Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 219
April 13, 2022
Villareal Hentam Bayern Munich Selepas Singkirkan Mereka di Liga Juara Juara Eropah!
Bayern Dihentam! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Pemain Villareal Dani Parejo, Etienne Capoue dan Gerard Moreno mengkritik jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann kerana gagal menghormati pasukan Sepanyol itu pada suku akhir Liga Juara Juara.
Kedua dua pasukan seri 1-1 di Munich semalam yang menyaksikan keputusan berpihak kepada Villareal mara ke separuh akhir dengan kemenangan agregat 2-1.
Nagelsmann berkata dalam sidang akhbar pra perlawanan minggu lalu bahawa dia menjangkakan pasukannya akan menyelesaikan tugas di Villareal menjelang perlawanan timbal balik di Allianz Arena.
“Saya rasa jurulatih mereka yang saya tidak kenali secara peribadi menunjukkan kurang rasa hormat terhadap Villarreal dan bola sepak dengan mengatakan bahawa dia mahu membunuh terus permainan pada perlawanan pembukaan. Bagi kami, itu adalah kurang rasa hormat dan saya fikir akhirnya apabila anda meludah kadang-kadang ia jatuh dan memukul anda.” kata Parejo kepada Nagelsmann.
Juara eropah enam kali, Bayern menjadi pilihan utama dalam perlawanan pertama itu tetapi tewas 1-0 di Sepanyol dan ia merupakan kekalahan pertama mereka ditempat lawan dalam pertandingan elit eropah sejak 2017.
Nagelsmann berkata pada hari Isnin bahawa walaupun pasukannya telah melakukan banyak kesilapan pada perlawanan pembukaan, Villarreal telah “membuat kesilapan dengan membiarkan kami terus hidup” dengan hanya mengambil kelebihan 1-0 dari perlawanan pembukaan walaupun banyak peluang yang mereka boleh gunakan untuk memberikan lebih kelebihan.
Capoue berkata dia merasakan jurulatih Bayern itu kurang merendahkan diri manakala rakan sepasukannya Moreno berkata komen itu memberi inspirasi kepada pasukannya ketika aksi timbal balik semalam di Allianz Arena.
“Sejak kami mengetahui akan berdepan dengan Bayern, kami berkata kepada diri sendiri bahawa ianya tidak mustahil dan kami boleh menewaskan Bayern. Kami tahu ia akan menjadi cabaran yang sangat sukar kerana mereka adalah pasukan terbaik dunia.” ujar Moreno.
Villareal yang memenangi Liga Europa musim lalu telah mara ke separuh akhir Liga Juara Juara buat kali kedua dalam sejarah mereka dan kali pertama sejak 16 tahun lalu.
“Kami akan menikmati separuh akhir. Kami disini bukan untuk diberitahu betapa baiknya kami yang datang dari sebuah bandar yang kecil. Kami berada disini kerana kami mempunyai projek yang kukuh dan kami perlu terus berkerja keras serta kekal merendah diri.” kata jurulatih Villareal, Unai Emery.
Skim Bantuan Pendaftaran IPT Untuk Anak Kelahiran Johor
Sukacita dimaklumkan tawaran permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor kini dibuka.
Bantuan ini khusus buat anak kelahiran Johor yang sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Diploma dan Ijazah.
Tujuan bantuan adalah bagi meringankan beban kewangan pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Baca juga:
Bantuan Khas Kewangan Minima RM1,000 Kepada Penjawat Awam Negeri SelangorePemula : Tebus Bantuan RM150 eWallet ShopeePay, Grab, TnG & BigPayTarikh Permohonan Dibuka:Permohonan boleh dibuat bermula 11 April 2022 hingga 23 April 2022.
Kadar Bantuan:Diploma: RM 500.
Ijazah Sarjana Muda: RM 1,000.
Syarat Permohonan:Berikut adalah syarat-syarat permohonan:
Pemohon mestilah lahir dan menetap di negeri Johor.Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Koleh YPJ, EDUCITY dan Marsah).Pemohon mestilah telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.Pendapatan ibu dan bapa / penjaga pemohon mestilah tidak melebihi RM 4,000 sebulan dan RM 4,001 hingga RM5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.Pemohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang Yayasan Pelajaran Johor dan rujuk info SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP).
