Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 209
April 25, 2022
Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Juruukur Bahan J52
2. Jurutera Awam J41
3. Jurutera Elektrik J41
4. Pegawai Undang-Undang L41
5. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,352.00 – RM12,446.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
2000 Babi Lenyap Dari Ladang Ternakan
Sebelum ini tular kes beberapa buah ladang ternakan babi di kawasan Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson yang disahkan dijangkiti virus Demam Babi Afrika (ASF) yang mengakibatkan sebanyak 275 ekor babi dilupuskan.
Terbaru, 19 ladang babi di kawasan sama didapati telah kosong. Sejumlah 2,000 ekor ternakan babi tersebut lenyap dan dipercayai telah dibawa keluar secara senyap tanpa sebarang pemberitahuan kepada pihak berkuasa.
Datuk Bakri Sawir yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, selepas pasukan pemantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) membuat pemeriksaan barulah pihaknya mendapat tahu yang ladang-ladang tersebut telahpun dikosongkan secara senyap-senyap.
Tambahnya lagi, tiada apa-apa makluman langsung dari pemilik ladang yang terlibat berkenaan tindakan mereka itu. Malahan sehingga kini JPVNS tidak dapat memastikan sama ada babi-babi ternakan itu dipindahkan ke lokasi yang lain ataupun telah selamat dilupuskan.
“Pemantauan terus dilakukan dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada pihak polis. Jika kita mempunyai maklumat (keberadaan babi), kita akan masuk serta-merta untuk tindakan lanjut”
Datuk Bakri memberitahu bahawa JPVNS masih tidak menerima sebarang laporan sama ada babi ternakan dari 19 ladang itu telah dijual kepada orang ramai pada harga yang murah ataupun tidak.
Oleh itu, beliau memberi peringatan kepada semua orang agar mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghindari sebarang risiko keselamatan.
April 24, 2022
Kreteria Penjaga Dan Pelawat Di Hospital Mulai 23 April
Berkuatkuasa 23 April 2022, Sabtu lalu, KKM membenarkan pesakit-pesakit di wad untuk ditemani oleh penjaga dan menerima pelawat tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.
KKM juga memaklumkan dalam keadaan tertentu apabila risiko penularan COVID-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak COVID-19 di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak.
Baca juga:
Rancang Waktu Perjalanan Balik Kampung Aidilfitri Dengan PLUSJadual Ujian Penilaian Kelas KAFA Murid Tahun 5 2022Tarikh Berkuatkuasa:Tarikh berkuatkuasa arahan membenaran terima pelawat dan peneman di wad hospital mulai 23 April 2022.
Kreteria Pelawat Dan Penjaga Di Hospital:Berikut adalah kriteria umum bagi pelawat dan penjaga di Hospital KKM:
Pelawat dan penjaga mestilah berumur 12 tahun dan ke atas.Pelawat dan penjaga mestilah telah lengkap vaksinasi COVID-19.Pelawat dan penjaga mestilah tidak tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19.Bagi penjaga kepada kategori pesakit tertentu yang perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri, ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan ke hospital. Tarikh dan masa ujian dijalankan perlu dinyatakan berserta gambar sebagai bukti.Pelawat dan penjaga mestilah tidak disyaki menghidapi COVID-19 atau individu dalam pemantauan (PUS).Pelawat dan penjaga mestilah tidak mempunyai gejala COVID-19.Pelawat dan penjaga mestilah mengisi borang deklarasi COVID-19 serta mematuhi SOP dan memakai alat pelindung diri (PPE) seperti yang ditetapkan.Kriteria Khusus KKM:
Bagi kriteria khusus untuk lawatan dan jagaan pesakit bukan COVID-19 termasuk
Ibu bersalin – Pelawat dan penjaga mestilah menjalani ujian saringan COVID-19 (RTK-Ag kendiri) dan disahkan negatif. Lawatan wad, Unit Rawatan Rapi (ICU) atau sedang tenat (end of life) – Hanya terhad kepada dua orang pelawat pada satu-satu masa.Pesakit bukan COVID-19 yang menerima rawatan pesakit luar atau jabatan kecemasan – Hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan.Pesakit COVID-19 – Tiada pelawat dibenarkan bagi pesakit COVID-19 / kehadiran penjaga bagi yang memerlukan penjagaan khusus dan pesakit kanak-kanak sahaja.Kenyataan Media:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Rancang Waktu Perjalanan Balik Kampung Aidilfitri Dengan PLUS
Kini, PLUS telah mengeluarkan satu jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar untuk musim perayaan Aidilfitri bagi perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan bagi membantu untuk merancang perjalanan perantau.
