Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 147

July 11, 2022

Kepentingan Dash Cam Dalam Kenderaan Anda

Kini ramai pengguna jalan raya sudah mula memasangkan DashCam pada kenderaan mereka bagi keselamatan mereka dan juga merakam jika berlaku sesuatu keadaan tersebut. Namun persoalannya adakah Dash Cam ini bergitu penting buat kita semua?

Sejak kebelakangan ini, dapat kita perhatikan bahawa ramai golongan masyarakat bertindak memasang ‘dashcam’ dalam kenderaan persendirian masing-masing. Pemasangan Dashboard Camera ataupun nama singkatannya ‘dashcam’ ini boleh dikatakan penting dan berguna bagi merakam semua perjalanan kita dan juga segala kejadian yang berlaku di atas jalan raya. Tidak dinafikan lagi bahawa pada masa kini, terdapat ramai pemandu yang tidak mengikut etika yang betul sebagai seorang pemandu dan pengguna jalan raya. Oleh itu, ‘dashcam’ adalah sangat berguna kepada orang ramai bagi tujuan keselamatan dan dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Maka, disini kami ingin kongsikan dengan anda semua tentang beberapa kepentingan pemasangan ‘dashcam’ di dalam kenderaan persendirian.

Sumber: google image

Antara kepentingan ‘dashcam’ ini adalah untuk dijadikan bahan bukti pada masa akan datang dan kita tidak akan pernah dapat meramal apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Bayangkan jika anda terlibat dalam kemalangan namun anda pula dipersalahkan walaupun anda pasti itu adalah salah pengguna jalan raya yang lain. Anda tidak dapat menegakkan kebenaran tanpa sebarang bahan bukti untuk dipertontonkan kepada pihak berkuasa dan juga orang lain. Apabila adanya kewujudan ‘dashcam’ di dalam kereta anda membolehkan rakaman kejadian yang telah berlaku boleh dijadikan sebagai bahan bukti bagi anda membela diri pada masa akan datang. Penggunaan ‘dashcam’ ini boleh membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang anda bakal hadapi di kemudian hari. Oleh itu, penggunaan ‘dashcam’ dapat membantu anda merakam setiap kejadian yang berlaku di atas jalan raya.

Disamping itu, penggunaan ‘dashcam’ juga adalah sangat penting untuk anda mematuhi peraturan jalan raya. Sudah tentu, anda akan berfikir Panjang sebelum melanggar peraturan jalan raya apabila mengetahui bahawa kenderaan anda dipasang ‘dashcam’. Segala kelakuan anda di atas jalan raya dan perjalanan juga akan dirakam oleh ‘dashcam’ tersebut dan ia akan menjadi bahan bukti jika terjadi sesuatu sewaktu anda memandu. Jika setiap pemandu memasang ‘dashcam’ pada kenderaan mereka masing-masing, maka kemungkinan kemalangan atau pelanggaran peraturan jalan raya di dalam negara ini dapat dikurangkan. Hal ini kerana mereka akan berasa takut untuk melanggar sebarang peraturan apabila setiap perilaku di atas jalan raya dirakam. Oleh itu, pematuhan terhadap peraturan jalan raya dapat ditingkatkan dengan penggunaan ‘dashcam’ ini.

Sumber: google image

Walaubagaimanapun, anda seharusnya membuat pemilihan yang lebih bijak sewaktu membeli ‘dashcam’. Hal ini kerana, setiap ‘dashcam’ itu mempunyai kualiti yang sangat berbeza. Perkara utama yang anda perlu perhatikan ialah paparan LCD pada ‘dashcam’ tersebut. ‘Dashcam’ yang telah dilengkapi dengan paparan LCD ini dapat memudahkan pemandu untuk menentukan arah rakaman sepanjang masa. Tambahan pula, pemandu dapat melihat rakam tidak kira waktu melalui paparan LCD tersebut tanpa menggunakan bantuan skrin komputer. Seterusnya, anda haruslah memilih ‘dashcam’ yang mempunyai fungsi GPS. GPS pada ‘dashcam’ ini berfungsi untuk merekod lokasi dan kelajuan anda secara automatik sewaktu video dirakam. Akhir sekali, anda hendaklah memilih ‘dashcam’ yang dapat memulakan rakaman secara automatik. Di pasaran, terdapat model ‘dashcam’ yang akan merakan secara automatik apabila enjin kenderaan dihidupkan dan akan menghentikan rakaman secara automatik setelah enjin dimatikan. Ini akan memudahkan pemandu kerana tidak perlu bersusah payah menghidupkan ‘dashcam’ sebelum memulakan pemanduan.