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Langkah 4: Masukkan kesemua dokumen sokongan dan permohonan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan setersnya gamkan di bahagian belakang dengan kemas.
Langkah 5: Tuliskan jenis permohonan di PENJURU KANAN ATAS sampul surat iaitu ‘Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)’.
Untuk penghantaran melalui serahan tangan, sila masukkan ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ.Untuk penghantaran melalui POS, sila masukkan dokumen ke dalam sampul surat yang mempunyai tracking number.Dokumen Sokongan:Berikut merupakan dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:
1 Salinan Kad Pengenalan Pelajar.1 Salinan Sijil Kelahiran.1 Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.1 Salinan Penyata Pendapatan ibu dan bapa / penjaga.1 Salinan surat tawaran IPT.1 Salinan Sijil Berhenti Sekolah.1 Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (jika berkaitan).1 Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan).Lain-lain dokumen berkaitan.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang laman rasmi Yayasan Pelajaran Johor atau hubungi di talian 07-2344355.
Bantuan Khas Kewangan Minima RM1,000 Kepada Penjawat Awam Negeri Selangor
Kerajaan Selangor bersetuju dengan cadangan pemberian BKK sempena Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022 sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor.
Bantuan Khas Kewangan (BKK) adalah bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat bertujuan untuk menghargai usaha serta komitmen penjawat awam negeri yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri.
Baca juga:
Penyakit Bahaya Kepada Kanak-Kanak Selepas Dijangkiti Covid-19, MIS-C Boleh Membawa MautPeranti Percuma Untuk Pelajar IPT Golongan B40 Jumlah Bantuan Khas Kewangan:Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diberikan oleh Kerajaan Selangor adalah sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000, sempena Hari Raya Aidilfitri.
Kategori Penerima BKK:Berikut adalah senarai kategori pekerja yang akan menerima BKK:
Kategori 1: Semua penjawat awam negeri Selangor.
Kategori 2: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
Kategori 3: Speaker.
Kategori 4: Timbalan Speaker.
Kategori 5: Ahli Dewan Negeri.
Kategori 6: Pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor atau hubungi di talian 03-55447013 / 7022.
Penyakit Bahaya Kepada Kanak-Kanak Selepas Dijangkiti Covid-19, MIS-C Boleh Membawa Maut
MIS-C adalah singkatan Multisystem Inflammatory Syndrome due to Covid-19 infection.
Ianya berlaku di kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 5-11 tahun. Kes pertama ditemui di US pada April 2020. Di Malaysia, sejak dari 2020 sampai Februari 2021, ada dalam 170+ kes MIS-C dan melibatkan kematian 7 kematian. Majoriti perlukan rawatan ICU.
Ia jarang berlaku tapi jika terjadi, ianya boleh membawa maut. Sebab itulah perlu berhati hati dan harus pantau keadaan anak-anak selepas mereka sembuh dari Covid19. Sebab keadaan ini berlaku selepas 4-6 minggu setelah terkena Covid19.
Keadaan ini adalah lebih kurang sama seperti toxic shock syndrome dan juga penyakit yang disebut sebagai Kawasaki disease, di mana kedua duanya disebabkan oleh keradangan yang berlaku di seluruh tubuh badan.
Baca juga:
Peluang Menang Mercedes Benz AMG Line Menyimpan Di SSPNePemula : Tebus Bantuan RM150 eWallet ShopeePay, Grab, TnG & BigPayGejala Selepas 4 Minggu Sembuh COVID-19:
Berikut antara gejala-gejala yang muncul jika anak anda terkena MIS-C:
1. Demam panas ( melebihi 39) selama lebih 4 hari berturut turut walau dah bagi ubat demam kerap.
2. Kelihatan lemah.
3. Sakit kepala.
4. Mata menjadi merah atau sakit mata.
5. Naik ruam di badan.
6. Sakit perut, muntah, cirit.
7. Asyik nak tidur atau mengadu keletihan.
8. Bibir menjadi merah dan merekah.
9. Sukar bernafas.
Tindakan Segera:Jika gelaja tersebut ada pada anak anda, segeralah bawa anak anda berjumpa doktor.
