Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 217
April 15, 2022
Jawatan Kosong Di Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PROCUREMENT EXECUTIVE
2. OPERATOR KILANG
3. ENGINEER R&D
4. CHARGEMAN BO (33kV)
5. ANALYST PROGRAMMER
6. ACCOUNT EXECUTIVE
7. PRODUCTION ENGINEER
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Bella Tidak Diberi Minum Air Dan Dipaksa Makan 80 Cili Seminggu
Kes yang melibatkan seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella masih dalam perbicaraan dan juga terdapat banyak lagi kenyataan dari pihak saksi yang membuat orang ramai sedih.
Hari ini dalam satu kenyataan terbaru daripada saksi , Bella dikatakan telah diberi makan sebanyak 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Sesyen.
Malah pihak Mahkamah juga mendengar keterangan bahawa remaja itu tidak dibenarkan minum air selama beberapa hari kerana tidak mendengar cakap Siti Bainun.
Menurut keterangan saksi pendakwaan kelima yang juga penghuni rumah kebajikan itu, Yasmin Nahar Mahmood, Bella juga dimarah dan diugut akan dicurah dengan air panas jika tidak mendengar cakap malah turut ditendang di perut jika menjerit kuat ketika diberi suntikan picagari.
Dalam pada itu, saksi juga mengakui dirinya bersama seorang lagi penghuni rumah terbabit yang dikenali sebagai Aida bertindak mengira jumlah cili padi berkenaan.
Farhan bertanyakan sama ada Siti Bainun mengeluarkan arahan untuk mengira jumlah cili itu secara spesifik dan Yasmin Nahar menjawab ‘ya’.
Malah Yasmin turut menjawab soalan balas daripada peguam Siti Bainun dan bersetuju bahawa cili padi itu diberikan kepada Bella beberapa kali seminggu.
Peguam Siti Bainun juga bertanyakan adakah mangsa tidak mengalami sakit perut akibat memakan 80 cili yang mana jika diikutkan perkiraan mangsa diberi makan empat kali seminggu.
“Katakan Bella didera empat bulan, kiranya 1,280 cili padi disumbat dalam mulut Bella,” soal peguam itu lagi.
Semalam, Yasmin yang menjadi saksi kes Bella telah menyatakan bahawa Siti Bainun mendera Bella setiap hari selama hampir empat bulan yang mana ianya berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.
Yasmin juga ditanya sama ada mulut Bella menunjukkan tanda melecet dan kemerah-merahan akibat memakan cili padi berkenaan dan Yasmin menjawab bahawa terdapat kesan merah dan cili padi itu dibuang oleh mangsa.
Mengenai isu Bella tidak dibenarkan minum air pula , saksi berkata, remaja itu curi-curi minum dan Yasmin pun pernah memberikan Bella minum secara curi-curi.
“Siti Bainun juga arahkan saya pegang bahu Bella ketika berdiri dan menyuruh remaja itu untuk melutut dan diugut bagi air panas”
“Bella juga ada dihentak kepala di dinding, diejek dan diperbodohkan,” katanya.
Dalam kes ini ,Siti Bainun telah mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan mental.
Siti Bainun juga didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sidang Makhamah dan perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi akan bersambung esok dengan saksi yang lainnya.
Pihak Siti Bainun nampaknya sudah bersedia dengan beberapa barisan peguam mewakili dirinya dalam membela dirinya agar tidak didakwa atas kes tersebut.
Peniaga bazar Ramadan Terengganu Didenda Sebanyak RM18,100
Peniaga bazar Ramadan di Terengganu dikompaun sebanyak RM18,100 selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
April lalu, 152 notis dari pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan dijalankan 278 anggota di 1,733 gerai jualan makanan dan minuman terhadap peniaga yang dikesan melakukan kesalahan melalui pemantauan di 59 lokaliti bazar Ramadan di seluruh negeri.
Baca juga:
Kos Tunai Haji Meningkat Lebih RM25,000 SeorangDJ Wong Tak Hilang Tapi Sudah Lafaz Cerai Talak Tiga Terhadap DJ SalKesalahan tertinggi dikesan ialah 72 kes kerana tidak memakai apron, diikuti 23 kes kerana tidak memenuhi piawaian kebersihan diri, 14 kes menggaji pekerja yang tidak mempunyai latihan dan tidak mendapat suntikan tifoid serta lain-lain kesalahan.
