Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 213

April 19, 2022

Cristiano Ronaldo Bersedih Bayi Lelakinya Meninggal Dunia

19 April 2022, Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo mengumumkan bahawa bayi lelaki yang baru dilahirkan pasangannya, Georgina Rodriguez telah meninggal dunia.

Bagi pengikut penyerang Manchester United itu, Ronaldo telah mendedahkan di media sosial pada Oktober lalu bahawa pasangannya, Rodriguez sedang hamil anak kembar.

Dalam satu status dimuat naik oleh Ronaldo semalam, dia mengesahkan pasangannya selamat melahirkan bayi perempuan tetapi kembarnya, bayi lelaki meninggal dunia.

Baca juga:

Harga Minyak Masak Terpakai RM1.50 SekilogramMasih Belum ‘Move On’ Shuib Tak Kisah Dikritik Netizen

Pada Oktober 2021, Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez umumkan bahwa keduanya menantikan bayi kembar.

Pada 28 Oktober 2021, Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez mengungkapkan bahwa mereka sedang menantikan kehadiran bayi kembar. Georgina diketahui mengandung sepasang bayi kembar iaitu lelaki dan perempuan.

Georgina akhirnya melahirkan bayi kembarnya pada Isnin, 18 April 2022 malam waktu Manchester atau Selasa, 19 April 2022. Namun, hanya bayi perempuan yang selamat, sementara bayi lelakinya meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez mengungkapkan kesedihannya yang mendalam.

“Dukacita dimaklumkan yang bayi lelaki kami meninggal dunia. Ia kesedihan yang perit buat mana-mana ibu bapa. Hanya kelahiran bayi perempuan kami memberikan kami kekuatan untuk mengharungi saat ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat di atas sokongan dan khidmat mereka. Kami bersedih di atas kehilangan ini dan memohon tidak diganggu dalam saat sukar ini,” kata Ronaldo dan Rodriguez dalam satu kenyataan bersama.

Sumber: Berita Harian / KOSMO

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2022 23:29

Iqbal Puji Suara Datuk Aliff Sedap Macam Suaranya

Usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri kembali menjadi bualan hangat di laman media seosial selepas dia memuat naik sedutan dari MV lagu rayanya yang terbaru yang berjudul Kelepok Raya.

Rata-rata netizen mengecam penari-penari latar di dalam MV tersebut yang dilihat berpakaian tidak sesuai serta berjoget dengan gaya tergedik-gedik yang terlampau.

Bukan sahaja netizen malah ibu kepada Datuk Aliff juga memberikan kritikan terhadap tindakan anaknya memuat naik video sebegitu rupa.

Baru-baru ini dia dilihat membuat video menyanyikan potongan dari lagu raya yang dinyatakan. Dia kemudian meminta followers memberikan komen yang jujur terhadap nyanyiannya.

“Komen jujur please suara saya. Sumpah ni suara asli saya. Saya anti autotune. Siapa tak sabar tunggu esok lagu ni nak relese jam 12 tengah hari di Rusa Music. Korang mesti beri like banyak-banyak. Thank you awak saya amat hargai”

Ramai yang memberikan pelbagai respon termasuklah peserta Big Stage 2022 Iqbal Zulkefli. Iqbal memuji dengan mengatakan suara Datuk Aliff sedap seperti suaranya.

Netizen pula memberikan komen balas dengan memberi pendapat bahawa suara Iqbal lebih sedap lagi sekiranya hendak dibandingkan dengan suara Datuk Aliff Syukri.

Dalam banyak-banyak komen muncul pula pelakon Aeril Zafrel memberikan komen seakan bergurau.

“Art berat ni datuk”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2022 22:35

Warga Emas Kelompok Penerima Pertama Dos Penggalak Kedua

Kerajaan Malaysia mula beri dos penggalak kedua kepada warga emas yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi atau sihat tubuh badan, selain pengembara ke luar negara.

Kelompok individu kumpulan penerima pertama diutamakan berlandaskan syarat tertentu.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, keputusan ini dibuat selepas Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) meneliti kajian santifik serta kohort Malaysia.

Baca juga:

4 Tahun Pendam, Puteri Sarah Lega Luah Kemelut Rumah TanggaHanya Kerana 10k

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menegaskan bahawa pengambilan dos penggalak kedua adalah pilihan individu tanpa arahan pengambilan wajib.

