Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 194
May 15, 2022
Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1.Penolong Pegawai Penyelidik Sosial (N29) Kontrak
2. Pembantu Penyelidik Sosial (N19) Kontrak
3. Pembantu Akauntan (W19) Kontrak
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/STPM/SPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jom Mohon Skim Pembiayaan Rumah Pertama Anda BSN MyHome/i
BSN MyHome-i skim pembiayaan perumahan yang ditawarkan bagi membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah pertama mereka.
Ciri-Ciri PembiayaanCiri-ciri pembiayaan ini adalah seperti berikut:
Pembelian rumah kediaman pertama sahaja.Pembelian rumah untuk didiami sendiri.Pembelian hartanah sudah siap dan rumah dalam pembinaan.Nilai hartanah sehingga RM500,000.Pembiayaan ini mudah dimohon dan disediakan di semua Cawangan Utama BSN di seluruh negara.Baca Juga: Skim Pinjaman Rumah Untuk Anda: Cara Mohon Pinjaman Tanpa Deposit
Tempoh PembiayaanTempoh pembiayaan yang ditawarkan adalah minimum 5 tahun dan maksimum 35 tahun atau berumur tidak lebih dari 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.
Syarat KelayakanSyarat kelayakan yang dikenakan terhadap pemohon adalah seperti berikut:
Warganegara MalaysiaBerumur 21 tahun hingga 60 tahun semasa memohon dan tidak lebih dari 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaanPendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM5,000 bagi setiap pemohon (perseorangan).Mempunyai bukti pendapatan yang sah.Permohonan perseorangan (individu) atau bersama (suami/isteri)Untuk pembelian hartanah kediaman pertama sahajaTidak mempunyai rekod bayaran terjejas selama 12 bulan yang laluTidak diisytihar sebagai seorang yang muflisCara MemohonPermohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
Layari laman web https://www.bsn.com.my/page/bsn-myhome-i-srp?lang=ms-MY&csrt=12809012548085818567.Klik butang ‘Mohon Sekarang.’Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’Pihak BSN akan menghubungi pemohon.Bawa dokumen yang diperlukan ke cawangan BSN yang berhampiran.Maklumat LanjutUntuk maklumat lanjut mengenai BSN MyHome/i, sila layari laman web https://www.bsn.com.my/page/bsn-myhome-i-srp.
Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah
BISTARI merupakan satu program Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah.
Bantuan yang di berikan berjumlah RM100 dalam bentuk tabung simpanan yang akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Baca Juga: Mohon Bantuan Komputer Riba 2022 Untuk B40
Tarikh PermohonanTarikh permohonan dibuka sepanjang tahun ini iaitu dari tarikh 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
Dokumen SokonganBerikut merupakan dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan:
Sijil lahir bayiKad pengenalan ibu bapaSyarat KelayakanIbu bapa yang berminat untuk kemukakan permohonan perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari SabahSimpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.Cara PermohonanTerdapat 2 kaedah permohonan yang ibu bapa boleh lakukan iaitu
Secara atas talian di portal rasmi permohonan BISTARISecara manual dengan memuat turun borang permohonan BISTARI. Pemohon mestilah melengkapkan borang beserta dokumen sokongan dan hantar ke alamat berikut:Pejabat Menteri Tugas-Tugas KhasBlok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, SabahMaklumat Lanjut
Anda boleh menghubungi talian 088-369872/012-8662419 atau layari laman Facebook rasmi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas.
Inter Milan Juara Coppa Italia Buat Kali Ke-20!
Inter Milan Juara Coppa Italia tewaskan Juventus. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Rekod baharu bagi pertandingan Coppa Italia apabila final menyaksikan 6 gol berjaya dijaringkan sejak As Roma membelasah Inter 6-2 pada tahun 2007.
Inter Milan juga melakukan aksi bertenaga dengan melakukan “comeback” menentang Juventus dalam aksi di Stadium Olimpico itu.
Inter bermula garang apabila pemain tengah Itali, Nicola Barella menjaringkan gol jarak jauh berkelas dunia seawal minit ke-6 untuk meletakkan Inter dihadapan. Gol Barella adalah jaringan terpantas dalam pentas Coppa Italia sejak tahun 2015.
Penjaga gawang Inter, Samir Handanovic beraksi cemerlang apabila banyak menidakkan percubaan dari Vlahovic dan Paulo Dybala yang mencari jaringan untuk menyamakan kedudukan di separuh masa pertama.
Masuk babak kedua, pasukan Allegri berjaya menyamakan kedudukan apabila Alex Sandro berjaya menjaringkan gol pada minit ke-50 menerusi rembatan luar kotak penalti. Namun Juventus tidak menunggu lama untuk dihadapan apabila Vlahovic pantas jaringkan gol pada minit ke-52.
