Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 197
May 11, 2022
Skuad B-23 Malaysia Pamer Aksi Cemerlang Ketika Bertemu Laos!
Sukan Sea Hanoi. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Skuad B-23 Malaysia meneruskan rentak cemerlang di pentas Sukan SEA 2022 apabila meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Laos 3-1 di Stadium Thien malam tadi.
Kemenangan tersebut meletakkan skuad kendalian Brad Maloney kembali mengungguli carta Kumpulan B dengan 6 mata maksimum. Ternyata Malaysia berjaya membalas dendam selepas ditewaskan Laos dalam aksi persahabatan tempoh hari.
Malaysia bermula dengan garang dan kerap kali memberi masalah kepada benteng pertahanan lawan. Pada minit ke 36, Luqman Hakim berjaya menjaringkan gol pertama hasil rembatan dalam kotak penalti selepas mengelecek pemain pertahanan Laos.
Dua minit sebelum masa rehat, Syahir Bashah menggandakan kelebihan buat Malaysia dengan satu jaringan cantik yang bermula dari lorongan kapten pasukan Mukhairi Ajmal yang disudahkan dengan satu lencongan dari luar kotak penalti.
Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Laos jelas kelihatan sangat letih kerana menghadapi jadual perlawanan cukup padat selang sehari berbanding Malaysia yang mempunyai waktu rehat selama 3 hari.
Masuk babak kedua, Mukhairi hampir menambah gol buat Malaysia pada minit ke-51 apabila melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun, sepakan lencongnya itu hanya beberapa inci tersasar di atas palang gol.
Malaysia mula membuat pertukaran selepas sejam perlawanan berlangsung dengan membawa masuk dua pemain serangan Azfar Fikri Azhar dan Hadi Fayyadh yang menggantikan Syahir Bashah serta Danial Asri.
Kelebihan fizikal yang dimiliki oleh Hadi dimanfaatkan sepenuhnya apabila beliau menanduk bola ke belakang lalu disudahkan oleh Luqman Hakim untuk gol ketiga negara pada minit ke 67.
Usaha Laos untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu jaringan terhasil pada minit ke-85 selepas Visith Bounpaserth bijak melepasi kawalan pertahanan Malaysia sebelum melepaskan rembatan kaki kiri yang melencong masuk ke dalam gawang.
Skuad negara juga berpeluang menambah gol keempat namun rembatan Hadi Fayyadh tersasar biarpun penjaga gol Laos sudah tertewas.
Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan Malaysia menghuni kedudukan teratas dalam kumpulan B selepas mengutip 6 mata dalam dua perlawanan yang diharungi.
Ini kemenangan kedua skuad negara ke atas Laos dalam 4 pertemuan terakhir. Malaysia pernah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas lawan itu pada aksi Kumpulan J pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Ulaanbaatar, Mongolia pada Oktober tahun lepas.
Jawatan Kosong Di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (Universiti Kebangsaan Malaysia) – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (Universiti Kebangsaan Malaysia) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. JURU X-RAY U29
2. JURURAWAT U29
3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
4. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
5. PEGAWAI PERUBATAN UD43
6. PEGAWAI PERUBATAN UD47
7. PEGAWAI PERUBATAN UD51
8. PEGAWAI PERUBATAN UD53
9. PEGAWAI SAINS C41
10. PEGAWAI TADBIR N41
11. PEMBANTU AKAUTAN W19
12. PEMBANTU OPERASI N11
13. PEMBANTU PERAWATAN FARMASI U11
14. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19
15. PENOLONG JURUTERA JA29
16. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
17. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
18. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 1,204.00 – RM 13,256.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (Universiti Kebangsaan Malaysia).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kosong di Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Customer Service Executive
2. Protege – Graduate Employability Program (Integrity)
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong PKBF Tawaran Gaji RM1,549 – RM9,643
Berita baik buat pencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.g
Baca juga:
AC Mizal Hadiahkan Anak Kereta MewahZizie Izette Mengaku Terima Wang Pengenalan Sebanyak RM2.8 JutaTawaran Jawatan Kosong:JURUTERA – GRED J41Kump. Perkhidmatan : Pengurusan & ProfesionalGaji Minimum : RM2,529Gaji Maksimum : RM9,643Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225PENOLONG JURUTERA – GRED JA29Kump. Perkhidmatan : PelaksanaGaji Minimum : RM1,549Gaji Maksimum : RM5,701Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145Tarikh Permohanan Dibuka:Permohonan di buka sehingga 27 Mei 2022, Jumaat.
Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:
Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan.Pemohon mestilah melepasi syarat kelayakan akademik boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.Pemohon mestilah seorang yang sihat tubuh badan.Pemohon mestilah seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah permohonan:
Langkah 1: Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi dari Ibu Pejabat:
Tourism Pahang
(Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser)
No 33 & 33A, ICT Hub, Indian Town, Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan, Pahang, Malaysia.
Atau
Pejabat Pengurusan Hartanah di Bukit Fraser dengan harga RM1.00 sekeping.
Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan sampul surat berukuran 10cm x 23cm (4in x 9in) beralamat sendiri dan bersetem RM0.60.
Borang permohonan yang lengkap dan disertakan salinan sijil yang disahkan dan gambar berukuran pasport (terbaru) dan POS ke alamat berikut (sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kanan sampul surat):
Pengurus Besar
Tourism Pahang
(Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser)
No 33 & 33A, ICT Hub, Indian Town, Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan, Pahang, Malaysia.
Langkah 2: Borang permohonan boleh juga dibeli secara atas talian (online) dengan membuat pembayaran sebanyak RM1 ke akaun MAYBANK PKBF No. 506016201324 dan bukti pembayaran hendaklah di emel ke webtourism16@gmail.com. Pihak PKBF akan menghantar borang permohonan (dalam waktu & hari berkerja sahaja) ke emel tuan/puan.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Portal Kemajuan Bukit Fraser atau hubungi di talian 09 5681624 | 1626.
May 10, 2022
AC Mizal Hadiahkan Anak Kereta Mewah
Baru – baru ini dalam satu hantaran di Instagram milik pengacara terkenalDato AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida telah menjadi topi hangat apabila memuat naik video berkenaan kejutan buat anak bujang mereka, Muhammad Reeve Damien.
Dalam video berkenaan AC Mizal dan isteri telah memberikan hadiah berupa sebuah kereta mewah, Mercedez Benz sempena ulang tahun kelahiran anaknya Damien yang ke-18 baru-baru ini.
https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/05/10000000_2574547732689769_2972599991150406878_n.mp4Damien yang kelihatan terkejut dan teruja dengan hadiah tersebut malah mengeliling kereta tersebut yang dihiasi reben seakan tidak percaya serta gembira dengan hadiah yang diterimanya itu.
Dia yang sering dimanjakan dengan hadiah mewah tidak menyangka akan mendapatkan hadiah istimewa seperti itu sempena hari lahirnya yang ke 18 itu.
Merasa terharu kerana diberikan hadiah istimewa tersebut dan akan memberikan yang terbaik untuk ibu bapanya malah ibunya, Emylia sempat menitipkan pesanan kepada anaknya itu untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadia naka yang berguna kepada keluarga.
Pekongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan juga netizen yang mengucapkan tahniah kepada Damien serta berharap dapat berbakti kepada ibu bapanya.
Tidak kurang juga komen daripada netizen yang tidak senang dengan kemewahan yang diberikan kepada anaknya di usia muda kerana bimbang anaknya itu terbuai dek kemewahan dan tidak biasa jika berada dalam keadaan susah .
Netizen juga mempertikaikan tentang anak AC Mizal bersama isteri sebelumnya yang belum pernah disiarkan dan diperkenalkan kepada media malah sempat mempersoalkan tentang hak anaknya itu adalah sama seperti anaknya bersama Emylia.
AC Mizal pernah berkahwin sebanyak dua kali yang mana perkahwinan pertamanya adalah bersama Shafnie Zainuddin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman manakala pasangan itu bercerai pada 17 Oktober 2001.
Selepas berpisah AC telah berkahwin Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan melalui perkahwinan keduanya ini, AC dikurniakan dua lagi anak, iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryss .
Zizie Izette Mengaku Terima Wang Pengenalan Sebanyak RM2.8 Juta
Baru- baru ini pihak Makhamah telah memaklumkan bahawa Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad pernah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mana dirinya telah menerima wang pengenalan sebanyak RM2.8 juta kerana menjadi ‘introducer’ berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.
Mohd Haris Ibrahim ( Penguasa Kanan SPRM) yang juga pegawai penyiasat kes berkenaan menjelasklan bahawa Zizie Izette telah memaklumkan wang pengenalan itu diterima daripada ejen pelaburan, Norhaili Ahmad Mokhtar semasa rakaman percakapan diambil pada 27 Julai 2016 beberapa tahun lalu.
“Saya tidak ingat berapa kali Datin Seri Zizie Izette memaklumkan perkara itu (wang pengenalan RM2.8 juta) tetapi memang ada,” katanya.
Sebelumnya, Norhaili yang juga perunding unit amanah tersebut memberitahu mahkamah bahawa Zizie layak menerima wang pengenalan itu Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual dimana Bung Moktar adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu.
