Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 206

April 28, 2022

Kiraan Zakat Bagi Pengeluar Khas KWSP RM10,000

Bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat Pengeluaran Khas sebanyak RM10,000, anda WAJIB mengeluarkan Zakat sebanyak RM250.

Wang caruman KWSP yang dikeluarkan oleh pencarum adalah dikategorikan sebagai al-maal al-mustafad.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Zakat Pulau Pinang di laman sosial Facebook rasminya hari ini.

Baca juga:

SOP Covid-19 Baharu Berkuatkuasa 1 Mei 2022Garis Panduan Sekolah 4.0 Mengikut SOP BaharuMaksud Al-Maal Al-Mustafad:

Maksudnya: apa-apa pendapatan atau harta yang dimiliki dengan cara upah, ganjaran, pemberian, pindahan dan lain-lain pendapatan yang bukan berpunca daripada pulangan simpanan, pelaburan atau aktiviti jual beli.

Kiraan Zakat:

Mengikut kiraan, jumlah wang KWSP yang dikeluarkan didarab dengan 2.5 peratus.

Contohnya RM10,000 didarab 2.5 peratus adalah RM250.

Situasi Pembayaran Zakat:

Terdapat tiga situasi bayaran zakat bagi Pengeluaran Khas KWSP:

WAJIB – Sekiranya pendapatan tahunan seseorang pencarum KWSP itu sudah melebihi nisab tahun pertama.CUKUP HAUL – Bermaksud seseorang itu perlu menunggu sehingga akhir tahun (haul) kerana yakin pendapatan tahunan mencapai nisab setelah wang pengeluaran KWSP ini digabungkan.TIDAK WAJIB – Kerana tidak mempunyai sebarang pendapatan dan pengeluaran bertujuan memenuhi keperluan asasi diri dan keluarga.

Sumber: KOSMO! ONLINE

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 28, 2022 00:32

April 27, 2022

Aripah Damanhuri Dirawat Di ICU

Baru-baru ini gempar apabila diberitakan bahawa pelakon veteran Aripah Famanhuri, 73, menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak kelmarin. Dia dipindahkan dari wad biasa bagi pemantauan lanjut tahap kesihatannya oleh doktor.

Menurut anaknya, Fais Nurpais Ismail Doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada jantung dan pundi kencing emaknya. Emaknya juga disahkan terkena serang strok sebelah kiri namun kesan terhadap emaknya masih belum belum dapat dipastikan.

“Doktor sahkan ada jangkitan kuman ada pada jantung dan pundi kencing mak. Begitu juga, platlet darah mak meningkat, namun masih di paras rendah”

“Selain itu, doktor juga sahkan mak diserang strok sebelah kiri. Sejauh mana kesan kepada mak, belum dapat dipastikan. Tapi, doktor rawat benda lain dulu”

 

 

Anak pelakon veteran itu memanjatkan kesyukuran apabila mendapati emaknya sudah boleh bernafas sendiri tanpa alat bantuan pernafasan. Namun dia masih bimbang kerana maknya masih belum memberikan apa-apa respon pada arahan mudah juga masih belum membuka matanya.

“Alhamdulillah, syukur juga sebab mak dah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Begitu juga, ubat insulin mak sudah dihentikan oleh doktor. Tapi, sekarang doktor tengah tinggikan semula tahap gula mak”

“Bagaimanapun, mak tetap tak beri respon pada arahan mudah dan masih tidak berapa hendak membuka matanya. Cuma secara fizikal, nampaklah mak makin segar berbanding ketika mula-mula dia masuk ke zon kuning dulu”

Terbaru, Fais memberitahu ibunya, Aripah sudah mula memberikan tindak balas positif pada Jumaat lalu selepas paras oksigen dalam badannya menurun dan terpaksa ditidurkan sejak dia dimasukkan ke HKL untuk rawatan.

Aripah yang dimaklumkan tiada sebarang penyakit sebelum ini, diberitahu mengalami jangkitan kuman dalam darah dan sudah merebak sehingga mengganggu fungsi organ tertentu dalam badannya termasuk di bahagian buah pinggang.

Anaknya Fais dan ahli keluarga yang lain hanya mampu memantau perkembangan kesihatan ibunya. Segala makluman terkini tentang maknya dikongsikan oleh doktor dari semasa ke semasa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2022 22:14

Geran Sehingga RM200,000 Untuk PKS

Inovator atau usahawan B40, perusahaan mikro dan juga sektor informal yang mempunyai produk inovasi inklusif berimpak tinggi dialu-alukan memohon Program Inklusif Ekosistem PKS (i-SEE) bagi mendapatkan Geran Pembangunan Inovasi sehingga RM200,000.

Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada produk inovasi inklusif yang berimpak tinggi untuk dikomersialkan bagi penjanaan pendapatan kepada usahawan yang berpotensi.

Oleh itu, Pihak SME Corp. Malaysia dan YIM mengalu-alukan penyertaan daripada inovator atau usahawan yang sedang membangunkan produk inovasi inklusif yang berimpak tinggi untuk memohon program ini.

