Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 201
May 7, 2022
Wak Doyok Cari Calon Isteri Yang Bersedia Tinggal Bersama Mertua
Wak Doyok antara selebriti yang terkenal tanpa sebarang kontroversi bagi membina kerjayanya. Dia yang juga seorang pelakon malah sekarang sudah berjaya sebagai usahawan dengan pelbagai bisnes.
Apabila sudag berusia 42 tahun dan masih dan masih lagi solo, Wak Doyok juga tidak terkecuali menjadi sasaran nertizen berkenaan jodoh dan bertegas bahawa dirinya mempunyai alasan sendiri dalam mencari pasangan hidup.
Tidak terlalu terburu- buru memilih pasangan hidup . Wak Doyok mengakui dirinya kini bahagia tingggal bersama ibu tercinta dan senang menjaga ibunya .
Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menjelaskan bahawa dirinya senang mengambil tanggungjawab menjaga ibunya selain memikirkan tentang jodohnya.
“Setiap orang ada rezeki masing-masing dan bagi saya jodoh sekarang ini untuk menjaga ibu sendiri. Itu adalah tanggungjawab untuk saya laksanakan.
“Saya bahagia hidup bersama ibu dan belum dikurniakan rezeki untuk memiliki seorang wanita bergelar isteri. Itulah yang akan selalu katakan bila ada yang bertanya bila mahu kahwin,” katanya.
Dalam temubual berkenaan , Wak Doyok mengakui dalam mencari cinta hatinya dia akan memilih bakal isteri yang bersedia dan sanggup untuk tinggal bersama ibunya.
“Kalau ada yang nak jadi isteri saya akan interview dulu. Boleh atau tidak dia tinggal bersama ibu saya? Jika tidak saya akan kata good bye”.
“Ibu adalah kunci kepada pintu rezeki dan kebahagiaan. Saya korbankan masa untuk mencari cinta demi memberi tumpuan kepada ibu memandangkan usia dia juga semakin meningkat,” jelasnya lagi.
Berkongsi kisah cintanya dalam mencari jodoh , Wak Doyok berkongsi bahwa dirinya pernah dijodohkan dengan seorang cikgu namun disebabkan aktiviti kerjayanya yang terlalu sibuk maka hasrat untuk berkahwin terpaksa ditangguhkan.
“Rasanya lima tahun lepas ada ibu cuba jodohkan dengan seorang guru namun tidaka menjadi sebab saya terlalu sibuk dengan kerja”
“Sekarang ini saya dah tak fikir soal jodoh. Hanya berserah kepada takdir yang Allah sudah tentukan dan menjalani hidup seperti biasa,” katanya.
Namun dia tidak menolak jika bertemu jodoh dalam masa terdekat tetapi masih tetap memilih wanita yang bersedia bersama dirinya dan juga ibunya kerana merasa ibunya adalah tanggungjawab terbesar dan terindah dalam hidupnya.May 6, 2022
Ayu Damit Sedih Beraya Tanpa Bapa
Tahun ini merupakan tahun pertama penyanyi Ayu Damit menyambut Aidilfitri tanpa bapa di sisi. Bapanya, Damit Osiri meninggal dunia pada Julai tahun lalu akibat kanser otak.
“Tahun ini adalah Aidilfitri pertama buat kami sekeluarga tanpa bapa. Memang sangat berbeza berbanding sebelum ini terutama dari sudut perasaan”
“Bapa bukan orang yang banyak kerenah. Dia makan apa saja juadah ketika Aidilfitri. Paling digemarinya adalah nasi impit dengan kuah kacang”
Penyanyi tersebut berkongsi pengalaman Aidilfitri mereka bersama bapanya termasuklah sambutan raya yang tidak dapat disambut bersama anak-anak akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka tidak boleh rentas negeri.
