Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 216
April 16, 2022
Puteri Sarah Kesal Ira Kaza Tak Berhenti Ganggu Keluarganya
Baru – baru ini dalam satu perkongsian daripada pelakon canik jelita , Puteri Sarah telah menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya sering diganggu oleh seorang individu yang menggunakan akaun palsu.
Individu tersebut dikatakan mempunyai puluhan akaun palsu di Instagram dan sering meninggalkan komen seolah-olah mahu menyakitkan hatinya sejak tiga tahun lalu.
“Dari dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu. Diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Sampai kami (Puteri dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, anda ugut suami saya pula.
“Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.
Tidak hanya mendiamkan diri , Puteri Sarah sempat membuat hantaran dengan berpesan kepada Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar agar dirinya berhenti mengganggunya serta mendoakan gadis itu dan suaminya diberikan hidayah.
“Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah.
“Berhati- hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini,” tulisnya.
Puteri Sarah turut mempersoalkan tindakan Ira Kaza yang dikatakan tidak mahu berputus asa dan masih mengganggu suaminya sedangkan sudah mempunyai teman lelaki dan dikatakan tidak bermaruah kerana melakukan tindakan seperti itu.
Dalam hantaran lainnya juga Sara turut bertanyakan , adakah harta yang dikejar oleh gadis tersebut kerana suaminya adalah orang yang dikenali dan mempersoalkan keberadaan teman lelaki individu berkenaan yang sering bertukar ganti .
Dia juga memberikan nasihat agar individu tersebut lebih berusaha dan berkerja untuk mencari duit sendiri kerana dirinya juga berkerja untuk diri sendiri walaupun sudah bersuami.
Terdahulu, kisah rumah tangga pasangan Puteri Sarah dan juga Shamsul dikatakan dilanda masalah selepas beberapa tahun mendirikan rumahtangga dan telah menjadi perhatian ramai.
Malah Sarah juga mengakui dirinya dan suami sudah lama tidak tinggal sebumbung dan telah diakui oleh Syamsul berkenaan kenyataan tersebut namun mereka bukan mahu bercerai seperti yang diperkatakan di media sosial.
West Ham Dan Eintracht Frankfurt Mara Bergaya!
Tewaskan Lawan Yang Kuat! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
West Ham berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Liga Europa buat pertama kali sejak 1976 dengan kemenangan klinikal ke atas Lyon 3-0 di suku akhir kedua semalam.
Selepas seri 1-1 di perlawanan pertama minggu lepas di London, Craig Dawson membuka tirai jaringan dengan tandukkan kemas hasil hantaran lintang Pablo Fornals untuk meletakkan The Hammers didepan secara aggregat pada minit ke-38.
Kapten pasukan, Declan Rice menambah gol kedua West Ham sebelum rehat permainan. Namun sejurus seminit selepas rehat, Fornals sekalli lagi melorongkan bola cantik ke arah Jarrod Bowen yang tenang menjaringkan gol ketiga dengan penyudah yang membawa mereka ke separuh akhir.
Lyon yang tampak serba serbi tidak mengena mencuba untuk mendominasi permainan dihadapan penyokong sendiri namun sokongan hebat tidak mampu membuatkan Lyon bermain dengan baik mahupun menjaringkan gol.
Lawan West Ham diseparuh akhir nanti merupakan Eintrancht Frankfurt yang menewaskan Barcelona diperlawanan yang dramatik yang berlangsung di Nou Camp.
Barcelona mengalami kekecewaan besar apabila dikejutkan Frankfurt dengan kekalahan 3-2 dihalaman sendiri semalam hasil dua jaringan gol daripada pemain sayap Filip Kostic membawa pasukannya mara ke separuh akhir Liga Europa.
Pemain kebangsaan Serbia, Filip Kostic membuka tirai jaringan pada minit ke-4 dengan sepakan penalti. Sejurus selepas itu pada minit ke-36, Rafael Borre jaringkan gol kedua dengan rembatan kencang luar kotak penalti sebelum Kostic menambah gol ke-3 pada minit ke-67 yang memberi kemenangan sensasi di Nou Camp.
The Catalans yang dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mara selepas seri 1-1 perlawanan pertama di Jerman bagaimanapun mensia siakan banyak peluang untuk menjaringkan gol dan tidak mendatangkan ancaman bahaya kepada pelawat.
Tuan rumah berjaya jaringkan dua gol di masa kecederaan melalui gol dari Sergio Busquet dan jaringan penalti Memphis Depay selepas insiden kad merah Evan N’Dicka namun ianya sudah terlambat untuk memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan walaupun mendominasi 70% perlawanan.
