Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 190

May 20, 2022

Video Individu Mirip Pelakon & Anak Pendakwah Terkenal Bercium Dengan Wanita ‘Viral’ Di Tik TOk

Baru – baru sebuah video telah tular di aplikasi popular , TikTok memperlihatkan seorang lelaki yang juga didakwa mirip seorang pelakon baru dan dikatakan anak kepada seorang pendakwah terkenal sedang melakukan aksi tidak senonoh.

Melalui rakaman tersebut lelaki tersebut dilihat sedang bermesra dan berciuman dengan seorang wanita berambut panjang yang berada disampingnya ketika itu.

Malah dilihat turut berpelukan dengan wanita tersebut sebelum menciumnya di bibir dan perkara itu telah disiarkan di media sosial dengan banyak tontonan .

Video yang berdurasi 26 saat berkenaan memperlihatkan akaun TikTok itu mempamerkan Instagram milik wanita berkenaan yang dipercayai adalah kekasih kepada pelakon baru terbabit kerana gambar mereka berdua digunakan sebagai gambar profil Instagram itu.

Terdapat banyak persoalan daripada netizen dan orang ramai mengenai video berkenaan dan berteka-teki tentang individu yang terdapat dalam video berkenaan.

Malah mempersoalkan tentang kesahihan video berkenaan atau hanyalah berwajah pelanduk dua serupa atau telah disunting agar mengaibkan individu tersebut dengan niat memalukannya.

Namun tiada pengesahan daripada mana-mana pihak berkenaan perkara tersebut dan pelbagai spekulasi telah dikatakan hingga ada yang menuduh video itu sengaja diviralkan untuk mempromosikan diri.

Tetapi ada juga menasihati perkara seperti itu tidak harus disebarkan kerana ianya aib diri sendiri dan tidak seharusnya dipamerkan kepada orang ramai kerana membuatkan banyak fitnah berlaku dan memalukan keluarga sendiri.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 20, 2022 00:56

May 19, 2022

Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu Sehingga RM1,000

Bantuan Persediaan oleh Yayasan Terengganu adalah satu pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu.Tujuannya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan kewangan tambahan untuk menampung kehidupan seharian.

Baca juga:

Program Selangor Saring : Bantuan Pengesanan Awal PenyakitJom Mohon Bantuan Kasih Bangsa Johor i-BERKATKadar Bantuan:

Berikut merupakan kadar bantuan yang ditawarkan:

Sekolah Berasrama Penuh: RM500.00.Sijil: RM500.00.Matrikulasi/ Asasi/ A-Level: RM500.00.Diploma: RM750.00.Ijazah Sarjana Muda:  RM1,000.00.Sarjana (Master): RM1,000.00.Doktor Falsafah (PhD): RM1,000.00.Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat permohonan:

Pemohon mestilah seorang anak kelahiran negeri Terengganu.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah telah mendaftar sebagai pemilih di dun negeri Terengganu.Ibu/bapa/penjaga pemohon yang bukan daripada rakyat Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapatkan surat pengesahan daripada majikan/wakil rakyat/penghulu mukim/ketua kampung.Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan, diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kursus pengajian sepenuh masa serta pemohon tidak bekerja.Program/Kursus Latihan Kemahiran tidak layak memohon bantuan persediaan.Tempoh Pengajian hendaklah tidak kurang dari SATU TAHUN.Pemohon mestilah berumur antara 25 hingga 30 tahun.Setiap pemohon hanya layak memohon SEKALI sahaja bagi setiap peringkat pengajian.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal Yayasan Terengganu

Langkah 2: Pilih permohonan baharu.

Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar permohonan selewat-lewatnya SEBULAN dari tarikh pendaftaran rasmi ke IPT (surat tawaran).

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Yayasan Terengganu atau hubungi di talian +609 622 1733.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2022 23:55

Tahap Kesihatan Kembali Merosot, Fungsi Jantung Tinggal 10 Peratus

Lama kita tidak mendengar berita tentang pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman. Siapa yang tidak kenal Bob Lokman yang aktif sejak 1988, menjadi hos Anugerah Industri Muzik (AIM), menghasilkan dua lirik lagu untuk Hattan iaitu Memburu Rindu dan Rendang Tidak Berbuah.

