Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 183
May 29, 2022
Tak Kisah Tanggung Suami , Raja Azmi Amalkan Konsep Tolak Ansur Dalam Hubungan
Raja Azmi yang merupakan seorang penerbit dan juga pelakon berpengalaman dalam industri tanah air, baru – baru ini mengakui yang dirinya bahagia bersama suaminya yang juga pemuzik, Mohd Eddie Ghazali, 53, sejak dua tahun lalu.
Malah mengatakan bahawa dia dan pasangannya itu lebih manja dan perhatian selepas berpisah buat pertama kalinya beberpa tahun lepas dan kembali bersama kerana masih saling mencintai.
Raja Azmi atau lebih mesra dengan sapaan Kak Mi menyifatkan suaminya sebagai seorang yang romantik walaupun pada usia yang semakin meningkat dan sangat bertanggungjawab terhadap dirinya dan keluarga.
“Masuk usia semakin senja ini, tiada apa yang saya harapkan selain kebahagiaan hingga hujung nyawa. Suami saya semakin hari semakin romantik.
“Dalam 10 perkara, hanya satu kekurangannya. Jadi kenapa tidak tutup sebelah mata dan melihat kebaikannya. Malah, kita sendiri pun tidak sempurna,” jelasnya.
Raja Azmi juga menjawab persoalan berkenaan pendapatan suaminya , Eddie yang juga bekas pemain bass kumpulan CRK yang mana mengakui suaminya juga terjejas dari segi pendapatan berikutan penularan Covid-19 sejak dua tahun yang lalu.
Malah mempunyai beberapa kesulitan semasa wabak itu melanda dunia yang mana banyak sektor dan pendapatan seluruh rakyat terjejas dek kerana banyak perniagaan yang terpaksa ditutup gara-gara wabak tersebut.
“Suami menjaga bapanya sakit. Tidak lama selepas itu bapanya meninggal dunia. Itu percaturan Allah SWT buat dirinya. Dia kini merencana perjalanan kerjaya memandangkan sektor pekerjaannya bakal kembali beroperasi Jun ini.
Namun suaminya itu banyak membantu dirinya sepanjang tempoh berkenaan dan sentiasa berada disisinya menjalani aktiviti penggambaran dan yang lainnya.
“Dia adalah pemuzik di kelab yang semuanya ditutup sepanjang tempoh sekatan sebelum ini. Jadi, buat masa ini tugasnya adalah menemani saya ke mana-mana majlis atau acara.
Tidak kisah tentang pendangan dan pendapat orang ramai , Raja Azmi tidak kisah jjka terpaksa mengaggung suaminya kerana dia berkemampuan dan selesa dengan perkara tersebut kerana suaminya sentiasa berada disisinya.
Malah mengamalkan konsep tolak ansur dalam perhubungan agar hubungan lebih baik dan tidak menjatuhkan antara satu sama lain kerana lebih memilih untuk bahagia daripada mendengar kritkan daripada orang lain.
“Suami isteri seharusnya hidup bertolak ansur. Ketika dia susah, saya tolong. Mana tahu jika dia berjaya nanti, dia pula yang menanggung saya,” katanya.
Pasangan ini telah berkahwin pada 13 Oktober 2013 dan pernah bercerai kali pertama selepas setahun perkahwinan namun telah rujuk kembali dua tahun selepas itu.
Dalam pada itu , Raja Azmi sempat berkongsi tentang filem terbarunya , Jerangkung Dalam Almari bakal ditayangkan Ogos tahun ini.
“Syarikat saya baru menyiapkan filem arahan Shadan Hashim itu. Antara pelakonnya ialah Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat, Sophia Albarakbah, Anne Abdullah dan Wan Hanafi Su,” katanya.
May 28, 2022
Jawatan Kosong Di Kementerian Perpaduan Negara Mei 2022
Kementerian Perpaduan Negara menawarkan jawatan kosong untuk diisi.
Bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain, sila baca selanjutnya dibawah.
Baca juga:
Kerajaan Digesa Pantau Penularan Cacar MonyetTawaran Pengajian Kejuruteraan GMI Sesi Julai 2022Jawatan Kosong:Berikut adalah perincian jawatan kosong:
Taraf Jawatan: Kontrak (Personal MyStep)Kluster Jawatan: Pembangunan MasyarakatKadar Upah: RM1,800/sebulanKemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, KWSP dan PERKESOTarikh Permohonan Dibuka:Permohonan dibuka untuk memohon sehingga 22 MEI 2022, AHAD.
Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan.Syarat kelayakan akademik boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.Pemohon mestilah berkemahiran dalam aplikasi Microsoft Office dan media sosial.Pemohon mestilah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.Pemohon mestilah mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang Kementerian Perpaduan Negara.
Langkah 2: Lengkapkan info yang diperlukan.
Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan.
Langkah 4: Hantar borang permohonan ke alamat:
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
Tingkat 9, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40517 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u.p : Puan Raja Nor Azah binti Raja Iskandar Shah)
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:
1 Salinan Resume.1 Keping gambar bersaiz pasport terkini.1 Salinan sijil SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta sijil lain yang berkaitan.1 Salinan Sijil Digital Lengkap Vaksinasi C-19.1 Salinan Kad Pengenalan.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Kementerian Perpaduan Negara atau hubungi di talian +603-8091 8000.
May 27, 2022
Menyanyi Di Pub, Ashira Sudah Tidak Berhijab
Sebelum ini tular tentang kisah kehidupan Ashira yang sukar apabila suaminya sakit dan terpaksa bekerja keras demi kelangsungan hidup dan merawat suaminya itu.
Baru – baru ini penampilan Ashira telah menarik perhatian ramai apabila tampil dengan imej tidak bertudung semasa bekerja sebagai penyanyi di sebuah pub pada setiap hujung minggu.
Perkara ini telah menimbulkan tanda tanya dan membuatkan netizen bertanya-tanya tentang status dirinya yang masih siteri Bad ataupun tidak.
Dalam satu temubual , Ashira mengakui dirinya tidak pernah mengumumkan bahawa sudah berhijab sepenuhnya dan sememangnya selalu on off dalam pemaikain hijab dalam hidup sehariannya.
Mengenai perkara tersebut , Ashira telah tampil membela diri agar tidak menjadikan isu tudung untuk menghentam dirinya di media sossial kerana dia terlalu sibuk untuk memikirkan perkara tersebut.
“Saya tidak pernah beritahu bahawa sudah memakai tudung sepenuhnya. Sebelum ini apabila tampil bertudung saya hanya mohon doa supaya ia berkekalan. Sekarang memang saya on and off bertudung,”
“Dalam aktiviti harian pun, ada ketika saya keluar rumah tidak memakai tudung. Kalau dilihat cara pemakaian tudung saya pun masih belum sempurna lagi,”
“Mungkin disebabkan saya jarang berkongsi gambar atau video aktiviti harian menyebabkan orang ramai keliru,” jelasnya lagi.
Malah menafikan bahawa pekerjaan tersebut memerlukan dia membuka tudung semasa melakukan persembahan nyanyian tetapi mengakui itu adalah pilihannya sendiri.
Ashira juga mengatakan dirinya juga kerap memakai hijab semasa membuta persembahan berdasarkan keselesaan dirinya semasa melakukan persembahan.
“Bukan kerana menyanyi di tempat sebegitu saya perlu membuka tudung. Ada juga masanya saya tampil berhijab semasa membuat persembahan di sana.
“Soal berhijab ini bagi saya bergantung atas diri sendiri. Semestinya saya mahu menjadi seorang yang lebih baik suatu hari nanti, cuma mungkin saya belum sempurna.
“Kalau saya tampil berhijab dan menyanyi di tempat sebegitu pasti akan ada orang mengata juga,” katanya.
Terdapat beberapa komen netizen yang mendakwa dirinya sudah berpisah dengan Bad kerana desakan ekonomi dan memilih untuk mengejar cita-citanya .
Malah netizen juga mengkritik penampilannya itu kerana sudah bertudung dan memilih untuk bekerja di tempat seperti itu tidaklah haris dilakukan sebagai wanita yang sudah bertudung dan bersuami .
Tetapi terdapat juga netizen yang menyokong tindakan kerana memikirkan diriny dan suaminya yang sudah tidak boleh bekerja seperti biasa dan telah mengambil keputusan drastik seperti itu.
Ashira berkahwin dengan ahli kumpulan Indido iaitu Bad pada 11 Mac 2021 tahun lalu yang mana perkahwinan itu merupakan kali kedua buat Ashira dan Bad. Pasangan ini dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza 7.
