Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 193

May 17, 2022

TASKA Punca Penularan Penyakit Berjangkit HFMD

Kini kita digemparkan dengan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di kalangan kanak-kanak.Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjangkakan peningkatan kes HMFD akan berlaku apabila sektor pendidikan dibuka dan kanak-kanak kembali ke sekolah dan TASKA.Katanya, sejak awal tahun ini hingga semalam, kes HFMD mencatatkan peningkatan apabila merekodkan sebanyak 28,957 kes di seluruh negara pada minggu epid ke-19 dan secara perbandingan untuk keseluruhan tahun lalu hanya 4,239 kes.Baca juga:Mira Filzah Dan Emir Dedah Nama Putera SulungEllie Suriaty Dan Azri Iskandar Sah Bercerai , Selepas 19 Tahun BersamaWajarkah Taska Ditutup?:Terdapat juga khabar angin yang menyatakan bahawa Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menentukan sama ada terdapat keperluan menutup sesebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) susulan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Memang peningkatan kes agak mendadak tetapi dijangkakan kerana sepanjang tahun lalu banyak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh keluar, sekarang ini dibenarkan keluar, lebih-lebih lagi dibuka dengan sektor pendidikan dan sebagainya maka kes HFMD akan meningkat.

“Namun untuk menentukan keperluan atau kewajaran menutup TASKA atau TADIKA akan ditentukan oleh PKD dan sekiranya keadaan memerlukan penutupan, keputusan akan dibuat di peringkat PKD,” katanya.

Kes HFMD Meningkat:

Dalam laporan media sebelum ini, KKM merekodkan sebanyak 22,463 kes penyakit HFMD pada Minggu Epid 17/2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, ia membabitkan peningkatan sebanyak 12.8 kali ganda berbanding tempoh sama pada tahun 2021 dengan hanya mencatatkan 1,752 kes.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kerjasama semua pihak penting dengan memastikan premis dalam keadaan bersih selain orang ramai sentiasa peka terhadap penyakit endemik yang lain seperti demam denggi dan HFMD.

Beliau bagaimanapun berkata, KKM akan mengawal penularan wabak berkenaan melalui hebahan kepada orang ramai mengenai titik panas HMFD ini dan ia boleh dilihat melalui aplikasi MySejahtera terhadap keadaan kes berkenaan di sesuatu kawasan.

Jaga Kebersihan:

“KKM ingin memaklumkan terutamanya kepada ibu bapa gunalah ciri penyakit berjangkit dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapat tahu jumlah kes di kawasan berhampiran masing-masing. Sekiranya tinggi berhati-hatilah dan perlu berwaspada.

“Sentiasalah menjaga kebersihan diri kerana mungkin selama dua tahun ini kita tak fikirkan penyakit berjangkit yang lain, kita beri tumpuan pada penyakit COVID-19.

“Namun hakikatnya, memang ada secara endemik penyakit-penyakit lain seperti denggi, HFMD dan sebagainya. Jadi jangan kita lupa dengan adanya COVID-19 dan sudah dapat diurus dengan baik, kita kembali semula berdepan dengan penyakit-penyakit yang lain,” katanya.

Khairy berkata, kes HMFD akan naik turun dari semasa ke semasa dan kes dapat dikawal jika ada kesedaran terhadapnya.

“Disebabkan kehidupan yang kembali normal dan ini adalah sebahagian daripada pergerakan manusia,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2022 00:06

May 16, 2022

Ac Milan Semakin Hampir Dengan “Scudetto” Seria A!

Ac Milan perlukan satu lagi kemenangan. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Gol daripada Rafael Leao dan Theo Hernandez meletakkan Milan di ambang kejuaraan Serie A pertama mereka dalam tempoh 11 tahun apabila anak buah Stefano Pioli meraih kemenangan 2-0 ke atas Atalanta. Barisan pertahanan yang ampuh turut membawa petanda juara.

Selepas kedua-dua pasukan bergelut untuk mencipta peluang yang jelas pada separuh masa pertama, Leao berjaya menemui ruang untuk membuka jaringan dan Hernandez menamatkan permainan dengan larian yang luar biasa dengan penyudah kaki kiri yang baik untuk mencetuskan suasana gembira di San Siro.

