Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 215

April 17, 2022

Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Dibuka Sehingga 30 April 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa KBS akan membuat Penawaran Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) hanya bagi pelajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi bidang pengajian yang diiktiraf oleh Malaysia Qualification Agency (MQA).

Tujuannya adalah untuk membantu altet-altet negara yang berminat atau sedang menyambung pengajian sambil bergiat aktif dan meneruskan prestasi dalam bidang sukan yang diceburi untuk terus mencurah bakti dalam bidang kesukanan.

Baca juga:

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Akan Dikreditkan Mulai Hari IniSemakan Pengeluaran Khas KWSP | RM10K Masuk Hari Ini !Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka mulai 15 april sehingga 30 April 2022.

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syaratnya:

Syarat 1: Terbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.

Syarat 2: Umur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:

tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa.tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.

Syarat 3: Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan.Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:

Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan; danMemiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.

Syarat 4: IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.

Syarat 5: Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.

Syarat 6: Sihat daripada segi mental dan fizikal.

Syarat 7: Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.

Syarat 8: Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.

Syarat 9: Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang SBSP.

Langkah 2: Pilih e-Bantuan.

Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Klik Hantar.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal SBSP atau hubungi di talian 03-8871 3548/3546.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2022 23:15

Bantuan i-Fitri Akan Dibayar Secara Tunai Mulai 17 April 2022

Bantuan kewangan Perayaan bagi rakyat negeri Terengganu telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan khususnya bagi membantu golongan B40 dan M40.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan itu adalah melalui Bantuan I-Fitri 2022 yang melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM250 hingga RM400 kepada yang berkelayakan.

Baca juga:

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Akan Dikreditkan Mulai Hari IniPermohonan Residensi Wilayah Keluarga Malaysia 2022 Kini DibukaKategori Penerima Bantuan:

Berikut adalah kategori-kategori yang terlibat:

Kategori A: Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM2,500

Pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu yang menetap di Terengganu.Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (iaitu ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain)Jumlah pendapatan bulanan isi rumah pemohon mestilah kurang daripada RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun).Pemohon mestilah berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20).Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.Penjawat Awam dan lantikan kerajaan TIDAK LAYAK memohon.Kontraktor berdaftar juga tidak layak memohon.Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.

Kategori B: Pendapatan Isi Rumah antara RM2,501 – RM5,000

Pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu yang menetap di Terengganu.Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (iaitu ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain)Jumlah pendapatan bulanan isi rumah pemohon mestilah di antara RM2,501 – RM 5,000(termasuk gaji dan semua elaun).Pemohon mestilah berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20).Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.Penjawat Awam dan lantikan kerajaan TIDAK LAYAK memohon.Kontraktor berdaftar juga tidak layak memohon.Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon KECUALI pendapatan isi rumah antara RM 2501.00 sehingga RM5,000 dan di sahkan oleh JPKK.Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.Tarikh Bayaran Diterima:

Pembayaran Bantuan i-Fitri akan dibuat bermula 17 April 2022 secara tunai di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Jumlah Bantuan:

Kategori A – RM400.

Kategori B – RM250.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang iBantuan Terengganu atau hubungi di talian yang tertera dibawah:

PIC_KHAS_BANTUAN_IFITRI

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2022 22:54

Jawatan Kosong Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai UPSI No. 1 Pendidikan di Malaysia dan  berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Grafik) Gred 29

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 21 April 2022 (Khamis)
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2022 22:48

Permohonan Residensi Wilayah Keluarga Malaysia 2022 Kini Dibuka

Berita baik bagi yang dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan, permohonan Residensi Wilayah Keluarga Malaysia 2022 kini dibuka untuk permohonan.

Residensi Wilayah Keluarga Malaysia merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.

Tujuannya adalah supaya golongan berpendapatan sederhana dan sukar untuk membeli dan memiliki rumah sendiri rumah yang selesa lagi berkualiti serta mampu milik.

