Menyanyi Di Pub, Ashira Sudah Tidak Berhijab
Sebelum ini tular tentang kisah kehidupan Ashira yang sukar apabila suaminya sakit dan terpaksa bekerja keras demi kelangsungan hidup dan merawat suaminya itu.
Baru – baru ini penampilan Ashira telah menarik perhatian ramai apabila tampil dengan imej tidak bertudung semasa bekerja sebagai penyanyi di sebuah pub pada setiap hujung minggu.
Perkara ini telah menimbulkan tanda tanya dan membuatkan netizen bertanya-tanya tentang status dirinya yang masih siteri Bad ataupun tidak.
Dalam satu temubual , Ashira mengakui dirinya tidak pernah mengumumkan bahawa sudah berhijab sepenuhnya dan sememangnya selalu on off dalam pemaikain hijab dalam hidup sehariannya.
Mengenai perkara tersebut , Ashira telah tampil membela diri agar tidak menjadikan isu tudung untuk menghentam dirinya di media sossial kerana dia terlalu sibuk untuk memikirkan perkara tersebut.
“Saya tidak pernah beritahu bahawa sudah memakai tudung sepenuhnya. Sebelum ini apabila tampil bertudung saya hanya mohon doa supaya ia berkekalan. Sekarang memang saya on and off bertudung,”
“Dalam aktiviti harian pun, ada ketika saya keluar rumah tidak memakai tudung. Kalau dilihat cara pemakaian tudung saya pun masih belum sempurna lagi,”
“Mungkin disebabkan saya jarang berkongsi gambar atau video aktiviti harian menyebabkan orang ramai keliru,” jelasnya lagi.
Malah menafikan bahawa pekerjaan tersebut memerlukan dia membuka tudung semasa melakukan persembahan nyanyian tetapi mengakui itu adalah pilihannya sendiri.
Ashira juga mengatakan dirinya juga kerap memakai hijab semasa membuta persembahan berdasarkan keselesaan dirinya semasa melakukan persembahan.
“Bukan kerana menyanyi di tempat sebegitu saya perlu membuka tudung. Ada juga masanya saya tampil berhijab semasa membuat persembahan di sana.
“Soal berhijab ini bagi saya bergantung atas diri sendiri. Semestinya saya mahu menjadi seorang yang lebih baik suatu hari nanti, cuma mungkin saya belum sempurna.
“Kalau saya tampil berhijab dan menyanyi di tempat sebegitu pasti akan ada orang mengata juga,” katanya.
Terdapat beberapa komen netizen yang mendakwa dirinya sudah berpisah dengan Bad kerana desakan ekonomi dan memilih untuk mengejar cita-citanya .
Malah netizen juga mengkritik penampilannya itu kerana sudah bertudung dan memilih untuk bekerja di tempat seperti itu tidaklah haris dilakukan sebagai wanita yang sudah bertudung dan bersuami .
Tetapi terdapat juga netizen yang menyokong tindakan kerana memikirkan diriny dan suaminya yang sudah tidak boleh bekerja seperti biasa dan telah mengambil keputusan drastik seperti itu.
Ashira berkahwin dengan ahli kumpulan Indido iaitu Bad pada 11 Mac 2021 tahun lalu yang mana perkahwinan itu merupakan kali kedua buat Ashira dan Bad. Pasangan ini dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza 7.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