Baru-baru ini, Bob Lokman berkongsi keadaan terkininya yang  kesihatannya kembali merosot apabila cepat letih dan tidak mampu untuk bergerak aktif seperti selalu.

“Sejak dua hari lalu, saya mudah penat. Hendak bernafas pun tercungap-cungap. Disebabkan itu, saya perlu banyak berehat.

“Hari raya tempoh hari, saya banyak terbaring atas katil. Kalau hendak bangun pun, saya kena bergerak perlahan-lahan.

“Dari segi pemakanan, selera hendak makan itu ada tetapi kena kawal. Ini kerana proses penghadaman mengambil masa lama. Keadaan itu akan membuatkan saya berasa tidak selesa,” katanya.

Baca juga:

Program Selangor Saring : Bantuan Pengesanan Awal PenyakitJom Mohon Bantuan Kasih Bangsa Johor i-BERKATBob Tidak Putus Asa:

Pada 2020, Bob atau nama sebenar, Mohd Hakim Lokman, 58, pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung, di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Biarpun sudah berapa kali dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) disebabkan sakit jantung serta pelbagai komplikasi lain, penulis lirik Isabella dan Taman Rashidah Utama itu tetap bersemangat kental dan enggan menyerah kalah.

“Walaupun dalam keadaan seperti ini, saya tidak akan putus asa. Saya akan terus berikhtiar mengubati penyakit ini. Lagipun, apa pilihan yang saya ada. Selagi hidup, saya akan terus berjuang.

“Saya bersyukur kerana ada keluarga, isteri dan anak-anak yang tidak putus-putus memberi semangat dan sabar menjaga saya.

Sokongan Rakan Seperjuangan:

“Tidak lupa juga kawan-kawan yang terus memberi sokongan moral dan material sepanjang berdepan ujian Allah ini.

“Kesudian mereka yang sanggup datang dari jauh semata-mata kerana mahu menziarah saya, amat dihargai,” katanya yang kini menatap di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam perkembangan berkaitan, Bob yang menjalankan perniagaan menjual serunding mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin kerana sudi menghulurkan sumbangan memudahkan urusan pembelian alat bantuan pernafasan.

“Saya memang memerlukan mesin bantuan pernafasan. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri serta rakan industri termasuk Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) kerana sudi memberi sumbangan berbentuk wang untuk membeli mesin itu.

“Alhamdulillah, dengan bantuan kawan-kawan dan individu lain yang tidak saya kenali, sumbangan dihulurkan amat saya hargai.

“Sumbangan mereka itu dapat juga digunakan untuk menampung serba sedikit kehidupan kami sekeluarga” katanya.

Kesihatan Kian Merosot:

Sementara itu, mengulas lanjut keadaan kesihatan Bob, isterinya, Relawati Daud memberitahu, tahap penggunaan jantung Bob tinggal 10 peratus sahaja.

“Menurut doktor, tahap penggunaan jantung suami tinggal 10 peratus… Kita berserah sahajalah. Suami tidak boleh hendak bergerak aktif seperti sebelum ini… Kena banyak berehat.

“Kalau hendak pulih pun kena ambil masa dan perlu melalui pelbagai fasa. Kalau suami banyak bergerak, dia akan cepat letih.

“Selain perlu membuat rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, suami juga kena makan ubat. Rawatan susulan berikutnya adalah akhir bulan depan,” katanya.

April lalu, Bob dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang kerana berhadapan masalah buah pinggang.

Sumber: Berita Harian

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2022 22:54

Program Selangor Saring : Bantuan Pengesanan Awal Penyakit

Program saringan kesihatan ini membolehkan individu menjalani rawatan penyakit sedari awal sekaligus membantu meningkatkan peluang seseoran individu itu untuk sembuh.