Hanya satu lagi perlawanan untuk Milan menjuarai scudetto. Musim yang gemilang, hanya dengan satu lagi kemenangan bisa memberi penamat paling bermakna.

Mempunyai kelebihan perlawanan ke atas Inter, Rossoneri memerlukan perlawanan terakhir untuk disahkan sebagai juara apabila Nerazzurri terus memberikan tekanan apabila melakar kemenangan ke atas Cagliari malam tadi dengan jaringan 1-3 di tempat lawan.

Pasukan Stefano Pioli akan dinobatkan sebagai juara dengan mengelak kekalahan di Sassuolo pada hari terakhir musim ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2022 23:54

Luis Suarez Tidak Lagi Bersama Atletico Madrid Pada Musim Hadapan!

Terima kasih Luis Suarez! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Luis Suarez bakal meninggalkan Atletico Madrid pada penghujung musim selepas dua tahun beraksi di Wanda Metropolitano selepas perkara itu diumumkan gergasi LaLiga semalam.

Bekas penyerang Barcelona dan Liverpool itu menyaksikan Suarez menghadirkan inspirasi musim lalu apabila membantu skuad kendalian Diego Simeone merangkul gelaran LaLiga.

Ia merupakan musim pertama Atletico selepas Suarez meninggalkan Barcelona dan menamatkan saingan 32 perlawanan liga dengan 21 gol.

Pemain berusia 35 tahun itu tidak lagi menghadirkan impak sama pada musim ini walaupun berjaya merekodkan dua angka jaringan dan bakal berhijrah penghujung musim ini.

Pengesahan datang apabila Atletico berkata sebelum pertembungan malam Ahad dengan Sevilla bahawa ia akan menjadi perlawanan terakhir di laman sendiri untuk kelab itu untuk Suarez dan Hector Herrera yang pada Mac bersetuju perpindahan akhir musim ke Houston Dynamo.

Atletico dalam satu kenyataan di Twitter berkata, “Wanda Metropolitano akan memberi penghormatan kepada Luis Suarez dan Hector Herrera yang mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Merah Putih.”

Presiden kelab, Enrique Cerezo, memuji impak Suarez terhadap kelab ketika pemain veteran Uruguay itu menghampiri penamatan kontrak dua tahunnya. Cerezo berkata, “Luis Suarez adalah pemain yang hebat dan seorang yang hebat. Dia berhak mendapat segala-galanya di kelab ini dan akan sentiasa mendapat tempat yang sangat bersinar. Di muzium dan di mana-mana bahagian stadium ini, Luis Suarez akan sentiasa diingati. ”

Dipetik oleh AS, Cerezo menambah: “Kami akan mempunyai kenangan indah tentangnya. Dia adalah pemain yang hebat dan dia adalah salah seorang yang telah menggapai kejuaraan Liga.”

Suarez baru-baru ini dikaitkan dengan kepulangan mengejut ke Barcelona semula di mana dia menduduki tempat ketiga penjaring gol terbanyak dalam sejarah kelab dan berada di belakang Lionel Messi dan Cesar Rodriguez.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2022 23:37

Ellie Suriaty Dan Azri Iskandar Sah Bercerai , Selepas 19 Tahun Bersama

Perkahwinan yang dibina atas dasar suka sama suka bagi pasangan selebriti terkenal Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar kini sudah berakhir apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pagi ini.

Perbicaraan yang berlaku sekitar pukul 9.34 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini dilihat terjadi dalam suasana penuh kesedihan dan hiba apabila Azri melafazkan talak satu pada Ellie.

Dalam satu kenyataan , Ellie, 52, dengan jujur memberitahu keputusan untuk berpisah itu adalah atas permintaannya dan sudah memikirkan perkara itu selama beberapa tahun sebelum membuat keputusan besar tersebut.

Malah menurut sumber yang dipercayai memberitahu yang Ellie sudah memohon penceraian keatas suaminya itu sejak bulan Ramadhan lagi dan kini keputusan telah disahkan  oleh pihak makhamah.