Cara MemohonLayari laman web https://iic.innomap.my/.Klik pada butang ‘Daftar Akaun.’Sila Isi maklumat diri dan muat naik gambar profil serta klik butang ‘Daftar Akaun.’Daftar masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.Ikuti arahan permohonan dan hantar.

Baca juga:

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai i-SEE, sila email kepada mohamed.zulfikar@smecorp.gov.my dan syaqreena@yim.my.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2022 19:40

Skim Pinjaman Rumah Untuk Anda: Cara Mohon Pinjaman Tanpa Deposit

Apakah Skim Rumah Pertamaku?

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia.

Ia diperkenalkan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan individu bagi memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).

Warganegara Malaysia sahajaPembeli rumah pertama sahajaPekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiriPemohon individu atau bersamaPendapatan kasar bulanan isi rumah:Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersamaLebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

Baca juga: Bantuan Suri Rumah

Keperluan Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku

Jika pemohon telah menepati semua syarat kelayakan di atas, ada beberapa lagi syarat pembiayaan yang perlu diketahui juga ya.

Berikut adalah keperluan pembiayaan Skim Rumah Pertamaku (SRP):

Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaanPembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetapInsurans / takaful kebakaran diwajibkanUntuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://learn.akpk.org.myTempoh moratorium selama 5 tahun

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Skim Rumah Pertamaku (SRP) di pautan berikut: http://www.srp.com.my/

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2022 18:55

Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – Minima SPM

Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Latar Belakang

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Baca Juga: Jawatan Kosong Perbadanan Pr1ma Malaysia

Jawatan:

1. EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)

Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Johor

Syarat Lantikan:

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-Warganegara Malaysia;Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurangkurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.

Keutamaan diberi kepada calon :

Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;Perwatakan menarik;Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;Berkebolehan menganalisa dengan baik;Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat ; danKeutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)Cara Memohon:Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum pukul 11.59 malam, Ahad, 8 Mei 2022 di laman web PTPTN : https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong (admin ada sediakan link di bawah)Calon yang berjaya dan melepasi saringan/pemilihan akan dihubungi melalui emel bagi makluman tarikh temu duga serta penyediaan dokumen sokongan. Sila pastikan alamat emel masih aktif dan boleh digunakan.

Tarikh tutup permohonan : 08 Mei 2022 (Ahad)

KLIK UNTUK BACA IKLAN JAWATAN

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2022 18:24

Jawatan Kosong Perbadanan Pr1ma Malaysia – Minima SPM Jom Mohon!

Jawatan Kosong Perbadanan Pr1ma Malaysia

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Pr1ma Malaysia

Latar Belakang

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengekalkan perumahan gaya hidup mampu milik untuk isi rumah berpendapatan sederhana di pusat bandar utama. Di PR1MA, kami bersemangat dan berazam untuk menyediakan rumah yang berkualiti dan mampu milik untuk rakyat Malaysia. Kami kini mengambil pekerja berbakat yang berkongsi minat kami. Kami berpusat di Oasis Square, Ara Damansara.

Baca Juga: Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak

Jawatan:

1. ADMIN EXECUTIVE (STEP)

2. EXECUTIVE, QUALITY

3. EXECUTIVE, GRAPHIC DESIGNER

4. EXECUTIVE, HEALTH, SAFETY & ENVIRONMENT

5. EXECUTIVE, LANDSCAPE MANAGEMENT

6. EXECUTIVE, CORPORATE SECRETARIAL

7. SENIOR EXECUTIVE, MARKETING

8. EXECUTIVE, QUALITY

9. EXECUTIVE/EXECUTIVE ASSISTANT DESIGN (STEP)

10. EXECUTIVE, LANDSCAPE

11. EXECUTIVE, QUALITY

12. EXECUTIVE/EXECUTIVE ASSISTANT DESIGN (STEP)

Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh tutup permohonan : 21 – 26 May 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2022 18:03

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak – Gaji Minima RM3,000

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak

Latar Belakang

Institut Teknologi MARA telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Januari 1985 oleh YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak. Kampus Cawangan ini merupakan kampus yang kelapan daripada 12 buah kampus ITM di seluruh negara termasuk kampus induk di Shah Alam.

Penubuhan Kampus ini telah dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menyewakan beberapa buah rumah kedai serta rumah teres kepada ITM Perak sebagai kampus sementara di Bandar Baru Seri Manjung yang terletak lebih kurang 86km ke Barat Bandaraya Ipoh.

Baca Juga: Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Jawatan:

1. PROFESOR VK7

2. PROFESOR MADYA DM53

3. PENSYARAH KANAN DM51

4. PENSYARAH DM45

Tarikh Tutup Permohonan : 09 Mei 2022 (Isnin)

Cara Mohon:

KLIK DISINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2022 17:41

BKM Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

BKM Fasa 2 akan mula diagihkan bermula pada bulan Jun 2022 nanti. Semakan BKM kini boleh dibuat bagi mereka yang telah memohon Januari yang lalu.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 1) telahpun dikreditkan kepada penerima yang layak mulai 28 Mac 2022.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

https://t.me/bantuankerajaanTarikh Bayaran BKM Fasa 2

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia

FASA 1

Tarikh pembayaran adalah pada Mac 2022.

