Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 199

May 9, 2022

Jom Lihat Cara Kemas Kini Status Kanak-Kanak Ke Akaun Dewasa Tabung Haji

Adakah anda perlu melakukan penukaran status akaun Tabung Haji anak anda yang telah berumur 18 tahun? Jawapannya adalah perlu kerana akaun akan dibekukan jika tidak menukar status.

Bermula 1 Mei 2022, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.

Akaun tersebut akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran.

Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

Baca juga: Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Secara Online, 1 Minit Selesai!

Cara Kemas Kini Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa

Untuk tukar akaun Tabung Haji Kanak-kanak ke Akaun Dewasa, anda perlu hadir bersama anak ke cawangan TH yang berdekatan bagi membuat penukaran status.

Rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut akan dikemaskini.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 09, 2022 18:39

Bantuan Perkahwinan One-Off Sehingga RM1,000

Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah bantuan bagi golongan miskin dan yang kurang berkemampuan layak menerima sumbangan perkahwinan sebanyak RM1000 oleh kerajaan Negeri Kelantan.Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Baca juga:

Minta ‘Transfer’ RM3000, Rizalman Terkejut ‘Scammer’ Menyamar Jadi Raja Permaisuri Agong“Kami sedang berusaha menghalalkan hubungan ini,”- Jelas Sherry IbrahimKadar Bantuan:

Bantuan wang tunai bernilai RM1000 dalam bentuk cek (atas nama calon).

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

Pemohon mestilah seorang rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29).Pemohon mestilah telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.Perkahwinan kali pertama (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja).Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM700 sebulan.Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan yang layak dibantu (mengikut budi bicara kerajaan negeri).Bantuan ini boleh dimohon oleh salah seorang sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Pemohon hendaklah mendapatkan borang di lokasi berikut:

Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri.Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim.Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan atau muat turun daripada website Urusetia.Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO .Muat turun daripada facebook Gerbang Az-Ziwaaj.

Langkah 2: Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

Langkah 3: Hantar permohonan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang facebook Gerbang Az-Ziwwaj.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 09, 2022 00:55

May 8, 2022

Tahniah Shahiezy Sam Dan Syatilla Melvin

Isteri kepada pelakon popular malaysia Shahiezy Sam, Syatilla Melvin telah selamat melahirkan anak ketiganya pada awal pagi tadi, bersamaan 8 syawal di sebuah hospital sekitar Kuala Lumpur

Shahiezy telah mengumumkan berita gembira tersebut melalui akaun Instagram miliknya.

Didalam hantaran tersebut Shahiezy sangat bersyukur setelah Syatilla dan bayi barunya selamat dan sihat. Tambahnya lagi dia juga berterima kasih kepada semua yang telah mendokan kesejahteraan dan keselamatan isteri dan anaknya.

Sebelum ini Shahiezy telah membuat hantaran tentang kerisauannya sehari sebelum Syatilla melahirkan bayinya. Mereka sekeluarga sempat membeli belah di sebuah pasaraya.

Sam dan Syatilla telah mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan 2 orang anak yang lain iaitu Syeriv yang berusia 5 tahun dan Sarima 2 tahun.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2022 23:52

Jawatan Kosong Nestlé Malaysia – Jom Mohon!

Jawatan Kosong Nestlé Malaysia

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Nestlé Malaysia

Latar Belakang

Komitmen Nestlé untuk menyediakan produk berkualiti kepada rakyat Malaysia telah wujud sejak hampir 100 tahun lalu. Nestlé bermula di Malaysia pada tahun 1912 sebagai Syarikat Susu Pekat Anglo-Swiss di Pulau Pinang dan kemudiannya, pertumbuhan dan pengembangan membuat perpindahan ke Kuala Lumpur diperlukan pada tahun 1939.

Sejak 1962, dengan kilang pertamanya di Petaling Jaya, Nestlé Malaysia kini mengeluarkan produknya di 7 kilang dan beroperasi dari ibu pejabatnya di Mutiara Damansara.