Namun, Juventus melakukan kesilapan pada minit ke-80 apabila memberikan penalti kepada Inter selepas Lautaro Martinez dijatuhkan. Calhanoglu dengan mudah menjaringkan gol penalti untuk memaksa permainan ke tambahan masa.
Pada masa tambahan, Inter lebih garang menyerang dan serangan terhasil apabila Lautaro dikasari De Ligt dan pengadil tidak teragak-agak untuk memberi sepakan penalti. Perisic dengan tenang menjaringkan gol penalti tersebut pada minit ke-99.
Perisic sekali lagi bertindak cemerlang apabila pada minit ke-109 menambah gol keempat yang menakjubkan dengan melakukan gelecekan sebelum merembat ke sudut atas dari tepi kotak untuk menewaskan pertahanan lawan yang berada di luar jangkauan.
Empat jaringan tersebut sudah cukup buat Inter untuk meraikan “comeback” dan malam gemilang menjulang trofi Coppa Italia tersebut.
Inter kini akan menentang Cagliari dan Sampdoria dalam dua perlawanan liga terakhir mereka ketika mereka mengejar kejuaraan berganda diperingkat domestik.
May 14, 2022
Anak Bercinta ,Nourul Depp Bakal Berbesan Dengan Maria Farida
Baru- baru ini terdapat perkongsian terbaru daripada penyanyi Nourul Depp yang kini tinggal di Bali bersama keluarganya , yang telah menjadi topik hangat apabila memuat naik gambar anak gadisnya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada pelakon Maria Farida iaitu Mizan Ashley.
Melalui perkongsian itu , Nourul mengucapkan selamat hari lahir yang ke-25 buat teman lelaki anaknya itu sekaligus mengesahkan tentang hubungan pasangan muda tersebut.
Malah anak Nurul juga tidak teragak- agak berkongsi gambar yang sama dengan caption yang menunjukkan hubungan cinta antara mereka berdua.
Maria Farida juga ada mengunggah foto bersama untuk menyambut hari lahir anak terunanya itu dengan caption Family dan membuatkan netizen teruja tentang perkara tersebut.
Sebelum ini , Maria ada bercuti ke Bali bersama keluarga dan telah bertemu dengan Nourul serta keluarga malah ada mengatakan bahawa kekasih Ayu juga ada datang bersama untuk becuti bersama di Bali.
Rupanya Ayu berhubungan dengan anak Maria dan mereka masih dalam tempoh pengenalan dan telah mendapat restu daripad akedua belah pihak berkeanaan hubungan mereka.
Pihak ibu bapa juga berkongsi khabar gembira dengan apabila masing – masing memuji pasangan anak mereka dan senang dengan hubungan tersebut.
Nourul ada menjelasakan bahawa dirinya gembira apabila dapat berkenalan dengan Mizan serta menyifatkan jejaka itu seorang yang jujur dan seorang anak yang baik untuk ibunya.

Malahan Maria juga dilihat turut meninggalkan komen pada posting berkenaan dengan mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita dan bakal ibu mertua yang baik.
Coretan berkenaan mendapat tumpuan netizen yang juga bergembira dengan hubungan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada mereka malah mendoakan agar urusan merewka dipermudahan untuk berbesan
Terdapat juga netizen mengatakan bahawa wajah wajah Ayu dan Mizan seiras dan mereka bakal berjodoh dan berkekalan hingga ke akhirnya.
Namun ada juga yang tidak suka dengan mereka berdua dan menganggap bahawa jodoh itu masih panjnag dan masih dalam tempoh mengenali kerana hati manusia itu mudah berubah.

Sekadar info , Mizan adalah anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Maria Farida dengan bekas suami dan Ayu adalah anak hasil perkongisan hidup terdahulu Nourul bersama Ajai , yang mana mereka hanya dikurniakan seorang anak perempuan sahaja.
May 13, 2022
Selepas Lapan Tahun My Chemical Romance Mengeluarkan Lagu Baru
Selepas lapan tahun menyepikan diri sebuah band alternativ/indie yang terkenal dengan lagu “Welcome to black parade” pada tahun 2006 iaitu My Chemical Romance semalam telah mengeluarkan lagu barunya yang bertajuk “The Foundation Of Decay”
“The Foundation Of Decay” adalah lagu terbaru selepas 2 tahun band tersebut membuat persembahan reunion mereka di Los Angeles, California.
Lagu terbaru mereka adalah hasil dari Doug McKean dan pemain gitar MCR iaitu Ray Toro. Baru sahaja satu hari lagu tersebut dikeluarkan di YouTube rasmi band mereka, lagu tersebut telah mendapat 1.7 juta tontonan dan 246 ribu like.