Ellie juga mengakui bahawa hubungan mereka sudah tiada punya persefahaman selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan yang terlihat cukup bahagia dan sempurna.

“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.

 

Tidak pernah memburukkkan suami malah berterima kasih dengan detik-detik indah dan kenangan indah bersama dengan suaminya dan mengakui tentang kebaikkan suaminya itu.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri,” ujarnya.

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.”

“Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya lagi.

Dalam pada itu tiada hantaran atau pengumuman yang dibuat oleh pasangan ini di media sosial milik mereka dan masih memilih untuk mendiamkan diri agar tidak mengeruhkan keadaan.

Pasangan ini berpisah secara baik dan tidak memburukkan mana – mana pihak disebabkan  perpisahan ini dan memilih jalan untuk manjalani hidup yang baru dengan lebih baik dan lancar tanpa gosip yang buruk demi menjaga nama baik.

Malah dua cahaya mata tetap akan mendapatkan perhatian dan kasih sayang tanpa berbelah bahagi daripada Ellie dan Azri yang mana mereka telah sepakat, biarlah status mereka sebagai suami isteri sahaja digugurkan namun kedudukan sebagai ibu dan ayah akan kekal selamanya.

“Saya amat-amat menghormati Azri sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang ayah kepada anak-anak kami. Dia begitu matang mengendalikan kemelut rumah tangga kami dan Alhamdulillah, perceraian antara kami berlangsung dalam suasana yang sangat murni tanpa sebarang masalah.

Pasangan Ellie dan Azri telah berkahwin pada 2003 dah hasil perkongsian hidup hampir dua dekad, pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13

Tetapi anak kedua mereka, Nur Aliah Omar Iskandar meninggal dunia selepas 15 minit dilahirkan, manakala anak keempatnya, Ahmad Muhammad Iskandar meninggal dunia dalam kandungan berusia lima bulan ketika penggambaran filem Penanggal.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2022 23:02

Penentuan Sepakan Penalti Yang Mendebarkan, Jurgen Klopp Bangga Dengan Anak Buahnya!

Piala FA, Chelsea lwn Liverpool. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Selepas menewaskan Chelsea menerusi penalti, Liverpool meraikan Piala FA tersebut dengan mentaliti yang mahu menjadi juara setiap pertandingan yang disertai. Jika berjaya, impian menjadi kelab yang memenangi “quadruple” semakin hampir.

Jurgen Klopp juga memuji kedua-dua pasukan Liverpool dan Chelsea kerana menjadi “mentaliti gergasi” yang diterapkan selepas penentuan sepakan penalti akhir Piala FA yang epik walaupun Thomas Tuchel dalam keadaan sedih bangga dalam masa yang sama.

Liverpool melengkapkan sapuan bersih piala domestik dengan satu lagi kemenangan dramatik ke atas Chelsea menerusi penentuan penalti di Wembley sebaik Kostas Tsimikas menyempurnakan sepakan penalti selepas percubaan Mason Mount diselamatkan oleh Alisson.

Kejayaan Liverpool terganggu dengan kecederaan dialami oleh Mohamed Salah dan Virgil van Dijk yang berpotensi merosakkan harapan mereka untuk kejuaraan empat kali ganda yang belum pernah dicapai pasukan lain sebelum ini.

Ini termasuk dengan usaha mengejar kejuaraan Liga Perdana mereka yang akan diteruskan pada hari Selasa bertemu Southampton dan final Liga Juara-Juara mereka dengan Real Madrid pada Mei 28.

“Sungguh luar biasa, ia adalah perlawanan yang luar biasa serta sengit menentang Chelsea. Mereka sepatutnya layak mendapatkan Piala FA dengan cara yang sama seperti dalam Piala Carabao. Begitulah kecilnya margin kemenangan kami.”

“Saya tidak boleh lebih berbangga dengan pemain-pemain saya diatas perubahan yang mereka lakukan serta betapa kuatnya mereka berjuang dalam perubahan awal. Saya rasa Virgil dalam keadaan baik tetapi ototnya cedera.”