Baca Juga: Jawatan Kosong Di Pos Malaysia Berhad 

Jawatan:

1. MANUFACTURING OPERATOR – 6 MONTHS CONTRACT (SRI MUDA)

2. FORKLIFT OPERATOR – PERMANENT (SRI MUDA)

3. PRODUCT TECHNOLOGIST

4. QUALITY ASSURANCE EXECUTIVE

5. RETAIL ASSISTANT

6. MANUFACTURING SPECIALIST

7. PROJECT ENGINEER (WWTP)

8. MAINTENANCE & IMPROVEMENT ENGINEER

9. SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENT MANAGER

10. FIRST LINE MANAGER – CHEMBONG

11. PROCESS ENGINEER

Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh tutup permohonan : 01 – 27 May 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2022 21:30

Malaysia baham Thailand, Aksi Mendebarkan Di Minit Akhir Permainan!

Sukan Sea Hanoi. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Malaysia bermula dengan cemerlang dalam saingan bola sepak Sukan Sea dengan menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Thien Truong di Hanoi kelmarin.

“Super sub” Nur Azfar Fikri Azhar muncul wira Harimau Muda apabila menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk mengalahkan juara Sukan Sea 16 kali itu.

Jurulatih Malaysia Brad Maloney menggunakan trio tiga penyerang dalam perlawanan ini dengan Luqman Hakim Shamsudin, Nik Akif Syahiran dan Danial Asri yang bekerjasama dengan cemerlang.

Tetapi Gajah Perang yang mendahului dihadapan Malaysia pada minit ke-33 apabila Patrik Gustavsson menghukum kesilapan pertahanan untuk menjaringkan gol.

Malaysia yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Sea pada 2009 dan 2011 telah melakukan dua cubaan yang tidak berjaya ke arah gol pada minit ke-39 dan ke-41.

Tetapi keadaan berubah bagi Malaysia selepas pemain Thailand, Jonathan Khemdee dilayangkan kad merah pada minit ke-42 atas kekasaran tarikan terhadap Syahir Bashah.

Sejurus selepas kesalahan kad merah, jurulatih Thailand, Alexandre Polking membawa masuk Anusak Jaiphet menggantikan penjaring gol Gustavsson dalam usaha untuk mengukuhkan pertahanannya.

Namun langkah ini gagal apabila Malaysia memperoleh gol penyamaan pada minit ke-61 menerusi Danial selepas gerakan cemerlang Nik Akif dan kapten Mukhairi Ajmal Mahadi.

Maloney kemudiannya mendapati dirinya terpaksa melupakan khidmat Azam Azmi Murad yang mengalami gegaran kepala dan kemudian terpaksa dibawa ke hospital selepas pertembungan antara kepala dengan pemain Thailand.

Maloney segera membuat penggantian tiga kali pemain sekaligus iaitu membawa masuk Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk Syahir, Quentin Cheng untuk Azam dan Danial untuk Syafik Ismail.

Sejurus sebelum wisel penamat, gerakan dari pemain gantian Syafik dari sebelah kiri berjaya menghantar bola kepada Fayyadh sebelum bola melantun ke kaki Azhar yang menjaringkan gol pada minit ke-94 dan menjadi hero dalam kemenangan Malaysia.|

Terdahulu, Singapura dan Laos seri 2-2 dalam perlawanan Kumpulan B.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2022 21:13

Minta ‘Transfer’ RM3000, Rizalman Terkejut ‘Scammer’ Menyamar Jadi Raja Permaisuri Agong

Pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim mendedahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikatnya, Faizul Surani hampir terpedaya dengan taktik scammer (penipu) yang menyamar sebagai Permaisuri Agong, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah..

Menerusi InstaStory milik Rizalman, individu tersebut telah menceroboh akaun Telegram dan cuba memperdayakan Faizul dengan menyamar sebagai Tuanku Permaisuri Agong..

Dalam pada itu, individu tidak bertanggungjawab tersebut turut meminta pekerjanya untuk memindahkan wang sebanyak RM3,000 kepada akaun bank seorang lelaki dikenali sebagai Khairul Ikhwan..

Walau bagaimanapun, Faizul sempat membuat semakan serta pengesahan daripada Permaisuri Agong sama ada perbualan mereka itu adalah benar ataupun tidak..

Mohon hati-hati dengan scammer, mereka sudah berjaya menceroboh ke Telegram. Jangan terpedaya dengan scammer! Nasib double check dengan Tuanku. Ampun Tuanku.

Susulan daripada itu, Rizalman turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat individu yang sanggup menyamar menjadi orang lain semata-mata untuk mendapatkan wang dengan mudah.