“Ketika PKP dulu, kami dah bersiap sedia nak beli tiket untuk balik ke Sabah, tapi diumumkan tidak dibenarkan merentas negeri”
“Ketika dia sakit pun, dia dah beria-ia membeli lampu raya dan sebagainya. Dia selalu bertanya kepada ibu saya sama ada anak-anak balik atau tak”
“Ibu saya jelaskan bahawa anak-anak tak dapat balik sebab tak dibenarkan merentas negeri”
Ayu sempat berpesan agar semua yang masih mempunyai ibu dan bapa untuk sentiasa menghargai mereka sementara mereka masih ada.
“Bila dah hilang nanti baru rasa. Baru tahu perasaan kehilangan itu. Waktu itu, kalau cari pun takkan jumpa dah. Hargai sementara mereka ada,”
Jawatan Kosong Di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEMBANTU LAUT GRED A19
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 12 Mei 2022 (Khamis)Lokasi : Sabah
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,362.00 – RM4,034.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Zakat Pulau Pinang – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kosong di Zakat Pulau Pinang dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PENOLONG PEGAWAI PENTADBIRAN
2. PEMANDU
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Zakat Pulau Pinang.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Lembaga Air Kuching – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Negeri Sarawak di Lembaga Air Kuching dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Jurutera Awam, J52
2. Jurutera Awam, J48
3. Jurutera Awam, J44
4. Pembantu Keselamatan, KP19
5. Pembantu Penguat Kuasa, KP19
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Lembaga Air Kuching.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Baby Shima Bakal Berpindah Kerana Merajuk?
Baby Shima memyatakan bahawa dirinya akan berpindah ke Indonesia. Penyanyi comel ini akan meneruskan karier seni di negara berkenaan.
Baby Shima menafikan bahawa dia merajuk dengan industri Malaysia. Shima menyatakan bahawa dia akan meneruskan kerjaya seninya sebagai penyanyi kerana syarikat rakamannya di negara seberang.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu orang ramai tersilap sangka dengan pemindahannya itu dan tidak menyebarkan spekulasi yang tidak benar tentang pemindahannya.
Shima memberitahu dia ke sana kerana mahu menyambung semula kerja yang tertangguh akibat sekatan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.
May 5, 2022
Borang Permohonan Rayuan BKM 2022 | Bantuan Sehingga RM2000
Permohonan untuk rayuan BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) kini dibuka untuk permohonan bagi mereka yang tidak lulus untuk semakan BKM Fasa 1 2022.
Seperti yang maklum, BKM telahpun dibayar pada 28 Mac 2022 bagi penerima yang mempunyai akaun bank.
Bayaran RM100 hingga RM300 fasa 1 dibayar berdasarkan kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan.
Rayuan BKMSukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan permohonan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022 selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.
Pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk semakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.
Hanya Sertai Telegram Bantuan Kerajaan & Anda Layak Menerima Kredit eCash RM150. Tebus sekarang!
Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:
Pemohon berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atauPemohon berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan untuk tambahan anak, perubahan pendapatan dan perubahan status perkahwinan sahaja.
Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat pada tarikh berikut:
Dalam talian – 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.Secara manual (di kaunter) – 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Baca kenapa anda tak lulus BKM di sini.
Cara Permohonan Rayuan BKMUntuk makluman, bagi mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1, atau berstatus TIDAK LULUS BKM, anda boleh membuat rayuan.
Anda boleh semak status untuk mengetahui sebab dan sebab Tidak Lulus BKM.
a) Buat permohonan secara online di
Portal Rasmi BKM LHDNM : https://bkm.hasil.gov.myLog masuk menggunakan ID dan password,Pilih Permohonan Rayuanb) Serahkan Borang Rayuan BKM 2022 ke :
Cawangan LHDNMPejabat Satelit (PS)Pusat Khidmat Hasil (PKH)Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatanAnda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara online kerana lebih mudah, cepat dan selamat.
FAQ & Soalan LazimSoalan lazim tentang rayuan BKM 2022 anda boleh rujuk di sini.
Rayuan BKM bagi yang tak lulus bila dibuka?Rayuan bermula pada 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022. Selama sebulan tempoh permohonan.