“Semua perkara ini menerusi peluang terbaik untuk mengatasi momen terbaik dari Chelsea dan kemudian mempunyai momen yang sangat baik untuk diri kita sendiri.”

“Kemudian dalam penentuan sepakan penalti ia sangat mendebarkan. Kuku saya hilang tetapi saya benar-benar memahami Chelsea. Untuk kali kedua 120 minit dan anda tidak mendapat apa-apa kemenangan, itu terlalu sukar. Tetapi bagi kami saya cukup gembira.”

“Kami mempunyai mentaliti gergasi tetapi ada juga mentaliti gergasi berbaju biru. Ia dibezakan hanya dengan satu penalti. Chelsea bermain dengan cemerlang tetapi pada akhirnya mesti hanya satu pemenang dan itu adalah kami hari ini.” Ujar Klopp kepada BBC Sport.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2022 22:55

Kemasukan Ke Kolej Yayasan Felda Kini Dibuka

Kolej Yayasan Felda ambilan Mei & Jun 2022 kini dibuka untuk pengambilan.

Peluang ini terbuka kepada semua yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat Diploma.

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada warga felda dan juga bukan warga felda yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat diploma.

Peluang keemasan ini dibuka kepada pelajar yang berminat dalam mempelajari kemahiran dan akan diajar dalam bidang seperti Masakan, Pastry, Catering, Pengurusan Pengacaraan, Jahitan, Pengursan Pejabat dan Kursus Kesihatan.

Baca juga:

Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2022 Khas Bagi Pelajar TahfizBMW Malaysia NEXTStep: Program subsidi kerusi bayi dan kanak-kanak B40Lokasi Kolej Yayasan Felda:

Berikut merupakan lokasi Kolej Yayasan Felda:

Pahang, Felda Wilayah Mempaga.Negeri Sembilan, Felda Wilayah Raja Alias.Perak, Felda Wilayah Trolak.Program Yang Ditawarkan:

Berikut merupakan tawaran program yang terdapat di setiap lokasi:

1)Kolej Yayasan Felda Pahang

Kolej ini menawarkan 9 kursus kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia iaitu :

Diploma:

Perkhidmatan Penyediaan dan Pembuatan Makanan.Pengurusan Bahagian Makanan dan Minuman.

Sijil:

Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Tahap 2 dan 3).Operasi Servis Makanan dan Minuman (Tahap 2 dan 3).Pembuatan Pastri (Tahap 2 & 3).Koordinasi Pengurusan Acara.

2) Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan

Kolej ini menawarkan 8 kursus kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, dan Kursus Intensif Bahasa Inggeris dengan kerjasama City & Guilds, UK.

Diploma:

Pentadbiran Fesyen dan Pakaian.Pengurusan Pentadbiran.

Sijil:

Pembuatan Pakaian Wanita (Tahap 2 &3).Pembantu Dialisis (Tahap 1 dan 2).Pengurusan Pejabat (Tahap 2 dan 3).Penyeliaan dan Jahitan Pakaian Lelaki (Tahap 3).Penyeliaan Pembantu Dialisis (Tahap 3).

3) Kolej Yayasan Felda Perak

Kolej Yayasan_Felda_Perak, Felda Wilayah Trolak menempatkan pelajar yang ingin mengikuti Kursus Insentif Bahasa Inggeris untuk tingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris buat para pelajar lepasan sekolah untuk persediaan di peringkat lebih tinggi.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

Langkah 1: Layari laman sesawang Yayasan Felda.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Tekan Daftar.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Yayasan Feldaatau hubungi di talian 03-2693 4224.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2022 21:09

MK Tayang Kekasih Buat Ramai Wanita Patah Hati , Kekasih Pulak Anak Orang Kenamaan Pahang

Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan tentang kemesraan penyanyi rap popular MK (K-Clique) yang sedang berjalan sambil memegang tangan seorang wanita cantik.

Pasangan kekasih itu kelihatan hadir bersama pada satu majlis hari raya dengan berpakaian sedondon dan dilihat begitu senang di samping MK.

Sebelumnya MK pernah berkongsi gambar bersama wanita tersebut dengan caption hati telah dimiliki dan kini terus memamerkan kemesraan mereka di hadapan orang ramai.

