Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 187

May 23, 2022

Miera Liyana Dituduh Jadi Punca Penceraian Suami dan Isteri Pertama

Selepas tular perkongsian gambar anak Miera Leyana yang sangat comel saat menyambut hari lahir pertamanya bersama keluarga tercinta kini sekali lagi menjadi perhatian apabila Miera didakwa menjadi punca kepada penceraian.

Sebelumnya Miera sudah mejadi soroton media dan netizen apabila berkongsi tentang perkahwinannya bersama seorang ahli perniagaan bernama Rosland Othman , 47 yang memiliki jarak usia 20 tahun dengan pelakon jelita itu.

 

 

Malah dia juga didedahkan oleh individu yang mendakwa dirinya hidup bermadu dan berkahwin dengan suami orang walaupun masih muda dan berwajah cantik .

Selepas dua tahun melayari rumahtangga yang dilihat cukup bahagia selepas kehadiran anak pertama mereka , timbul pula dakwaan suami Miera dalam proses perceraian dengan isteri pertama baru – baru ini.

Tiada angin tiada ribut , Miera turut menjadi mangsa apabila dituduh menjadi punca rumah tangga suami dan madunya goyah dan akan bercerai dalam masa terdekat.

 

 

Ditanya berkenaan dakwaan tersebut , Miera akui dirinya terkejut dan tidak tahu menahu berkenaan perkara tersebut  malah tidak mahu memberikan sebarang komen dan kenyataan berkenaan perkara itu.

Namun mengetahui rumah tangga suami dengan madunya bermasalah tetapi memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaaan .

“Mana dengar cerita ini? Sejujurnya, saya tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga suami bersama madu,”

“Tetapi, saya tahu ramai sudah mendengar berita kemelut rumah tangga mereka. Tiada apa yang boleh saya komen dan kongsi, ia tiada kena mengena saya,” jelasnya .

Miera menyatakan dirinya lebih senang seandainya  perkara itu diselesaikan dengan baik antara suaminya dan ister ipertama kerana tidak mahu mengambil keputusan untuk mereka dan yakin mereka mampu membuat keputusan demi kebaikkan bersama.

 

Dia lebih mengambil berat soal anaknya yang sudah berusia satu tahun dan lebih menumpukan perhatian untuk dirinya dan kariernya yang masih menjadi kerjayanya.

“Bagi saya, itu urusan suami dan isterinya, biarlah mereka selesai dengan baik demi kebaikan bersama. Apa yang penting, saya fokus membesarkan anak, Rachel Aisyah yang baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 16 Mei lalu.

NAmun Miera tidak bersetuju jika dirinya sebagai masu dituduh atas apa yang berlaku antara suaminya dan madu dan mengakui dirinya tiada mengena dengan perkara tersebut.

“Rasanya tidak adil pasangan poligami bercerai, tetapi mahu menuding jari kepada madu. Apa yang saya tahu, rumah tangga mereka memang bermasalah, tetapi ia tiada kena dengan saya,”

“Apapun, keputusan suami dan madu, saya takkan sesekali masuk campur. Itu juga pilihan mereka disebabkan tiada jalan keluar dalam menyelesaikan kemelut yang berpanjangan,” katanya.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 26 Julai tahun 2020 dan kini sudah memiliki seorang cahaya mata perempuan yang berusia 1 tahun.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2022 22:05

Bantuan Kewangan BISTARI Untuk Anak Sabah 2022

Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) merupakan inisiatif di bawah Tabung Simpanan Pendidikan Anak Sabah.Bantuan berjumlah RM100 akan diberi kepada yang layak.Tujuannya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan, selain dari usaha memudahkan urusan rakyat di masa hadapan.

Baca juga:

Bantuan Kerajaan Sepanjang Tahun 2022Harga Eco Shop Naik Lagi Mulai 1 Jun 2022Tarikh Permohonan Dibuka:

Pemohonan dibuka untuk permohonan sehingga 31 Disember 2022.

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon:

Pemohon (Bayi) mestilah berstatus warganegara Malaysia.Pemohon mestilah lahir pada tahun 2022.Ibu/bapa/penjaga pemohon mestilah berasal dari Sabah.Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.Cara Permohonan:

Berikut adlaah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang BANTUAN IHSAN TABUNGAN PENDIDIKAN NEGERI 2022 (BISTARI).

Langkah 2: Atau muat turun borang permohonan.

Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar bersama dokumen-dokumen sokongan ke alamat:

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Facebook Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau hubungi di talian088-369872/ 012-8662419.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2022 21:18

Mohon Rumah SJKP Mudah Tanpa Slip Gaji

Berita baik, pekerja yang bergaji RM1,000 dan tidak mempunyai slip gaji boleh memiliki rumah sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP) ialah satu skim perumahan merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.

Baca juga:

Harga Eco Shop Naik Lagi Mulai 1 Jun 2022Peluang Bekerja Bersama Agro Bank 2022 Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat-syarat untuk memohon:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.Pemohon mestilah berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja).Pemohon mestilah bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.Tidak mempunyai rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Institusi Kewangan:

Berikut merupakan senarai bank yang terlibat dengan SKJP:

Affin Bank, Affin Islamic.Maybank, Maybank Islamic.Alliance Bank, Alliance Islamic Bank.Bank Muamalat.Bank Rakyat.Agro Bank.AmBank Group, AmIslamic Bank.Bank Islam BSN.Hong Leong Bank.Hong Leong Islamic Bank. Proses Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.

Langkah 2: Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.

Langkah 3: Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.

Langkah 4: Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Langkah 5: Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) atau hubungi di talian 03-2096 5000.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2022 20:34

Bangkit Selepas Ketinggalan, Manchester City Menjuarai EPL Dengan Penuh Dramatik!

Tahniah kepada Manchester Biru! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Manchester City melalukan keajaiban apabila bangkit pada lewat permainan dengan tiga gol dalam masa lima minit untuk menewaskan Aston Villa sekaligus memenangi Liga Perdana Inggeris.

Ketika ketinggalan, City kelihatan seperti sudah kehilangan peluang untuk menjadi juara tatkala Villa mendahului dengan dua jaringan gol mudah. Namun siapa sangka adegan dramatik berlaku dengan cukup pantas dalam masa yang singkat di Stadium Etihad.

City bermula dengan baik apabila melakukan serangan berbahaya melalui Phil Foden pada minit ke-24 namun sepakan beliau sedikit tersasar ke bahagian kiri gawang gol Villa.

Namun, tidak lama selepas itu Villa memberikan respon pantas melalui serangan bahagian kiri dengan hantaran silang bek kiri, Lucas Digne berjaya mendapatkan Matty Cash yang mudah menanduk masuk bola pada minit ke-37.

Asakan demi asakan dilakukan City namun buntu untuk menembusi pertahanan Villa sehingga wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan.

Babak kedua bermula dengan City melakukan serangan bertali arus namun Villa juga melakukan serangan balas yang sesekali mendatangkan bahaya kepada gawang City. Namun pada minit ke-69, Countiho berjaya menambah gol kedua Villa selepas bijak melepasi kawalan John Stones dan melepaskan rembatan deras.

Tetapi, tatkala penyokong City sudah mulai resah, pemain gantian Ilkay Gundogan berjaya mendapatkan gol kebangkitan pertama hasil tandukkan beliau selepas Sterling melakukan hantaran silang ke kawasan kotak penalti Villa pada minit ke-75.

Selang 3 minit kemudian, Zinchenko yang bijak mengatasi Cash telah melakukan hantaran kepada Rodri yang terus melakukan rembatan deras menewaskan penjaga gawang Villa, Olsen bagi menyamakan kedudukan 2-2 di minit ke-78.

Setelah harapan berjaya dihidupkan semula, minit ke-81 menjadi detik kebangkitan City apabila Gundogan menjaringkan gol ketiga serta gol kedua peribadi beliau malam itu dan menjadi wira kebangkitan dramatik City.

Aston Villa yang dipimpin bekas pemain Liverpool, Steven Gerrard terpaksa akur dengan kekalahan yang menyaksikan City menjadi juara Liga Perdana Inggeris buat kali ke enam dalam sejarah kelab.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2022 10:06

Diberikan “Keistimewaan”! Kini Kylian Mbappe Terus Kekal Bersama PSG!

Keluar masuk pemain kini ditangan Mbappe. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Kylian Mbappe telah menolak peluang untuk menyertai Real Madrid secara rasmi dan sebaliknya akan menandatangani kontrak baru tiga tahun di Paris Saint-Germain berikutan spekulasi perpindahan selama berbulan-bulan mengenai masa depannya.