PLUS menggesa dan menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar ini.
Baca juga:
Senarai Bantuan Kerajaan 2022 Untuk Rakyat MalaysiaBantuan Sumbangan Aidilfitri Fakir Miskin Sebanyak RM1,000Cadangan Waktu Perjalanan:
TTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.
Ianya direka berdasarkan pola perjalanan trafik daripada musim perayaan dan cuti panjang yang lalu sebagai panduan dan membantu pelanggan lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan sebaik mungkin semasa tempoh musim perayaan akan datang, di mana lebih daripada 2 juta kenderaan dijangka melakukan perjalanan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.
TTA ini direka untuk mengelak trafik yang menuju ke destinasi yang lebih jauh daripada ‘bertembung’ dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih dekat.
Dengan mematuhi TTA ini, ia boleh memberikan perbezaan yang lebih baik kepada pengalaman dan tempoh perjalanan anda.
Balik Kampung Beraya:
Bagi pelanggan lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor, dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10:00 pagi.
Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1:00 petang.
Pulang Ke Bandar:Bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri, pelanggan lebuh raya pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi.
Berdasarkan simulasi pola perjalanan trafik pada musim perayaan, bagi pelanggan lebuh raya dari Utara ke Lembah Klang, mereka dijangka akan mengalami tempoh perjalanan sehingga 10 jam atau dua kali lebih panjang daripada purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya selepas jam 9:00 pagi.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
Pengguna lebuh raya turut disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan dengan lebih baik.
Jadual Ujian Penilaian Kelas KAFA Murid Tahun 5 2022
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah ujian sebagai pengukuhan ilmu Islam. Bagi tahun 2022, UPKK akan diadakan bermula 9 Mei 2022 sehingga 14 November 2022.
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Baca juga:
Senarai Bantuan Kerajaan 2022 Untuk Rakyat MalaysiaBantuan Sumbangan Aidilfitri Fakir Miskin Sebanyak RM1,000Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat kelayakan UPKK:
Pemohon mestilah telah belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.Pemohon mestilah mengikut Kurikulum KAFA.Pemohon mestilah murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).Pemohon mestilah telah berdaftar untuk menduduki UPKK.Bentuk Penilaian:Berikut adalah bentuk penilaian UPKK:
Bentuk Lisan: Al-Quran.Bentuk Amali: Amali Solat.Bentuk Lisan & Pemerhatian: Penghayatan Cara Hidup Islam.Bentuk Penulisan:Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah).Sirah.Adab (Akhlak Islamiyah).Jawi dan Khat.Asas Lughatul Quran.Jadual UPKK:Berikut adalah jadual UPKK tahun 2022:
Ujian Amali: 9 Mei hingga 30 September 2022.
Solat.Penghayatan Cara Hidup Islam.Ujian Lisan: 10 hingga 31 Oktober 2022.
Ujian Lisan Tadarus & Tilawah.Hafazan.Tafsir.Ujian Bertulis: 14 November hingga 17 November 2022.
Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah).Sirah.Jawi dan Khat.Adab.Lughatul Quran.
Berikut adalah jadual untuk makluman guru, ibu bapa dan pelajar.
Jadual Pengurusan Pelaksanaan UPKK 2022Nota: Semua maklumat di dalam Portal SIMPENI hendaklah sentiasa dikemaskini oleh pihak pengurusan sekolah melalui Guru Data yang dilantik.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal SIMPENIatau hubungi di talian 603 – 8870 7000.
Fizikal Makin Membongkok, Zamani Siap Minta Maaf Tak Dapat Hiburkan Macam Dulu
Pasti ramai tahu mengenai keadaan penyanyi Zamani yang menghidapi masalah tulang belakang sejak beberapa tahun kebelakangan ini..
Meskipun tahap kesihatannya tidak lagi seperti dulu, namun ia tidak menghalang Zamani untuk terus aktif dalam bidang seni dan menghiburkan ramai.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok memuat naik video persembahan Zamani di satu majlis berbuka puasa..