Pada kali terakhir band ini mengeluarkan lagu baru mereka pada tahun 2014 yang bertajuk “Fake Your Death,”
Maklumat tambahan, band My Chemical Romance telah ditubuhkan pada tahun 2001. Terdapat 4 orang ahli iaitu Gerard Way sebagai vokalis, Ray Toro pemain gitar utama , Mikey Way pemain gitar irama, dan Frank Iero pemain bass.
“Baby Dah Mereput Pun Nak Cover ,” – Diva AA
Selebriti yang dikenali sebagai Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kini kembali menjadi sorotan media apabila telah tampil memprovok seorang artis Malaysia baru – baru ini.
Dia yang sememangnya bermulut lantang tanpa rasa bersalah sentiasa bersuara serta meluahkan pandangnya tanpa memikirkan pendapat oramg lain.
Dalam satu ciapan di Twitter miliknya , dia sempat memuji pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kerana memuat naik gambar bayi ketiga mereka yang baru saja dilahirkan pada pagi Isnin lalu kepada umum.
Malah Diva AA juga turut memuat naik keratan artikel mengenai perkongsiaan foto yang dibuat oleh pasangan selebriti tersebut yang berkongsi wajah serta nama anak mereka untuk tontonan umum.
Namun disebalik kepujian yang diberikan kepada pasangan itu , Diva AA sempat juga memberikan kata-kata yang menyindir pasangan selebriti yang masih menutup wajah anak mereka biarpun sudah lama dilahirkan.
Dan nampaknya perkara itu telah menarik perhatian netizen dan juga media malah yakin semua tahu siapakah gerangan pasangan selebriti yang dikatanya itu.
Rata- rata netizen memberikan komen pada posting berkenaan yang mana ada yang tidak bersetuju dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Diva AA kerana dikatakan terlalu keras dan tidak enak didengar.
Namun ada juga yang menyukai pandangan Diva AA kerana menganggap pesangan selebriti tersebut terlalu over kerana sering menutup rupa anak mereka tetapi masih lagi meletakkan gambar anaknya di media sosial.
Tidak memberikan nama bagi pasangan artis tersebut tetapi netizen tetap berteka teki dalam memberikan komen kepadan hantaran tersebut dan memberikan pendapat mereka sendiri berkenaan perkara tersebut.Malaysia Akan Turunkan Kesebelasan Terkuat Ketika Bertemu Singapura!
Misi teruskan rentak kemenangan! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Setelah mencatat dua kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan dalam aksi Sukan SEA sehingga meletakkan skuad bawah 23 (B-23) sebagai pendahulu carta Kumpulan B, Brad Maloney mahu para pemainnya terus konsisten pada aksi seterusnya berdepan Singapura.
Dalam aksi ketiga skuad negara yang bakal berlangsung malam esok Maloney telah mengingatkan para pemain supaya tidak sesekali memandang rendah kepada pasukan lawan mereka iaitu Singapura walaupun masih segar dengan dua kemenangan.
Menurut pengendali tersebut, Maloney enggan para pemain kendaliannya mengambil mudah pada lawan kerana Singapura juga pastinya mengintai peluang untuk memerangkap Malaysia untuk mencatat kemenangan yang dicari.
Tambah Maloney lagi beliau mahu para pemain meneruskan rentak kemenangan dengan memastikan Singapura sebagai lawan seterusnya menjadi mangsa mereka pada malam esok.
Walaupun peluang dilihat sangat cerah ketika ini namun pengendali tersebut melihat baki dua perlawanan tersebut amat penting bagi mengukuhkan kedudukan pasukan.
“Kita bermula dengan baik dengan mencatatkan dua kemenangan namun perkara itu seharusnya menjadi sebagai peniup semangat untuk meraih kejayaan pada baki aksi pasukan negara.”
“Oleh itu, mereka harus kekal fokus untuk mencipta kemenangan dan mungkin kami akan menurunkan barisan pemain terbaik bertemu Singapura.” katanya menerusi Harian Metro.
Untuk kedudukan semasa, Malaysia gah berada di puncak Kumpulan B dengan enam mata penuh berjaya dikutip daripada dua perlawanan. Lawan mereka iaitu Singapura pula kini berada di kedudukan kedua setelah berjaya mengumpul empat mata.
Dalam masa sama, Maloney nyata gembira dengan prestasi semasa para pemain muda kebangsaan yang disifatkan beliau ada peningkatan positif dalam dua perlawanan terdahulu dan berharap agar konsistensi tersebut dapat dikekalkan.
“Mereka sentiasa mahu menjaringkan gol dan itu satu perkara yang baik untuk pasukan dalam usaha meraih kemenangan di temasya Sukan Sea ini.” katanya.
“North London Derby” Mudah! Buat Spurs, Jinakkan Arsenal Di halaman Sendiri!
Perebutan tempat ke-4 Liga Perdana Inggeris. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Tottenham menghidupkan semula harapan untuk kekal ke saingan Eropah apabila dengan mudah mengatasi Arsenal 3-0 di perlawanan Derbi Utara London.
