Neelofa Kagum Dengan Ketabahan Puteri Sarah Dibuli Orang Ketiga

Seperti yang sudah diketahui ramai, pelakon Puteri Sarah baru-baru ini telah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap seorang wanita yang difahamkan merupakan orang ketiga di dalam rumah tangganya.

Melalui video yang dimuat naik oleh Sarah di Instagramnya, dia mengakui sudah berfikir panjang sebelum mengambil tindakan terhadap wanita yang cuba mengacau suaminya, Shamsul Yusof.

Baca juga:

“Aku Bukan Jodohnya” – Shuk Sahar Hadir Ke MahkamahSerra Bagi ‘Hint’ Sudah Ada Pengganti, Doakan Shuk ‘Move On’Neelofa Kagum Dengan Sarah:

Namun, hal yang mencuri perhatian ramai adalah respon daripada selebriti terkenal, Neelofa di dalam hantaran terbabit yang merasakan Sarah seorang wanita yang amat kuat dan dirinya juga tidak mampu menjadi seperti wanita terbabit.

Bukan itu saja, Neelofa turut meluahkan rasa kagum kerana biarpun pelakon terbabit lalui detik-detik ‘hitam’ itu, dia masih tetap menjaga maruah dan aib suaminya.

“Banyak Kita Borak Hal Ni..”:

Dalam pada masa yang sama, usahawan berkenaan berkata dia selalu berbual mengenai hal ini dan turut mengakui orang ketiga itu sememangnya banyak melakukan perkara teruk terhadap Sarah.

Di samping itu, Puteri Sarah sempat memuat naik satu status di Insta Story menjelaskan pihak peguam yang digunakan tidak sama dengan peguam yang mewakili Siti Bainun.

 

Sumber: BEAUTIFULNARA

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 01, 2022 05:40
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.