Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 202

May 5, 2022

Penyerang Azul Claro ‘Hadi Fayyadh’ Jadi Tumpuan, Kini Skuad Lebih Kuat Diterbangkan Ke Sukan SEA!

Sukan Sea Hanoi! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai akhir 24 pemain skuad bawah 23 kebangsaan (B-23) yang bakal membawa cabaran negara untuk beraksi dalam kejohanan Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada 4 Mei ini.

Dalam kejohanan tersebut, anak buah Brad Maloney telah diundi bersama Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos dalam Kumpulan B yang dilihat agak seimbang secara keseluruhan.

Walaupun senarai akhir yang bakal didaftarkan oleh skuad kebangsaan hanya 20 pemain sehari sebelum saingan bermula, empat lagi wakil negara bakal berada dalam senarai menunggu sekiranya ada individu positif Covid-19 di Hanoi nanti.

Jika dilihat pada senarai pemain kali ini ternyata Maloney lebih bersedia dengan beberapa pemain yang agak menarik dibawa seperti Hadi Fayyadh, Danial Asri serta Rahadiazli yang masing-masing sedang menunjukkan perkembangan positif bersama kelab diwakili.

Berbanding dalam kejohanan AFF B-23 pada Februari lalu ternyata kali ini mereka tampil dengan beberapa perubahan pemain yang dijangka bakal memberi impak dalam saingan Sukan SEA dengan barisan pemain lebih berkeyakinan.

Hadi Fayyadh ketika ini berada pada prestasi terbaik beliau setelah kembali pulih daripada kecederaan untuk memberi impak positif bersama kelab diwakilinya iaitu Azul Claro walaupun dimasukkan sebagai pemain simpanan.

Aksi Hadi berjaya mencuri tumpuan pengendali kelab Azul Claro iaitu Masataka Imai apabila beliau menghamburkan pujian kepada pemain muda tersebut biarpun sekadar beraksi di penghujung perlawanan.

Selain Hadi, aksi Rahadiazli juga dilihat bakal mencuri tumpuan apabila pemain ini mengalami nasib lebih kurang sama seperti pemain dari kelab Jepun tersebut setelah mengalami kecederaan panjang dan kembali bangkit dengan positif bersama Terengganu awal musim ini.

Nama lain yang dilihat bakal memberi impak lebih baik di bahagian serangan pastinya tertumpu kepada Luqman Hakim Shamsudin dari KV Kortrijk serta Danial Asri yang sedang menikmati musimnya bersama Selangor ketika ini untuk memberi Maloney lebih pilihan di posisi tersebut.

Malaysia bakal memulakan kempen Sukan SEA kali ini pada Sabtu 7 Mei 2022, 8 malam untuk bertemu Thailand sebelum menghadapi Laos pada Rabu dan selepas itu Singapura pada 14 Mei serta Kemboja akhir sekali dengan kesemua aksi dijangka berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Di Kumpulan A menyaksikan tuan rumah iaitu Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste bakal membuat perhitungan untuk menentukan siapa layak ke pusingan seterusnya di Stadium Viet Tri, Phu Tho.

Menurut peraturan hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan sahaja layak ke pusingan separuh akhir pada Khami 19 Mei di Stadium Thien Truong dan Stadium Viet Tri.

Untuk penentuan pingat gangsa dan Final dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Mei di Stadium My Dinh, Hanoi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 05, 2022 13:00

Joe Flizzow ‘Sound’ Jangan Pakai ‘Sneakers’

Tular di laman media sosial Instagram, sebuah video pesanan yang dibuat oleh rapper terkenal tanah air Joe Flizzow, berkenaan etika pemakaian baju melayu di hari raya.

Dalam video tersebut dia dilihat menegur lelaki yang berumur 21 tahun ke atas untuk tidak memakai kasut ‘sneakers’ dengan pakaian baju melayu lengkap.

Dia juga menambah, pemakaian seperti itu hanya sesuai untuk budak-budak. Lelaki dewasa seharusnya memakai dengan kasut atau, sepatu ataupun capal.