Objektif program

Melalui program ini, penduduk Selangor yang layak dapat menjalani saringan kesihatan bagi tiga kategori penyakit berikut:

Penyakit tidak berjangkit termasuklah penyakit jantung, kencing manis, darahtinggi dan buah pinggang.Penyakit kanser termasuklah kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara.Penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina.Jenis-jenis penyakit disaring

Kategori A: Penyakit Tidak Berjangkit

JantungDarah TinggiKencing ManisBuah Pinggang

Kategori B: Kanser

KolorektalProstatServiksPayudara

Kategori C: Mata

RabunGlaucomaRetinaSyarat kelayakan

Untuk makluman, program ini bukanlah untuk kesemua rakyat Selangor sebaliknya individu-individu yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, faktor keturunan dan lain-lain.

Program ini juga boleh disertai oleh mereka yang masih belum dikenalpasti oleh doktor mempunyai penyakit yang dinyatakan untuk mendaftar ke Program Selangor Saring ini.

Sekiranya anda mempunyai ibu bapa atau kenalan yang tergolong dalam kategori individu yang layak untuk program saringan ini, sila maklumkan pada mereka untuk mendaftarkan diri.

Cara pendaftaran

Pendaftaran bagi program Selangor Saring ini boleh dibuat menerusi aplikasi SELangkah mulai 6 Mei 2022.

Program ini boleh didapati melalui laman sesawang rasmi program ini di alamat https://selangorsaring.selangkah.my/ 

Maklumat lanjutTalian Hotline Selcare di talian 1-800-22-6600Telegram Khidmat Pelanggan Selangkah di pautan https://t.me/SELANGKAHMY_bot
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2022 18:53

Jom Mohon Bantuan Kasih Bangsa Johor i-BERKAT

Berita Baik! Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah memperkenalkan inisiatif terbaharu bagi membantu golongan sasar iaitu Bantuan Kasih Bangsa Johor (i-BERKAT).

i-BERKAT ialah program yang menawarkan sumbangan kit kesihatan kepada mereka yang berisiko/menghidap Kencing Manis dan Darah Tinggi serta barang keperluan bagi pesakit kronik/terlantar.

Baca juga: Bantuan Pesawah RM200 Sebulan

Golongan Sasar

Golongan sasar yang akan menerima i-BERKAT adalah seperti berikut:

Golongan B40: Ibu tunggal/wanita berpendapatan rendah/bapa tunggal/belia/remaja/kanak-kanak.Orang Kurang Upaya (OKU)Warga emas dan penyakit kronik/terlantar.Dokumen Yang DiperlukanSalinan kad pengenalan/Mykid/surat beranak.Salinan rawatan perubatan/pengesahan rekod kesihatan oleh pegawai perubatan (jika sakit/terlantar).Syarat PermohonanTerbuka kepada semua warganegara Malaysia (B40, OKU, warga emas, pesakit kronik atau terlantar).Permohonan barang tertakluk pada kelayakan dan kelulusan.Cara Memohon

Permohonan i-BERKAT boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

Sila Klik pautan permohonan berikut iaitu https://forms.gle/haxhLCnqzHUTww2e8.Lengkapkan semua butiran permohonan yang ditetapkan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai i-BERKAT, sila hubungi pihat YPKDT di talian 07-2666526.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2022 18:33

Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan

Berita baik! Bantuan RM200 sebulan selama 6 bulan bagi pesawah telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan dalam majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 18 Mei 2022.

Baca juga: Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan tersebut adalah bantuan bagi menampung perbelanjaan harian golongan pesawah bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Bantuan tersebut adalah bagi tiga bulan bagi dua musim. Namun begitu, peruntukan bantuan kepada pesawah itu akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan diumum Oktober nanti.

Pengumuman tersebut sudah pasti memberikan khabar gembira dan kelegaan kepada golongan pesawah dalam mendepani kemelut peningkatan kos sara hidup dan kadar inflasi makanan yang melanda kini.

Semoga Bantuan ini dapat membantu anda semua.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2022 18:11

Bagaikan Aksi Final! Walaupun Kalah Ia Bermaruah, Syabas Harimau Muda!

