Along Cham Dituduh Zalim Kerana Tidak Membenarkan Bekas Isteri Bertemu Anak

Pelawak dan pelakon yang sememangnya mempunyai karekter menghiburkan,  Along Cham baru- baru ini mendedahkan dirinya telah menerima mesej kecaman daripada seseorang yang menuduhnya bersikap zalim apabila melarang bekas isteri iaitu Zila Seeron bertemu dengan anak mereka.

Namun Along tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut yang mana dia mengatakan bekas isterinya itu boleh bertemu dengan anak mereka tetapi tidak dibenarkan untuk membawa keluar atau tidur di rumah atas perintah mahkamah.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 38, mengakui dirinya masih lagi mempunyai perikemanusian dan bertolak ansur apabila ia melibatkan ibu kepada anak tunggalnya itu.

Malah tidak sanggup memisahkan kasih antara ibu dan anak itu walaupun kebanyakkan orang yang mengalami kes seperti dia lebih memilih untuk melarang bekas isteri mereka untuk bertemu anak mereka apabila disabitkan nusyuz.

Dia yang tidak pernah menceritakan tentang penceraian mereka dan perintah makhamah yang harus dituruti tidak menyalahkan netizen diatas dakwaan tersebut.

Mangakui masih terbuka untuk menerima kunjungan bekas isterinya itu kerana semestinya anak mereka itu merindui susuk ibunya yang tersayang.

“Ada netizen yang DM (mesej peribadi) saya cakap dapat info kata saya larang bekas isteri tengok anak, bawa anak keluar , mungkin mereka ini tidak faham sebab tidak mengikuti kes perceraian kami dahulu”.

“Sebab dalam perintah mahkamah dia hanya dibenarkan melawat anak. Siapa yang ikuti kes kami ketika itu mesti mereka faham. Mungkin ada netizen yang baru follow, itu sebab mereka nampak saya zalim”.

“Mereka pun tak baca cerita dari awal. Saya pun tak pernah cerita pada umum apa punca sebenar kami bercerai. Tapi saya tak pernah larang, pintu sentiasa terbuka”.

“Pada saya ramai juga yang faham hukum nusyuz. Saya ni kira masih berlembut, sesetengah lelaki mereka haram terus untuk berjumpa anak,” jelasnya lagi.

Menjelaskan dakwaan  tersebut , Along mengatakan bahawa kali terakhir bekas isterinya bertemu dengan anak mereka adalah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun 2020.

Namun masih berhubung melalui telepon dan melalui info daripada orang tertentu mengatakan yang bekas isterinya itu sudah berumahtangga.

Along hanya mmapu memikirkan secara positif bahawa Zila sangat sibuk dengan urusannya dan tidak mahu memaksa bekas isterinya itu untuk menjenguk anaknya itu kerana dia sudah bersuami.

“Kali terakhir dia datang jumpa anak sebelum PKP pertama. Mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa tak datang tengok anak. Pintu rumah sentiasa terbuka untuk dia datang melawat”.

“Saya pun dapat info dia sudah berumah tangga. Tapi dia ada berhubung dengan anak melalui telefon. Mungkin dia dah kahwin, dah ada anak ,  iyalah sibuk menjaga anak baru.”

“Saya pun nak marah lebih-lebih pun tak boleh , takkan saya nak paksa dia datang tengok anak dia kan,” jelasnya.

Sebelum ini , Along mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4) iaitu Zila Seeron pada 23 Januari 2010 dan mempunyai seorang anak bernama Ahmad Danial, 10.

Namun Pada 13 Ogros 2016, bekas isterinya itu telah ditahan oleh sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.

Disebabkan perkara tersebut pasangan ini kemudian mengambil keputusan bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 23, 2022 17:18
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.