Kategori Yang Disyorkan:

Dos penggalak kedua boleh diambil secara sukarela oleh:

Individu berumur 60 tahun dan ke atas, dengan komorbiditi berisiko tinggi seperti penyakit paru-paru, jantung, buah pinggang, hati dan diabetisIndividu berumur 12 tahun dan ke atas yang mempunyai sistem pertahanan badan berkadar teruk atau sederhana.Maklumat Lanjut:Individu 60 tahun ke atas yang lengkap mengambil dos penggalak dan dijangkiti Covid-19 akan layak menerima dos penggalak kedua dalam tempoh tiga bulan selepas mereka pulih sepenuhnya.Dos penggalak kedua akan divaksin sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.KKM  mengesyorkan bahawa vaksin jenis Pfizer yang akan digunakan.

Sumber: Harian Metro

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2022 22:32

Jawatan Kosong Yakult (Malaysia) Sdn Bhd – Jom Mohon!

Jawatan Kosong Yakult (Malaysia) Sdn Bhd

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Yakult (Malaysia) Sdn Bhd

Latar Belakang

Dr Minoru Shirota berjaya membiak dan menguatkan sejenis bakteria khas, strain Shirota eksklusif kami. Berpusat di Fakulti Perubatan Universiti Kyoto, Jepun pada masa itu, beliau menjadi orang pertama di dunia yang berjaya membiak strain bakteria asid laktik yang bermanfaat untuk kesihatan manusia. Bakteria ini dinamakan “Lactobacillus casei Shirota strain” (atau Shirota strain) sempena nama Dr Shirota.

Baca Juga: Jawatan Kosong TEKUN NASIONAL

Jawatan:

1. PR & SCIENCE COORDINATOR

2. DIGITAL MARKETING MANAGER

3. YAKULT HOME DELIVERY AGENTS

Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh tutup permohonan : 07 – 18 May 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2022 19:27

Jawatan Kosong TEKUN NASIONAL – Minima SPM!

Jawatan Kosong TEKUN NASIONAL

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di TEKUN NASIONAL

Latar Belakang

TEKUN Nasional dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional. Di awal penubuhannya, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan sematamata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan.

Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.

Baca Juga: Jawatan Kosong Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)

Jawatan:

1. PEMBANTU PEGAWAI (IBU PEJABAT)

2. PEMANDU PERIBADI

3. PEGAWAI HR/IR

4. PEGAWAI EKSEKUTIF (AKAUN) (IBU PEJABAT)

Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh tutup permohonan : 05 – 18 Mei 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2022 19:04

Jawatan Kosong Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) – 23 Kekosongan Jom Mohon!

Jawatan Kosong Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)

Latar Belakang

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) secara rasminya telah di tubuhkan pada 1 Februari 2012 melalui pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) dan merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Dengan pengkorporatan JBAP, Kerajaan Negeri dengan secara rasminya menyerahkan urusan operasi merawat, membekal, membersih dan memungut hasil air daripada penjualan air bersih yang selama ini dikendalikan oleh JBAP kepada PAIP.

PAIP telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang selaras dengan peruntukan Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006). Dengan itu, PAIP berfungsi memberi perkhidmatan bekalan air bersih yang memuaskan dari segi kuantiti dan kualiti kepada pengguna dengan cara yang paling berekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pahang Darul Makmur.

Baca Juga: Jawatan Kosong Honda Malaysia Sdn Bhd

Jawatan:

1. EKSEKUTIF EX1 (IBU PEJABAT) – 4 Kekosongan

2. PENGURUS M1 (KETUA UNIT PERHUBUNGAN AWAM) M1 – 1 Kekosongan

3. PEMBANTU OPERASI JAB. PENGURUSAN AUDIT NE1 – 1 Kekosongan

4. PENOLONG OPERASI KOMUNIKASI KORPORAT NE3 – 3 Kekosongan

5. PENOLONG OPERASI NE3 (IBU PEJABAT) – 2 Kekosongan

6. PENOLONG OPERASI NE3 (IBU PEJABAT) – 1 Kekosongan

7. PEMBANTU OPERASI NE1 (PAIP IBU PEJABAT) – 3 Kekosongan

8. PEMBANTU OPERASI NE1 (DAERAH CAMERON HIGHLANDS) – 1 Kekosongan

9. PENOLONG OPERASI NE3 – 1 Kekosongan

10. PEMBANTU OPERASI NE1 – 6 Kekosongan

Cara Mohon:

Tarikh tutup permohonan : 30 April 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

KLIK UNTUK BACA IKLAN

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2022 18:46

Keluarga Malaysia: KTMB Ekspres Khas Bagi Orang Pantai Timur

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan satu perkhidmatan tren khas iaitu Ekspres Khas Keluarga Malaysia sempena Hari Raya yang bakal tiba.