Kenapa lah makin menjadi-jadi k*s*t*n*n manusia ni kan?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2022 21:01

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) – Pelbagai Jawatan Menarik!

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Latar Belakang

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كماجوان اسلام مليسيا; singkatan: JAKIM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. Pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Baca Juga: Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladangn (LPP) – Minima SPM!

Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 – KLIK DISINI

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29 – KLIK DISINI

3. PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N29 – KLIK DISINI

4. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 – KLIK DISINI
SEBAGAI PEMBANTU MUBALIGH

5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 – KLIK DISINI
SEBAGAI PENGGERAK MASYARAKAT SAUDARA KITA (PMSK)

6. PENERBIT RANCANGAN GRED B19 – KLIK DISINI

7. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41 – KLIK DISINI

Tarikh tutup permohonan : 13 Mei 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2022 19:00

Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas & Dapat RM250 Insentif Dari Kerajaan!

Pasti ramai yang tidak tahu anak yang berumur 14 tahun ke atas sudah boleh mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP)?

Pendaftaran akaun KWSP untuk individu yang dibenarkan ini adalah dalam Simpanan Syariah dan ia bertujuan untuk simpanan jangka panjang.

Malah, kalau buka akaun sekarang, kerajaan akan bagi insentif tambahan sehingga RM250 setahun.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Kelebihan Buka Akaun KWSP Untuk Anak

Walaupun anak masih belajar, antara kelebihan membuka akaun KWSP untuk anak ialah:

Simpanan jangka panjang anak-anakTerima insentif tambahan oleh kerajaan maksimum RM250 setahun (15% daripada jumlah simpanan)Menabung pada usia mudaDapatkan dividen patuh Syariah setiap tahunCaruman tidak perlu dibuat secara bulananSebagai ahli KWSP, anda juga akan menerima khairat kematian sebanyak RM2500Insentif RM250 Setahun

Untuk makluman, kerajaan telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun) daripada jumlah simpanan melalui skim i-Saraan KWSP.

Contohnya, jika anak mencarum RM2,000 ke dalam akaun KWSP, kerajaan akan menambah RM250 (maksimum) sebagai insentif, di bawah insentif skim i-Saraan.

Caruman ke akaun KWSP anak TIDAK WAJIB dibuat secara BULANAN. Pembayaran sumbangan i-Saraan boleh dibuat secara dalam talian di rumah melalui perbankan dalam talian ibu bapa. Pegawai yang membantu anda mendaftar akaun akan menyediakan kertas panduan untuk memindahkan wang ke akaun.

isaraaan

Cara Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas

Pendaftaran akaun KWSP untuk kanak-kanak berumur 14 tahun ke atas boleh dilakukan dengan mudah di kiosk KWSP tanpa perlu ke kaunter.

Berikut adalah panduan untuk mendaftar akaun KWSP untuk anak:

Daftar sebagai ahli KWSP (perlu kad pengenalan dan cap jari anak anda) di kiosk di mana-mana cawangan.Setelah selesai, beritahu pegawai KWSP untuk membuka i-akaun dan bertukar terus kepada simpanan Syariah.Selalunya ada pegawai tolong buat terus kat komputer sana.Setelah i-akaun siap, pegawai akan membantu mendaftarkannya ke akaun Simpanan Syariah.Dah siap, beritahu pegawai, nak daftar caruman i-Saraan (caruman sukarela), mereka akan bantu terus,

Info lanjut klik sini.

Senang je kan? Jom permudahkan urusan anak-anak nanti dengan membuat simpanan di usia muda melalui pendaftaran akaun KWSP! Tidak rugi, malah anak anda akan menggandakan keuntungan pada usia persaraan nanti.

Sumber :Dr. Zaharuddin Abd Rahman

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2022 16:12

Tiket Konsert Aliff Syukri RM10,000!

Datuk Aliff Syukri jutawan kosmetik yang kini juga merupakan seorang penyanyi menggemparkan dunia maya sekali lagi apabila membuat satu hantaran di Instagram berkenaan konsert beliau.

Dia sebelum ini tular dengan isu hangat klip video lagu raya bertajuk Kelepok Raya yang mengandungi aksi-aksi joget terlampau serta pakaian yang kurang sesuai itu membuat kesimpulan bahawa view yang berjuta sebagai tanda dia mempunyai ramai peminat.