Menerusi video itu, pada awalnya Zamani dilihat duduk di atas kerusi ketika menyanyi. Namun kemudian berdiri menyampaikan lagu untuk berinteraksi bersama penonton..
Rata-rata netizen tertumpu kepada fizikal penyanyi berkenaan yang semakin membongkok serta dilihat seolah sukar untuk bergerak..
Meskipun ramai yang bersimpati dengan keadaan penyanyi itu, namun tetap memuji suara Zamani yang tetap padu dan merdu sejak dari dulu lagi..
Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Zamani diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh..
Pada Mac tahun lalu, Zamani terpaksa menghentikan rawatan penyakit skoliosis atau tulang belakang melengkung kerana masalah kewangan dab penyanyi itu kini lebih selesa bergerak naik skuter tiga roda..
Senarai Bantuan Kerajaan 2022 Untuk Rakyat Malaysia
Diharapkan bantuan kerajaan dapat meringankan beban kewangan kalangan rakyat yang terkesan di Malaysia untuk tahun 2022.
Berikut merupakan senarai bantuan kerajaan yang terkini (akan dikemaskini).
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) TambahanSkim Khairat Kematian BKMBKC Fasa 3Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA 2022Pakej PerantiSiswa Keluarga MalaysiaBantuan JKM Untuk Warga EmasBantuan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022Skim Jaminan Kredit Perumahan 2022i-Biaya : Inisiatif Skim Pembiayaan Perumahan MalaysiaeStart : Program eWallet BeliaSemoga anda semua mendapat bantuan yang disenaraikan diatas. Amin..
Bantuan Sumbangan Aidilfitri Fakir Miskin Sebanyak RM1,000
Golongan fakir miskin di Negeri Sembilan bakal mendapat berita gembira apabila Kerajaan Negeri Sembilan akan menyalurkan sumbangan Aidilfitri kepada golongan tersebut sebanyak RM1,000.
Sumbangan Aidilfitri yang akan diterima ini adalah sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).
Untuk makluman, sebelum ini pihak MAINS telah mengumumkan pemberian sumbangan RM700.00 untuk golongan fakir dan RM500.00 untuk golongan miskin menjadikan golongan Fakir.
Kini, pihak MBI telah menambah sumbangan tersebut sebanyak RM300.00 menjadikan golongan fakir di Negeri Sembilan akan mendapat RM1000.00 manakala golongan miskin akan mendapat RM800.
Penambahan sumbangan tersebut melibatkan jumlah sebanyak sebanyak RM1.388 juta melalui hasil dividen bagi Projek Khas Pembangunan Tanah MBI NS dengan Felcra Berhad yang pertama kali diterima.
Kadar Had Kifayah Fakir & MiskinPihak MAINS sebelum ini telah membentangkan kadar perkiraan baru Had Kifayah Asnaf Fakir dan Miskin dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa dan diluluskan berdasarkan Jawapan Keputusan Fatwa bertarikh 23 Jun 2020M bersamaan 1 Zulkaedah 1441H.
Ini bermakna, penetapan kadar Had Kifayah baru bagi Asnaf Fakir bagi kawasan bandar adalah sebanyak RM1,208.00 dan luar bandar sebanyak RM1,115.00.
Manakala, kadar Had Kifayah Asnaf Miskin bagi bandar adalah RM2,418.00 dan luar bandar sebanyak RM2,231.00.
Baca juga: Kerajaan Umum Bantuan BKM Tambahan Sebanyak RM300 – RM500 Untuk B40
Kadar Bantuan BaharuSelepas penetapan baharu tersebut, kadar bantuan asnaf Fakir akan menerima bantuan minimum sebanyak RM250.00 sebulan dan maksimum RM800.00 sebulan mengikut jumlah isi rumah.
Asnaf Miskin menerima bantuan minimum sebanyak RM250.00 sebulan dan maksimum sebanyak RM550.00 sebulan mengikut jumlah isi rumah.
April 23, 2022
Mimi Fly Bercinta Dengan Jejaka Warga Asing?
Penyanyi seksi Mimi Fly khabarnya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor pakar..
Bukan calang-calang pula orangnya. Dengar-dengar doktor pakar tersebut merupakan seorang doktor yang berasal dari Amerika Syarikat dan berkulit hitam. Takut pula Min mendengarnya..