MIS-C boleh dirawat jika anda cepat bertindak.
Jangan lengahkan masa atau cuba-cuba rawat sendiri di rumah.
Kesimpulannya:Puncanya masih lagi di dalam kajian. Malah penyebab kenapa ada kanak-kanak yang cepat sembuh akibat Covid19 juga masih dalam kajian.
Bagi kanak-kanak amatlah bahaya jika terkena Covid19, ada kemungkinan anak akan terkena MIS-C selepas Covid.
Teruskan pakai pelitup muka dan elakkan tempat sesak terutama anak-anak kecil.
Semoga kita semua dijauhkan dari wabak merbahaya.
Sumber: Facebook Erna Nadia
April 12, 2022
Peluang Menang Mercedes Benz AMG Line Menyimpan Di SSPN
Sempena 25 Tahun PTPTN, SSPN tawar kempen Cabutan WOW! dan berpeluang menang Mercedes Benz AMG Line sebagai hadiah utama cabutan bertuah.
Keseluruhan hadiah bernilai hampir RM1 juta menanti 350 orang pemenang.
Baca juga:
Program Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak Sehingga RM20,000Kredit eTunai ‘One-Off’ RM150 Kepada BeliaKategori Cabutan:Berikut adalah kategori-kategori cabutan:
Cabutan Tahunan Jubli Perak.Cabutan Khas Babyku Simpan.Cabutan Siri.Hadiah Cabutan Bertuah:Berikut antara hadiah cabutan bertuah bagi kategori berikut:
1) Kategori Cabutan Tahunan Jubli Perak: bakal menanti 22 pemenang.
Hadiah Pertama: Kereta Mercedes Benz AMG Line.Hadiah Kedua: Wang tunai berjumlah RM100,000. Hadiah Ketiga: Wang tunai bernilai RM50,000.Hadiah Sagu Hati: Motosikal Honda Dash 125.2) Kategori Cabutan Babyku Simpan: bakal menanti 250 pemenang.
Hadiah berupa wang tunai RM250,000.3) Kategori Cabutan Siri: bakal menanti 75 pemenang.
Hadiah berupa wang tunai hampir RM200,000.Tempoh Promosi:Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.Cabutan Siri adalah dari 1 April hingga 31 Disember 2022.Dilihat Memakai Bandana, Ameera Khan Kembali Buka Tudung?
Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan sekali lagi mengundang kecaman netizen menerusi satu perkongsian foto terbaharunya yang hanya berbaju-T lengan pendek dan mengenakan skaf yang diikat seperti bandana untuk menutupi bahagian kepalanya..
Cara pemakaian skaf ala bandana yang tidak menutupi keseluruhan aurat apabila menyebabkan sebahagian besar rambutnya terjurai itu dirasakan tidak sesuai dengan imej Ameera yang sebelum ini sudah kembali berhijab sejak tahun..
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ameera atau mesra disapa ‘Little Miss Khan’ berkongsi foto tersebut untuk tujuan mempromosikan satu jenama mewah antarabangsa..
Gara-gara itu, instafemes berusia 22 tahun itu telah dikritik segelintir pengikutnya seolah-olah kembali membuka hijab seperti sebelum ini..
Malah, terdapat juga pengikutnya melahirkan rasa keliru dengan imej Ameera kerana sering ‘on-off’ dalam etika menutup aurat..
Bagaimanapun, tidak kurang juga netizen yang mendoakan supaya Ameera kekal istiqamah dan mengikut jejak langkah kakaknya, Neelofa untuk menutup aurat sepenuhnya.
Ameera sebelum ini pernah beberapa kali mencuri perhatian netizen dengan kelakuannya dalam media sosial..Gadis itu pernah dikecam selepas berkongsi foto mengenakan busana serba ketat berwarna coklat muda persis menyerupai kulit serta digayakan dalam posisi bercangkung..
Ameera juga pernah memuat naik sekeping foto memaparkan bentuk punggungnya dalam Instagram bertujuan untuk memberitahu pengikutnya bahawa dia telah menggunakan sejenis produk penjagaan kulit berharga ribuan ringgit.