Frankfurt yang kali terakhir ke separuh akhir pada tahun 2019 dan mempunyai rekod tidak kalah bermain dihalaman lawan di Liga Europa akan bertemu West Ham di separuh akhir nanti.
Khidmat Sean Dyche Selama 10 Tahun Akhirnya Ditamatkan!
Burnley Bakal Tersingkir di Liga Perdana Inggeris? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Selepas 10 tahun berkhidmat bersama Burnley, pengurus Sean Dyche telah dipecat semalam setelah bergelut untuk kekal di Liga Perdana musim ini.
Burnley berada dikedudukan ke-18 carta liga dengan hanya 4 mata dari zon selamat. Burnley hanya menang satu sahaja perlawanan dari tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana serta kekalahan 2-0 dengan Norwich City yang juga dikedudukan tercorot pada Ahad lepas.
Pengulas Sky Sports, Jamie Carragher menyifatkan keputusan Burnley untuk memecat Dyche sebagai ‘gurauan’ sambil menambah di Twitter “Sekiranya anda memberikan bajet yang berpatutan, anda tidak akan pernah bimbang tentang penyingkiran.”
Rakan pengulas Sky Sports, Gary Neville menambah “Syabas kepada Sean Dyche kerana melakukan salah satu tugas pengurusan yang hebat dalam sejarah Liga Perdana. Dia mempunyai bajet sedikit tetapi memberikan cabaran hebat menentang pasukan kuat selama bertahun-tahun.”
Jurulatih bawah 23 tahun Burnley, Mike Jackson dibantu oleh pengarah akademi Paul Jenkins serta jurulatih penjaga gol bawah 23 tahun Connor King dan kapten kelab Ben Mee telah diminta untuk mengendalikan pasukan untuk perlawanan Ahad menentang West Ham.
Dyche bukan lagi pengurus paling lama berkhidmat dalam Liga Perdana setelah menghabiskan hampir sedekad di Burnley. Beliau menyertai kakitangan bilik belakang England bawah 21 tahun buat sementara waktu pada September 2012. Tidak lama kemudian mengambil alih Burnley daripada Eddie Howe yang meletak jawatan pada Oktober tahun yang sama.
Pencapaian Dyche yang berusia 50 tahun itu ialah beliau pernah mengetuai Burnley ke dua promosi naik Liga Perdana dari Liga Kejuaaraan pada musim 2015/2016. Selepas menandatangani perjanjian kontrak baharu selama empat tahun pada September 2018, beliau membimbing Burnley ke tempat ketujuh di Liga Perdana.
Pencapaian itu menyaksikan Burnley mendapat slot bolasepak Liga Europa buat kali pertama dalam tempoh 51 tahun dan penamat terbaik mereka di liga sejak menduduki tangga keenam pada 1974. Burnley mencapai satu lagi penamat 10 teratas pada musim 2019/2020 tetapi menduduki tangga ke-17 musim lalu.
April 15, 2022
Chacha Maembong Dah Jarang Keluar Berseronok?
BARANGKALI nama si cantik manis Chacha Maembong tidak perlu diperkenalkan terutama buat peminat drama Melayu tempatan..
Pembabitannya dalam bidang seni bukan baru setahun dua, malah sudah lebih sedekad kalau ditambah tolak hitungannya..
Graf lakonannya juga sentiasa berada di paras yang baik. Ada sahaja slot ditawarkan buat wanita berusia 26 tahun itu dalam televisyen..
Lama tidak bertentang mata dengan pemilik nama sebenar Siti Aisyah Ismail itu, penampilan dan wajahnya yang manis berlesung pipit semakin menyerlahkan pesona saat memandangnya..
Ramping, lebih sopan dan cantik. Itu tiga perkataan yang menterjemahkan keperibadian Chacha ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media baru-baru ini..
Disangkakan sakit atau mengalami tekanan, Chacha menolak dakwaan tersebut dan menyatakan dia kini dalam proses berdiet setelah menggunakan produk susut badan kakak kandungnya, Emma Maembong..
Hampir kesemua tidak mengenali identiti pelakon itu lebih-lebih lagi ketika memakai pelitup muka kerana imej yang digayakan tempoh hari berbeza dengan gaya Chacha sebelum ini..
“Ya, ramai juga yang tegur dan terkejut dengan penampilan saya sekarang. Ada juga yang tanya sama ada saya sakit atau ada apa-apa masalah.
“Kalau ikutkan saya kini dah lebih sebulan amalkan produk Emma. Pada masa sama mungkin kerana simptom pasca Covid-19 yang saya alami..