“Seingat saya pembayaran wang pendahuluan RM2.2 juta itu dalam bentuk cash (tunai) di Public Bank di Melawati diuruskan oleh Madhi, selebihnya RM800,000 dimasukkan semula ke dalam Public Mutual Berhad atas nama Datin Seri Zizie Izette,” kata Norhaili.
Yang mana pihak Public Bank hanya membayar RM2.2 juta terlebih dahulu kerana pada waktu itu Public Bank tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi dan saya juga telah menasihatkan Datin Seri (Zizie Izette) untuk membuat pelaburan di Public Mutual Berhad.
“Saya juga menasihatkan Datin Seri Zizie Izette untuk melabur antara RM600,000 hingga RM800,000 dan ia diuruskan oleh Madhi dan seorang lagi konsultan Public Mutual,” kata Norhaili.
Dia juga menjelaskan bahawa tiada elemen rasuah dan permintaan rasuah daripada Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette manakala wang RM2.8 juta yang diberikan kepada pelakon itu bukan rasuah, sebaliknya adalah wang pengenalan.
Pada tarikh 3 Mei 2019 pula, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Malah Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Pihak Zizie juga telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan suaminya melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh yang sama.
Proses perbicaraan di hadapan hakim Rozina Ayob akan bersambung pada 17 Mei nanti.
Bantuan Kewangan Musim Tengkujuh RISDA Sebanyak RM600
Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya.
Bantuan RISDA dalam bentuk kewangan sebanyak RM600 yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diberikan kepada yang layak dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
Baca juga:
Jom Mohon Projek Khas Tani Pasca Covid-19 Sehingga 14 Mei 2022Mohon Sekarang | Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Mei 2022 Tarikh Bayaran:Tarikh pembayarannya adalah pada bulan November dan Disember 2022. Bayaran akan diberi sebanyak RM300 bagi setiap fasa.
Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah seorang pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.Tanah keluasan Pemohon mestilah 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.Pemohon mestilah pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.Pemohon mestilah mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja). Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari portal Pekebun Kecil Makmur RISDA.
Langkah 2: Kemudian klik Daftar Pengguna.
Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diminta.
Langkah 4: Sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:
Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi:
Kad Pengenalan pemohon dan 1 salinan.Geran asal tanah dan 1 salinan.1 Salinan buku akaun bank yang aktif.Pemohon Penoreh Bukan Pemilik:
Kad Pengenalan pemohon dan 1 salinan.1 Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.1 Salinan geran lot yang ditoreh.1 Salinan buku akaun bank yang aktif.1 Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.1 Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Pekebun Kecil Makmur RISDA atau hubungi di talian 03-4256 4022 | 5599.
KTMB Syoknya Naik Keretapi 2.0 Sehingga 30 November 2022 Diskaun RM15
Sempena Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE 2.0), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kerjasama Tourism Malaysia telah menawarkan diskaun sebanyak RM15 menerusi Syoknya Naik Keretapi 2.0.
Bgai mendapatkan diskaun sebanyak RM15, pengguna perlu menggunakan kod promo iaitu CUTIKERETAPI2 sebelum membuat pembayaran tiket.
Tarikh PerjalananPromosi yang ditawarkan ini adalah bagi tarikh perjalanan 29 April 2022 sehingga 30 November 2022.
Syarat KelayakanSyarat kelayakan bagi mendapatkan diskaun menggunakan kod promo ini adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia sahaja.Mendaftar dan mempunyai Passenger Name Record (PNR) dalam KTMB Intergrated Ticketing System (KITS).Pembelian tiket mestilah melalui transaksi berikut:Atas talian (Online)Mesin Layan Diri Tiket (TVM)Kaunter tiketPembelian tiket adalah bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity sahaja tidak termasuk Shuttle Timuran, Shuttle Tebrau, KTM Komuter, dan KTM Komuter Utara.Pembelian tiket adalah bagi dewasa dan kanak-kanak sahaja.Tidak layak untuk pembelian bagi semua tiket konsesi.Hanya tertakluk atas tambang penuh satu tiket (pergi dan balik) bersamaan atau melebihi RM16.Layak menebus 1 kali sahaja kod promo bagi kempen ini dengan memasukkan kod promo sebelum membuat pembayaran:Pembelian tiket bagi perjalanan sehala dalam 1 transaksi; atauPembelian tike bagi perjalanan 2 hala yang dibuat dalam 1 transaksi.Kod promo tertaktuk kepada first come, first serve.