Kesimpulannya, penggunaan ‘dashcam’ tidaklah salah dari sisi undang-undang selagi anda tidak menggunakan rakaman tersebut untuk perkara yang terlarang. Terdapat banyak fungsi dan kepentingan ‘dashcam’ kepada orang ramai dan kita sebagai golongan masyarakat hendaklah lebih peka dengan teknologi semasa untuk kemudahan kita sendiri pada masa akan datang.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2022 19:56

9 Tanda Rahim Tak Sihat , Jangan Sampai Peranakan Jatuh

Wanita perlu mengambil sikap prihatin tentang penjagaan tubuh , lebih – lebih lagi rahim kerana ianya adalah salah satu organ penting dalam tubuh badan wanita.

Janganlah sesekali mengambil mudah aspek penjagaan rahim kerana ia boleh menyebabkan tubuh  mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh dan jika ini terjadi tubuh akan mengalami kesakitan yang amat sangat dan rahim perlu diibuang.

Perkara ini bukan sahaja melibatkan ibu yang sudah berkahwin tetapi wanita yang masih belum berkahwin juga tidak terkecuali mengalami masalah ini.

Pap sear dilakukan untuk mengesan sel abnormal di pangkal rahim sebelum barah terbentuk dan kebanyaakan pesakit tidak mempunyai gejala awal barah rahim sehnggalah barah telah merebak pada tisu dan organ lain.

Beberapa tanda yang boleh dikenalpasti berkenaan penyakit ini :

 

 

1. Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap belaku apabila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.

2. Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Sering merasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.

3. Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.

4. Sakit pada bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.

5. Mudah terkencing apabila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.

6. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering kerana merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.

7. Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.

8. Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.

9. Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.

Segeralah berjumpa doktor jika terdapat gejala seperti diatas agar barah rahim dapat diatasi dengan lebih awal agar tidak menderita di kemudian hari.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2022 19:40

Persatuan Sigh Kecewa Filem Mat Kilau Papar Askar Sikh Cederakan Orang Tua Dan Kanak-Kanak

Filem Mat Kilau terus mencipta sejarah dalam arena perfileman apabila mencatat kutipan RM61 juta dalam masa 17 hari ditayangkan di pawagam dan makin meningkat dari hari ke hari hingga mengalahkan kutipan cerita daripada Hollywood di Malaysia.

Berikutan daripada kegigihan dalam mempromosikan tentang tokoh sejarah Malaysia masih terdapat cerita yang tidak mahu didengar dan kini menjadi pendebatan tentang filem Mat Kilau.

Baru – baru ini , Persatuan Sikh Malaysia meluahkan rasa kesal berhubung watak askar British yang terdiri daripada kaum Sikh dalam filem yang membawakan watak sebagai askar yang tidak berperikemanusian , yang mana ianya boleh menimbulkan salah faham agama dan kaum.

Dalam satu kenyataan yang telah dimuat naik di Facebook Khamis lalu, persatuan Sikh menyatakan rasa kecewa apabila filem tersebut menggambarkan kaum dan agama lain seperti Sikh sebagai penjahat dan askar yang tidak punya hati dan perasaaan apabila snaggup memukul orang tua dan kanak- kanak.

 

 

“Filem mengenai tokoh sejarah Mat Kilau tetapi malangnya ia menggambarkan kaum dan agama lain sebagai penjahat. Kami percaya ini boleh membawa kepada ketidakharmonian kaum,” tulis kenyataan itu.

Malah turut mempersoalkan babak askar Sikh yang bertindak kasar dengan mencederakan orang tua, kanak-kanak dan golongan tidak berdaya dalam filem berkenaan.

“Bahagian ini telah ditambah oleh produser untuk membuat jalan cerita menjadi menarik.”

“Walaupun babak kontroversi dalam filem itu adalah fiksyen semata-mata, ia tidak menyenangkan malah melukakan hati kami,” tulis mereka.

Pihak mereka turut menggesa industri perfileman Malaysia agar tidak meluluskan sebarang filem  yang boleh menimbulkan salah faham terhadap agama dan kaum kerana Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan semuanya mahu dihormati .

 

 

Namun ramai yang tidak bersetuju dengan dakwaan persatuan tersebut dan meminta agar pihak tersebutu membaca dan mengkaji sejarah agar perkara tersebut tidak menjadi pendebatan yang berpanjangan.