Dengan membawa slogan “Maghi Kelik Kampung”, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata perkhidmatan ini dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik di lebuh raya yang sering dihadapi warga pantai Timur setiap kali musim perayaan tiba. Sebanyak 516 tiket ditawarkan bagi tren khas ini.

Baca juga: Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM500 25 April Ini

Perjalanan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia

Perkhidmatan ini akan beroperasi bagi laluan Pantai Timur dan bakal memulakan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya.

Tren ini dijadualkan akan berlepas pada 29 April 2022, jam 11 malam dari KL Sentral dan akan berhenti di 17 stesen iaitu :

Bandar Tasik SelatanKajangNilaiSerembanPulau SebangMentakabJerantutGua MusangPasir MasTumpatPerjalanan tren ini dijangka akan tiba di Stesen Tumpat pada 30 April pada jam 3.55 petang.Sementara itu, perjalanan balik dari Stesen Tumpat pula adalah pada 7 Mei 2022 jam 10.50 malam dan dijadualkan akan tiba di stesen KL Sentral pada 8 Mei jam 3.04 petang.Jadual Perjalanan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia

Jadual perjalanan tren ekspres khas ini adalah seperti berikut :

Kemudahan Yang Ditawarkan

Di samping menawarkan harga yang berpatutan, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh tren khas iaitu :

Koc katilKoc tempat duduk premier dan superiorKoc buffetKoc chillax untuk aktiviti solat, moreh atau santai bersama penumpang lainCenderahati khasETS Tambahan

Pertambahan ini melibatkan perjalanan KL Sentral – Padang Besar dan sebaliknya bagi tarikh 29 April hingga 2 Mei dan 6 Mei hingga 8 Mei.

Tarikh Pembelian & Harga Tiket

Untuk makluman, tarikh pembelian perkhidmatan tren khas bakal dijual mulai 15 April 2022.

Harga yang ditawarkan pula bermula daripada RM 55.00 sehingga RM 83.00 bagi perjalanan sehala.

Cara Pembelian Tiket Tren

Pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) ataupun menerusi laman rasmi KTMB.

Maklumat LanjutTalian 03-2267 1200
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2022 18:29

Hanya Kerana 10k

Sebuah video telah tular di sosial media dimana seorang wanita telah dilanggar dan dipijak. Ramai yang terkejut dengan sebuah video dari sebuah akaun Tiktok @Muhdajwad8 dimana ada sekumpulan orang yang berpusu-pusu masuk kesebuah padang. Setelah pintu pagar padang tersebut dibuka ramai yang berpusu-pusu masuk sehingga menyebabkan seorang wanita telah jatuh dan terpijak oleh orang ramai.

Insiden tersebut telah berlaku di Garden Arena Rawang, Selangor selepas seorang YouTuber terkenal Isa Isarb mengumumkan dia menganjurkan sebuah permainan mudah untuk pengikutnya. Seorang pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000.

Didalam video tersebut memperlihatkan orang ramai berpusu-pusu masuk sehingga tidak menghiraukan keselamatan diri masing-masing. Sepasang suami isteri juga bersama-sama berebut ketika pintu pagar padang tersebut dibuka sehinggalah Isteri kepada pasangan tersebut jatuh dan ade yang telah terpijaknya.

Membaca komen di bahagian komen di video Tiktok tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakkan pasangan suami isteri tersebut yang sanggup berpusu-pusu hanya untuk mendapatkan hadiah yang belum tentu miliknya sehingga menggadaikan keselamatan diri.

Selain itu ada juga mempertikaikan wanita tersebut yang sedang mengandung kenapa pula harus datang dan menyertai orang ramai disitu lebih-lebih lagi ramai lelaki.