 

 

“Selamat hari raya semua. Ini adalah pesanan untuk semua yang berumur 21 tahun ke atas. Kalau anda memakai full set baju melayu iaitu songkok, baju kancing, sampin.. tolong jangan pakai dengan sneakers”

“Tolonglah jangan pakai dengan Jordan, Yeezy atau apa-apa. Please, please”

“Itu untuk budak-budak kecik, kalau dah tua tolong pakai kasut, sepatu atau capal yang elok. Kalau tidak gua jumpa, gua mesti rembat lu”

Ramai yang memberikan respon berbeza-beza berkenaan pesanan tersebut. Ada yang bersetuju dan ramai juga yang merasakan itu semua pilihan individu dan tiada salahnya pun nak pakai sneakers di hari raya.

Apa pendapat anda? Adakah anda setuju?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 05, 2022 05:35

Baju jadi rangup

Sebuah video tular dimana seorang wanita telah menunjukkan dimana baju-baju barunya yang sudah dikeringkan di dobi.

 

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rararossa, baju-baju yang rosak tersebut bernilai RM 800. Mujur, tuan kedai dobi tersebut bertanggungjawab dan membayar ganti rugi kepada wanita itu.

Netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut. Malah, ada juga yang terhibur melihat baju-baju yang garing itu.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 05, 2022 01:54

May 4, 2022

Kini 35 Kejuaran La Liga Buat Real Madrid!

Hala Madrid! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Real Madrid sambar gelaran juara La Liga selepas membelasah Espanyol 4-0 malam tadi. Rodrygo menjaringkan dua gol serta Marcos Asensio dan Karim Benzema menambah gol untuk melengkapkan malam gemilang walaupun masih mempunyai baki 4 perlawanan liga.

Real hanya memerlukan keputusan seri untuk menjamin kegemilangan sekali lagi sebagai juara sebenarnya. Real mengambil masa 33 minit untuk gol pertama menerusi Rodrygo selepas menerima umpanan cantik rakan senegara, Marcelo.

Pemain kelahiran Brazil tersebut bagaimana pun beraksi dengan cemerlang apabila menambah gol kedua pada minit ke-43 selepas bijak mencuri bola daripada pertahanan Espanyol.

Menjelang babak kedua Real kelihatan mendominasi perlawanan dan seterusnya menambah defisit gol ketiga menerusi pemain muda, Marcos Asensio pada minit ke-55 menerusi serangan balas yang diaturkan oleh pemain sayap Vinicius Junior.

Real bermain dengan baik dan bernafsu mencari jaringan dan terus membuahkan hasil apabila gelecekkan Vinicius pada sebelah kiri berjaya mengelirukan pertahanan Espanyol serta bijak melorongkan bola kepada penyerang Perancis, Karim Benzema yang mudah membolosi gawang lawan pada minit ke-81.

Kejayaan Madrid malam tadi memberikan pencapaian luar biasa buat Carlo Ancelotti apabila pengurus kelahiran Itali tersebut menjadi pengurus pertama yang merangkul kejuaraan liga dalam setiap liga terbaik Eropah iaitu di England,Itali,Jerman,Perancis dan Sepanyol.

Perlawanan ini juga merupakan rekod baharu buat Marcelo apabila mencipta pencapaian terbaru sebagai pemain paling banyak memenangi trofi bersama Real Madrid. Rekod tersebut mencatatkan sebanyak 24 piala dimenanginya dan menjadikan pertahanan Brazil tersebut sebagai pemain paling banyak trofi dalam sejarah 120 tahun Real Madrid.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 04, 2022 12:10

Iqbal Zulkifli Kini Bergelar Bapa, Ambil Anak Angkat Lelaki

 

Sebelum ini usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli mengakui sunyi serta meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat. Katanya lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat tersebut..

Terbaru, impian usahawan Iqbal Zulkefli untuk memiliki seorang anak akhirnya dimakbulkan apabila mengambil seorang anak angkat lelaki baru berusia tujuh hari..

Berkongsikan perkhabaran gembira itu di Instagram, Iqbal berkata buat masa ini dia tidak boleh mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum..

Menurut Iqbal lagi, dia yang akan menguruskan dari segi penjagaan anak angkatnya itu serta memohon doa agar dia dapat menjaga anaknya itu dengan sempurna..

Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang mencadangkan nama yang sesuai untuk bayi tersebut. Malah, ada yang memberikan nama yang lucu..