Amboi, besar sungguh selera Mimi.. Biarpun pernah melalui episod luka dalam rumah tangga sebelum ini, nampaknya Mimi atau nama lengkapnya Shamimi Amalina Norhisham tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baharu..
Tak kisahlah siapa pun, yang penting kalau nak berumah tangga kena saling kenal mengenali, tahu hati budi masing-masing dan paling penting, kena ada persefahaman.
Tidaklah rumah tangga yang dibina itu nanti kukuhnya hanya seketika. Macam rumah tangga Mak Wan Latah pula konsepnya nanti.. Jahat pula mulut Min..
Along Cham Dituduh Zalim Kerana Tidak Membenarkan Bekas Isteri Bertemu Anak
Pelawak dan pelakon yang sememangnya mempunyai karekter menghiburkan, Along Cham baru- baru ini mendedahkan dirinya telah menerima mesej kecaman daripada seseorang yang menuduhnya bersikap zalim apabila melarang bekas isteri iaitu Zila Seeron bertemu dengan anak mereka.
Namun Along tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut yang mana dia mengatakan bekas isterinya itu boleh bertemu dengan anak mereka tetapi tidak dibenarkan untuk membawa keluar atau tidur di rumah atas perintah mahkamah.
Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 38, mengakui dirinya masih lagi mempunyai perikemanusian dan bertolak ansur apabila ia melibatkan ibu kepada anak tunggalnya itu.
Malah tidak sanggup memisahkan kasih antara ibu dan anak itu walaupun kebanyakkan orang yang mengalami kes seperti dia lebih memilih untuk melarang bekas isteri mereka untuk bertemu anak mereka apabila disabitkan nusyuz.
Dia yang tidak pernah menceritakan tentang penceraian mereka dan perintah makhamah yang harus dituruti tidak menyalahkan netizen diatas dakwaan tersebut.
Mangakui masih terbuka untuk menerima kunjungan bekas isterinya itu kerana semestinya anak mereka itu merindui susuk ibunya yang tersayang.
“Ada netizen yang DM (mesej peribadi) saya cakap dapat info kata saya larang bekas isteri tengok anak, bawa anak keluar , mungkin mereka ini tidak faham sebab tidak mengikuti kes perceraian kami dahulu”.
“Sebab dalam perintah mahkamah dia hanya dibenarkan melawat anak. Siapa yang ikuti kes kami ketika itu mesti mereka faham. Mungkin ada netizen yang baru follow, itu sebab mereka nampak saya zalim”.
“Mereka pun tak baca cerita dari awal. Saya pun tak pernah cerita pada umum apa punca sebenar kami bercerai. Tapi saya tak pernah larang, pintu sentiasa terbuka”.
“Pada saya ramai juga yang faham hukum nusyuz. Saya ni kira masih berlembut, sesetengah lelaki mereka haram terus untuk berjumpa anak,” jelasnya lagi.
Menjelaskan dakwaan tersebut , Along mengatakan bahawa kali terakhir bekas isterinya bertemu dengan anak mereka adalah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun 2020.
Namun masih berhubung melalui telepon dan melalui info daripada orang tertentu mengatakan yang bekas isterinya itu sudah berumahtangga.
Along hanya mmapu memikirkan secara positif bahawa Zila sangat sibuk dengan urusannya dan tidak mahu memaksa bekas isterinya itu untuk menjenguk anaknya itu kerana dia sudah bersuami.
“Kali terakhir dia datang jumpa anak sebelum PKP pertama. Mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa tak datang tengok anak. Pintu rumah sentiasa terbuka untuk dia datang melawat”.
“Saya pun dapat info dia sudah berumah tangga. Tapi dia ada berhubung dengan anak melalui telefon. Mungkin dia dah kahwin, dah ada anak , iyalah sibuk menjaga anak baru.”
“Saya pun nak marah lebih-lebih pun tak boleh , takkan saya nak paksa dia datang tengok anak dia kan,” jelasnya.
Sebelum ini , Along mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4) iaitu Zila Seeron pada 23 Januari 2010 dan mempunyai seorang anak bernama Ahmad Danial, 10.
Namun Pada 13 Ogros 2016, bekas isterinya itu telah ditahan oleh sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.
Disebabkan perkara tersebut pasangan ini kemudian mengambil keputusan bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