Saya tak lulus BKM sebab status masih belajar, boleh ke mohon rayuan?Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk buat permohonan BKM 2022. Anda boleh mohon jika tamat sesi pengajian.
{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Rayuan BKM bagi yang tak lulus bila dibuka?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Rayuan bermula pada 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022. Selama sebulan tempoh permohonan." } } , { "@type": "Question", "name": "Saya tak lulus BKM sebab status masih belajar, boleh ke mohon rayuan?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk buat permohonan BKM 2022. Anda boleh mohon jika tamat sesi pengajian." } } ] }Janna Nick Berjaya Merakam Kejadian Ragut Depan Mata
Penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan cedera akibat diseret ketika cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana, di sini, hari ini..
Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, Khairul Rizuan, 34, mengalami luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan akibat diseret kereta Perodua Myvi dipandu suspek yang bertindak melarikan diri..
Katanya, ketika kejadian, dia meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit.
“Sebaik tiba kedai serbaneka itu, saya mendapati premis berkenaan tutup dan kembali semula ke kereta.
“Ketika itu, saya melihat seorang lelaki memakai jaket sedang menendang tingkap bahagian penumpang hadapan kereta saya,” katanya..Beliau berkata, lelaki itu juga dilihat mengambil beg miliknya yang ditinggalkan di dalam kereta..
“Saya kemudian menjerit ke arah lelaki terbabit menyebabkannya membaling beg itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta..
“Saya cuba mengejar dan sempat menumbuk mukanya yang ketika itu sudah berada di dalam kereta.
“Namun, suspek bertindak memecut kereta menyebabkan saya terseret di jalan sebelum dapat melepaskan diri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung kejadian itu.
Kejadian itu turut tular di media sosial selepas pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian memuat naik rakaman kamera papan pemuka di akaun Instagram dan Tiktok miliknya..
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood juga memaklumkan mangsa cedera ringan dalam kejadian itu..
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500..
“Usaha mengesan suspek dalam kes itu sedang giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662176 bagi membantu siasatan,” katanya..
Menjelang Pertembungan Sang Juara Thailand, Brad Maloney Rancang Strategi Terbaik!
Sukan Sea Hanoi! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Setelah mengharungi dua aksi persahabatan menentang Timor Leste dan Filipina sebelum itu, jelas ada sesuatu peningkatan berjaya dipamerkan oleh skuad bawah 23 (B-23) negara untuk memberi sesuatu impak positif dalam aksi Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Sabtu ini.
Menurut Brad Maloney selaku penggendali skuad tersebut beliau sudah pun merangka strategi berguna untuk memerangkap Thailand dalam aksi sulung mereka selain berjaya mengesan lebih awal segala kelemahan para pemain untuk diatasi secepat mungkin.
Pengendali dari Australia itu berjaya mengesan segala kelemahan tersebut ketika aksi anak-anak buahnya menentang Timor Leste dan Filipina yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam pada minggu lalu dan memberi gambaran awal buat Maloney untuk memperbaikinya.
Berdasarkan dua aksi persahabatan lalu, Maloney melihat para pemain mula memberi reaksi positif dalam permainan mereka terutama sekali sewaktu menewaskan Filipina dengan keputusan 2-0.
“Saya rasa banyak perkara kita boleh belajar terutama aksi pertama kita. Ketika itu (aksi pertama dengan Timor Leste) ramai muka baharu dalam pasukan dan keputusan di atas kertas bukan apa yang kita mahukan.”
“Tapi kita boleh belajar dalam aksi pertama itu, manakala dengan Filipina pula perkara positif mula ditunjukkan.”
“Di mana pemain meraih minit permainan dan ia situasi yang baik dan kombinasi antara pemain juga semakin baik. Walaupun belum capai tahap yang kita mahukan tapi kita di landasan tepat.” katanya menerusi Arena Metro.
Malaysia bakal menghadapi cabaran Laos, Singapura dan Kemboja selain aksi sulung menentang Thailand bagi saingan peringkat Kumpulan B.
