Yang Saya Baca-Baca Itu Untuk Shooting, – Mak Wan

Setelah tular tentang video mengenai Mak Wan di aplikasi popular , TikTok , semalam pelakon veteran , Mak Wan Latah tampil untuk menafikan tuduhan telah melakukan perbuatan syirik.

Video yang disebarkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai bekas PA Mak Wan sendiri telah merakamkan seorang wanita dipercayai Mak Wan dalam keadaan tidak bertudung sedang menyeru sesuatu.

“Pendampingku, kau datanglah kepadaku. Aku seru engkau datang kepadaku supaya kau halang mereka agar tidak pergi ke sana untuk mengubatkan apa yang telah aku buat kepada mereka,” ucap wanita dalam video itu.

Mak Wan cuba menjelaskan bahawa video yang disebarkan berkenaan adalah latihan untuk lakonannya sebagai watak bomoh jahat dalam drama dan sudah lama .

Mak Wan juga mengakui mengenali individu yang cuba memburukkan dirinya tapi mengambil keputusan untuk tidak membuka aib sesiapa sehingga akhir hayatnya.

Malah menyifatkan individu tersebut sebagai orang yang tidak normal dan sengaja menyebarkan perkara yang bole merosakkan reputasi dan namanya di dalam industri.

“Benda itu benda lama. Yang saya baca-baca itu, untuk ‘shooting’. Saya tak pernah berlakon watak jahat, untuk jadi bomoh,” katanya.

“Saya tak nak buka aib sesiapa. Seperti yang pernah saya beritahu bekas suami saya, saya tak nak buka aib sesiapa. Biar sampai mati, saya tetap dengan pendirian saya.”

“Otak dia tak betul. Dia akan tulis apa sahaja. Dia nak buat apa, itu hak dia. Kenapa sebelum ini dia puji saya? Sebab dia nak duit saya, kan?”

“Kenapa bila saya dah tak nak dia, dia cerita macam-macam pasal saya? Manusia ini, bila kita dah tolong dia, kita digigit balik,” katanya.

Tidak akan berdiam diri apabila diburukkan dan menyebarkan aibnya seperti itu , Mak Wan turut membuat laporan polis berikutan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

“Ya, saya tahu dia fitnah saya. Saya dah buat laporan polis. Itu bukan saya nak tunjuk saya hebat, tapi kerana saya nak lindungi diri kalau dia akan buat benda bukan-bukan lagi.”

Mak juga tidak mahu memberikan apa- apa komen lagi tentang perkara yang pernah ditulis dan diperkatakan oleh individu tersebut tentang dan menyerahkan semuanya kepada pihak polis untuk menjalankan tugas.

“Saya akan berdiam selagi Allah beri saya kekuatan. Saya tak mahu bercakap apa-apa lagi,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 27, 2022 20:46
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.