Malah ada yang meminta agar pihak yang tidak berpuas hati tidak memperbesarkan keadaan kerana ianya diceritakan berdasarkan sejarah dan masih ada lagi watak yang memperlihatkan pelbagai kaum dan sikap mereka yang berbeza.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2022 01:05

July 10, 2022

7 Tempat Ice-Skating Yang Impressive Di Malaysia | Freezing & Chillling

Sekiranya anda tidak tahu untuk melakukan aktiviti apa di hari cuti anda, apa kata anda mencuba ice-skating? Pakai kasut luncur air anda, dan pilih mana-mana tempat dalam senarai ini!

Admin kumpulkan 7 gelanggang ice-skating terbaik di Malaysia untuk anda lawati, sesuai samada anda untuk anda yang baru mencuba, apatah lagi  berpengalaman!

Baca juga: Eco Capsule Resort, Teluk Bahang 2022 | Penginapan Di Alam Semulajadi Dengan Amazing View

Sunway Pyramid Ice, Sunway PyramidKredit: IG Sunway Pyramid

Pusat beli-belah Sunway Pyramid telah dibina sejak tahun 1997 dan dengan itu juga muncul, gelanggang ice-skating pertama di Malaysia dan yang paling popular! Admin yakin, pasti setiap orang yang tinggal berhampiran telah melawatnya sekurang-kurangnya sekali.

Yang menariknya, terdapat jurulatih profesional yang mesra di gelanggang untuk membantu anda belajar meluncur di atas ais! Sila ambil perhatian bahawa gelanggang ais boleh menjadi agak sesak pada hujung minggu atau cuti umum, jadi kami mengesyorkan anda merancang lawatan anda pada hari bekerja untuk mempunyai lebih banyak ruang untuk meluncur.

Harga tiket untuk ke Sunway Pyramid Ice ialah RM25 seorang pada hari bekerja dan RM30 seorang pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.

Waktu Operasi: 10AM – 7.30PM, setiap hariAlamat: LG3 Sunway Pyramid, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor📍 LokasiIcescape, IOI City Mall@anchyi1102 (Instagram)

IOi City Mall yang memenangi anugerah terkenal dengan pelbagai perkara, termasuk gelanggang ice-skating bersaiz Olimpik yang pertama di Malaysia. Dilancarkan pada tahun 2014, ia adalah satu gelanggang yang besar mempunyai tingkap kaca untuk anda menikmati pemandangan indah kehijauan di luar gelanggang.

Gelanggang ini juga menganjurkan acara dan pertandingan persembahan luncur utama, serta pelbagai pelajaran yang disesuaikan untuk memenuhi semua tahap pengalaman meluncur!

Yuran penyertaan ke Icescape ialah RM30 seorang pada hari bekerja dan RM35 seorang setiap sesi pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.

Waktu Operasi: 10AM – 10PM, setiap hariAlamat: AT-4, iOi City Mall, iOi Resort, 62502 Putrajaya📍 LokasiBlue Ice Skating Rink, 163 Retail ParkKredit: IG thehalalchic

Anda sedang mencari tempat baharu untuk meluncur ais? Blue Ice-Skating Rink di pusat beli-belah 163 Retail Park di Mont Kiara baru sahaja dibuka awal tahun ini dan merupakan tarikan terbaharu di bandar ini. Gelanggang mungkin bersaiz lebih kecil, tetapi ianya adalah saiz yang mencukupi untuk temujanji ice-skating kasual anda =)

Dengan papan tanda lampu neon yang terang menghiasi dinding, anda juga boleh mengambil gambar yang sesuai untuk disematkan dalam IG anda sambil anda mempamerkan kemahiran ice-skating anda!

Harga tiket ke Blue Ice Skating Rink Mont Kiara ialah RM25 seorang pada hari bekerja dan RM30 seorang pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.

Waktu Operasi: 10AM – 10PM, setiap hariAlamat: 3F-03 , 163 Retail Park, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur📍 LokasiBlue Ice Skating Rink, KL East Mallblue ice-skating KL East mallKredit: IG effa303

KL East Mall yang terletak di Taman Melawati ini baru sahaja dibuka akhir tahun lalu dan ia menemptkan sebuah lagi Gelanggang Luncur Ais Biru, versi yang lebih besar daripada yang ada di Mont Kiara. Anda boleh datang ke sini untuk aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan =)

Atau boleh juga mencuba kelas ice-skating untuk newbie mereka. Gelanggang ini juga dikelilingi dengan pelbagai restoran untuk anda duduk dan menjamu selera selepas seharian meluncur!