Manakala di Kumpulan A pula menempatkan pasukan Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste yang agak seimbang jika dilihat pada dua kumpulan ini.
Mengikut format Sukan SEA hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan bakal melayakkan diri ke pusingan separuh akhir sebelum penentu pingat emas dalam aksi final.
Untuk rekod tiga tahun lalu Malaysia gagal untuk melayakkan diri melepasi peringkat kumpulan di Manila, Filipina setelah mempamerkan aksi hambar sepanjang kejohanan berlangsung.
Bagi edisi kali ini, Maloney berpeluang untuk menebus kembali maruah skuad kebangsaan dengan membuktikan sesuatu agar Malaysia kembali digeruni di rantau Asia.
Luqman Hakim Membara! Siap Sedia Buru Pingat Emas Bersama Pasukan!
Sukan Sea Hanoi! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Pada ketika ini skuad B-23 negara sudah pun mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi.
Seramai 24 pemain dibawa ke Hanoi, Vietnam untuk acara bola sepak Sukan SEA kali ini, dan Ketua Jurulatih, Brad Maloney dijangka akan mendaftarkan 20 pemain secara rasmi pada Jumaat ini.
Manakala empat lagi pemain akan berada di dalam senarai bersedia tatkala temasya pada kali ini membenarkan setiap pasukan mendaftarkan sehingga 50 pemain sekiranya diperlukan ekoran pandemik yang melanda.
Tatkala ramai yang menganggap temasya kali ini akan menjadi medan untuk Brad Maloney melakukan eksperimen mendedahkan barisan pemain kepada seberapa banyak mungkin perlawanan menjelang Kejohanan AFC B-23 di Uzbekistan pada Jun nanti, penyerang utama pasukan negara, Luqman Hakim Shamsuddin mempunyai nada berbeza.
Malah pemain yang berpengkalan di Belgium bersama KV Kortrijk itu percaya barisan pemain yang dihimpunkan kali ini memiliki cukup ramuan untuk membawa pulang pingat.
“Harapan saya untuk pasukan ini sudah tentu nak pingat emas, bukan perak atau gangsa. Sasaran emas sahaja.” kata Luqman seperti yang dipetik daripada Bernama.
“Pasukan sudah membuat persiapan terbaik. Kita sudah bermain aksi persahabatan dengan Timor Leste dan Filipina.”
“Perlawanan persahabatan ini telah membentuk persefahaman yang baik dalam pasukan.” katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi latihan terakhir skuad negara di Kompleks Sukan PKNS semalam.
Skuad kendalian Brad Maloney berhadapan tugas berat di Sukan SEA kali ini dan akan mula turun beraksi menentang Thailand pada 7 Mei ini.
Walaupun sedar ia bukannya tugas mudah Maloney percaya barisan anak buahnya khususnya di jentera tengah mampu memainkan peranan penting membantu pasukan untuk meraih kemenangan.
“Saya rasa kita mempunyai pemain yang mampu mencorakkan permainan seperti Mukhairi Ajmal Mahadi, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhammad Azri Ab Ghani, Ahmad Zikri Mohd Khalili dan Muhammad Azrin Afiq Rusmini. Saya percaya kesemua pemain ini mempunyai kualiti dan pengalaman.”
“Bagi Hadi Fayyadh (Abdul Razak) dan Luqman Hakim pula saya sangat lega mereka dapat kembali menyertai pasukan. Prestasi mereka pada tahap terbaik walaupun baru tiba dari luar negara.” katanya.
Selepas Thailand, pasukan negara akan turun menentang Laos pada 11 Mei sebelum berhadapan Singapura tiga hari kemudian.
Cabaran di peringkat Kumpuan B akan diakhiri pada 16 Mei menentang Kemboja. Malaysia perlu menempatkan diri sebagai dua pasukan terbaik Kumpulan B untuk menempatkan diri ke separuh akhir dan mencuri peluang untuk membawa balik pingat dari Hanoi.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