Pengeluaran khas KWSP Cetus Kenaikan Harga PasaranPelitup Muka Bukan Perubatan Perlu Penandaan MS Sirim Bermula Jan 2023Ciri-Ciri Rumah Residensi Wilayah:

Berikut merupakan ciri-ciri rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja:

3 bilik tidur.2 bilik air.Dapur.Ruang tamu.Ruang makan.Yard serta dalam bentuk rumah berstrata.Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat.Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak lebih daripada RM15,000 sebulan.Pemohon mestilah dilahirkan atau bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.Satu permohonan sahaja bagi setiap isi rumah.Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja;Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Wilayah Keluarga Malaysia.Cara Memohon:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang Residensi Wilayah. Pemohon perlu memastikan alamat emel adalah tepat kerana semua notifikasi akan dihantar melalui emel

Langkah 2: Pemohon hendaklah mendaftar akaun dan selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi terlebih dahulu sebelum memohon projek.

Langkah 3: Sekiranya anda telah memohon projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia anda tidak boleh lagi memohon projek Residensi Prihatin Keluarga Malaysia.

Pemohon hendaklah mendaftar akaun dan selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi terlebih dahulu sebelum memohon projek.Sekiranya anda telah memohon projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia anda tidak boleh lagi memohon projek Residensi Prihatin Keluarga Malaysia.Pemohon yang telah berdaftar dan memilih projek DIWAJIBKAN untuk memuatnaik dokumen sokongan dalam portal Residensi Wilayah Keluarga Malaysia. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:Dokumen sokongan:

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan:

Semakan Status Permohonan:

Berikut adalah cara-cara utnuk menyemak status permohonan:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal Residensi Wilayah.

Langkah 2: Masukkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Semak. Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon.

Semakan Status Permohonan:

Semakan boleh dibuat di portal Residensi Wilayah.

Keputusan permohonan juga akan diemel ke alamat emel pemohon.

Soalan Lazim:

Sebarang pertanyaan dan jawapan, sila rujuk soalan lazim.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portalResidensi Wilayahatau emel ke alamat urusetiaresidensiwilayah@kwp.gov.my.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2022 22:31

Shuk Sahar Nafi Dah Kahwin Dengan Fara Salleh

Terpalit dengan kontroversi rumah tangga, bagaimanapun pelawak Shuk Sahar menafikan tuduhan sudah pun berkahwin dengan skandalnya, Fara Salleh..

Mengakui terkejut dengan dakwaan itu, Shuk enggan mengulas lanjut apatah lagi hal rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera pun masih belum selesai lagi..

“Belum berkahwin. Pada saya, kalau nak buat apa pun berkaitan dengan hubungan saya, lebih baik saya selesaikan satu persatu isu yang ada dahulu..Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana..”

“Jadi, saya sedang aturkan yang terbaik. Bukan untuk kehidupan saya, tetapi untuk semua pihak, daripada semua sudut, keluarga dan anak-anak. Doakanlah yang terbaik sebab saya pun dah penat nak cakap itu dan ini,” katanya.

Kata Shuk lagi, dia sudah serik untuk memberi penjelasan setiap kali isu peribadinya timbul.. Ujarnya lagi, buat masa ini dia mahu fokus kepada perniagaanya terlebih dahulu..

“Bila saya cakap begini, orang kata saya nak berlakon jadi mangsa. Bila saya mengaku salah, orang kata saya bangga pula dengan kesalahan yang dibuat. Jadi saya nak jawab macam mana lagi?”

“Itu sebab saya cuma minta semua orang doakan yang terbaik saja untuk saya. Tapi pasal kahwin itu, memang betul saya belum berkahwin lagi.

“Buat masa sekarang, saya punya perancangan hidup itu lebih kepada nak fokus bisnes. Tak fikir pun pasal hal lain,”katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan anak-anak, Shuk berkata dia tidak pernah melupakan kedua anaknya itu yang kini berada di Sabah dalam jagaan isterinya..

“Saya tak pernah lupakan mereka dan kisahkan mereka. Saya ada berhubungan dengan Sera dan anak-anak dalam sela waktu. Tapi kebanyakan masa, memang anak-anak Sera yang jaga..

“Sera jaga anak-anak dengan cukup baik. Masa bulan puasa ini pun dah terasa bezanya, tak perlu tunggu raya nanti. Bangun sahur dah rasa lain, apatah lagi masa berbuka puasa. Walau ada kawan-kawan, tapi kosongnya itu masih terasa tanpa keluarga di sisi.

