Khidmat Sean Dyche Selama 10 Tahun Akhirnya Ditamatkan!

Burnley Bakal Tersingkir di Liga Perdana Inggeris? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Selepas 10 tahun berkhidmat bersama Burnley, pengurus Sean Dyche telah dipecat semalam setelah bergelut untuk kekal di Liga Perdana musim ini.

Burnley berada dikedudukan ke-18 carta liga dengan hanya 4 mata dari zon selamat. Burnley hanya menang satu sahaja perlawanan dari tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana serta kekalahan 2-0 dengan Norwich City yang juga dikedudukan tercorot pada Ahad lepas.

Pengulas Sky Sports, Jamie Carragher menyifatkan keputusan Burnley untuk memecat Dyche sebagai ‘gurauan’ sambil menambah di Twitter “Sekiranya anda memberikan bajet yang berpatutan, anda tidak akan pernah bimbang tentang penyingkiran.”

Rakan pengulas Sky Sports, Gary Neville menambah “Syabas kepada Sean Dyche kerana melakukan salah satu tugas pengurusan yang hebat dalam sejarah Liga Perdana. Dia mempunyai bajet sedikit tetapi memberikan cabaran hebat menentang pasukan kuat selama bertahun-tahun.”

Jurulatih bawah 23 tahun Burnley, Mike Jackson dibantu oleh pengarah akademi Paul Jenkins serta jurulatih penjaga gol bawah 23 tahun Connor King dan kapten kelab Ben Mee telah diminta untuk mengendalikan pasukan untuk perlawanan Ahad menentang West Ham.

Dyche bukan lagi pengurus paling lama berkhidmat dalam Liga Perdana setelah menghabiskan hampir sedekad di Burnley. Beliau menyertai kakitangan bilik belakang England bawah 21 tahun buat sementara waktu pada September 2012. Tidak lama kemudian mengambil alih Burnley daripada Eddie Howe yang meletak jawatan pada Oktober tahun yang sama.

Pencapaian Dyche yang berusia 50 tahun itu ialah beliau pernah mengetuai Burnley ke dua promosi naik Liga Perdana dari Liga Kejuaaraan pada musim 2015/2016. Selepas menandatangani perjanjian kontrak baharu selama empat tahun pada September 2018, beliau membimbing Burnley ke tempat ketujuh di Liga Perdana.

Pencapaian itu menyaksikan Burnley mendapat slot bolasepak Liga Europa buat kali pertama dalam tempoh 51 tahun dan penamat terbaik mereka di liga sejak menduduki tangga keenam pada 1974. Burnley mencapai satu lagi penamat 10 teratas pada musim 2019/2020 tetapi menduduki tangga ke-17 musim lalu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 16, 2022 09:02
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.