Malah, MK juga turut senang memuat naik beberapa posting daripada netizen yang merakam aksi tersebut di akaun sosial miliknya.

Melalui siasatan netizen , identiti wanita itu dikenali sebagai Hajar Siti yang mana wanita tersebut dikatakan berasal daripada keluarga ternama dari Kuantan, Pahang.Dalam pada itu , terdapat banyak komen positif daripada peminat dan netizen tentang keakraban mereka dan juga indentiti wanita tersebut yang dikatakan cantik dan lemah lembut.

“Hajar ni cantik tau, lemah lembut. Low profile walaupun emak bapa dia orang ternama dia punya low profile kawan-kawan saja yang tahu.

“Dulu Hajar post dengan close friend je. Sekarang dah tak payah close friends,” tulis netizen.

Tidak kurang juga yang mendakwa pasangan ini sudah bernikah secara sembunyi tetapi tidak mengumumkannya di media sosial atas sebab peribadi.

Namun Mk hanya berdiam diri tidak memberikan apa- apa komen berkenaan perkara tersebut dan masih tidak memberikan reaksi tentang  perkara berkenaan yang mana ia berkemungkinan hanya dakwaan daripada netizen.

Malah ada juga peminat yang meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila mengetahui penyanyi dan juga pelakon pujaan mereka itu itu sudah pun berpunya.

Mk kini sedang dalam pengambaran untuk drama terbarunya yang bakal disiarkan tidak lama lagi dan masih bergiat aktof dalam dunia seni dengan pelbagai cabang yang diceburi demi menimba ilmu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2022 21:08

Mira Filzah Dan Emir Dedah Nama Putera Sulung

Semalam genap 7 hari pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar menimang cahaya mata sulung. Mereka sepakat menamakan anak nama mereka dengan nama Wan Khair Amir.

Menerusi perkongsian di instagram miliknya dan suami, Mira dan Emir memaklumkan nama anak lelaki mereka diambil bersempena nama bapa kepada Emir iaitu Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar serta gabungan nama mereka berdua.

“Hari ini (16 Mei 2022) hari ketujuh bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami sebagai Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

Baca juga:

Setelah 4 TAhun Berkahwin , Akhirnya Mona Allen Hamil Anak PertamaRuhainies Serik Dan Tak Mahu Kongsi Kisah Tentang Mr E LagiTahnik Dan Nama:

“Wan Khair Amir. ‘Khair’ membawa maksud ‘baik’ atau ‘elok’ yang diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). ‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah’ atau ‘pemimpin’ yang diambil daripada gabungan nama kami berdua, Emir dan Amirah,” katanya.

Dalam hantaran sama, Mira dan Emir turut berkongsi tentang amalan sunnah iaitu ‘tahnik’ terhadapnya yang telah disempurnakan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don.

Sementara itu, Mira dan juga Emir turut berharap agar cahaya mata mereka dapat membesar dan menjalani kehidupan yang baik di dunia serta menjadi anak yang soleh.

“Kami akan usaha dan bertawakal kepadaMu agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumiMu.

“Membesar sebagai anak yang baik dan soleh serta menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Amin.

Doa Dan Ucapan Tahniah:

Perkongsian tentang nama anak mereka itu turut mendapat doa dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis termasuk peminat Mira.

“Syukur kehadratNya. Wan Khair Amir semoga mendapat berkat dan menjadi khalifah yang soleh,” ujar pelakon Lisa Surihani.

“MasyaAllah semoga menjadi anak yang soleh,” kata penyanyi Ernie Zakri.

“Sedapnya nama! Tahniah,” ucap pelakon dan juga penyanyi Janna Nick.

Info Tambahan:

Mira selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 10 Mei lalu di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, telah mendirikan rumah tangga bersama Emir, 30, pada 3 September 2020.

Sumber: KOSMO! ONLINE

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2022 20:51

BMW Malaysia NEXTStep: Program subsidi kerusi bayi dan kanak-kanak B40

BMW Group Malaysia telah mengumumkan program Subsidi NEXTStep dengan menawarkan kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi penuh kepada ibu bapa dalam kumpulan B40 bersempena rakan kongsi jangka panjang Safe ‘n Sound.

