“Sebab dia Derhaka ,”- Neelofa.
Setelah dikritik sebagai inai yang tidak sah wuduk kerana boleh dikikis , kini inai inai Lofa masih menjadi perbualan hangat kerana pengguna porduk ini tidak berpuas hati dengan warna yang terhasil daripada bancuhan inai tersebut.
Banyak video yang viral di Tik Tok berkenaan inai Nunha malah menjadi pendebatan antara peminat dan juga netizen yang nampaknya sengaja memburukkan lagi keadaan .
Inai NunHa yang telah mendapat sambutan hangat daripada peminat Lofa mendapat sindiran daripada netizen kerana memiliki warna yang aneh dan tidak seperti inai daun yang sepatutnya berwarna kemerahan .
Malah rata- rata netizen mempertikai warna inai terbabit yang pekat seakan-akan lebam seolah-olah kuku buruk atau rosak dan seperti warna gothik yang tidak melambangkan kewanitaan .
Tampil bersuara mengenai isu tersebut, Neelofa menegaskan bahawa inainya tidak menggunakan pewarna makanan tiruan sebaliknya menggunakan bahan semula jadi.
Tular video dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi Tik Tok yang mana Neelofa mengatakan perkara itu tidak akan terjadi jika mereka tidak ‘derhaka’ serta mengikut arahan yang diberikan semasa menyediakan inai tersebut.
https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/07/wk4xkj-1.mp4
Neelofa meluahkan rasa kecewa kerana ramai yang cuba memburukkan produk keluarannya seolah – olah dia tidak mengambil berat tentang produknya yang sudah mempunyai ramai agent di seluruh Malaysia.
Malah mendakwa pengguna produk itu sebagai derhaka kerana tidak mengikuti arahan yang diberikan sehingga menghasilkan warna inai yang tidak cantik dan menyalahkan produknya itu.
“Ada hamba Allah ini, dahlah tak ikut instructions , pantang larang, derhaka ukuran air, derhaka semua. Tapi, tak jadi sebab. Tak keluar warna inai dia. Itu sebab dia derhaka,” katanya.
Tidak menyokong dan menentang keras tindakan segelintir pihak yang sengaja menyebarkan video tentang keburukkan inainya malah cuba mempromosikan produk orang lain.
Neelofa menyatakan perlakuan itu adalah tidak baik bagi sesama peniaga yang mencari rezeki kerana ianya bole menutup periuk nasi orang lain dan membuatkan perselisihan faham berlaku antara penjual inai.
“Lepas tu upload video di TikTok. Sebab dia, video-video itu membuatkan orang tak percaya atau menutup periuk nasi orang lain. Sebenarnya, ia sangatlah tidak baik.
“Kita sebenarnya ini, semuanya sama mencari rezeki. Tapi disebabkan dia berniat tidak baik untuk war-warkan inai ini tak jadi pun. Padahal dia tak tahu cara pakai yang betul,” katanya.
Namun ramai juga yang gemar dengan warna inai Nunha dan suka dengan warna unik yang dihasilkan selepas menggunakan inai ini malah turut berkongsi cara yang mudah untuk meyediakan inai ini agar warna lebih menyerlah dan memuaskan hati.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