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 04, 2022 07:06

May 3, 2022

Cristiano Ronaldo – Kemana Arah Tuju Beliau Selepas Ini “Kekal Atau Pindah”?

Roy Keane dan Gary Neville bersetuju Ronaldo kekal bermain dibawah Ten Hag. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

“Kami tahu Ten Hag suka bermain bola dengan tekanan agresif terhadap pihak lawan namun itu bukan titik terkuat Ronaldo tetapi beliau pasti mahukan penjaring gol. Beliau mesti mahukan seseorang yang boleh menjaringkan gol sebanyak 20 atau 25 kali.” ujar Gary Neville terhadap masa depan Ronaldo dibawah bimbingan Ten Hag.

Neville dan Roy Keane juga percaya bahawa keupayaan Ronaldo menjaringkan gol mampu untuk membantu Ten Hag yang bakal mengambil alih menjadi pengurus United musim depan.

Ronaldo telah meletakkan dirinya sebaris dengan Son Heung Min di carta penjaring gol kedua terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan jaringan ke 17 musim ini apabila gol terakhirnya semalam menentang Chelsea merupakan jaringan gol kelima beliau dalam aksi tiga perlawanan terakhir bersama United.

Pemain yang berumur 37 tahun itu telah menjaringkan lapan dari sembilan gol United termasuk dengan jaringan hattrick menentang Tottenham dan Norwich serta memberi respon terhadap kritikan yang menyatakan kedatangan beliau pada awal musim menganggu persiapan United.

Neville dan Keane menyifatkan Ronaldo sesuai dalam permainan berintensiti tinggi Ten Hag namun mereka berkata pemenang lima kali Ballon D’Or tersebut perlu untuk mencuba peluang kedua untuk kekal bermain di Old Trafford pada musim depan walaupun United berdepan masalah prestasi tidak menentu.

“Beliau mengangkat tinggi penyokong, membuatkan mereka berdebar dan ambil peluang dan jika ia berlaku ianya akan menjadi menarik untuk melihat apa yang akan berlaku bersama dengan Ten Hag.”

“Kami tahu Ten Hag bermain dengan tekanan agresif dan cuba memenangi bola tinggi dipadang namun itu bukan titik kekuatan Ronaldo dan kami tahu itu. Tetapi Ten Hag pasti mahu penjaring gol dan beliau pasti mahu penjaring gol yang tajam. Bolehkah United menggunakan Ronaldo sebagai jambatan keserasian Ten Hag untuk musim pertama?.”

“Ronaldo adalah suatu fenomena. Beliau telah memenangi segalanya dan sifat professional seperti yang kita mahukan. Ronaldo masih mempunyai kegigihan dan keazaman untuk menjaringkan gol dan itu adalah perkara yang menakjubkan.”

“Ronaldo adalah seorang pemain sensasi dan saya telah bercakap tentang sikap pemain pada separuh masa pertama dan saya tidak banyak cakap tentang Ronaldo. Beliau terbukti bagus didalam jangka masa panjang dan apa yang beliau lakukan terhadap bentuk badan sendiri.”

“Beliau sendiri melalui proses pemulihan selepas tragedi kehilangan anak hanya dalam masa seminggu dan masih beraksi dengan baik. Ronaldo seperti cahaya terang didalam skuad United yang mempunyai prestasi buruk.” ujar Neville di podcast Sky Sports.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2022 14:23

Aliff Syukri Nak Ajar Chef Wan Konten Viral

Tukang masak terkenal tanah air, Chef Wan baru-baru ini mendedahkan bahawa jutawan kosmetik yang sedang hangat dengan isu video klip lagu rayanya, Aliff Syukri pernah cuba mengajarnya menghasilkan content marketing viral untuk menjana wang lumayan.

 

 

“He told me once.. ‘CW kena buat all this viral, letak YouTube. Ramai yang kutuk-kutuk pun tapi saya buat duit. You tengok cheques from YouTube bayar saya ribu-ribu (showing me the cheques)… CW banyak followers, buat saja”

Chef Wan kemudian membidas kenyataan Datuk Aliff Shukri dengan berkata beliau bukanlah seseorang yang mengejar harta dan wang ringgit semata-mata dan dirinya punyai kelas tersendiri.