Dari situ dia berpendapat amatlah sesuai sekiranya dia membuat konsert dan dia juga merancang untuk mencari penaja bagi menjayakan konsertnya itu.

 

 

Lebih mengejutkan lagi di hantaran tersebut apabila dia menyatakan anggaran harga tiket bagi konsert tersebut. Harga tiket yang paling murah bernilai RM150 manakala tiket yang paling mahal pula mencecah RM10,000!

Dia juga sempat berpesan agar sesiapa yang berminat untuk ke konsertnya perlulah tempah terlebih awal kerana dikhuatiri sold out.

“Nantikan konsert @aliffsyukriterlajaklaris. Disebabkan semua lagu saya view berjuta-juta. Itu tandanya saya banyak peminat itu anda tak boleh nafikan. Sebab tu saya rancang nak buat konsert dan cari sponsor”

“Harga tiket seorang paling murah RM150 paling mahal RM10,000 boleh duduk depan pentas dengan saya, menyanyi live dan bergambar dengan saya sambil dengar lagu Kelepok Raya. Siapa nak beli tekat saya kena booking awal-awal takut sold out”

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2022 12:16

Man City Merana! Real Madrid ke Final Sekali Lagi!

Real Madrid vs Man City. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Pep Guardiola mungkin mula percaya bahawa dia tidak akan memenangi Liga Juara-Juara bersama Manchester City.

Mendahului dengan agregat dua gol ketika menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu dan hanya tinggal masa rehat untuk berdepan Liverpool pada perlawanan akhir, City gagal untuk melakukan salah satu kekecewaan dalam bola sepak yang paling tidak dapat difikirkan dan menghancurkan peluang mereka untuk mara ke final kedua berturut-turut.

Bagi memenangi trofi pertandingan yang telah menjadi obsesi untuk City dan Guardiola, satu tahun lagi berlalu dengan orang lain meraih trofi itu. Ketika Real dan Liverpool bertembung di Stade de France di Paris nanti, Guardiola mungkin masih tertanya-tanya bagaimana pasukannya boleh tewas secara agregat separuh akhir 6-5 ini.

Peringkat kalah mati musim ini telah menunjukkan kepada kami bahawa anda tidak boleh sesekali meremehkan pasukan Madrid. Pasukan Carlo Ancelotti mengembalikan apa yang kelihatan hilang untuk mengalahkan Paris Saint-Germain dan Chelsea di Bernabeu pada pusingan sebelumnya.

Tetapi dengan 90 minit masa dengan City mendahului dua gol iaitu gol pada minit ke-73 Riyad Mahrez telah meletakkan mereka 1-0 di depan pada malam itu dan dua gol secara agregat dan nasib Real pastinya akan malang namun lain yang terjadi.

Mereka menentang City kendalian Guardiola, mungkin satu-satunya pasukan yang mampu menghentikan usaha Liverpool memburu “Quadruple” dan pendahulu Liga Perdana itu telah begitu yakin di Bernabeu sehingga penjaga gol Ederson menghabiskan 89 minit sebahagian besarnya sebagai penonton.

Tetapi apa yang berlaku dalam masa enam minit masa kecederaan mungkin menghantui Guardiola dan City yang cita-cita tingginya terkubur buat selama-lamanya.

“Comeback” Real adalah cara tipikal kelab hebat seperti mereka tetapi tiada pasukan di mana-mana peringkat harus bolos sebanyak dua kali pada masa kecederaan terutamanya apabila tempat di final Liga Juara-Juara dipertaruhkan.

Sesetengah kelab hanya mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan tugas dan memenangi trofi Eropah. Real dan Liverpool yang akan bertemu di final pada 28 Mei nanti mungkin merupakan dua contoh terbaik pasukan yang tahu bagaimana untuk menang dalam perlawanan penting.

“Kehebatan kelab ini cuma itu sahaja. Ia adalah kelab yang tidak membenarkan anda berputus asa apabila ia kelihatan seperti semuanya telah berakhir. Ia memberi anda kekuatan untuk teruskan dan meneruskan perjuangan dan percaya. Itulah yang kami lakukan.”