Sukan Sea Hanoi. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Perit kekalahan perlu ditelan namun perjuangan masih belum selesai. Walaupun pingat emas tidak lagi dikejar namun pingat gangsa masih ada dan boleh menjadi pengubat duka.

Persembahan yang dipamerkan skuad bawah 23 tahun Malaysia malam tadi layak dipuji selepas mempamerkan disiplin bertahan yang baik dengan mengekang Vietnam menjaringkan gol yang banyak dilaman sendiri serta berjaya mengheret Vietnam ke masa tambahan.

Gol masa tambahan daripada Nguyen Thien Linh menyekat hajat skuad B-23 negara untuk ke final acara bola sepak Sukan SEA Vietnam selepas tewas 0-1 dalam aksi separuh akhir di Stadium Viet Tri, Phu Tho malam tadi.

Tanpa menggunakan kelonggaran tiga slot pemain lebih usia, skuad muda negara mempamerkan permainan disiplin sejak dari awal permainan dan kerap mengancam kubu lawan dengan serangan balas pantas dan sepakan penjuru.

Vietnam yang turut diperkuatkan dengan penyerang berusia 25 tahun, Thien Linh kelihatan seperti mati akal untuk menggugat pertahanan Malaysia dan hanya dapat melakukan satu percubaan tepat sepanjang 45 minit pertama.

Malaysia mendapat empat sepakan penjuru sepanjang babak pertama dan satu daripadanya hampir membutirkan jaringan tetapi sepakan jarak jauh Nik Akif Syahiran Nik Mat diselamatkan penjaga gol lawan.

Dengan aksi bertahan lebih ekstrem dalam separuh masa kedua, kepenatan mula membelenggu pemain-pemain negara sehingga ada di antara mereka mula mengalami kekejangan otot antaranya penyerang utama, Luqman Hakim Shamsudin.

Pun begitu, disiplin bertahan yang dipamerkan barisan bimbingan Brad Maloney itu masih di tahap tertinggi dan menyukarkan gerakan serangan tuan rumah.

Dengan keputusan terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan untuk menentukan pemenang.

Satu kesilapan daripada Quentin Cheng biarpun dia beraksi cemerlang sepanjang perlawanan telah memberikan ruang untuk Vietnam memperoleh gol kemenangan dimana Tien Linh menanduk masuk bola sepakan percuma ketua pasukannya, Do Hung Dung, untuk menewaskan Azri Ghani.

Malaysia kemudian meningkatkan asakan dalam memburu gol penyamaan tetapi hantaran terakhir kerap-kali mengecewakan.

Dengan kekalahan itu, skuad negara seterusnya akan berdepan Indonesia bagi perlawanan penentuan pingat gangsa pada 22 Mei hujung minggu ini manakala Vietnam pula akan menghadapi Thailand dalam aksi final di Stadium Nasional My Dinh pada hari yang sama.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2022 10:19

Amar Asyraf Dan Vivy Jeffry Sah Bercerai Talak Tiga

Setelah hampir tiga tahun hubungan pasangan ini dibiarkan tergantung tak bertali , isteri kedua kepada pelakon Amar mengakui lega selepas pengesahan lafaz cerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur berlaku juga akhirnya.

Vivy Jeffry yang merupakan isteri kedua kepada Amar mengakui dirinya bersyukur apabila pelakon itu akhirnya menyelesaikan konflik rumah tangga mereka dengan baik dan harmoni tanpa menjatuhkan sesiapa.

“Sejak diceraikan dengan talak tiga pada 4 November 2019, proses pengesahan di mahkamah tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana terdapat dokumen yang tidak lengkap selain banyak perkara yang berlaku daripada pihak Amar membuatkan mahkamah tidak memberikan keputusan rasmi berhubung perceraian kami”,

“Hari-hari saya lalui dengan penuh doa agar proses pengesahan lafaz cerai ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya mahu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. Saya sudah terlalu penat untuk menghadapi kehidupan yang tertangguh.

Merasa lega dan berharap akan hidup dengan lebih tenang dan tidak akan membangkitkan lagi kisah antara mereka selepas perkara ini berlaku dan akan membina hidup baru pada masa akan datang.

