Amar Asyraf Dan Vivy Jeffry Sah Bercerai Talak Tiga

Setelah hampir tiga tahun hubungan pasangan ini dibiarkan tergantung tak bertali , isteri kedua kepada pelakon Amar mengakui lega selepas pengesahan lafaz cerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur berlaku juga akhirnya.

Vivy Jeffry yang merupakan isteri kedua kepada Amar mengakui dirinya bersyukur apabila pelakon itu akhirnya menyelesaikan konflik rumah tangga mereka dengan baik dan harmoni tanpa menjatuhkan sesiapa.

“Sejak diceraikan dengan talak tiga pada 4 November 2019, proses pengesahan di mahkamah tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana terdapat dokumen yang tidak lengkap selain banyak perkara yang berlaku daripada pihak Amar membuatkan mahkamah tidak memberikan keputusan rasmi berhubung perceraian kami”,

“Hari-hari saya lalui dengan penuh doa agar proses pengesahan lafaz cerai ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya mahu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. Saya sudah terlalu penat untuk menghadapi kehidupan yang tertangguh.

Merasa lega dan berharap akan hidup dengan lebih tenang dan tidak akan membangkitkan lagi kisah antara mereka selepas perkara ini berlaku dan akan membina hidup baru pada masa akan datang.

Malah mengakui dirinya tidak bersedih atau kecewa dengan keputusan yang dibuat dan menyatakan dirinya akan lebih memberikan fokus untuk membesarkan anak mereka dan masa depannya.

“Saya mahu hidup dengan tenang dan enggan menoleh segala hal yang berlaku antara saya dan Amar sebelum ini. Semuanya sudah berakhir hari ini. Saya lega apabila pengesahan lafaz cerai talak tiga sudah selesai dengan baik walaupun terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang,” katanya.

Berkaitan dengan hak penjagaan anak pulak mereka akan membincangkan perkara tersebut selepas ini dan akan membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan anak tunggal mereka iaitu Mikhail.

“Sebelum ini, Amar ada beritahu dia akan membincangkan mengenai anak pula selepas kes ini selesai tapi saya anggap itu cuma untuk menyedapkan hati saja”

“Saya berharap dia dapat berfikir apa yang baik untuk kehidupan kerana hidup kita tak lama lambat laun kita akan pergi selamanya”

“Insya-Allah sebagai ibu saya sentiasa memberikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia sudah bersama saya sejak isu ini berlaku dan dialah tempat saya berkongsi rasa dan cinta,” jelasnya lagi.

Pasangan ini juga tidak pernah memburukkan mana-mana pihak dan hanya mengumumkan penceraian mereka kepada media dengan baik dan perpisahan juga dilakukan dengan baik tanpa ada pergaduhan atau salah faham.

Amar kini masih giat berlakon dan bakal muncul dalam beberapa drama terbaru malah sangat sibuk dalam menjalankan perniagaan terbaru miliknya yang banyak mendapat sambutan daripada orang ramai.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2022 03:58
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.