Bagaimanapun, Ameera menerusi satu kenyataan yang diberikan kepada Kosmo! sebelum ini menerima setiap kritikan oleh netizen dengan hati terbuka dan meminta orang ramai supaya mendoakan dirinya supaya menjadi manusia yang lebih baik.
Ameera kembali berhijab sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya bersama pendakwah bebas, Haris Ismail pada Mac tahun lalu..
DJ Wong Tak Hilang Tapi Sudah Lafaz Cerai Talak Tiga Terhadap DJ Sal
Misteri kehilangan DJ Wong sejak 7 hari lalu terungkai akhirnya apabila lelaki terbabit muncul bersiaran secara langsung melalui Facebook (FB) tengah malam tadi dengan berbaju Melayu biru muda..
Dalam siaran langsung yang berdurasi 15 minit itu, DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, meminta maaf dan bersumpah di hadapan al-Quran.
Dia menyatakan yang dia sihat serta selamat dan meminta semua pihak menghentikan pencarian namun tidak mendedahkan lokasi sebenar keberadaannya.
DJ Wong yang sesekali kelihatan menangis kemudian mendedahkan yang dia keluar rumah dengan kerelaan hati kerana berdepan masalah peribadi dengan isteri yang dikenali sebagai DJ Sal..
Dia turut memanjatkan rasa syukur kerana walaupun hanya berbekalkan RM2.70 serta telefon bimbit, namun dia masih sihat dan dapat berbuka puasa di tempat yang selamat.
Lelaki terbabit pada akhir siaran langsung turut melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan mengumumkan kepada pengikutnya yang dia tidak akan muncul lagi di FB selepas ini.
DJ Wong dikatakan menghilangkan diri selepas keluar melalui pintu belakang rumahnya di Taman Ria Mesra 2 di sini, jam 9.30 malam Rabu lalu..
Kehilangannya itu menimbulkan persoalan kepada peminat dan juga ahli keluarga kerana dia dikatakan keluar sehelai sepinggang selain telefon bimbit dimatikan.
Sementara itu, DJ Sal yang turut membuat siaran langsung di FB menyifatkan lelaki terbabit sebagai dayus berikutan tindakannya menghilangkan diri dan melafaz cerai terhadap dirinya secara langsung di FB.
DJ Sal juga berulang kali menyatakan yang dia enggan mengaibkan lelaki terbabit dan hanya meminta DJ Wong menunggu urusan selanjutnya di mahkamah.
Pasangan itu sebelum ini aktif bersiaran secara dalam talian di FB ‘DJ Wong And Sal Bollywood’ yang kini mempunyai hampir 100,000 pengikut..
Program Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak Sehingga RM20,000
Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan merupakan bantuan pinjaman tanpa faedah kepada usahawan dalam Negeri Perak yang ditawarkan oleh Yayasan Perak.
Ianya berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 di negeri tersebut menerusi Program Pinjaman Tabung Usahawan.
Tujuan program ini adalah untuk membantu usahawan-usahawan muda untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.
Baca Juga:
Sekolah Akan Dibuka Seperti Biasa Mulai 17 AprilePemula : Tebus Bantuan RM150 eWallet ShopeePay, Grab, TnG & BigPayJumlah Dan Tempoh Pinjaman:Jumlah pinjaman yang ditetapkan adalah RM5,000 sehingga RM20,000 (bergantung kepada kemampuan).
Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun dan bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.
Syarat Permohonan:Berikut adalah syarat-syarat permohonan untuk memohon:
Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.Pemohon dan pasangan mestilah seorang Warganegara Malaysia.Pemohon mestilah bukanlah kakitangan kerajaan/badan berkanun/syarikat GLC/Berhad.Pemohon mestilah seorang yang menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.Pemohon mestilah menjalankan perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang.Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.Perniagaan Tidak Layak Memohon:
Urusniaga melalui ternakan, pertanian dan perikanan (usahawan baru) (bergantung kepada keputusan panel).Urusniaga yang melibatkan pelaburan/Piramid/Skim Cepat Kaya/Perjudian.Perniagaan barangan lusuh/Kitar semula (mengikut pasaran semasa).Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi (perniagaan bermusim).Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah) dan yang seumpamanya.Kontraktor Pembangunan.Cara Memohon:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Muat turun borang permohonan.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat borang dengan betul.