Disebabkan isterinya jatuh dan dipijak, suami wanita tersebut telah naik berang dan meminta penganjur mencari orang yang memijak dan menolak isterinya.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2022 16:49

April 18, 2022

Masih Belum ‘Move On’ Shuib Tak Kisah Dikritik Netizen

Walaupun sudah sembilan bulan pemergian isterinya, Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib masih lagi bersedih dan meratap pemergian itu. Dia tidak mahu ambil peduli walaupun mendapat kritikan dari netizen bahawa dirinya masih belum ‘move on’.

Isterinya, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat dijangkiti virus Covid-19 selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan.

Menurut Shuib, perkara tersebut dia sendiri yang lalui serta jalani bersama anak-anak. Jika dia menangis tertonggeng di rumah sekalipun tidak ada yang datang untuk menjenguk terutama sekali netizen.

“Saya tak kisah pun orang cakap apa, daripada dulu saya lalu macam-macam. Asalkan apa yang kita pegang, tahu, rasa itu, kita jalan sajalah”

“Kalau nak memikirkan orang, apa pun saya tak boleh. Kalau saya tertonggeng di rumah menangis dengan anak-anak, netizen tak datang ketuk pintu saya”

Apa yang dia lihat, netizen sekadar mampu memberi sokongan di media sosial namun realitinya semuanya dia ikhtiar sendiri. Dia juga mengakui terbawa-bawa dengan kerinduan terhadap isterinya tetapi dia masih memikirkan tanggungjawab yang besar terhadap anak-anak.

“Mereka hanya boleh sokong mungkin di Instagram apa yang mereka terlintas. Tapi secara dalam realiti, belum ada lagi yang buat kaunseling percuma untuk saya,”

“Ikhtiar sendiri juga untuk lalui semua ini. Memang saya akui terbawa-bawa, takut terlarut dalam rindu… sedangkan perjalanan anak-anak masih jauh. Tanggungjawab saya pada mereka besar”

Menurut Shuib lagi, ada baiknya dia tidak terus melayan perasaan dan fokus sepenuhnya kepada anak-anak. Namun begitu dia masih lagi tidak menafikan kenangan dan kemanisan sebuah pertemuan itu masih mengusik jiwanya.

Kini dia hanya mampu bersabar dan biarkan masa itu berlalu perlahan-lahan mengubat luka rindunya.

“Jadi, bagi saya, baik saya tidak terus layan perasaan dan beri perhatian penuh pada anak-anak. Tapi sebenarnya terfikir indah juga sebab rindu cara lain ini lain macam. Kita pula ada perasaan, wallahualam, kalau Allah izinkan mungkin saja akan jumpa dia balik”

“Kalau dapat jumpa balik itu, manis kan. Orang yang kita pernah jumpa, kenal, dahsyat itu. Berpegang dan merasakan untuk itu pun sudah ‘best’. Cuma masa sajalah, lalu perlahan-lahan, insya-Allah sabar”

 

Apabila bercakap tentang perancangan untuk hari raya, dia seakan sudah tidak begitu teruja. Dia sekadar merancang untuk pulang dan tinggal di kampung lebih lama agar anak-anaknya dapat lupakan sedikit kesedihan mereka.

“Saya nak bagi mereka lupa sedikit kesedihan itu. Jadi mungkin ada perancangan nak balik kampung dan duduk lama sedikit di kampung serta bawa mereka bercuti. Mungkin raya kali ini tiadalah di rumah”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2022 23:04

Skim Khairat Kematian BKM RM1000 2022

Skim Khairat Kematian adalah wang derma atau sumbangan ikhlas daripada kerajaan dengan kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

Baca juga : Daftar & Semak Status Kelayakan PerantiSiswa

Jumlah Amaun Tuntutan

Jumlah amaun tuntutan Skim Khairat Kematian sebanyak Rm1000 bagi setiap induvidu yang layak.

Tarikh Tuntutan

Pewaris boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian mulai : 15 April 2022

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan pemohon:

Berkahwin;Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022

Skim Khairat Kematian BKM ini layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.

Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak untuk menerima skim khairat kematian ini.

Pewaris Yang Layak Tuntut Wang Khairat Kematian Si Mati

Hubungan wakil atau waris yang layak adalah :

PasanganIbuBapaAnakAnak KandungAnak TiriAnak AngkatAdik-BeradikDokumen Yang DiperlukanSijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN);Kad Pengenalan asal wakil;Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.Kaedah Tuntutan

Wang akan diberikan secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan anda

Maklumat LanjutHotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747Laman web: https://bkm.hasil.gov.my/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2022 20:40

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.