Tak sampai sebulan lalu, saya memang teruk kena Covid-19. Boleh dikatakan seluruh badan sakit dan saya tak pernah rasa sebelum ini. Mungkin berat badan pun ada alami perubahan masa itu,” ujarnya membuka kata..
Tak lekang dek senyuman manis sesekali diselangi gelak tawa kecil, Chacha sebenarnya lebih terbuka jika orang lain melihat dirinya kini lebih sihat dan bukannya menanggung sebarang penyakit..
“Saya pun kadang-kadang tak faham dengan badan sendiri. Kejap naik, kejap turun. Tetapi selepas kena Covid-19, memang mendadak juga berat saya turun. Sekarang tak sampai 50 kilogram..
“Saya tahu ramai kenal saya dengan badan yang lebih berisi dan chubby, tetapi pada saya, berat badan bukan nombor satu dan menjadi keutamaan, asal kita pandai jaga penampilan dan sihat pun sudah memadai,” katanya..
Jika perasan, agak lama juga Chacha sepi daripada dihambat pelbagai kontroversi yang kebanyakannya hampir menjahanamkan hidupnya..
Jika sebelum ini, ada sahaja gosip-gosip liar dan cerita panas yang tidak sedap didengar halwa telinga membabitkan pelakon itu..
Pun begitu ulas Chacha, dia kini lebih selesa mengambil pendekatan lebih berhati-hati dan mengehadkan pergaulan..
“Berhati-hati pun tidaklah sampai menenggelamkan diri. Kalau dah namanya artis, pasti tak akan pernah senyap daripada dihinggapi cerita panas dan gosip.
“Apa yang nak disampaikan di sini, hidup saya dah banyak beza berbanding sebelum ini. Kalau dahulu tak kira siang malam, ada saja aktiviti dibuat. Andailah masa dapat diundur.
“Sekarang ini, saya lebih banyak habiskan masa dengan kerja dan keluarga sahaja. Nak keluar berseronok macam dahulu pun jarang sekali,” kata Chacha menamatkan ruang perbualan..
Cipta Animasi Selebriti Pertama Nabil Cari Kelainan
Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 39 atau lebih dikenali sebagai Nabil kini kembali dengan sebuah siri animasi yang menggelikan hati sepanjang bulan Ramadan bertajuk Lu Pikir La Nabil, TuuDeh…
Animasi tersebut mengambil kenangan sewaktu dia kecil sebagai jalan cerita dengan berlatar belakang Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan sebagai latar tempatnya.
Menurut Nabil dalam siri kali ini dia ingin menerapkan pepatah berani kerana benar sebagai tunjang pengajaran utama kepada penonton. Animasi tersebut juga dikatakan hanya sekadar hiburan dan tiada apa yang terlalu serius.
“Menerusi animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh.. kali ini, saya ingin menunjukkan yang di mana-mana situasi pun, kebenaran akan terungkap. Bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah. Lebih kurang begitu topik yang saya ingin terapkan kepada penonton. Tiada apa yang terlalu serius. Ini juga sebenarnya adalah untuk keseronokan dan hiburan saja”
Pelawak tersebut juga menambah, tujuan dia menghasilkan siri animasi adalah untuk mencari kelainan. Baginya rancangan seperti rancangan realiti ataupun filem pendek berkaitan kisah kehidupan selebriti itu sudah terlalu biasa. Dia mahu menjadi selebriti pertama yang ada siri animasi sendiri.
“Selain itu, saya memilih untuk menghasilkan animasi ini kerana ingin mencari kelainan. Bagi saya, filem pendek dan rancangan realiti itu sudah agak biasa. Jadi, tujuan utamanya adalah untuk menjadi selebriti pertama yang mempunyai animasi tersendiri”
“Jika kita mahu mengikut dunia digital pada zaman sekarang ini, sudah terlalu banyak animasi dan kartun yang dikeluarkan dari segi penceritaan yang moden, tetapi tidak ramai selebriti yang mendapat peluang untuk membuat animasi berdasarkan kehidupan mereka sendiri. Oleh itu, saya sangat teruja dan bersyukur diberi peluang oleh Astro untuk menjadi selebriti pertama yang menghasilkan animasi sendiri,”
Nabil memberitahu bahawa harapan dia terhadap siri mini tersebut amatlah tinggi. Dengan bermulanya siri animasi tersebut sebagai titik tolak ke arah filem animasi Lu Pikir La Nabil The Movie pula.