FASA 2

Tarikh pembayaran adalah pada Jun 2022.

FASA 3

Tarikh pembayaran adalah pada September 2022.

FASA 4

Tarikh pembayaran adalah pada Disember 2022.

Baca Juga: Bantuan BKM Tambahan Sebanyak RM300 – RM500 Untuk B40

Jumlah Bayaran BKM Fasa 2

Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah antara RM100 hingga RM400 bagi kategori yang layak.

Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan seperti berikut:

Cara Semak StatusSila Layari https://bkm.hasil.gov.my/Klik Log MasukSetelah berjaya log masuk, klik Semakan Status.Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *Klik pada TeruskanIsi Kod Captcha dan klik Sahkan CaptchaTandakan Perakuan Pemohon BerkenaanKlik Butang Hantar bagi meneruskan permohonanSetelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonanMaklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat penuh tentang Bantuan Keluarga Malaysia, sila rujuk laman web rasmi BKM di pautan berikut:

https://bkm.hasil.gov.my

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2022 15:00

Maybank Alami Masalah Sistem Pengaksesan

Baru-baru ini kecoh apabila sistem dan aplikasi Maybank tidak dapat berfungsi dengan baik.

Perkara ini telah disahkan oleh pihak Maybank dan tindakan sewajarnya berkenaan masalah itu telah diambil.

Pada waktu itu, menurut notis dari pihak Maybank, platform perbankan online M2U, MAE dan penggunaan kad debit kini tidak boleh digunakan buat seketika waktu.

Baca juga:

Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri Dikreditkan Hari IniMekanisme Subsidi Minyak Bersasar Bakal DiperkenalkanBaki Bank ‘Sifar’:

Pengguna-pengguna Maybank yang menggunakan perkhidmatan Maybank2U dan aplikasi MAE dilaporkan sedang menghadapi masalah untuk mengakses akaun mereka secara online.

Rata-rata pengguna yang menghadapi masalah baki kosong.

Maybank memaklumkan bahawa aplikasi MAE, aplikasi M2U MY dan laman web Maybank2u mengalami kelembapan sebentar.

Pada masa yang sama, pelanggan berdepan isu seperti baki wang dalam akaun tidak tertera dalam aplikasi.

Ada juga yang menghadapi kegagalan dalam pemindahan wang.

Pihak Maybank perlu membuat tindakan pantas supaya urusan para pelanggan sentiasa berjalan dengan lancar.

 

Sumber: Maybank

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2022 00:47

Mekanisme Subsidi Minyak Bersasar Bakal Diperkenalkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Kerajaan berkemungkinan besar akan memperkenalkan mekanisme subsidi minyak bersasar bagi menampung impak kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi kumpulan berpendapatan rendah.

Kementerian Kewangan juga dalam peringkat meneliti sama ada kerajaan mampu menanggung subsidi manakala harga bagi petrol RON95 dan diesel dapat dikekalkan pada masa ini.

“Subsidi hanya untuk golongan miskin terutama golongan B40. Bagi mereka yang berkemampuan sepatutnya membayar lebih manakala yang tidak layak menerima (subsidi) tidak sepatutnya mendapat langsung subsidi itu.”

“Isunya di sini adalah masa dan bila mekanisme itu akan dilaksanakan,” katanya dalam program The Nation yang disiarkan oleh Bernama TV pada Selasa.

Baca juga:

Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri Dikreditkan Hari IniTarikh & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima BKM Fasa 2Minyak Subsidi:

Mustapa turut menegaskan bahawa subsidi bahan api turut berperanan penting dalam mengawal kenaikan harga di Malaysia.

Kerajaan telah berupaya mengekalkan kenaikan harga antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus sejak 10 tahun hingga 20 tahun lepas.

Bagaimanapun, ini akan memberi kekangan besar terhadap bajet. Apabila kerajaan merangka Bajet 2022 pada tahun lepas, anggaran bagi subsidi adalah kira-kira RM5 bilion dan kini ianya sekitar RM30 bilion yang merupakan kenaikan jumlah subsidi sebanyak 6 kali ganda.

Elemen Subsidi Minyak:

Berikut adalah subsidi minyak yang merangkumi 4 elemen iaitu:

RON95.Diesel.Gas asli cecair.Minyak masak.Kenaikan Harga Minyak Mentah:

Kenaikan harga minyak mentah itu turut menjejaskan kadar inflasi negara yang menyaksikan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Mac 2022 meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021 dan juga telah melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011-Mac 2022 pada 1.9 peratus.

Impak itu terutamanya terhadap harga. Kita belum lagi menyemak semula unjuran pertumbuhan negara dan masih berpegang kepada unjuran Bank Negara Malaysia iaitu pertumbuhan pada 5.3 peratus hingga 6.3 peratus bagi tahun ini.

Sumber: Bernama

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2022 00:09

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.