Penyerang Perancis itu menelefon Florentino Perez iaitu pemilik Real Madrid pada pagi Sabtu tadi untuk memaklumkan keputusannya setelah memilih untuk tidak berpindah ke La Liga walaupun mengadakan perbincangan positif dengan juara Sepanyol itu hanya beberapa minggu lepas.

Mbappe dipercayai ingin menjelaskan kepada presiden Real mengapa dia memilih untuk kekal di kelab kelahiran halamannya sebelum ia memberitahu di media.

Difahamkan pemain berusia 23 tahun itu yang kontraknya di Parc des Princes akan tamat pada penghujung musim dilaporkan telah bersetuju dengan lanjutan kontrak lumayan sehingga 2025.

Rundingan berterusan sama ada akan mengandungi pilihan untuk lanjutan satu atau dua tahun. PSG dijangka mengumumkan perjanjian itu dalam beberapa tempoh akan datang. Ibu Mbappe bernama Fayza telah berkata pada hari Jumaat lepas bahawa anaknya telah menerima tawaran yang hampir sama daripada kedua-dua kelab.

Mbappe juga berkata minggu lalu bahawa keputusannya akan diumumkan sebelum beliau menyertai Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara pada Jun nanti. “Saya akan memberikan keputusan saya dengan cepat serta akan pastikan ia tamat. Pilihan saya hampir dibuat.” kata Mbappe.

Mbappe menyertai PSG dari Monaco pada tahun 2017 dalam perjanjian bernilai sehingga €180 juta dan telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.

PSG menolak beberapa tawaran dari Madrid untuknya pada musim panas lalu yang terakhir bernilai €200m pada hari tarikh akhir musim perpindahan dan telah cuba memujuknya untuk terus bersama kelab itu. Mbappe menjaringkan gol untuk PSG dalam kedua-dua perlawanan kekalahan Liga Juara-Juara mereka kepada Madrid musim ini.

Pengarah sukan PSG iaitu Leonardo, mengakui Ogos lalu bahawa Mbappe telah mahu pergi tetapi berkata tawaran awal Madrid tidak memenuhi penilaian mereka dan mereka tidak bersedia untuk menjalankan perpindahan pada minggu terakhir jendela itu.

Tetapi keputusan terbaru ini datang sebagai tamparan besar buat pasukan Carlo Ancelotti ketika mereka bersiap sedia untuk menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara minggu depan di kota kelahiran Mbappe.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2022 05:42

Red Bull Leipzig “Terkejut” Juara DFB-Pokal! Hanya Bermain Dengan Sepuluh Pemain!

Selagi belum masa penamat jangan pernah mengalah. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Sepuluh pemain RB Leipzig memenangi DFB-Pokal buat kali pertama dalam sejarah mereka menerusi penentuan penalti 4-2 ke atas Freiburg di Berlin semalam.

Freiburg yang beraksi di final utama buat pertama kali dalam sejarah kelab telah mendahului pada minit ke-19 hasil rembatan deras Maximilian Eggestein walaupun bola jelas terkena tangan Roland Sallai. Jaringan ini juga menjadi sejarah buat Freiburg dalam final pertama mereka.

Leipzig terpaksa bermain dengan 10 orang sejurus sebelum sejam masa permainan apabila Marcel Halstenberg menerima kad merah kerana menjatuhkan Lucas Holer.

Walaupun begitu, Leipzig seperti tidak patah semangat mencari gol apabila penyerang sensasi mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Christopher Nkunku. Pemain dan staff kejurulatihan Leipzig meraikan seperti sudah memenangi perlawanan.

Christopher Nkunku yang menyinar bersama Leipzig musim ini telah menjaringkan 35 gol dalam 52 perlawanan yang dimainkan oleh Leipzig dan menjadikan beliau salah satu prospek penting dalam bola sepak.

Kegagalan Freiburg dalam menyempurnakan sepakan penalti telah memakan diri apabila pemain Freiburg, Christian Gunter dan Ermedin Demirovic terlepas sepakan penalti dalam penentuan itu dan kegagalan itu membenarkan Leipzig menjulang piala DFB-Pokal tersebut.

Anak buah Domenico Tedesco telah tewas dua perlawanan akhir dalam tempoh tiga tahun yang lalu tetapi mereka akhirnya berjaya meraih trofi di Olympiastadion selepas bertahun-tahun membina semula pasukan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2022 05:14

Macam Bercinta! Ousmane Dembele Kini Dilamun Perasaan Perpindahan!