“Ada ketika saya menangis. Tapi apa yang terjadi, saya tahu ia kesilapan sendiri. Saya terima dan reda dan cuba untuk betulkan walaupun tahu ada perkara yang kita boleh betulkan dan ada yang tidak. Tapi sekurang-kurangnya saya mencuba,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2022 21:59

Jom Daftar & Semak Status Kelayakan PerantiSiswa 2022

Berita Baik! PerantiSiswa 2022 merupakan satu initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk membantu 600 ribu pelajar-pelajar IPT yang kurang berkemampuan dalam kategori B40 untuk mendapatkan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran.

Spesifikasi Tablet Yang DibekalkanSkrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800Android OS 10 dan ke atas4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)Minimum RAM 4GBMinimum storan 64GBSlot SD Micro sehingga 256GBKamera hadapan minimum 2MPKamera belakang minimum 5MPPembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headsetBluetooth 4.1 dan ke atasWiFi 2.4GHz & 5GhzBateri minimum 4500 mAhPengecas USB disertakanPapan kekunci bluetooth disertakanPen stylus disertakan.

Baca juga: Jom Daftar Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40 Pakej Peranti Siswa

Syarat Kelayakan Pakej PerantiSiswa

Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.

Mahasiswa yang belajar di peringkat pengajian berikut:

Diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA)PoliteknikKolej KomunitiInstitusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).Cara Permohonan

Permohonan berkenaan hanya menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) iaitu:

https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2022 20:33

Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan 18 April Ini!

Mulai hari ini anda boleh menyemak akaun anda!

Pengeluaran khas KWSP diawalkan mulai 18 April diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui Facebook rasminya sebentar tadi.

Ini berikutan menurut beliau, ramai yang bertanyakan dan meminta pengeluaran pengeluaran khas KWSP tersebut dapat dipercepatkan dari tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 20 April 2022.

Baca  juga: Semakan Pengeluaran Khas KWSP

KWSP dalam kenyataan semalam memaklumkan, sebanyak 5.3 juta permohonan untuk kemudahan Pengeluaran Khas diterima sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.

Jumlah permohonan itu merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak membuat pengeluaran dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat.

Tarikh tutup bagi kemudahan Pengeluaran Khas adalah pada 30 April 2022.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2022 19:41

Jawatan Kosong Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) – Jom Mohon!

Jawatan Kosong Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Latar Belakang

Kami memahami keperluan pelanggan kami dan melayani mereka dengan menggabungkan pelbagai perkhidmatan percetakan kami dalam bidang percetakan umum, pencetakan data berubah-ubah, percetakan keselamatan dan pengimejan digital dengan perkhidmatan reka bentuk dalaman kami. Ini semua berada di bawah satu bumbung di kemudahan seluas 83,000 kaki persegi di Kuala Lumpur. Dengan rangkaian cawangan di seluruh negara, kami berhasrat untuk membantu pelanggan kami dalam memenuhi keperluan percetakan mereka.

Baca Juga: Jawatan Kosong Telekom Malaysia Berhad (TM) 

Jawatan:

1. PROTEGE (MOBILE APPS DEVELOPER, SOFTWARE DEVELOPER, DATA ANALYST AND CUSTOMER SUPPORT & HELPDESK)

2. SOFTWARE DEVELOPER (DESKTOP APPLICATION)

3. TECHNICIAN

4. PEKERJA SAMBILAN

5. TECHNICIAN

6. SALES CONSULTANT (PULAU PINANG)

7. TECHNICAL SPECIALIST

Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh tutup permohonan : 18 April – 13 Mei 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2022 19:20

April 16, 2022

Orang Laki Kan Boleh Kawin 4, Mana Ada Istilah Curang! Lainlah kalau…..

“Kecoh Cakap Ira Curang, Bagitahu Saya Dia curang yang macam mana? Melainkan kalau mereka pernah bersekedudukan, barulah saya anggap curang” – Kazar Buka Mulut,Ini Reaksi Padu Seorang Ayah

Anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira sekali lagi mengundang kontroversi dalam kalangan netizen apabila dia didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami orang.

Dakwaan itu mula berlegar-legar di media sosial sejak beberapa hari lalu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi terutama mengenai perihal rumah tangga pengarah terbabit..