Jom Mohon Pinjaman Rumah Dengan Mudah SJKP Tanpa Slip Gaji
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah satu skim perumahan yang merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.
Syarat KelayakanAntara syarat-syarat kelayakan yang perlu pemohonan ada sebelum membuat permohonanan adalah :
Warganegara Malaysia.Berumur 18 tahun dan ke atas.Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja).Pemohon mestilah bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.Tidak mempunyai rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.Baca Juga: Mohon Rumah IKRAM Untuk B40 Serendah RM 124
Cara PermohonanMengenal pasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.Maklumat LanjutLaman rasmi di pautan https://www.sjkp.com.my atau hubungi di talian 03 2096 5000.
Kerajaan Digesa Pantau Penularan Cacar Monyet
Akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan kes jangkitan cacar monyet atau Monkeypox di Malaysia.
Oleh itu, Kerajaan perlu memperketatkan kemasukan pelancong asing sebagai langkah mencegah penularan penyakit cacar monyet di negara ini.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kegagalan membendung wabak COVID-19 walaupun telah disarankan supaya memperketatkan kemasukan pelancong daripada negara terjejas wabak itu.
Baca juga:Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Seremban – Minima PT3/PMR!Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – Mohon Sekarang!Tiada Sekatan Perjalanan:“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengesyorkan sekatan perjalanan dengan mana-mana negara yang disenaraikan setakat ini, tetapi saringan ketat di semua pintu masuk antarabangsa sedikit sebanyak akan membantu.
“Begitu juga berhubung mekanisme memantau individu dari negara terlibat yang telah memasuki Malaysia (agar) benar-benar bebas penyakit cacar monyet walaupun lepas saringan.
“Ia kerana tempoh inkubasi iaitu masa daripada jangkitan kepada mula bergejala cacar monyet kebiasaannya antara 7 hingga 14 hari atau dalam lingkungan masa di antara 5 hingga 21 hari,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.
Resiko Penularan:Dalam pada itu, Ahmad Zahid berpandangan, walaupun risiko penularan cacar monyet tidak seperti COVID-19, perkara itu tidak boleh diambil mudah kerana penyakit itu telah menyerang beberapa buah negara termasuk Kanada, Sepanyol, Portugal, Sweden, Itali, Perancis, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria.
“WHO malah meramalkan lebih banyak kes penyakit cacar monyet dikesan melalui perluasan tindakan pengawasan di negara penyakit itu lazimnya tidak ditemui.
“Bagi mengurus risiko penularannya dengan mengambil iktibar kegagalan lalu, Malaysia wajar melaksanakan pencegahan lebih ketat dari sekarang kerana itu adalah lebih baik daripada terpaksa mengubati,” ujarnya.
Sumber: SINAR HARIANTawaran Pengajian Kejuruteraan GMI Sesi Julai 2022
Permohonan kemasukan ke German Malaysian Institute (GMI) sesi kemasukan Julai 2022 kini dibuka.
GMI merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT)yang ditubuhkan sejak tahun 1991 dan menawarkan pengajian berasaskan kejuruteraan kepada pelajar.
Baca juga:Kaunter Rayuan BKM Fasa 2 Dibuka Sehingga 2 Jun 2022Tawaran Pengajian PERDA-TECH Sesi Julai 2022Kemudahan Yang Ditawarkan:Berikut adalah manfaat-manfaat yang ditawarkan:
Tajaan MARA: Bantuan yuran pengajian dan duit poket sebanyak RM630 setiap bulan (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).Diskaun pembayaran balik sehingga 85% (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).Kelengkapan pembelajaran praktikal.Penginapan pelajar dan persekitaran.Pembelajaran 70% praktikal dan 30% teori.Peluang melanjutkan pengajian ke universiti dalam dan luar negara.Kolaborasi bersama 14 pusat teknologi hasil.Program Ditawarkan:Berikut adalah senarai program yang ditawarkan:i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik:
Diploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)Diploma In Network SecurityDiploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)Diploma In Autotronics Engineering TechnologyDiploma in Creative MultimediaDiploma in Software Engineeringii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal:
Diploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)Syarat Kemasukan:Pemohon mestilah Lulus SPM (atau percubaan SPM) dan memperoleh lebih 3 kredit termasuk:
Matematik.Sains/mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal.Satu subjek lain.Lulus Bahasa Inggeris.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesaang GMI.
