Tempat Menarik Di Shah Alam 2022

Tempat Menarik di Shah Alam terkini bagi tahun 2022. Admin yakin, kebanyakan daripada anda pasti pernah menjejakkan kaki ke Shah Alam ,bukan? Samada untuk tujuan kerja, menziarahi keluarga/sahabat, atau saja-saja berjalan ke sini. Bagi yang ingin ke Shah Alam tetapi tidak pasti ke manakah harus anda lawati, jom admin cadangkan tiga tempat best.

Baca juga:  Tempat Menarik di Alor Setar

 

1. ATV Ride Shah AlamKredit: mdfaiez84

Penggemar aktiviti lasak boleh berkunjung ke Skytrex Shah Alam yang terletak di Taman Botani Negara,  Shah Alam, Seksyen 8. Aktiviti menunggang ATV ini adalah suatu pengalaman eko yang sangat sempurna bagi anda yang teringin untuk alami suasana alam sekitar yang benar-benar asli.

Yang penting, dengan cara yang tersusun, berisiko rendah dan juga fleksibel. Terdapat tiga route atau pakej yang boleh anda pilih untuk menunggang ATV di sini.

Route A (Durasi 1 jam)

Jika anda memilih route ini, anda akan melalui kawasan ladang kelapa sawit, ladang tebu, ladang nenas dan akhirnya Dataran Ezzy.

Route B (Durasi 2 jam)

Route yang berdurasi lebih kurang 2 jam ini juga dimulai dengan laluan ladang kelapa sawit, ladang tebu, ladang nenas, dan beza dengan route A, route B ini akan diakhiri dengan aktiviti ‘Bird Watch’ di pinggir sungai Klang.

Route C (Durasi 3 jam)

Route ini adalah untuk mereka yang inginkan jalan yang mencabar. Pastikan anda benar-benar fit untuk melalui jalan  ini. Anda akan memulakan perjalanan dengan melalui ladang kelapa sawit, kemudian ke perkampungan Orang Asli. Seterusnya, menuju ke Bukit Kemandul sambil merentasi tasik semulajadi.

 

Jalan hutan yang dilalui (Kredit: mdfaiez84)

 

Harga bermula dengan RM60 dan jika anda memilih untuk memilih route tambahan, akan ada cas berasingan ya.

Kesimpulannya, di sini tiga jenis laluan yang perlu anda tempuhi iaitu jalan bertar (paling senang), laluan hutan (laluan yang tidak rata) dan melalui jalan yang berbukit.

 

2. Muzium Sultan Alam ShahKredit: tripadvisor.com

Muzium ini bertempat berdekatan sahaja dengan taman tasik Shah Alam.

Terdapat beberapa galeri yang dipamerkan secara kekal di Muzium Sultan Alam Shah.

Galeri Sejarah menunjukkan cara hidup orang dahulu kala, alatan yang mereka gunakan serta pakaian yang mereka pakai. Ia membantu untuk mengingatkan generasi sekarang bagaimana nenek moyang mereka dahulu hidup dan belajar menghargai kekayaan warisan yang mereka miliki. Juga dipercayai nama Selangor diambil daripada nama sungai yang dipanggil Sungai Selangor pada abad ke-18.Galeri Kebudayaan menunjukkan adat resam orang Melayu di negeri ini. Ia menunjukkan secara terperinci ritual yang diamalkan berkaitan dengan kelahiran, perkahwinan dan kematian orang ramai. Alat muzik yang dipamerkan di sini termasuklah “Gendang Sembilan” dan “Cempuling”.Galeri Islam memaparkan sejarah Islam di Selangor. Pelbagai artifak termasuk al-Quran dan kesusasteraan lain dipamerkan di sini. Model masjid terkenal termasuk Masjid Shah Alam di Selangor dan dari seluruh dunia turut dipamerkan.Galeri Sejarah Alam menunjukkan warisan alam semula jadi Selangor dalam bentuk diorama terbuka. Diorama ialah paparan bersaiz hidup yang mewakili pemandangan dari alam semula jadi atau peristiwa bersejarah menggunakan hidupan liar yang disumbat, patung lilin atau objek sebenar.Kredit: museumofmalaysia

 

2. i-city Shah Alamkredit: travelswithsun.com

 

i-City di Shah Alam terkenal dengan taman temanya, City of Digital Lights dan Central i-City iaitu sebuah pusat beli-belah serantau yang bersambung. Terdapat banyak tarikan yang disediakan untuk pengunjung. Antaranya ialah;

City of Digital Lights (lebih daripada sejuta lampu LED yang mesra alam mengubah taman itu menjadi kawasan ajaib yang berwarna-warni pada waktu petang)

SnoWalk (taman dengan persekitaran Artik dan suhu di bawah 5°C)WaterWorld (taman tema luar yang menampilkan perjalanan tornado)FunWorld (menampilkan Muzium Seni Trick, Permaidani Merah, muzium lilin interaktif dan Misi Angkasa @i-City, yang menawarkan pengembaraan aeroangkasa futuristik)Itsy Bitsy (untuk kanak-kanak)

 

Kredit: vacamania.com

Kalau tak silap admin, hanya kemasukan ke City of Digital Lights yang tidak dikenakan bayaran. Dan jika anda ingin masuk ke tarikan-tarikan yang lain, akan ada cas kemasukan yang perlu anda bayar. Untuk mengelakkan sebarang kejutan mengenai cas bayaran, lebih baik anda call dahulu ofis i-city (+603 5521 8800 / +603 5521 8868).

 

 

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 03, 2022 01:01
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.