Pemeriksaan bazar Ramadan turut disertai seramai 64 anggota daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pemeriksaan itu tidak hanya terhad kepada premis atau gerai yang berdaftar dengan PBT bagi memastikan makanan dijual kepada orang ramai selamat dan bebas dari pencemaran.
Anggota dan penguatkuasa jabatan juga terus memberi nasihat kepada peniaga setiap kali pemantauan bagi memastikan makanan yang dijual tidak terdedah, pengendali makanan memakai pakaian yang lengkap dan bersih, serta tidak menjual semula makanan yang tidak habis pada hari sebelumnya bagi mengelak berlakunya kes keracunan makanan.
Pemilik premis yang menerima makanan daripada orang lain untuk dijual di bazar Ramadan ini disarankan mempunyai alamat dan nombor telefon individu terbabit bagi memudahkan dihubungi jika berlaku sebarang kes seperti keracunan makanan.
Sumber: Sinar Harian
April 14, 2022
Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak EFS Sehingga RM1000
Kerajaan Negeri Sarawak menawarkan program Endowment Fund Sarawak (EFS), dana insentif bantuan bayi baru lahir Sarawak RM1000 dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak.
Pemberian sebanyak RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Tujuan dana ini dilancarkan bagi membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Baca juga:
Guru Rancak buat ‘live’ Semasa Mengajar Di Kelas ‘Ditegur’Pengeluaran khas KWSP Cetus Kenaikan Harga PasaranSyarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat kelayakan:
Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia.Pemohon mestilah lahir di Sarawak atau di luar Sarawak.Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemohon pemegang MyKAD berstatus ‘K’.Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh 1 tahun selepas kelahiran.Bagi kategori anak angkat:Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad berstatus ‘K’.Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.Cara Memohon:Berikut adalah cara-cara untuk memohon:
Langkah 1: Muat Turun Borang Permohonan dan Kunjungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak.
Langkah 2: Sediakan borang permohonan EFS.
Langkah 3: Sertakan dokumenn sokongan.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk memohon:
1 Salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN.1 Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.1 Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.1 Borang EFS yang diisi lengkap.Semakan Status Permohonan:Semakan boleh dibuat dalam masa 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada JPN Negeri Sarawak.
Soalan Lazim:Soal jawab mengenai soal jawab lazim.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Sarawak Care atau hubungi di talian +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang).
Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang – Minima PT3/PMR
Permohonan Jawatan Negeri Pulau Pinang di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pengawal Keselamatan Gred KP11
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 22 April 2022Lokasi : Pulalu Pinang
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,205.00 – RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Guru Rancak buat ‘live’ Semasa Mengajar Di Kelas ‘Ditegur’
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila tindakan seorang guru yang mengajar di dalam kelas sambil membuat rakaman siaran langsung di media sosial telah tersebar.
Ianya menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.
Di Twitter ada yang meninggalkan komen bagi menegur tindakan guru berkenaan, akhirnya guru tersebut bertindak menyekat akuannya daripada terus mengikuti siaran langsung itu.
Baca juga:
Khabar Angin: Rihanna Sarat Mengandung Telah DicurangiBen Amir Setuju Bayar Ganti Rugi RM100,000 Kerana “Memilih” Untuk Melanggar KontrakPerkongsian itu juga turut membangkitkan kemarahan sesetengah pihak lebih-lebih lagi golongan ibu bapa kerana mereka dilihat mempersoalkan etika seorang guru serta risau akan keberkesanan ilmu yang disampaikan.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi negatif diberikan oleh orang ramai mejoritinya ibu bapa yang rata-ratanya kurang setuju dengan tindakan golongan pendidik yang gemar membuat sesi siaran langsung sewaktu mengajar di dalam kelas.
Lebih membimbangkan apabila guru-guru ini dikatakan terlalu mengutamakan konten video di media sosial serta jumlah penonton yang mengikuti siaran langsung mereka berbanding tumpuan terhadap anak didik sendiri.
Guru-guru sepatutnya lebih mengutamakan tugas mengajar dan menyampaikan ilmu kepada anak didik semasa waktu persekolahan berlangsung.
Pihak kementerian pendidikan diberitahu akan mengambil tindakan sewajarnya berkenaan isu ini.