Syarat Kelayakan

Program Subsidi NEXTStep oleh BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound layak untuk mereka yang:

Bakal menerima bayi baruBerat anak sehingga 36 kgPendapatan isi rumah bulanan bawah RM 3,500Tarikh Permohonan

Permohonan ini dibuka mulai 10 Mei hingga 22 Mei 2022.

Baca juga: Permohonan & Rayuan Subsidi Carseat MyCRS 

Cara Memohon

Ibu bapa boleh mendaftar untuk mendapatkan subsidi kerusi kereta kanak-kanak tersebut di laman web Safe ‘n Sound.

Bagi ibu bapa yang layak, tarikh, masa dan lokasi atau status penghantaran tempat duduk itu akan dimaklumkan kepada mereka oleh Safe ‘n Sound melalui WhatsApp.

Lokasi Pengambilan Kerusi Kereta Kanak-kanakBagi mereka yang telah layak, lokasi pengambilan adalah di Alam Perdana Industrial Park, Puchong.Penerima perlu membawa kad pengenalan bersama, semasa mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak baru anda.Penerima di luar Lembah Klang perlu kongsi alamat untuk penghantaran kerusi keselamatan kanak-kanak.Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan tentang Program Subsidi NEXTStep, sila hantar e-mel ke programcsr@safensound.com.my atau layari laman we rasmi Safe n’ Sound.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2022 19:10

May 15, 2022

Ruhainies Serik Dan Tak Mahu Kongsi Kisah Tentang Mr E Lagi

Pelakon jelita Ruhainies yang diketahui telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr E dan mereka sudah lama menjalinkan hubungan .

Namun baru- baru ini hubungan mereka semakin sunyi dan tidak pernah dikongsi lagi gara – gara gosip liar tentang Ruhainis dan juga Zul Ariffin semakin menular media sosial.

Tetapi Ruhainis sudah tampil menjelaskan tentang hubungannya dengan Zul Ariffin yang dikatakan hanya berkawan rapat dan tidak mempunyai hubungan istimewa .

Dalam perkembangan terbaru , Ruhainis menjelaskan bahawa dirinya sudah serik dan nekad untuk tidak lagi berkongsi kisah cintanya bersama Mr E untuk tatapan media .

Keputusan itu dilakukan selepas banyak belajar daripada pengalaman dan kesilapan sebelumnnya yang banyak mempengaruhi kerjayanya sebagai pelakon terkenal tanah air.

Dia juga menjelaskan yang dirinya lebih berhati – hati di masa hadapan apabila berkongsi tentang kisah hidupnya dan hanya akan berkongsi tentang hal kerjayanya di media sosial tanpa membabitkan orang terdekat.

“Saya banyak belajar daripada pengalaman sebelum ini. Mungkin dulu saya sering berkongsi mengenai kekasih hati kerana dia adalah cinta pertama saya.

“Tipulah kalau saya tak teruja dan gembira berkongsi rasa hati yang berbunga-bunga. Namun, semakin menginjak usia, semakin saya sedar ada perkara yang perlu saya simpan.

“Jadi, sekarang ini saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan perkara berkaitan bidang hiburan. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya.

Ruhainies juga berkongsi tentang jodoh dan hanya menyerahkan soal jodohnya kepada Allah tetapi sangat mengharapkan jodoh yang terbaik  dalam hidupnya.

“Saya tak mahu ulas mengenai kisah cinta dan jodoh. Biarlah saya dan keluarga saja tahu. Saya serahkan kepada Allah kerana Dia lebih tahu. Doakan saya dikurniakan jodoh yang terbaik,” katanya.

 

Ruhainies tidak hanya berjaya sebagai pelakon yang dikenali ramai malah sering  menjadi duta bagi beberapa projek besar malah menceburi bidang perniaagaan dan mempunyai produk sendiri yang dipasarkan di Malaysia dan mendapat sambutan ramai.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 15, 2022 22:30

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.