Jom Mohon Pinjaman Rumah Dengan Mudah SJKP Tanpa Slip Gaji
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah satu skim perumahan yang merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.
Syarat KelayakanAntara syarat-syarat kelayakan yang perlu pemohonan ada sebelum membuat permohonanan adalah :
Warganegara Malaysia.Berumur 18 tahun dan ke atas.Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja).Pemohon mestilah bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.Tidak mempunyai rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.Baca Juga: Mohon Rumah IKRAM Untuk B40 Serendah RM 124
Cara PermohonanMengenal pasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.Maklumat LanjutLaman rasmi di pautan https://www.sjkp.com.my atau hubungi di talian 03 2096 5000.
Published on May 27, 2022 21:11
No comments have been added yet.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