Harga tiket ke Blue Ice Skating Rink KL East Mall ialah RM25 seorang pada hari bekerja dan RM30 seorang pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.

Waktu buka: 10AM – 10PM, setiap hariAlamat: G1-21, Tingkat Bawah 1, KL East Mall, 823, Jalan Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur📍 LokasiMalaysia National Ice Skating Stadium (MYNISS), Empire CityKredit: IG aliahusnaa

Terletak di Empire City, Stadium Luncur Ais Kebangsaan Malaysia (MYNISS) ialah gelanggang ais terkawal Olimpik yang pertama di negara ini, dilengkapi dengan kemudahan profesional yang disesuaikan untuk menganjurkan kejohanan di atas ais dengan standard bertaraf dunia.

Malah, ia sebenarnya dibina untuk temasya sukan musim sejuk semasa Sukan SEA Kuala Lumpur pada tahun 2017!

Walaupun anda bukan pemain skate profesional, jangan risau! Gelanggang luncur ini juga dibuka kepada orang ramai, jadi anda sentiasa boleh pergi ke sini untuk menjalani impian pemain luncur ais profesional anda.

Harga tiket ke MYNISS ialah RM20 seorang pada hari bekerja, RM25 seorang pada hujung minggu dan RM30 seorang pada cuti umum dan cuti sekolah.

Waktu Operasi: Ditutup buat sementara waktuAlamat: 8, Empire City, Jalan Damansara, PJU 8, 47820 Petaling Jaya, Selangor📍 LokasiBlue Ice Skating Rink, Paradigm Mall Johor Bahru

Bagi rakyat Johor, anda bertuah kerana terdapat lokasi ice-skating berhampiran anda, betul-betul di Paradigm Mall JB! Dibuka pada 2017, gelanggang ini sebenarnya merupakan cawangan Blue Ice Skating Rink pertama di Malaysia dan kini merupakan satu-satunya gelanggang luncur ais di Johor sendiri.

Jika anda berada di kawasan itu, apa kata singgah untuk berseronok atau mendaftar untuk kelas ice-skating mereka

p/s: Mereka juga menawarkan kelas bermain  hoki ais di cawangan Johor ini!

Harga tiket ke Blue Ice Skating Rink Paradigm Mall ialah RM25 seorang pada hari bekerja dan RM30 seorang pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah,.

Waktu buka: 10AM – 10PM, setiap hariAlamat: 3F-30, Paradigm Mall, Jalan Bertingkat Skudai, Johor Bahru, 81200 Johor📍 LokasiBlue Ice Snow Park @ Pavilion Bukit Jalil

Pavilion Bukit Jalil merupakan salah satu pembangunan terbesar yang dibuka beberapa tahun lepas dan kami teruja bahawa pusat beli-belah besar itu juga tidak lama lagi akan menampilkan gelanggang Luncur Ais Biru miliknya!

Dikatakan telah meniru cahaya utara dan suasana romantis pada waktu malam, kita sudah boleh membayangkan tempat ini menjadi kegemaran orang ramai untuk bertemu janji dengan pasangan!

Bakal Dibuka Julai 2022

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2022 23:19

Syarikat Perodua Yakin Dengan Penuhi Tempahan Lebih 200,000 Unit Kereta

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) begitu optimis untuk mendaftarkan lebih 200,000 unit kenderaan menjelang 31 Mac 2023, ini sekali gus membolehkan kebanyakan pelanggan menikmati pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua iaitu Datuk Zainal Abidin Ahmad telah berkata pengeluar kereta kompak nasional itu menerima tempahan luar biasa terutama ketika ramai pelanggan mahu memanfaatkan cuti cukai yang telah ditawarkan kerajaan.

Tempahan buat kenderaan secara tergesa-gesa dilihat kentara terutama sekali apabila kerajaan melanjutkan tempoh pendaftaran kepada 31 Mac 2023 dan amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memilih Perodua untuk sebagai jenama pilihan hati mereka. Untuk mengenai pengecualian SST pada hari terakhir inisiatif ini, Perodua  juga menyaksikan tempahan harian tertinggi pada 30 Jun 2022 dengan 25,100 tempahan kenderaan telah diambil.

Kerana ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia telah terbukti potensi pertumbuhan industri automotif Malaysia dengan pemberian insentif yang betul, katanya. Untuk tempoh enam bulan pertama 2022, Perodua telah menjual 127,343 unit, melonjak 30 peratus berbanding 97,290 unit yang dijual dari Januari hingga Jun 2021.

