Tiada Lagi Rasa Cemburu , Ellie Suriati Yakin Tak Mahu Rujuk Kembali

Meskipun sudah 19 tahun hidup bersama, Ellie menjelaskan bahawa keputusan untuk rujuk kembali setelah bercerai tiada dalam prinsip hidupnya dan tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh bekas suaminya.

Dia sudah mengakuinya beberapa kali apabila sering ditanya tentang hubungannya dengan Azri tetapi tetap menghormati dan masih sayang kepada bekas suaminya itu.

Ellia juga berharap agar Azri mengambil berat soal perkahwinan yang bakal dibinanya kerana ia akan melibatkan dua hati dan tidak mahu perkara lama berulang kembali.

“Untuk saya pula, bila sudah buat keputusan tak nak menyesal. Tak nak patah balik. Saya tak nak ada perkataan jikalau. Ia hanya perlu ya atau tidak sahaja,” katanya.

“Kita dah pernah hidup bersama, cuma saya tak mahu lihat hidup dia sedih. Kalau dia nak kahwin lain, jangan main-main dengan perkahwinan atau hidup orang,” katanya.

Seringkali ditanya adakah dia cemburu bekas suaminya mahu berkahwin lagi dengan wanita lebih cantik dan muda , Ellie mejelaskan yang dirinya tidak mempunyai perasaan malah berharap agar bekas suamiya itu berkahwin sebaik sahaja tempoh edahnya habis.

“Pasal cemburu, saya memang tak cemburu. Saya tak sakit hati, malah saya sudah bersiap sedia untuk setiap perkara yang akan terjadi di depan.”

“Cuma mustahil kenal dua atau lima hari sudah ajak bernikah. Saya rasa ya, dua hari selepas bercerai nak kahwin tapi sebelum kami bercerai mungkin hubungan itu sudah berlaku.”

“Kalau tanya, saya berpendapat pergi merisik senyap-senyap, kahwin. Edah saya 100 hari. Kahwinlah pada hari ke-101 apabila edah saya sudah habis. Ini masa untuk anak-anak juga tinggal sendirian dengan saya dan Azri,” katanya.

Sebelumnya , Azri telah mengejutkan orang ramai apabila mengakui dirinya bercinta dengan seorang wanita muda yang dikenalai sebagai Dr Azra Diera selepas 12 hari bercerai tetapi masih belum berkongsi wajah dan identiti sebenar wanita tersebut hanya.

Bakal isterinya itu hanya di kenali media melalui penjelasan daripada Azri sahaja dan mereka dikatakan sangat mencintai antara satu sama lain dan bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 01, 2022 22:39
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.