“Harapan saya untuk siri mini animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! ini semestinya menggunung tinggi. Saya berharap suatu hari nanti kita ada Lu Pikir La Nabil The Movie yang akan ditayangkan di seluruh pawagam atau di saluran Astro First, Insya-Allah. Saya juga berharap supaya penonton terhibur dengan penceritaannya,”
Uyaina Arshad Masih Berehat Selepas Pembedahan
Pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad yang menjalani pembedahan membuang apendiks pada hari Isnin lalu dan kini masih dalam pemerhatian apabila sudah boleh kembali kerumah selepas mengalami jangkitan kuman di sekitar dinding uterusnya.
Dia yang ditemani suami tercinta menjelaskan bahawa dirinya masih bergantung kepada ubat tahan sakit, namun mengikut dos bersesuaian atas saranan doktor.
“Saya masih lagi bergantung kepada ubat tahan sakit, namun tidak boleh diambil sepanjang masa kerana membahayakan bayi dalam kandungan.
“Buat masa ini, saya perlu menahan rasa sakit ini demi kandungan. Doakan kesihatan dan kesejahteraan saya,” katanya.
Dalam satu di Instagram miliknya, Uyaina menceritakan dia menjalani pembedahan pada jam 10 malam Isnin lalu selepas dimasukkan wad kerana sakit di bahagian bawah kanan perut.
Selepas 6 hari dirawat dirumah sakit , dia sudah dibenarkan pulang dan akan menjaga kesihatannya dengan lebih baik demi anak yang dikandungnya.
Terdahulu ,suaminya, Raja Syahiran telah membawanya ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami sakit di bahagian perut dan selepas diperiksa, doktor memaklumkan dia perlu dibedah segera dan ditempatkan di dalam wad.
Uyaina selepas dicharge berkongsi rasa syukur kerana sentiasa ditemani suaminya dan itu dapat mengurangkan rasa sakit yang dialaminya semasa pembedahan.
Pasangan Uyaina dan Raja Syahiran telah melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu dan kini sudah disahkan hamil anak pertama .
Myanmar Dan Hong Kong Uji Harimau Malaya!
Ayuh turun stadium! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Skuad Harimau Malaya bakal berdepan dua perlawanan antarabangsa tier 1 pada bulan Mei depan sebagai persiapan aksi pusingan akhir kelayakan Piala Asia dari 8 hingga 14 Jun 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan persahabatan berdepan dengan Myanmar pada 27 Mei dan Hong Kong pada 1 Jun yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti merupakan medan persiapan buat skuad Kim Pan Gon.
Dua pasukan ini dirasakan sebagai lawan yang bersesuain untuk skuad Harimau Malaya mempersiapkan pasukan menjelang tiga perlawanan penting Kumpulan E bertemu Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain pada 11 Jun dan Bangladesh pada 14 Jun, dalam misi Malaysia memburu slot untuk layak ke Piala Asia 2023.
Skuad Harimau Malaya akan bertemu Myanmar, ranking ke-152 dunia memandangkan pasukan berkenaan akan berada di Kuala Lumpur untuk kem latihan pusat sebelum mereka terbang ke Bishkek, Kyrgyzstan bagi saingan Kumpulan F membabitkan Kyrgyzstan, Tajikistan, Myanmar dan Singapura.
Sementara Hong Kong pula yang ketika ini berkedudukan ranking ke-147 dunia akan singgah ke Kuala Lumpur untuk bertemu Malaysia sebelum mereka terbang ke Kolkata, India bagi saingan Kumpulan D membabitkan India, Hong Kong, Afghanistan dan Kemboja.
Skuad Harimau Malaya akan mula berkumpul bagi kem latihan pusat menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 ini pada 19 Mei ini iaitu sejurus berakhirnya Hari Perlawanan 9 saingan Liga Super 2022 pada 18 Mei.
“Tempoh tiga minggu kem latihan pusat termasuk perlawanan pemanas badan menentang Myanmar dan Hong Kong ini diharap dapat memberi peluang dan ruang buat kami barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya meningkatkan lagi tahap permainan, keserasian serta kombinasi para pemain sebelum kita berdepan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.”
“Dengan kesemua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, saya juga berharap kehadiran penyokong setia Harimau Malaya akan memberikan suntikan semangat untuk pasukan kita tampil dengan persembahan lebih bertenaga dan seterusnya dapat memberikan keputusan positif serta kejayaan yang kita semua harapkan,” kata ketua jurulatih, Kim Pan Gon.
Biodata Anak Berbinti ‘Abdullah’, Rupanya Halim Othman Menikah Di Thailand
Selama Halim Othman berada di didunia seni semua peminat menduga bahwa dia tidak pernah berkahwin dan berstatus bujang sehingga kini malah tidak pernah berbicara soal pasangan dan juga kekasih.