Sumber: KOSMO! ONLINE
Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Sesi 1/2022 Kini Dibuka Untuk Permohonan
Berita baik buat pelajar Kolej Yayasan Pelajaran johor (KYPJ), permohonan Bantuan bagi Tabung Amanah KPYPJ sesi 1/2022 kini telah dibuka.
Tujuan bantuan ini dibuat adalah untuk membantu Pelajar Kolej KYPJ yang kurang berkemampuan.
Baca juga:
Tiada Lagi Vaksin Percuma Untuk Kanak-kanak PICKIDS Selepas 15 Mei 2022Perkara Penting Perlu Anda Kenal Pasti Sebelum Pengeluaran KWSP April IniTempoh Permohonan Dibuka:Tarikh permohonan dibuka mulai 10 April hingga 10 Mei 2022.
Jenis Bantuan:Berikut adalah diantara jenis-jenis bantuan yang ditawarkan:
Sara DiriKeperluan Pengajian / PeralatanKos Rawatan / PerubatanNota: Pelajar yang mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan.
Syarat Permohonan:Berikut antara syarat-syarat untuk memohon:
Pemohon mestilah pelajar KPYPJ.Pendapatan bulanan isi rumah pemohon mestilah tidak melebihi RM 3,500.Pelajar yang telah mendapat tajaan PTPTN hanya layak memohon Bantuan Sara DiriPelajar yang telah mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah permohonan:
Langkah 1: Layari laman sesawang PERMOHONAN BANTUAN TABUNG AMANAH KPYPJ BIL 1/2022.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Hantar.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kolej Yayasan Pelajaran Johor atau whatsapp ke nombor +601 9763 0342.
Khabar Angin: Rihanna Sarat Mengandung Telah Dicurangi
Penyanyi terkenal Rihanna 34, yang sedang sarat mengandung yang kini tinggal menunggu hari telah tersebar satu khabar angin dimana pasangannya A$AP Rocky telah berlaku curang kepadanya.
Perkhabaran ini diketahui melalui ciapan di akaun Twitter milik Louis Pisano. Melalui ciapan tersebut Pisano mendakwa Rihanna telah meninggalkan A$AP setelah mengetahui A$AP telah curang kepadanya bersama seorang pereka kasut yang terkenal iaitu Amina Muaddi.
Kisah kecurangan A$AP dan Amina Muaddi telah bermula sejak Febuari lalu sewaktu mereka hadir ketika Minggu Fesyen Paris berlangsung.
Pisano menyatakan, Amina dan A$AP telah lama berkenalan dan pernah bekerjasama dalam menghasilkan satu koleksi kasut eksklusif dibawah jenama Amina.
Pisano yang juga bekerja didalam bidang fesyen juga menambah lagi, tiada sebab dia mereka-reka gosip panas ini tanpa sumber yang jelas dan sahih. Jika gosip ini tidak betul kariernya akan terkesan dan imejnya juga akan tercalar.
Muaddi bukanlah nama baru dalam indrustri fesyen. Sudah ramai selebriti terkenal menggunakan khidmatnya seperti Kendall Jenner, Hailey Bieber dan juga Rihanna sendiri.
Kali pertama Rihanna dan A$AP kelihatan sebagai pasagan secara rasmi adalah ketika mereka berdua menghadiri acara Karpet merah di majlis MET Gala pada tahun lalu.
Pada januari tahun ini pasangan yang kelihatan bahagia ini telah mengumumkan mereka akan menimang cahaya mata sulung mereka.
Jika betul khabar angin ini, peminat mereka berdua akan terkejut kerana pasangan ini dikhabarkan pasangan kekasih yang bahagia.
Tebus Kredit ePemula RM150 Dengan BigPay
Program ePemula merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan untuk golongan belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun yang juga merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Antara rangkaian e-Wallet yang terlibat dalam program ini, Big Pay. Ramai yang kurang mengenali BigPay ini. BigPay ialah aplikasi mudah alih dengan kad yang menyediakan antara muka yang mudah untuk anda berbelanja, menghantar, menerima dan menjejak wang di mana-mana sahaja di dunia.
Kad BigPay boleh didapati secara PERCUMA. Ianya seperti kad prepaid mastercard, eWallet untuk anda terima dan simpan duit untuk digunakan bila masa diperlukan dan juga aplikasi untuk anda buat transaksi bil, hantar duit dan menguruskan kad anda.
