Cara Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Dan Kuali
Para ibu yang gemar memasak terkadang mengalami masalah untuk membersih dan mengilatkan periuk belanga dan mengambil masa yang lama untuk melakukannya.
Periuk yang hangus juga memberikan tekanan kepada orang yang memasak kerana ianya melibatkan barang kesayangannya yang sering digunakan ketika memasak. Wanita selalunya suka pada satu sahaja periuk yang memberikan keselesaan kepadanya tetapi masih mempunyai pelbagai jenis bentuk dan warna periuk yang disimpan .
Jom cuba beberapa petua mudah tanpa kos yang tinghi agar periuk tidak terbuang begitu sahaja :
Baking Soda atau Serbuk PenaikBahan ini sering digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi ianya boleh juga digunakan untuk menghilangkan kesan hangus pada bahagian periuk atau kulai.
Caranya dengan, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam dan hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.
Cuka makanan dan Serbuk penaikCaranya , masukkan 1 cawan air dan 1 cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi dan kemudian didihkan ia . Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat . Sental sehingga kesemua kerak hangus dan tertanggal.
Garam dan Limau NipisCaranya , perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) dan kemudian campurkan dengan satu sudu garam kasar lalu biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.
TomatoGunakan buah tomato yang tidak terlalu masak dan masih muda kerana ianya mempunya kandungan asid yang lebih tinggi. Caranya ialah dengan lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi lalu biarkan semalaman sebelum mencucinya.
Minuman berkarbonat atau bergasCaranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat lalu biarkan selama beberapa jam. Selepas itu kikis atau cungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi lalu cuci bersih.
Sabun MandiPotong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus dan biarkan sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.
Selamat Mencuba dan semoga bermanfaat…
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