Kaedah Pembelian TiketPembelian tiket boleh dilakukan menerusi kaedah berikut:
Layari laman web https://www.ktmb.com.my/ atau maut turun aplikasi KTMB Mobile di Google Play, App Store, atau App Gallery.Buat pendaftaran akaun bagi yang belum mendaftar.Pilih tarikh perjalanan dan destinasi.Pilih tempat duduk yang diinginkan.Masukkan kod promo yang diberikan.Buat pembayaran untuk mendapatkan tiket perjalanan.Maklumat LanjutUntuk maklumat lanjut mengenai diskaun RM15 menerusi Syoknya Naik Keretapi 2.0., sila layari laman web https://www.ktmb.com.my/.
Jom Mohon Projek Khas Tani Pasca Covid-19 Sehingga 14 Mei 2022
Berita baik dan jom mohon Warga Tani Negeri Perak Darul Ridzuan Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19.
Apakah Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19 ?Projek Khas Tani Pasca Covid-19 ini adalah salah satu projek Jabatan Pertanian Negeri Perak memberi bantuan kepada petani yang terjejas dengan bencana pandemik Covid-19 selain mengurangkan bebanan petani akibat kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun.
Kreteria dan syarat permohonan :
Projek sedia ada masih aktifTerbuka kepada petani negeri PerakBelum pernah menerima peruntukan dari JabatanStatus tanah yang sah (Geran / Tol / Pajakan)Minimum keluasan pemberian bantuan adalah :a. 0.4 hektar (1 ekar) bagi sayur buah dan daun,b. 1.0 hektar bagi buah-buahan dan tanaman singkat masac. minimum 1,000 polibeg bagi petani yang mengusahakan fertigasi.Dokumen sokongan perlu disertakan ketika lawatan siasatan dilakukan.Lawatan siasatan akan dijalankan untuk kelulusan permohonan.Semua Permohonan akan melalui proses tapisan oleh jawatankuasa sebelum diluluskan.Hanya pemohonan yang layak sahaja akan dihubungi bagi bantuan ini.
Warga Tani yang layak bolehlah memohon melalui pautan di link https://forms.gle/pxrXhaKywz5A95dk9 atau scan QR untuk permohonan atau terus ke Pejabat Pertanian berikut:
Pejabat Pertanian Daerah Perak TengahPejabat Pertanian Daerah Hilir PerakPejabat Pertanian Daerah Kerian, Parit BuntarPejabat Pertanian Hulu PerakPejabat Pertanian Kinta Kampar PerakPejabat Pertanian Daerah Kuala KangsarPejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & SelamaPertanian Daerah ManjungPejabat Pertanian Daerah Batang Padang & MuallimBentuk Bantuan Yang Akan DisalurkanBaja & racun bernilai RM3000.000
Tarikh PermohonanPermohonan secara talian ini akan dibuka mulai 1 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022 sahaja.
Maklumat LanjutUntuk info lanjut, sila layari www.pertanianperak.gov.my
Jawatan Kosong Suruhanjaya Sekuriti Malaysia – Minima SPM Jom Mohon!
Jawatan Kosong Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Latar BelakangDitubuhkan pada tahun 1993, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah badan berkanun pembiayaan sendiri yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan dengan mandat dua untuk memudahkan pembangunan teratur pasaran modal, serta mengawal selia bagi menegakkan perlindungan dan mengekalkan pelabur. integriti pasaran.
Hari ini Malaysia mempunyai saiz pasaran modal sebanyak RM2.7 trilion, pasaran sukuk terbesar di dunia, pasaran bon ketiga terbesar di Asia berbanding KDNK, dan industri unit amanah yang semakin berkembang dengan tahap penyertaan yang meluas daripada pelabur yang yakin dan berpengetahuan. .
SC menyelia pengendali pasaran, pengantara pasaran dan semua perkara yang berkaitan dengan sekuriti, kontrak derivatif dan skim unit amanah. Kami juga mendaftarkan prospektus syarikat dan dana, meluluskan terbitan bon korporat dan mengawal selia penggabungan dan pengambilalihan korporat. Menyokong semua fungsi ini adalah tanggungjawab utama SC untuk melindungi pelabur.
Baca Juga: Jawatan Kosong Sarawak Energy
Jawatan: Corporate Finance & Investments 1. SENIOR MANAGERTake-overs & MergersTarikh Tutup Permohonan : 25 Mei 2022 Office of the Chairman 1. SENIOR MANAGERCorporate AffairsTarikh Tutup Permohonan : 20 Mei 2022 Enforcement 1. ADMINISTRATIVE ASSISTANTInvestigationTarikh Tutup Permohonan : 20 Mei 2022Cara Mohon:Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