Baca juga:
Jom Mohon Biz Nita Bantuan RM3,000 Untuk Usahawan WanitaTiada Lagi Vaksin Percuma Untuk Kanak-kanak PICKIDS Selepas 15 Mei 2022Cara Pendaftaran:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Download aplikasi Big Pay – Challenge Banking di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
Langkah 2: Setelah muat turun, buka aplikasi tersebut.
Langkah 3: Kemudian, tekan butang ‘Sign Up’.
Langkah 4: Pilih tempat negara anda menetap.
Langkah 5: Pada ruangan No Telefon, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya anda adalah warganegara Malaysia, pilih +60.
Langkah 6: Tekan butang ‘Send Code’, masukkan kod yang anda dapat tersebut di ruangan di bawah ‘Enter your OTP’.
Langkah 7: Seterusnya, anda dikehendaki untuk mencipta Passcode sebagai langkah keselamatan akaun anda dan sahkan sekali lagi passcode anda.
Langkah 8: Semak terma dan syarat dengak klik ‘Terms & Conditions’. Kemudian tandakan pada kotak.
Langkah 9: Kemudian, tekan butang I accept untuk teruskan proses daftar BigPay.
Langkah 10: Pada laman seterusnya, sila isikan butiran peribadi.
Langkah 11: Setelah lengkap semuanya, klik ‘Next’.
Langkah 12: Akan keluar mesej tertera ‘Verification in progress’. Sistem sedang memproses pendaftaran anda, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.
Langkah 13: Setelah pendaftaran anda diluluskan, anda perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun anda ini. Anda boleh melakukannya secara online banking.
Langkah 14: Kemudian, tunggu kad Big Pay untuk tiba ke alamat anda secara pos.
Langkah 15: Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad anda. Proses pendaftaran anda akan selesai.
Cara Aktifkan Kad Bigpay:Berikut adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan kad BigPay:
Langkah 1: Setelah selesai semua proses, anda perlu tunggu kad BigPay untuk dipos ke rumah dalam masa kira-kira 5 – 7 hari bekerja.
Langkah 2: Bila kad Big Pay anda sudah sampai ke rumah, buka aplikasi BigPay anda.
Langkah 3: Masukkan nombor CVV yang tertera di belakang kad Big Pay anda.
Langkah 4: Kad BigPay anda telah AKTIF dan boleh digunakan.
Cara Tebus ePemula:Berikut adalah langkah-langkah untuk menebus ePemula menggunakan BigPay:
Langkah 1: Pastikan anda sudah download dan install aplikasi BigPay.
Langkah 2: Buka aplikasi BigPay.
Langkah 3: Anda akan lihat paparan Level up with BigPay.
Langkah 4: Tekan butang Claim my RM150.
Langkah 5: Sila tandakan kotak setuju dengan Terms & Conditions.
Langkah 6: Tekan butang Apply Now.
Langkah 7: Tekan butang Get BigPay now.
Langkah 8: Isikan maklumat seperti dipinta dalam Permohonan ePemula.
Langkah 9: Tekan butang Hantar.
Langkah 10: Sila tunggu notifikasi daripada pihak Big Pay untuk status penghantaran dan kemasukan kredit.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang ePemula Bigpay untuk persoalan Soalan Lazim.
Jom Mohon Biz Nita Bantuan RM3,000 Untuk Usahawan Wanita
Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak mengalu-alukan usahawan wanita memohon bantuan peralatan bagi tujuan membangunkan perniagaan menerusi Biz Nita.
Untuk makluman, Biz Nita ialah bantuan peralatan dan bantuan tunai one off yang disalurkan khusus buat usahawan wanita di Negeri Perak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera.
Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM3,000 untuk membeli bantuan peralatan perniagaan untuk usahawan wanita.
Syarat PermohonanSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:
Pemohon mestilah wanita.Pemohon berumur 18 tahun ke atas.Pemohon telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa.Pemohon menetap di Negeri Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.Pemohon berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan berniaga pemimpin tempatan.Cara MemohonPermohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Sila Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/atTaxb7cRrthht4t8. Baca syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia.Lengkapkan permohonan.Klik pada butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.Pertanyaan LanjutUntuk pertanyaan lanjut mengenai Biz Nita, boleh hubungi Wanita Perak di talian dan email berikut berikut:
05-5269829programpre2022@gmail.comMohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