Namun satu pendedahan daripada seorang pelakon serta pengacara yang semakin mencipta nama di Malaysia iaitu Myra Natasya bahawa dirinya merupakan anak tunggal kepada Halim Othman telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen mengenai status rumah tangga penyampai radio tersebut.
Kenyataan ini telah menjawas segala pertanyaan selama ini tentang status Halim Othman yang sangat popular sebagai sorang penyampai radio yang sentiasa menjadi pilihan peminat dengan celoteh dan bicaranya yang jelas dan berkaliber.
Setelah tersebar tentang kenyataan ini t, terdapat hal yang lain pula membuatkan netizen lebih keliru apabila netizen telah mencari tahu tentang biodata ketika menyertai Dewi Remaja 2019/2020 dan namanya tertulis Yusmyra Natasya Binti Abdullah.
Apabila persoalan itu timbul di media sosial , Myra tanpa berlengah telah tampil dan menjelaskan bahawa ibunya Yusnita Omar telah berkahwin dengan Halim Othman di negara Thailand pada tahun 1994 dan dirinya dilahirkan setahun kemudian dan disebabkan itu dirinya berbintikan ‘Abdullah’.
Myra juga menjelaskan bahawa ibu bapanya telah mengambil keputusan untuk berpisah dan membuat haluan masing-masing setelah empat tahun mendirikan rumah tangga bersama.
“Bapa saya berkahwin sebelum dia menjadi public figure iaitu pada tahun 1994, mereka bercerai ketika umur saya tiga tahun”katanya.
Perkahwinan Halim bersama bekas isterinya itu dikhabarkan tidak berdaftar di Malaysia.
Dalam satu temubual juga Myra sempat menjelaskan bahawa bapanya enggan memberitahu tentang status mereka kerana tidak mahu Myra menggunakan jalan pintas untuk mencipta nama dalam industri tanah air.
Malah dia turut berasa gembira dan rasa syukur kerana akhirnya Halim mahu berkongsi rahsia mereka kepada umum dan mengakui dirinya sebagai anak kepada penyampai radio popular itu.
Achey Ulang-Alik Johor Tolak Tawaran Lumayan Demi Ibu
Pelakon serta pelawak Achey, sanggup berulang-alik ke Johor demi menjaga ibunya Ngaisah Hassan kerana kesihatan ibunya itu dikatakan sudah tidak menentu. Dia juga telah menolak tawaran kerja yang lumayan semata-mata hendak menjaga ibunya.
Achey berkata, dia cuma ada ibunya itu seorang sahaja dan tiada galang gantinya. Nyawa ibunya lebih penting dan dia berharap ibunya yang mempunyai masalah organ pankreas itu segera sembuh.
“Saya hanya ada dia seorang saja, tiada pengganti. Sebagai anak saya akan usahakan apa saja untuk berbakti kepada ibu”
Achey memberitahu sewaktu ibunya dimasukkan ke hospital dua minggu lalu, isterinya merupakan insan yang bertegas dengan menasihatinya untuk batalkan tawaran kerja kerana memikirkan keadaan kesihatan ibunya itu.
“Dialah individu bertanggungjawab yang menyusun jadual saya dengan baik supaya saya boleh melawat ibu jika tidak terbabit dengan mana-mana program atau penggambaran”
“Kalau ikutkan bayaran yang diterima memang berbaloi, tetapi saya fikir rezeki ada di mana-mana”
Achey menambah lagi, dia langsung tidak merasa apa yang dia lakukan dengan berulang-alik itu sebagai satu bebanan atau masalah besar.
Dia menganggap itu semua sebagai saham yang akan memberikan dirinya kebaikan dunia juga akhirat. Dia percaya sekiranya orang lain di tempat dia berada sekarang pasti mereka juga akan melakukan perkara yang sama.
“Saya anggap ini adalah saham yang boleh memberi saya kebaikan di dunia dan akhirat kelak. Saya tak mahu sia-siakan peluang yang ada ini”
“Saya bukan anak yang baik, tapi kalau orang lain kat tempat saya mereka akan usahakan benda yang sama untuk orang tua mereka”
Jawatan Kosong Di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Deputy Manager / Manager | Enterprise Scorecard & Corporate Performance
2. Deputy Manager / Manager | Business Proposal Evaluation
3. Deputy Manager / Manager | Strategic Planning & Advisory
4. IT Security Project Manager
5. Executive | Strategic Investment Department (SID)
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