Malah mengakui dirinya tidak bersedih atau kecewa dengan keputusan yang dibuat dan menyatakan dirinya akan lebih memberikan fokus untuk membesarkan anak mereka dan masa depannya.

“Saya mahu hidup dengan tenang dan enggan menoleh segala hal yang berlaku antara saya dan Amar sebelum ini. Semuanya sudah berakhir hari ini. Saya lega apabila pengesahan lafaz cerai talak tiga sudah selesai dengan baik walaupun terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang,” katanya.

Berkaitan dengan hak penjagaan anak pulak mereka akan membincangkan perkara tersebut selepas ini dan akan membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan anak tunggal mereka iaitu Mikhail.

“Sebelum ini, Amar ada beritahu dia akan membincangkan mengenai anak pula selepas kes ini selesai tapi saya anggap itu cuma untuk menyedapkan hati saja”

“Saya berharap dia dapat berfikir apa yang baik untuk kehidupan kerana hidup kita tak lama lambat laun kita akan pergi selamanya”

“Insya-Allah sebagai ibu saya sentiasa memberikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia sudah bersama saya sejak isu ini berlaku dan dialah tempat saya berkongsi rasa dan cinta,” jelasnya lagi.

Pasangan ini juga tidak pernah memburukkan mana-mana pihak dan hanya mengumumkan penceraian mereka kepada media dengan baik dan perpisahan juga dilakukan dengan baik tanpa ada pergaduhan atau salah faham.

Amar kini masih giat berlakon dan bakal muncul dalam beberapa drama terbaru malah sangat sibuk dalam menjalankan perniagaan terbaru miliknya yang banyak mendapat sambutan daripada orang ramai.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2022 03:58

Sewa Rumah IKRAM KPKT Hanya RM124 Sebulan

Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) merupakan inisiatif KPKT.

Tujuannya adalah untuk membantu mereka yang tidak ada tempat kediaman untuk golongan B40 terkesan dengan pandemic Covid-19.

Contohnya, kehilangan pendapatan / kurang pendapatan dan kehilangan jawatan dan mengakibatkan situasi terpaksa keluar dari rumah sewa berlaku kerana tak mampu membayar sewa rumah.

Baca juga:

Skim Pembiayaan Hafiz Untuk Pelajar Tahfiz 2022Ustaz Kazim Elias Mohon Bantuan Orang Ramai Carikan PenawarKadar Sewa:

Kadar sewaan minimum adalah RM124 Sebulan.

Senarai PPR Yang Terlibat:

Rumah IKRAM KPKT terdapat di lokasi:

PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur.PPR Lembah Subang 2, Selangor.PPR Amanjaya, Kedah.PPR kota Setar, Kedah.PPR Sinar Intan 3, Kedah.PPR Kota Bharu, Kelantan.PPR Gua Musang, Kelantan.PPR Sg. Melana 2 Johor. Ciri-Ciri Rumah PPR:

Berikut adalah ciri-ciri rumah PPR:

Kawasan bandar besar, jenis rumah adalah bertingkat antara 5 hingga ke 18 tingkat.Kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres.Keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.Struktur binaan rumah adalah terdiri daripada 3 bilik tidur , 1 ruang tamu ,1 ruang dapur dan 2 bilik airKemudahan asas. Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

Pemohon serta pasangan mestilah warganegara Malaysia.Permohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.Pemohon adalah mereka yang tidak memiliki rumah / rumah sedia ada telah dilelong / tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah / seumpamanya.Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM3,000 sebulan. Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang TEDUH.

Langkah 2: Pilih Permohonan Rumah IKRAM KPKT.

Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar permohonan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal TEDUH atau hubungi di talian 03-8891 4475.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2022 03:46

May 18, 2022

Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) – Minima PT3/PMR

Permohonan Jawatan Negeri Kedah di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Penolong Jurutera
2. Penolong Pegawai Seni Bina
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
4. Pembantu Awam

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 30 Mei 2022 (Isnin)
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,218.00 – RM5,701.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 18, 2022 23:39

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.