Ousmane Dembele mahu berhijrah? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Ousmane Dembele sedang mempertimbangkan untuk berpindah meninggalkan Barcelona tetapi Joan Laporta berharap pemain sayap itu akan membuat keputusan untuk kekal di Nou Camp.

Barcelona membayar wang yang banyak berjumlah £105 juta untuk menandatangani Dembele daripada Borussia Dortmund pada 2017 dengan kontrak lima tahun yang diterimanya akan tamat bulan depan.

Bayern Munich, Manchester United dan Chelsea dilaporkan berminat dengan pemain sayap yang memenangi Piala Dunia itu yang boleh didapatkan secara percuma.

Laporta mengakui bahawa Dembele tertarik dengan godaan kelab gergasi yang ditunjukkan kepadanya tetapi presiden Barcelona itu percaya dia boleh memilih untuk kekal di Camp Nou.

“Dia mahu kekal tetapi sangat tergoda dengan pilihan lain yang menawarkan syarat yang mungkin dianggap lebih baik daripada kami.” kata Laporta kepada Radio Catalunya.

“Tawaran itu sudah lama dibincangkan. Mereka akan bertindak balas apabila musim tamat. Kami ingin mendapatkan jawapan lebih awal tetapi kami tidak boleh memaksanya.”

“Jurulatih suka dia dan saya suka dia. Kami telah melakukan usaha yang sangat penting untuk memastikan dia kekal. Dia kelihatan sangat selesa dan mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang. Auba [Pierre-Emerick Aubameyang] telah datang dan mereka sangat rapat sebagai kawan.”

“Dia mempunyai wakil yang mengawal destinasinya tetapi saya harap dia kekal. Jika tidak, kami telah melakukan yang terbaik untuk memujuknya dan perlu melakukan sesuatu dengan mencari pemain baru yang akan mengukuhkan posisi yang dikosongkan itu.”

Pada musim ini, Dembele telah beraksi sebanyak 30 perlawanan untuk Barcelona dan telah menjaringkan 1 gol dan 13 bantuan gol.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2022 04:43

Mengakhiri Detik 42 Tahun, Eintracht Frankfurt Juara Liga Europa 2022!

Liga Europa 2022. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Frankfurt akhirnya mengakhiri detik 42 tahun dalam penantian menjadi juara eropah selepas masa tambahan dan penentuan sepakan penalti yang mendebarkan membenarkan Eintracht Frankfurt menewaskan Rangers FC 5-4 dalam penalti untuk menjadi juara Liga Europa 2022.

Perlawanan itu dimulakan tanpa jaringan pada separuh masa dengan pemain tengah dari Frankfurt Filip Kostic mempunyai salah satu peluang terbaik untuk gol pertama. Beliau menggelecek bola dari sepertiga akhir kawasan Frankfurt sendiri ke sepertiga terakhir kawasan Rangers dengan larian pantas tetapi rembatannya melayang jauh dari tiang gol kanan pada minit ke-32.

Bermula babak kedua, pada minit ke-57 gol pertama tiba. Penyerang Rangers Joe Aribo membuka jaringan selepas dua kesilapan pertahanan berturut-turut dari pertahanan Frankfurt. Aribo walaupun sedang jatuh tetap mampu menewaskan penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp untuk mendahului 1-0.

Namun Frankfurt tidak mengambil masa terlalu lama untuk bertindak balas. Penyerang Rafael Santos Borre menghulurkan kakinya ke arah bola hasil hantaran lintang Kostic dari sayap kiri dan menolak bila melepasi penjaga gol Allan McGregor untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-69.

Selepas jaringan tersebut, perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan dan Rangers hampir untuk meledak gol kemenangan pada minit ke-118 namun Ryan Kent gagal untuk menyempurnakan peluang keemasan selepas percubaannya berjaya ditepis Trapp yang juga bekas pemain Paris Saint Germain.

Selepas percubaan tersebut, perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan buntu untuk menambah gol.

Kini dalam penentuan penalti, kedua-dua pasukan menjaringkan tiga sepakan pertama mereka. Aaron Ramsey dari Rangers yang juga bekas pemain tengah Arsenal dan Juventus telah digantikan ke dalam permainan pada masa tambahan tetapi sepakan penaltinya di bahagian tengah berjaya diselamatkan oleh Trapp.