Dalam perlawanan yang mempunyai implikasi besar di Stadium Tottenham Hotspur antara dua pesaing sengit yang bersaing untuk tempat dalam empat teratas berpihak kepada tuan rumah. Spurs berjaya dan beraksi dengan lebih baik untuk mencatatkan kemenangan liga terbesar mereka dalam Derbi Utara London sejak 1983.
Harry Kane menjadi wira buat Spurs apabila menjaringkan dua gol peribadi. Gol pertama dijaringkan pada minit ke-22 apabila Son dikasari Cedric Soares dan Rob Holding didalam kotak penalti. Harry Kane yang sememangnya pakar dalam sepakan penalti dengan mudah menyumbat gol pertama perlawanan.
Namun, Arsenal bernasib malang apabila pertahanan, Rob Holding dilayangkan kad kuning kedua selepas menyiku Son dalam perebutan hantaran bola pada minit ke-33. Kad merah itu menyaksikan Holding sebagai pemain ke-10 yang menerima kad merah untuk Arsenal pada musim ini.
Tidak lama selepas insiden itu, Spurs menggandakan jaringan menerusi Kane apabila bijak menanduk bola masuk hasil hantaran sudut Son yang terbias kepada Bentancur pada minit ke-37.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga babak pertama tamat. Masuk babak kedua, Spurs tidak menunggu lama apabila menambah jaringan ketiga menerusi kapten pasukan Korea Selatan, Son yang bijak memanfaatkan kecuaian pertahanan Arsenal pada minit ke-47.
Walaupun bermain dengan 10 pemain, Arsenal tetap cuba melakukan asakan bagi mencari gol pada minit ke-50 namun kekebalan pertahanan Spurs banyak menidakkan serangan Arsenal.
Namun tiada jaringan berjaya ditambah bagi kedua pasukan dan keputusan kekal 3-0 sehingga wisel penamat ditiup pengadil.
Dalam perebutan kedudukan empat teratas, Spurs dengan 65 mata kini hanya satu mata di belakang Arsenal yang berada di tempat keempat dan mempunyai perbezaan gol yang lebih baik untuk menuju ke dua perlawanan terakhir musim ini.
Chelsea yang berada ditempat ketiga dengan 70 mata dan dengan perbezaan gol yang jauh lebih baik hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir mereka untuk memastikan bola sepak Liga Juara-Juara musim depan.
Arsenal akan menamatkan perlawanan di Newcastle United pada hari Isnin sebelum menerima kunjungan Everton pada hari terakhir. Sementara itu, Spurs akan mengalu-alukan kedatangan Burnley pada hari Ahad menjelang perlawanan hari terakhir di Norwich City yang sudah pun tersingkir ke Liga Kejuaraan.
DS Vida Stress 4 Jam Disoal SKMM
DS Vida terbaru dilanda dengan kontroversi apabila dia menghasilkan sebuah MV lagu raya yang berjudul Muah Muah Raya yang dianggap tidak sesuai dengan sambutan Aidilfitri.
Dia kemudian dilaporkan telah dipanggil oleh SKMM untuk membuat keterangan berkenaan MV tersebut kerana menampilkan sekumpulan penari latar yang merupakan ‘Drag Queen’.
DS Vida dalam sebuah temubual membuat kenyataan bahawa dia disoal selama 4 jam dan perkara tersebut membuatkan dia stress dan down.
“Macam-macam soalan ditanya sepanjang empat jam memberi keterangan di SKMM. Ia bukan satu proses yang mudah namun saya harungi dengan penuh sabar dan positif”
“Jujurnya saya sangat ‘stress’ dan ‘down’ kenapa isu sebegini diperbesarkan segelintir pihak sedangkan saya tidak pernah terfikir nak mempromosikan elemen LGBT”
“MV saya itu hanya untuk menyuntik kelainan dan memberi hiburan kepada orang ramai. Malangnya saya perlu berdepan masalah ini dan ke SKMM untuk memberi keterangan”
DS Vida menambah lagi, dia memang langsung tidak melakukan sebarang promosi terhadap MV tersebut setelah melihat Datuk Aliff Syukri dipanggil SKMM.
Dia tidak menyangka ada pihak yang tidak berpuas hati dengan dirinya lalu membuat aduan berkenaan MV tersebut yang dikatakan cuba mempromosikan LGBT.
“Selepas insiden yang berlaku kepada Datuk Seri Aliff Syukri yang dipanggil SKMM saya memang tak promosikan MV raya secara agresif sebab bimbang perkara sama berlaku”
“Tapi tak sangka masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan membuat aduan sedangkan saya sendiri sudah nyatakan apa yang buruk jadikan teladan dan baik jadikan sempadan dalam mv terbabit”
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