Lnagkah 3: Sediakan dokumen yang diperlukan.
Langkah 4: Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak),
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:
1 Borang/Surat Permohonan (wajib).1 Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.1 Salinan Surat Perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.1 Salinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.1 Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.1 Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan – 3 keping/Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.Senarai sebut harga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung/Penghulu.1 Salinan kad suntikan (Bagi perniaagaan makanan) yang disahkan.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Yayasan Perak atau hubungi di talian 05-255 2929.
Sekolah Akan Dibuka Seperti Biasa Mulai 17 April
Murid sekolah rendah kini akan mula hadir ke sekolah seperti biasa mulai 17 April ini kerana tiada lagi sistem penggiliran.
Keputusan ini telah diumumkan di laman Facebook Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin.
Keputusan tersebut diambil setelah KPM memperhatikan pengoperasian Sekolah Rendah pada 21 Mac dan Sekolah Menengah pada 4 April yang lalu.
Baca juga:
ePemula : Tebus Bantuan RM150 eWallet ShopeePay, Grab, TnG & BigPaySemakan Status Pengeluaran Khas KWSP 10K | Apa Maksud Status Diterima?KPM telah membuat ketetapan bahawa murid sekolah rendah akan dibenarkan hadir ke sekolah TANPA PENGGILIRAN pada tarikh berikut:
Negeri-negeri Kumpulan A – 17 April 2022 (Ahad):
Johor.Kedah.Kelantan.Terengganu.Negeri-negeri Kumpulan B – 18 April 2022 (Isnin):
Kuala Lumpur.Labuan.Melaka.Negeri Sembilan.Pahang.Perlis.Pulau Pinang.Perak.Putrajaya.Sabah.Sarawak.Selangor.Namun begitu, ibu bapa masih perlu mengingatkan anak-anak mereka untuk mematuhi SOP yang ditetapkan supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
Sebelum ini, sistem penggiliran dilaksana setelah sekian lama sekolah ditutup bagi sesi pembelajaran fizikal dan digantikan dengan sesi PDPR serta membolehkan murid-murid dapat kembali ke sekolah dan merasai semula mood bersekolah disamping perlaksanaan penjarakan sosial dapat dilakukan kerana kekurangan murid.
Jom Daftar ePrasekolah 2023 Secara Online Sehingga April 2022
Tahun 2023 secara dalam talian melalui Portal ePrasekolah KPM akan dibuka Mulai 1 Mac 2022 Hingga 30 April 2022.
Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, pendaftaran boleh dibuat melalui 2 cara berikut:
Secara Online: Melalui portal ePrasekolah KPMSecara Manual: Ambil Borang Permohonan Di Sekolah Yang Ingin DimohonBerikut adalah maklumat lanjut tentang cara membuat pendaftaran online di portal tersebut.
Tarikh Daftar Prasekolah 2023Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2022 Hingga 30 April 2022.
Baca juga: Takwim Cuti Sekolah 2022 KPM & Jadual Sesi Persekolahan
Syarat PermohonanSyarat Permohonan Pendaftaran Prasekolah Online 2023 adalah seperti berikut:
Kanak-kanak warganegara Malaysia sahajaKanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 sahaja yang layak untuk memohon.Semakan Keputusan PermohonanSetelah berjaya daftar prasekolah 2023 online, sila buat semakan melalui cara berikut:
Secara Dalam Talian – Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon – Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).Cara DaftarPengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
Berikut adalah langkah membuat pendaftaran ePrasekolah KPM:
Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/Daftar PenggunaLog MasukKlik Borang Permohonan PrasekolahLengkapkan MaklumatPilih Sekolah Yang DipohonPengesahan Permohonan Oleh Ibu Bapa/PenjagaHantar Permohonan Dalam Talian Selewat-lewatnya 30 April 2022Cetak PermohonanHantar Cetakan Borang Permohonan Berserta Dokumen Yang Berkaitan Ke Sekolah Yang Dipohon Selewat-lewatnya 31 Mei 2022Semak Keputusan Secara Dalam TalianRayuan PermohonanBagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.Maklumat LanjutSebarang pertanyaan sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my/
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