Sumber: google image

Datuk Zainal Abidin juga berkata, prestasi yang memberangsangkan itu telah dipacu permintaan kukuh untuk kenderaan pada separuh pertama 2022 ini disebabkan oleh tarikh akhir pengecualian cukai jualan. Namun, daripada 127,343 unit yang didaftarkan, Perodua Myvi masih menjadi model paling laris dengan 38,039 unit didaftarkan diikuti dengan Perodua Axia sebanyak 29,183 unit dan Perodua Bezza sebanyak 28,719 unit.

Selain itu daripada inisiatif pengecualian cukai jualan yang berakhir pada 30 Jun 2022, faktor utama adalah yang menyumbang kepada prestasi ini ialah pendaftaran kenderaan yang rendah pada Jun tahun lalu ini disebabkan sekatan pergerakan kali kedua dalam mengurangkan kes jangkitan COVID-19. Ia Sebagai perbandingan, untuk Jun 2021, PERODUA hanya mencatatkan 1,009 unit, manakala pada Jun 2022, kami menjual 21,164 unit.

Pada perbandingan dari bulan ke bulan, prestasi jualan untuk Perodua telah meningkat 10.7 peratus daripada 18,901 unit yang didaftarkan pada Mei 2022.

Datuk Zainal Abidin juga berkata, bagi peningkatan pendaftaran pada Jun 2022 juga ini disebabkan bekalan alat ganti yang lebih baik berbanding bulan Mei.

Walaubagaimanapun juga katanya, isu seperti tenaga kerja mahir dan juga kekurangan alat ganti masih wujud dan berharap pelanggan dapat memahami keadaan ini.

Ingin memohon maaf kerana pelanggan terpaksa menunggu agak lama untuk menerima kenderaan mereka dan sedang melakukan sebaiknya untuk meningkatkan lagi pengeluaran.

Datuk Zainal Abidin berkata bagi langkah terbabit termasuk kerjasama dengan pembekal dan juga dalam beberapa kes tertentu, Perodua juga turut menyediakan kakitangannya untuk bekerja di premis mereka bagi memastikan bekalan alat ganti terus mengalir.

Dan juga berharap isu tenaga kerja ini akan dapat diselesaikan dengan segera kerana impaknya kepada industri dan kepada negara secara amnya. Untuk mengenai kekurangan alat ganti, komunikasi dengan pembekal dan rakan kongsi masih lagi berterusan untuk mencari komponen alternatif. Untuk Di sebalik isu ini, Perodua masih mengekalkan sasaran jualan keseluruhan tahun ini sebanyak 247,800 unit.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2022 20:03

Eco Capsule Resort, Teluk Bahang 2022 | Penginapan Di Alam Semulajadi Dengan Amazing View

Dalam jarak berjalan kaki yang mudah dari Penang International Dragon Boat Festival, Eco Capsule Resort murah di Teluk Bahang, Pulau Pinang menawarkan bilik-bilik dengan pemandangan taman. Ia mengandungi 10 bilik berhawa dingin yang memberikan keseimbangan sempurna antara keselesaan dan alam semulajadi.

Baca juga: Stiq 2022 | Stik Mewah Untuk Mereka Yang On Budget

Percutian yang bersuasanakan alam semulajadi banyak terdapat di Malaysia kerana kita dikurniakan hutan hujan yang subur dan sungai yang menyejukkan! Menjadi satu dengan alam semula jadi bukan sahaja merupakan rehat yang menakjubkan kepada tubuh anda tetapi juga kepada minda dan jiwa anda.

Bercuti adalah apa yang kita perlukan untuk mengisi semula dan terdapat resort kapsul yang indah di tepi sungai di Pulau Pinang yang patut anda kunjungi!

Jika anda sukakan penginapan yang unik, ini adalah untuk anda! Eco Capsule Resort Di Pulau Pinang memberi peluang kepada tetamu untuk tinggal betul-betul di tengah-tengah hutan hijau yang cantik dan di tepi sungai yang jernih.

Bilik Penginapan Eco Capsule Resort

Terdapat 3 jenis bilik penginapan ditawarkan di Eco Capsule Resort iaitu Budget Double Room, Cocoon Room dan Standard Double Room.

Budget Double Room di Eco Capsule ResortBudget Double Room

 

Cocoon Room

 

Standard Double Room

Setiap unit dilengkapi dengan katil dan A/C supaya anda tidak akan terbelenggu dengan cuaca dan haba panas! Jangan risau tentang bilik mandi kerana resort ini dilengkapi dengannya untuk memberikan lebih keselesaan untuk pengalaman perkhemahan anda.

