawah (aircond) *setiap satu menampilkan 4 katil single (double decker)

Ruang/ Kemudahan Lain

1 ruang tamu di tingkat satu2 tandas di tingkat satu2 tandas di tingkat bawahKolam Renang Eksklusif Peribadi

Hari bekerja RM 950/Malam*
Hujung Minggu RM 1350/Malam*

Rumah Masam2 Manis

 

*Rumah keluarga bersaiz kecil (2 Bilik)

2 Bilik dengan katil bersaiz queen setiap satu (aircond)1 ruang tamu (aircond)Kolam renang eksklusif peribadi

Hari bekerja RM 450/Malam*
Hujung Minggu RM 600/Malam*

 

Kemudahan

Walaupun bahagian dalamannya juga telah dihias untuk menyerupai suasana desa yang selaras dengan estetika kampung, ianya sangat cantik dan selesa. Terdapat juga dapur yang serba lengkap di mana anda boleh melakukan semua memasak anda dengan peralatan seperti periuk nasi, pengisar, dapur gas dan peralatan yang disediakan.

Malah terdapat mesin basuh di tangan di semua rumah sekiranya anda perlu mencuci!

Terdapat juga barbeque pit untuk anda ber’bbq bersama keluarga anda. Dengan segala kemudahan yang ada, anda boleh menikmati percutian yang mengagumkan tanpa perlu keluar dari Teratak Sofea!

Rate Penginapan

Kadar Teratak Sofea kini hanya RM450 (hari bekerja) dan RM600 (hujung minggu) untuk Rumah Masam2Manis dan daripada RM950 (hari bekerja) dan RM1,350 (hujung minggu) untuk Rumah Anak Bapak dan Rumah Ibu Mertuaku.

*Rate mungkin berubah mengikut masa. Anda boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan Teratak Sofea untuk mendapatkan harga terkini

Dengan kadar berpatutan seperti ini dan rumah yang cantik serta kolam renang peribadi menanti anda, tiba masanya untuk menempah percutian seterusnya!

Rate: Dari RM450 (tempahan boleh terus Whatsapp Teratak Sofea)Alamat: Lot 1263 jalan manggis bt 9, Kampung Medan, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia

WebsiteFacebook | Instagram| Whatsapp

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2022 20:14

Minori 2022 | Restoran Sushi Yang Enak & Halal Certified

Minori, sebuah restoran sushi ini terletak di dalam hotel Raja Chulan Damansara di Mutiara Damansara. Ia dikenali sebagai satu restoran sushi yang amat menitikberatkan kesegaran bahan dan cara penyediaan yang sangat teliti dan terperinci, sama seperti tradisi sebenar masakan asli Jepun.

Anda menggemari sushi dan teringin mencuba pengalaman sebenar restoran sushi di Jepun? Mari ke minori!

Baca juga: Cinta Abadi Resort, Bidor 2022 | Classic & Elegant

Status Halal

Dengan mempunyai hampir 150 hidangan yang pelbagai, ia merangkumi makanan laut hinggalah daging wagyu terbaik dari Jepun dan Australia, dimana boleh dikatakan kesemua menu tersebut mendapat penilaian tinggi dari segi kualiti dan kuantiti.

Anda tidak perlu khuatir, kerana Minori secara rasminya disahkan halal =) Iaitu agak jarang untuk diperoleh oleh restoran-restoran Jepun di Lembah Klang. Restoran ini berjaya mencapai status ini disebabkan mereka membuat semua sos sendiri dengan pengganti bukan alkohol untuk mirin serta shoyu yang mengekalkan intipati rasa mereka.

Minori StarterSALMON IN MINORIKredit: eatdrinkkl.com

Untuk pengenalan yang ideal, anda boleh mulakan dengan Salmon Sanshumori (RM46.20), khazanah salmon sashimi, perut dan roe peminat salmon. Sashimi dan perut dipotong menjadi kepingan besar yang menawarkan rasa dan tekstur yang licin dan penuh.

Roll Sushi

Sushi Roll Minori

Jika anda ingin mencuba sushi gulung, Minori menawarkan banyak pilihan yang pelbagai, daripada Unagi Roll peminat belut kepada Dragon Roll yang bersemangat udang.

Anda juga boleh meminta hidangan istimewa di luar menu untuk menambah bahan tambahan pada maki anda – penggemar avocado akan menyukai Unagi Roll dengan Avocado, gabungan yang tidak pernah gagal, disumbat dengan tamago dan crab stick, disemat dengan rasa masin;ikura yang pop-in-your -mouth.

Wagyu

Baru-baru ini, Minori mengadakan sambutan omakase Hari Valentine yang menonjolkan wagyu Australia dan Jepun untuk penggemar daging lembu.

Bercakap tentang daging lembu, wagyu bagaikan ‘hidangan syurga’ di sini – Wagyu Yoganyaki patut dicuba, ialah daging lembu Jepun panggang yang paling mewah, dimasak selama dua saat pada setiap sisi pada suhu 180 darjah Celsius di atas dapur batu panas gunung berapi.

Wagyu A5 Jepun dari wilayah Kagoshima ini adalah gred tertinggi yang mungkin pernah ada di pasaran, dipuji oleh ramai sebagai wagyu paling indah di dunia. Ia sangat lembut, dimana memerlukan masakan yang minimum untuk muncul pada tahap keemasannya, dilengkapkan dengan sos shoyu kacang tanah yang manis dan manis.

Jika anda ingin merasai wagyu halal yang luar biasa, disinilah tempatnya. Wagyu Australia juga boleh didapati di sini untuk perbandingan yang agak berpatutan.

Chicken Teppanyaki

Untuk hidangan daging kasual yang lebih mesra dompet, cuba Chicken Teppanyaki (RM35.20), kegemaran Jepun dengan sedikit inspirasi Barat yang menyelerakan dalam sosnya.

Ini adalah ayam juicy yang seimbang dengan sayur-sayuran segar, umaminya yang kaya dengan unsur bawang putih-sitrus untuk hidangan yang dibulatkan dengan baik.

Kari Ebi Furai

Bagi penggemar kari Jepun yang berkrim dan berempah lembut, Kari Ebi Furai (RM39.60) akan memuaskan keinginan anda. Udang gorengnya yang besar, roti rangup dan berwarna keemasan, dihidangkan di atas kari dengan limpahan kuah yang menggembirakan.

Tidak terlalu manis tetapi sarat dengan perisa yang dipertingkatkan sayuran. Juga lengkap dengan nasi, sup miso dan jeruk untuk hidangan yang kekal dengan tradisi Tokyo.

Ramen

Nampaknya sukar untuk mencari mangkuk ramen halal yang mengenyangkan di KL – tetapi syukurlah, Shoyu Ramen Minori ada disini,. Ia amat menyelerakan, penuh dengan mi pejal  yang direndam dalam pilihan sup berperisa shoyu atau shio.

Juga diselimuti dengan ayam chashu, telur, nori, jagung, brokoli dan taugeh untuk mi yang rasanya berkhasiat, berkhasiat penuh kasih sayang.

Alamat: 1st Floor, Royal Chulan Damansara Hotel, No, 2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12pm-230pm, 6pm-10pm

Website | Facebook | Menu| Lokasi

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2022 18:00

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.