Langkah 2: Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
Langkah 3: Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
Langkah 4: Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
Langkah 5: Pilih program pengajian.
Langkah 6: Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal GMI atau hubungi di talian 03-8921 9164.
Pembantu Kesihatan Jadi ‘Ulat jenazah’ Ditahan Reman
Khamis lalu, SPRM menahan 2 pembantu kesihatan yang menjadi ‘ulat jenazah’ dengan meminta suapan untuk kerja-kerja pengurusan mayat.
2 orang suspek juga seorang pembantu kesihatan menjadi ‘ulat jenazah’ dan meletak harga upah kira-kira RM15,000 untuk kerja-kerja pengurusan mayat.
Baca juga:
Kekasih Syafi Tee Dedah Dirinya Bukan Wanita AsliKaunter Rayuan BKM Fasa 2 Dibuka Sehingga 2 Jun 2022Terima Suapan:Menurut sumber, kedua-dua suspek berkenaan ditahan pada jam 4.45 petang selepas hadir di pejabat SPRM Selangor untuk memberi keterangan.
“Dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 40 dan 42 tahun tersebut ditahan kira-kira jam 4.45 petang. Mereka berkhidmat di salah sebuah hospital di Selangor.
“Mereka dipercayai meminta suapan sebanyak RM300 bagi setiap pengurusan jenazah daripada individu tertentu sebagai balasan untuk terus mendapatkan kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021,” kata sumber tersebut pada Khamis.
Ditahan Reman:Mahkamah Majistret di sini membenarkan kedua-dua lelaki terbabit direman 5 hari sehingga 31 Mei ini menerusi perintah dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani terhadap permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jika disabitkan kesalahan, suspek akan menerima hukuman mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.
Sumber: BERITA HARIAN
3 Kematian Kes Baharu COVID
Kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis di dalam negara adalah sebanyak 1,845 menjadikan kes keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,461,933 setakat semalam.
Maka, jumlah kes aktif kini adalah sebanyak 25,189.
Baca juga:
Kekasih Syafi Tee Dedah Dirinya Bukan Wanita AsliLaungan Minta TolongKes Aktif Covid:Portal CovidNow menunjukkan daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 24,089 atau 95.7% daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah dan 17 pesakit berada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Data itu turut menunjukkan sebanyak 1,087 atau 4.1% pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan seramai 27 pesakit dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 23 kes pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Khamis 1,825 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh wabak tersebut di dalam negara kepada 4,438,212.
Kematian Baharu Covid:Pada masa sama, negara merekodkan 3 kematian baharu akibat wabak tersebut pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 di Malaysia kepada sebanyak 43,213.
Sementara itu, kadar penggunaan katil di hospital seluruh negara setakat Khamis ialah 66.1% dengan 3 negeri yang merekodkan kadar tertinggi ialah Melaka (80.4%), Kedah (76.8%) dan Terengganu (76.6%).
Kadar Vaksinasi Lengkap:Dalam pada itu, kadar vaksinasi keseluruhan populasi di dalam negara yang mendapat sekurang-kurangnya 2 dos vaksin setakat Khamis adalah 82.8% dengan jumlah keseluruhan suntikan diberikan adalah sebanyak 22,835,753.
Sementara itu, kadar vaksinasi bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun yang mendapat sekurang-kurangnya 2 dos vaksin adalah 93.6% manakala bagi kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pula adalah 15.5%.
Sumber: SINAR HARIAN
Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Seremban – Minima PT3/PMR!
Permohonan Jawatan Negeri Sembilan di Majlis Bandaraya Seremban dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Jurutera J41
2. Juruukur Bahan J41
3. Pegawai Penilaian W41
4. Pegawai Tadbir N41
5. Pegawai Undang – Undang L41
6. Pegawai Penguat Kuasa KP41
7. Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29
8. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
9. Pembantu Tadbir (P/O) N19
10. Pemandu Kenderaan H11
11. Pembantu Awam H11
Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,218.00 – RM9,643.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Bandaraya Seremban.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. ARKITEK
2. PEGAWAI SAINS
3. PENOLONG PEGAWAI SAINS (PENEMPATAN : PUSAT PENYELIDIKAN ALAMI KENYIR)
Lokasi : Terengganu
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