Setiap Budget Double Room dan Cocoon Room hanya boleh memuatkan sehingga 2 orang tetapi jika anda mahukan bilik yang lebih besar, anda boleh memilih Standard Double Room yang mempunyai katil queen dan satu set katil dua tingkat untuk memuatkan sehingga 4 orang.

Tempat peranginan kapsul yang menyeronokkan ini juga merupakan tapak perkhemahan yang mesra pemula kerana kakitangan akan menyediakan anda alat BBQ jika anda merancang untuk melakukannya!

Penginapan ini dilengkapi dengan ruang duduk, hi-fi dan rak pakaian di semua bilik =)

Kawasan Pelancongan Sekitar

Selain itu, memandangkan tempat ini terletak di Teluk Bahang, anda boleh melawat tempat-tempat pelancongan yang berdekatan seperti Taman Rempah Tropika atau mendaki ke Air Terjun Ladang Chin atau jika anda hanya ingin bersantai, nikmati berenang yang menyegarkan di sungai biru yang berdekatan dengan resort kapsul itu.

Ia mengambil masa 10 minit untuk sampai ke Rumah Api Muka Head dengan menaiki kereta. Para tetamu boleh sampai ke Ladang Kambing Tenusu Saanen, yang terletak kira-kira 4.7 km jauhnya.Batu Feringghi juga terletak berhampiran hotel.

Juga berdekatan dengan taman rama-rama yang besar! (Baca Entopia Pulau Pinang)

Selain itu, anda boleh menyediakan jamuan bertema taman anda sendiri di taman mereka! Eco Capsule Resort ialah pilihan yang sesuai jika anda menuju ke Pulau Pinang untuk percutian yang menenangkan =)

Alamat: Lorong Rimba, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang

Facebook | Lokasi | Book di Agoda

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2022 18:05

Stiq 2022 | Stik Mewah Untuk Mereka Yang On Budget

Ya, stik  mungkin bukan yang difikirkan oleh anda jika anda sedang mencari makanan murah terutamanya di kawasan Lembah Klang, tetapi di Stiq, persepsi anda akan berubah!

Stiq adalah sebuah gerai sederhana di bandar, yang komited untuk menyajkan dan membakar stik mampu-milik untuk pengunjung yang tidak perlu ‘membakar’ dompet mereka!

Baca juga: Kampung Agong Penang | Aktiviti Menarik & Awesome Views

Lokasi

Pada permulaan, kedai stik ini hanya mempunyai satu cawangan, iaitu di tepi jalan di Wangsa Maju, pada Ogos 2017. Jika anda pernah ke Kaw Kaw Burger, kemungkinan besar anda akan terjumpa gerai jalanan berdekatan ini.

Namun begitu, setakat Julai 2022, Stiq telah mempunyai 3 lokasi berasingan yang anda boleh anda kunjungi. Iaitu di Wangsa Maju, Ampang dan Damansara.

Menu StiqBeef StiqBeef Stiq

Permata milik Muslim ini mempunyai pelbagai jenis stik tetapi dengan harga RM29, stik daging lembu adalah hidangan hebat yang disertakan dengan kentang panggang, salad dan kentang lecek.

Di mana lagi anda boleh mendapatkan stik yang enak dan juicy dengan harga RM29? Anda wajib memesan menu ini, dan anda akan terkesima dengan rasanya yang mantap!

Selain menawarkan stik lembu dan ayam, terdapat juga menu kambing dan wagyu.

lamb shank @ stiqLamb Shank

 

Half-Baby Chicken with Black Pepper Sauce

 

Bone RibsSous Vide

Apa yang membezakan mereka daripada tempat stik lain ialah hidangan daging mereka telah dimasak terlebih dahulu secara sous vide.

Sous vide, yang bermaksud “di bawah vakum” dalam bahasa Perancis, merujuk kepada proses pengedap vakum makanan dalam beg, kemudian memasaknya pada suhu yang sangat tepat dalam air panas. Teknik ini menghasilkan hasil yang mustahil dicapai melalui kaedah memasak lain.

Sous vide tidak begitu biasa di Malaysia tetapi  Stiq berjaya menghasilkan pelbagai menu dengan menggunakan teknik ini, yang sudah tentunya memikat selera semu pengunjung.Gaya masakan ini dikatakan dapat mengekalkan kualiti daging supaya menjadi lebih juicy dan lembut.