Mengakui tidak tahu-menahu mengenai dakwaan itu, Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 60, berkata dia selalunya menjadi individu terakhir yang akan mengetahui mengenai apa-apa gosip atau kontroversi mengaitkan anaknya itu.

“Saya tak tahu mengenai perkara itu. Selalunya saya akan jadi orang terakhir yang tahu jika ada apa-apa yang berlaku.. Banyak benda yang saya tak tahu mengenai Ira..Memang kami duduk serumah tetapi kami tak pernah duduk bercerita..Malah kami jarang berjumpa sebab dia selalu duduk di dalam bilik sahaja,” katanya

Nama Ira Kazar dikaitkan dengan tuduhan curang dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami kepada seorang pelakon..

Selain itu, Kazar turut mempersoalkan tuduhan curang yang dikaitkan dengan anaknya itu..

Kazar berkata, tuduhan curang tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan sungguhpun pengarah berkenaan selesa berkawan dengan anaknya..

Cuba beritahu saya dia curang yang macam mana? Orang lelaki kan boleh kahwin empat… mana ada istilah curang? Melainkan kalau mereka pernah bersekedudukan, barulah saya anggap curang..Kalau setakat berkawan, ia tak kenalah…” katanya..

Dalam pada itu, Kazar juga memberitahu dia enggan mencampuri urusan Ira kerana menganggap anaknya sudah cukup dewasa untuk membezakan perkara baik dan buruk..

“Saya pun tak boleh nak campur urusan mereka sebab Ira sendiri umur sudah lebih 21 tahun… sudah bukan dalam tanggungan.. Saya dah tak larat lagi untuk nasihatkan dia. Dah buat macam-macam… sampai dah tak larat nak layan gosip-gosip tentang dia..

“Kalau masalah hati dan perasaan macam mana kita nak campur? Kita semua pernah bercinta, kita tahu masa bercinta semuanya manis. Orang lain dah tak boleh nak campur. Saya tak mahu cakap lebih-lebih nanti jadi fitnah,” katanya..

Sebelum ini, nama Ira menjadi sebutan netizen apabila dia memuat naik video menari dengan aksi yang menghairahkan.

Malah gadis ini juga pernah menjadi buah mulut netizen apabila gambar dia mencium pipi seorang jejaka tular di media sosial..

Tindakan gadis berusia 24 tahun ini membuatkan nama bapanya turut terpalit dengan isu berkenaan..

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 16, 2022 20:35

KWSP Umum Tarikh Semakan Status Permohonan LULUS atau GAGAL Pengeluaran Khas RM10,000

Merujuk kepada maklumat terkini di laman Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semakan status permohonan LULUS bagi permohonan yang diterima Pengeluaran Khas boleh dibuat mulai 9 April 2022 (Sabtu).

Namun, untuk mengetahui lebih lanjut sama ada permohonan yang anda buat diluluskan atau tidak, anda boleh mula melakukan semakan bermula 14 April 2022 hingga 19 April 2022.

tahniah kwsp

CARA SEMAK STATUS LULUS PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas yang diterima mulai 9 April 2022 melalui:

Layari laman web rasmi KWSP, pengeluarankhas.kwsp.gov.myKlik butang ‘Semak Status’Isikan maklumat anda (jika diminta)Keputusan permohonan akan dipaparkan sama ada anda LULUS atau TIDAKJika anda LULUS, jumlah permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022Sebagai contoh, jika anda memohon pengeluaran RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).Jika TIDAK LULUS, biasanya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

TARIKH BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Bayaran pengeluaran khas RM10,000 akan dibayar pada 20 April ini.

CARA PEMBAYARAN

Bayaran pengeluaran khas KWSP akan dibayar secara one-off dan akan dikreditkan terus ke dalam simpanan atau akaun bank semasa ahli yang hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan di bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

TARIKH SEMAK STATUS LULUS PERMOHONAN

Semakan status permohonan yang diterima untuk pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini boleh dilakukan mulai 9 April 2022. Namun, untuk mengetahui lebih lanjut sama ada permohonan yang anda buat diluluskan atau tidak, anda boleh mula membuat semakan mulai 14 April 2022 sehingga 19 April 2022.

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Talian Khas Pengeluaran di 03-8922 4848 mulai 1 April.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 16, 2022 13:16

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.