Tak Kisah Tanggung Suami , Raja Azmi Amalkan Konsep Tolak Ansur Dalam Hubungan
Raja Azmi yang merupakan seorang penerbit dan juga pelakon berpengalaman dalam industri tanah air, baru – baru ini mengakui yang dirinya bahagia bersama suaminya yang juga pemuzik, Mohd Eddie Ghazali, 53, sejak dua tahun lalu.
Malah mengatakan bahawa dia dan pasangannya itu lebih manja dan perhatian selepas berpisah buat pertama kalinya beberpa tahun lepas dan kembali bersama kerana masih saling mencintai.
Raja Azmi atau lebih mesra dengan sapaan Kak Mi menyifatkan suaminya sebagai seorang yang romantik walaupun pada usia yang semakin meningkat dan sangat bertanggungjawab terhadap dirinya dan keluarga.
“Masuk usia semakin senja ini, tiada apa yang saya harapkan selain kebahagiaan hingga hujung nyawa. Suami saya semakin hari semakin romantik.
“Dalam 10 perkara, hanya satu kekurangannya. Jadi kenapa tidak tutup sebelah mata dan melihat kebaikannya. Malah, kita sendiri pun tidak sempurna,” jelasnya.
Raja Azmi juga menjawab persoalan berkenaan pendapatan suaminya , Eddie yang juga bekas pemain bass kumpulan CRK yang mana mengakui suaminya juga terjejas dari segi pendapatan berikutan penularan Covid-19 sejak dua tahun yang lalu.
Malah mempunyai beberapa kesulitan semasa wabak itu melanda dunia yang mana banyak sektor dan pendapatan seluruh rakyat terjejas dek kerana banyak perniagaan yang terpaksa ditutup gara-gara wabak tersebut.
“Suami menjaga bapanya sakit. Tidak lama selepas itu bapanya meninggal dunia. Itu percaturan Allah SWT buat dirinya. Dia kini merencana perjalanan kerjaya memandangkan sektor pekerjaannya bakal kembali beroperasi Jun ini.
Namun suaminya itu banyak membantu dirinya sepanjang tempoh berkenaan dan sentiasa berada disisinya menjalani aktiviti penggambaran dan yang lainnya.
“Dia adalah pemuzik di kelab yang semuanya ditutup sepanjang tempoh sekatan sebelum ini. Jadi, buat masa ini tugasnya adalah menemani saya ke mana-mana majlis atau acara.
Tidak kisah tentang pendangan dan pendapat orang ramai , Raja Azmi tidak kisah jjka terpaksa mengaggung suaminya kerana dia berkemampuan dan selesa dengan perkara tersebut kerana suaminya sentiasa berada disisinya.
Malah mengamalkan konsep tolak ansur dalam perhubungan agar hubungan lebih baik dan tidak menjatuhkan antara satu sama lain kerana lebih memilih untuk bahagia daripada mendengar kritkan daripada orang lain.
“Suami isteri seharusnya hidup bertolak ansur. Ketika dia susah, saya tolong. Mana tahu jika dia berjaya nanti, dia pula yang menanggung saya,” katanya.
Pasangan ini telah berkahwin pada 13 Oktober 2013 dan pernah bercerai kali pertama selepas setahun perkahwinan namun telah rujuk kembali dua tahun selepas itu.
Dalam pada itu , Raja Azmi sempat berkongsi tentang filem terbarunya , Jerangkung Dalam Almari bakal ditayangkan Ogos tahun ini.
“Syarikat saya baru menyiapkan filem arahan Shadan Hashim itu. Antara pelakonnya ialah Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat, Sophia Albarakbah, Anne Abdullah dan Wan Hanafi Su,” katanya.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