Namun wira Frankfurt iaitu Borre yang menjaringkan gol Frankfurt pada separuh masa kedua berjaya melakukan tendangan penalti ke sudut kiri atas untuk meraih kemenangan mutlak malam itu.

Ini adalah trofi Eropah pertama Frankfurt sejak 1980 yang datang dalam kejohanan ini apabila ia dipanggil Piala UEFA. Pasukan Jerman itu mencapai kejayaan itu dengan cara yang luar biasa dengan aksi tanpa kalah sepanjang kempen termasuk kemenangan ke atas Real Betis, Barcelona dan West Ham.

Rangers pula yang berasal dari Liga Perdana Scotland tidak pernah memenangi trofi Eropah sejak Piala Eropah diperkenalkan pada tahun 1971-72. Mereka juga pernah menjadi naib juara Piala UEFA 2007-08 sebelum ia dijenamakan semula kepada Liga Europa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2022 04:24

Harga Eco Shop Naik Lagi Mulai 1 Jun 2022

Akhir-akhir ini kita digembar-gemburkan dengan berita kemelosotan ekonomi, maka kita sedia maklum yang harga barangan akan meningkat naik.

Eco Shop juga antara kedai yang akan menaikkan harga barangan.

Baca juga:

Amar Asyraf Kahwin Lagi Untuk Kali KetigaKongsi Biodata Diri Di Media Sosial , Khairul Aming Dikhabarkan Sedang Cari JodohHarga Naik Lagi:

Eco Shop bakal menaikkan harga baharu RM2.40 di Semenanjung Malaysia, menerusi sekeping gambar yang tular di laman sosial yang berkongsi notis perubahan harga dipamerkan di salah sebuah cawangan di Subang Jaya.

Manakala bagi cawangan di Sarawak, harga akan dinaikkan dari RM2.40 kepada RM2.60 mulai tarikh yang sama.

“Kami memaklumkan bahawa mulai 1 Jun 2022, harga bagi setiap barangan di Eco-Shop akan ditukar daripada RM2.20 kepada RM2.40 disebabkan faktor peningkatan kos.

“Dengan itu, kerja-kerja perubahan harga di semua platform akan dilakukan secara berperingkat,” kata kenyataan dalam poster tersebut.

Pengguna Kecewa:

Rata-rata pengguna berasa kecewa kerana walaupun hanya naik RM0.20 bagi setiap barang, namun kadar itu tetap dapat dirasakan terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Kali terakhir notis perubahan harga Kedai Eco diumumkan adalah pada 1 Disember 2021, di mana harga mengalami kenaikan dari RM2.10 kepada RM 2.20 di Semenanjung manakala RM2.30 kepada RM2.40 di Sabah dan Sarawak.

Jadi, bagi anda yang masih nak beli barang dalam masa terdekat, bolehlah rancang perbelanjaan dan mungkin boleh beli lebih awal sebelum tarikh yang dinyatakan iaitu 1 Jun 2022 ini ya!

Sumber: Facebook

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2022 03:44

Peluang Bekerja Bersama Agro Bank 2022

Agro Bank telah membuka peluang permohonan untuk program Young Talent Program (YTP) Agro Bank bagi graduan yang ingin memulakan kerjaya dalam sektor perbankan.

Tujuan program Young Talent Program (YTP) ini adalah untuk memberi pendedahan awal bekerja dalam sektor perbankan serta diberi peluang kerjaya bersama Agro Bank sebaik menamatkan latihan.

Baca juga:

Bantuan Kerajaan Sepanjang Tahun 2022Tawaran Kerjaya Lepasan Diploma Di INSTEP PETRONASTarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka sehingga 31 Mei 2022 jam 5 petang.

Syarat kelayakan:

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan utuk permohonan:

Pemohon mestilah seorang graduan baru dengan pengalaman kurang daripada 2 tahun.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur maksimum 27 tahun pada tarikh diterima masuk.Pemohon mestilah Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan Kredit (kelebihan bagi dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Perbankan, Ekonomi, Pemasaran, Bisnes dan sebagainya).Pemohon mestilah minimum CGPA 3.50 dan ke atas.Pemohon mestilah minimum Band 4 dalam ujian Malaysian University English Test (MUET).Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang Agro Bank.

Langkah 2: Lengkapkan permohonan dengan melengkapkan semua butiran yang diminta.

Langkah 3: Klik butang Submit untuk menghantar permohonan anda.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Agro Bank atau hubungi di talian 1-300-88-2476.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2022 03:19

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.