“Berat baju ini dan semua sejarah kelab ini merupakan kebanggaan yang kita semua ada untuk menjadi sebahagian daripada kelab ini sedikit daripada segala-galanya.” kata Ancelotti apabila ditanya bagaimana pasukannya meraih kemenangan.

City tidak mempunyai warisan bola sepak adalah salah satu punca semangat juang tidak sama seperti Madrid. Mereka tersungkur sekali lagi dan walaupun berbilion-bilion yang dilaburkan dalam kelab oleh Sheikh Mansour bin Zayed al Nahyan dari Abu Dhabi, City masih perlu memenangi Liga Juara-Juara dan parut dari penyingkiran separuh akhir ini akan berlarutan dalam jangka masa yang lama.

Ini adalah bukti keazaman pasukan Real ini bahawa mereka berjaya melakukan salah satu kemunculan semula Liga Juara-Juara yang paling diingati tetapi City hanya perlu persalahkan diri sendiri di atas penghinaan kali ini.

Mereka sudah didepan sebanyak tiga kali dan mereka membuka pendahuluan dua gol dalam perlawanan pertama di Etihad tetapi gagal menghalang Real dan di Bernabeu mereka kelihatan telah menghasilkan pelan permainan yang sempurna walaupun pemain bintang seperti Kevin De Bruyne dan Phil Foden gagal menunjukkan prestasi yang tinggi seperti biasa.

Namun mereka masih tidak dapat membunuh Real. Pemain gantian Jack Grealish dua kali hampir menjadikan kedudukan 2-0 pada malam itu dan pastinya menjadikan keputusan seri dengan dua larian pantas pada masa kecederaan tetapi pada setiap peluang pemain tengah berharga £100 juta itu juga gagal menjaringkan

“Kami sudah hampir ke final tetapi bola sepak sememangnya tidak dapat diramalkan. Kadang-kadang ia seperti ini dan anda perlu menerimanya hati terbuka.” kata Guardiola dalam temuramah.

Kekalahan ini tiada kaitan dengan nasib malang dalam pertandingan. Ia berpunca daripada pertahanan City yang lemah. Karim Benzema diberi ruang untuk membenarkan Rodrygo jaringkan gol pertama Real pada minit ke-90 manakala pertahanan City kemudian meninggalkan pemain yang sama untuk menanduk masuk bola dari jarak enam ela hanya selang seminit kemudian dengan Marco Asensio diberi masa untuk lakukan hantaran silang dari sebelah kanan.

Mungkin penguasaan Madrid dalam menentang bola sepak Inggeris berjaya keatas City di peringkat Liga Juara-Juara ini kerana mereka sangat jarang diuji. Terdapat kenaifan dalam permainan mereka apabila tekanan berlaku di Eropah dan ia merugikan mereka ketika menentang Real.

Sudah tentu pada 2-1 pada malam tadi skor adalah 5-5 secara agregat jadi City perlu memasuki masa tambahan dengan kedudukan masih hidup dan berpeluang untuk merampas semula pendahuluan.

Tetapi kepercayaan mereka telah hilang dan Guardiola buntu untuk membantu mereka dari tepi padang. Bekas jurulatih Barcelona itu, yang menang buat kali kedua dan terakhir Liga Juara-Juara bersama Barca pada 2011, dilihat dengan rasa terdesak yang semakin meningkat dan dia mungkin tahu perlawanan berakhir apabila pengadil Daniele Orsato menghadiahkan penalti kepada Real pada minit ke-94 berikutan kesalahan Ruben Dias terhadap Benzema.

Benzema yang menjaringkan gol dari sepakan penalti dengan sepakan penalti Panenka pada perlawanan pertama berjaya menahan nafsu untuk mencuba sekali lagi Panenka namun sebaliknya merembat rendah ke kiri Ederson untuk menjadikan kedudukan 3-1 dan meletakkan Real di depan buat kali pertama dalam perlawanan itu.

Walaupun mereka mempunyai hampir setengah jam untuk kembali bersaing namun City seakan sudah tiada. Real masih bertenaga dengan didorong oleh penyokong yang membawa sejarah baju putih.

Real yang kini akan menentang Liverpool buat kali ketiga menerusi final Liga Juara-Juara. Bagi City, penantian akan berterusan sekalj lagi. Selepas pengalaman yang hina dan kejam ini, tiada sesiapa dapat meneka bila ia akan berakhir.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2022 09:26

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.