Jadi, jika anda sedang merancang untuk makan malam yang mewah tetapi kena dengan bajet anda, apa kata anda berkunjung ke Stiq dan mencuba menu unik mereka?

Alamat Wangsa Maju: Jalan 4/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala LumpurAlamat Damansara : The Billboard KL, Jalan Damansara, Lot 2806, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Malaysia, 60000Alamat Ampang: 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, Kawd, Ampang, Selangor, Malaysia, 68000

WebsiteInstagram | Facebook

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2022 17:30

Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Julai 2022 | Mohon Di Sini Sekarang!

Mulai tahun 2022, kerajaan telah menyenaraikan bantuan kerajaan yang boleh anda mohon mulai Julai 2022. Anda diminta semak permohonan dan lihat syarat kelayakan bagi setiap bantuan kerajaan yang disediakan.

Sila baca artikel seterusnya untuk mengetahui bantuan kerajaan yang boleh anda mohon.

Lihat senarai penuh di bawah.

Ingin menjadi orang pertama yang memohon BANTUAN KERAJAAN?
Sertai Bantuan Rasmi Kerajaan WhatsApp:
Tekan di sini

Bantuan Kerajaan Julai 2022

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang boleh anda mohon pada tahun 2022 ini:

a) Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan BKM ini merupakan bantuan yang menggantikan BKC, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) & Bantuan Sara Hidup.

Untuk jumlah bantuan yang anda akan dapat, sila rujuk kategori anda di bawah:

Isi rumah = RM400 hingga RM2,000Ibu Tunggal ( Isi Rumah ) = RM500Warga Emas ( Isi Rumah ) = RM300Warga Emas (Bujang) = RM600Bujang = RM350

Tarikh Pembayaran BKM

Terdapat 4 fasa pembayaran iaitu pada bulan Mac, Jun, September & Disember 2022.

Anda kini boleh semak untuk lihat status permohonan BKM anda sama ada lulus atau tidak.

Jumlah Bantuan: RM350 – RM2000

bkm 2022

b) Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT 2022 ialah bantuan kewangan yang bernilai RM60, diperkenalkan oleh RISDA khas bagi mereka yang layak.

Pembayaran BMT melibatkan dua fasa (RM300 setiap fasa) yang akan dilaksanakan pada November dan Disember 2022.

Pembayaran BMT ini kepada mereka yang permohonannya diluluskan akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.

Permohonan boleh dibuat sekarang. Mohon di sini.

c) Bantuan JKM – Bayaran Setiap Bulan

Bagi mereka yang telah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tarikh rasmi pembayaran adalah dari 1 -12 Julai 2022.

Download borang permohonan JKM di sini.

d) Inisiatif SADE

Skim Air Darul Ehsan (SADE) merupakan program penjajaran semula bagi menyediakan 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Selangor berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah. Dimaklumkan bahawa pendaftaran SADE ini dibuka sepanjang tahun sehingga 2024.

Permohonan air percuma ini boleh dibuat di laman rasmi berikut : Klik Sini

Info Lanjut

Semoga dengan perkongsian artikel ini, pembaca dapat menguruskan perbelanjaan mereka dengan cermat dan bijak.

Sila KONGSI senarai bantuan ini ke Group Bantuan Facebook anda, Whatsapp rakan & keluarga anda, untuk manfaat bersama.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2022 16:27

Bermula Kilang Kenderaan Berteknologi Yang Termaju

Kenderaan kilang pemasangan enjin dan trenkuasa Proton di Tanjung Malim, Perak kini dilengkapi pelbagai alatan dan mesin berteknologi tinggi baharu dan ia bagi memenuhi keperluan pemasangan enjin 1.5 TGDI (Suntikan Terus Gasolin Turbo) yang telah dilengkapi pada model Proton X50 dan yang terbaharu, X70.

Sumber: google image

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah telah berkata, ia akan meliputi kawasan seluas 18,000 meter persegi dengan berkapasiti maksimum iaitu 180,000 unit. Berkapasiti maksimum itu pula telah dicapai sejak beberapa tahun lalu bila sebaik saja kilang berkenaan beroperasi dalam tiga syif.

Namun ketika perjanjian kerjasama strategik bersama Geely pada 2017 ia salah satu komitmen kami ialah untuk melabur dalam industri automotif Malaysia daripada segi kewangan dan pengenalan komponen baharu dengan berteknologi tinggi. Barisan pemasangan baharu ini memenuhi syarat yang ditetapkan untuk Proton menarik dan membangunkan kepada bakat muda yang akan membantu memacu industri automotif serta syarikat pada masa hadapan.