Beliau menambah lagi, apalah gunanya mendapatkan rezeki dengan menghadap sumpah dan makian orang ramai. Beliau mengharapkan rezeki dengan redha Allah, bukan manusia.

 

 

“Saya jawab… ‘Abang bukan jenis gila duit or harta and cannot put myself at that level la.. if I say some thing I mean it, tak betul tak betul la.. Pi mampus la orang tak suka my views or my princips… Nak cari duit kerana sumpah di maki dek orang tak payah la Aliff.. I have class on my own”

“Others might find what I say is harsh but I also get a lot of respect from others who understand why I had to speak up! Saya cari rezeki di atas keredaan Allah bukan manusia Aliff!”

Aliff Syukri baru-baru ini dikatakan mahu menyaman individu yang mengecam dia memondan di dalam klip video Kelepok Raya yang mengundang konstroversi dalam industri.

Susulan perkara itu ada juga yang menyatakan bahawa segala yang dia lakukan adalah taktik pemasaran semata-mata. Tidak kurang juga yang memujinya bijak melakukan pemasaran.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2022 05:06

Dua remaja maut dihari raya

Sebuah tragedi menyayat hati dimana melibatkan 2 remaja berumur 18 tahun. Dimana Dua remaja lelaki  tersebut yang dipercayai dalam perjalanan untuk beraya, maut selepas motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 23 Jalan Pekan – Batu Balik pada Isnin.

2 remaja ini dipercayai telah maut ditempat kejadian. Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Mohd Zaidi Mat Zin, Ketua Polis Daerah Pekan berkata, pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 6.18 petang mengenai satu kemalangan maut.

Hasil siasatan awal dapati motosikal mereka terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Mitsubishi Triton yang datang dari arah bertentangan.

“Kejadian itu telah menyebabkan kedua-dua penunggang dan pembonceng meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Mitsubishi Triton tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2022 03:03

May 2, 2022

Individu Kecam Aliff Syukri Dah Padam Hantaran Di Instagram

Individu yang juga penyanyi yang didakwa memfitnah usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dengan mengatakan dirinya ‘memondan’ dalam video muzik Kelepok Raya sudah memadam hantaran yang dimuat naik di Instagram itu..

Aliff Syukri, 35, berkata, tindakan individu itu dibuat selepas kenyataan mahu menyaman RM1 juta diterbitkan dalam Harian Metro pada 29 April lalu..

“Terima kasih kepada Harian Metro. Kenyataan kata saya nak saman itu kecoh satu Malaysia. Banyak juga portal dalam talian ‘pick up’,” katanya kepada Harian Metro..

Ditanya adakah tindakan memadam hantaran itu turut disertakan dengan permohonan maaf, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut..

“Selebihnya saya tidak mahu komen. Cukup untuk orang tahu dia sudah padam hantaran di Instagram miliknya,” katanya.

Bercerita lanjut, Aliff Syukri bersyukur lagu raya yang mencetuskan kontroversi itu masih kekal di tangga teratas carta trending YouTube.

“Sudah 12 hari lagu Kelepok Raya ini trending. Orang kutuk-kutuk pun mereka dengar juga tapi saya okay saja. Saya bersyukur lagu ini trending, malah ramai menjadikan ia lagu latar di aplikasi TikTok,” katanya..

Terdahulu, dalam laporan akhbar ini Aliff Syukri berkata kenyataan dimuat naik individu itu di media sosial dianggap keterlaluan selain menyifatkan ia tidak wajar dan sengaja mahu memalukan dirinya pada umum..

“Saya pakai baju Melayu dalam video muzik itu. Saya bukan berpakaian wanita. Jadi, sangat tak wajar dia cakap macam tu..

“Saya jenis tak suka cari gaduh dengan orang. Saya pun tak pernah kenal dia siapa,” katanya..

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2022 23:19

Jawatan Kosong Di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) – Pelbagai Jawatan Menarik!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
3. PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N29
4. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19
5. PENERBIT RANCANGAN GRED B19
6. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 13 Mei 2022 (Jumaat)
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,352.00 – RM2,315.00 (Minima)
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2022 06:13

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.