Kilang baharu ini mempunyai 88 stesen ia membabitkan 17 stesen automatik, 15 separa automatik dan juga 56 stesen manual. Enjin 1.5TGDI telah dibina untuk menggunakan etos IR 4.0 dengan tahap automasi tinggi bagi meningkatkan produktiviti.Namun, suasana keseluruhan kilang juga sangat bersih, suhu bilik terkawal dan mempunyai stesen antistatik bagi membolehkan pelepasan elektrik statik yang melindungi komponen elektrik berteknologi tinggi.

 

Disamping itu, Talian pemasangan bergerak pada sistem penghantar yang lancar. Ia juga untuk memastikan persekitaran lebih bersih dan kemas lebih tahan lama dan lebih murah dikendalikan berbanding menggunakan rantai. Tambah beliau juga, ke semua pekerja barisan pemasangan menjalani latihan bersama Geely serta pembekal mesin daripada ABB, COMAU, FEV China, FEV India, WiBeda dan Hangxin.

Walaubagaimanapun, Internet Pelbagai Benda (IOT) juga digunakan untuk pengumpulan data intensif dan analisis berkualiti serta piawaian. Ia juga dilengkapi 207 kawalan ‘Error Mistake Proofing’ (EMP) dan 34 kamera pintar yang resolusi tinggi bagi mengesan segala kecacatan pemasangan dengan segera.

Kualiti adalah keutamaan bagi barisan pemasangan enjin baharu ini dan perlu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Proton mampu untuk membina produk berkualiti tinggi yang boleh dipercayai. Disamping itu,  ia juga bekerja rapat dengan rakan sejawatandi Geely untuk menyelesaikanmasalah dan berkongsi amalan terbaik dalam usaha menghasilkan enjin yang bertaraf dunia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2022 02:10

July 9, 2022

Kerajaan Wajibkan Semula Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Terbuka

Kawalan pergerakan tidak perlu dilaksanakan kembali namun kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di tempat terbuka sehingga lonjakan kes COVID-19 semakin reda.

Pakar Kimia Perubatan dari Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Bimo Ario Tejo juga mencadangkan agar dos penggalak kedua diberikan kepada golongan berisiko selain menambah bekalan ubat antivirus molnupiravir dan nirmatrelvir.

Baca juga:

Tarikh Dan Jumlah Bayaran Untuk BKM Fasa 3 Tahun 2022Syamsul Yusof Enggan Menjawab Isu Beli Emas Bersama KazarVarian Baharu Akan Terus Muncul:

Menurutnya, tiga cadangan itu merupakan strategi jangka pendek dan selepas ini, kerajaan seharusnya memikirkan strategi jangka panjang untuk mendepani gelombang COVID-19 yang seterusnya.

Tambah beliau, usaha penemuan ubat antivirus perlu diperhebat kerana Malaysia tidak boleh hanya bergantung pada dua jenis ubat antivirus sedia ada yang diimport dari luar negara.

“Virus terus bermutasi dan varian baharu akan terus muncul. Usaha pembuatan vaksin yang berkesan untuk kesemua varian perlu dimulakan.

“Vaksin pan-coronavirus yang memberi kekebalan terhadap semua varian boleh direka dengan mengambil kira jujukan kesemua virus dalam kumpulan coronavirus beta.

“Vaksin semburan hidung (intranasal) pula menunjukkan keberkesanan pencegahan jangkitan lebih baik dibanding vaksin yang diberikan melalui suntikan.

“Institut Genom dan Vaksin Malaysia perlu diberi mandat untuk mengusahakan pembuatan vaksin COVID-19 baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Hasilkan Vaksin Sendiri:

Katanya lagi, negara maju pengeluar vaksin dan ubat mengutamakan kepentingan mereka sendiri sebelum membantu negara-negara miskin dan membangun.

“Kemampuan untuk menghasilkan vaksin dan ubat sendiri adalah modal yang kukuh untuk mendepani cabaran gelombang baharu di masa hadapan,” ujarnya.

Astro AWANI pada Jumaat melaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat peningkatan sebanyak 31 peratus kes COVID-19 bagi tempoh 3 Julai hingga 7 Julai.

Menurutnya, sebanyak 13 kes subvarian Omicron dikesan setakat 30 Jun lalu, termasuk lima kes varian Omicron BA.5.

Jelas Khairy, BA.5 merupakan subvarian utama yang menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia ketika ini.

 

Sumber: ASTRP AWANI

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2022 02:12

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.