Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 223

April 8, 2022

Jawatan Kosong Di Genting Malaysia Berhad – Pelbagai Jawatan Dibuka!

Permohonan Jawatan Kosong di Genting Malaysia Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Sarawak Recruitment Trip
2. Senior Executive – Deployment & Manpower
3. Human Resources Executive (Talent Aquisition)
4. Guest Service Assistant – Casino Marketing
5. Senior Data Analyst
6. Senior Executive – Tenancy (Advertising & Promotions)
7. Engineering Executive (BO Chargeman)
8. Secretary – Executive
9. Data Scientist
10. Casino Technician
11. Croupier / Dealer
12. Assistant HR Manager – Industrial Relations
13. F&B Waiter/Waitress (Part-Time / Temporary)
14. Senior Executive (Theme Park Marketing – Brands)
15. IT Analyst Programmer – SAS BI

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Pahang
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Genting Malaysia Berhad.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 08, 2022 08:51

KWSP RM10K One-Off : Semakan Status Pengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP 10K secara one-off. Permohonan Pengeluaran Khas KWSP ini boleh dibuat bermula pada 1 April 2022 secara online.

Mengenai pengumuman daripada YAB Perdana Menteri Ismail Sabri baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran KWSP RM10,000 untuk ahli-ahli yang terkesan dengan pandemik.

Berikut adalah info ringkas mengenai Pengeluaran Khas KWSP 10k.

Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Pengeluaran Khas KWSP 10KTerbuka kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawahPermohonan bermula pada 1 April – 30 April 2022Permohonan onlinePembayaran dibuat bermula pada 20 April 2022

info pengeluaran khas

Tarikh Permohonan

Info rasmi daripada KWSP, permohonan pengeluaran khas KWSP boleh dibuat pada :

Buka : 1 April 2022Tutup : 30 April 2022Tarikh Penting :Permohonan : 1 April 2022Semakan status : 9 April 2022Bayaran : 20 April 2022

Bayaran adalah secara one-off / sekali bayaran. Harap maklum.

Semakan Pengeluaran Khas KWSP

Untuk membuat semakan status permohonan pengeluaran kwsp 10k anda, anda boleh buat mulai 9 April 2022 di pautan berikut :

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Semakan Status Permohonan kwsp 10k

Cara Permohonan

Cara untuk memohon KWSP RM10k one-off ini sila ke laman web berikut :

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Pastikan pemohon telah kemaskini nombor telefon untuk dapatkan kod TAC nanti.

Maklumat PentingJumlah pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga RM10,000Pengeluaran adalah tertakluk kepada baki simpanan di Akaun 2.Jika tak cukup, simpanan Akaun 1 akan diakses

Selain daripada pengeluaran ini, KWSP juga ada perkenalkan i-Ceria dan i-Sayang.

kwsp news

Info Tambahan

Nantikan info lanjut mengenai Pengeluaran Khas ini di laman rasmi dan sosial media KWSP tidak lama lagi.

Nak dapatkan info cepat, join komuniti Group Bantuan Sara Hidup FB di mana segala info pantas mengenai bantuan kerajaan akan dikongsi di sini.

Apa itu Pengeluaran Khas KWSP?

Pengeluaran Khas KWSP adalah pengeluaran RM10,000 di mana ahli dibenarkan untuk buat pengeluaran sehingga RM10k.

Bilakah tarikh permohonan?

Tarikh permohonan bermula pada 1 April sehingga 30 April 2022.

Bilakah akan dapat RM10k KWSP?

Pembayaran akan dibuat bermula pada 20 April 2022.

{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Apa itu Pengeluaran Khas KWSP?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Pengeluaran Khas KWSP adalah pengeluaran RM10,000 di mana ahli dibenarkan untuk buat pengeluaran sehingga RM10k." } } , { "@type": "Question", "name": "Bilakah tarikh permohonan?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Tarikh permohonan bermula pada 1 April sehingga 30 April 2022." } } , { "@type": "Question", "name": "Bilakah akan dapat RM10k KWSP?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Pembayaran akan dibuat bermula pada 20 April 2022." } } ] }
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 08, 2022 08:40

Umur Bersara Dilanjutkan Hingga 62 Tahun Akibat Pendemik

Mulai 1 April 2022, KWSP membenarkan pengeluaran khas RM10,000 bagi membantu pencarum meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Kerajaan dicadangkan kembali untuk mengkaji semula umur persaraan bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menggantikan semula wang persaraan yang telah dikeluarkan oleh sebahagian pencarum semasa pandemik Covid-19.

Umur persaraan yang ditetapkan oleh KWSP iaitu pada 55 tahun atau 60 tahun itu mungkin boleh dilanjutkan sehingga 62 tahun bagi menambah wang persaraan yang telah dikeluarkan ketika ini.

Baca juga:

Cara Kemaskini No Telefon KWSP | Proses OTP/ TACCara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10k | Mohon Sekarang!

Pengeluaran KWSP pada ketika ini jika dilihat dalam konteks rakyat, memang akan berlaku kekurangan dari segi simpanan semasa bersara. Namun, disebabkan keadaan pasca Covid-19 ketika ini, ramai yang berada dalam proses pemulihan maka di sini memang ada keperluan untuk rakyat mengeluarkan caruman mereka.

Selain itu, musim persekolahan yang baru sahaja bermula pada bulan ini juga dipercayai menjadi penyebab utama pencarum mengeluarkan simpanan KWSP bagi sedikit-sebanyak dapat menampung keperluan persekolahan anak-anak.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed berkata jelasnya, melalui pengeluaran yang dibuat sepanjang wabak Covid-19 melanda, sudah tentu simpanan untuk persaraan tidak lagi mencukupi maka amat penting untuk diperhalusi umur persaraan tersebut bagi menggantikan simpanan yang telah dikeluarkan.

“Orang ramai juga diingatkan supaya gunakan simpanan KWSP mereka dengan berhemah kerana kita tidak tahu apa lagi krisis yang bakal mendatang. Sedangkan Covid-19 ini juga belum lagi berakhir sepenuhnya, menyebabkan kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang dan ketika ini sahaja memang negara amat terkesan,” ujarnya.

Kesimpulannya:

Pencarum hendaklah berhati-hati dan merancang perbelanjaan wang tersebut dengan berhemah agar tidak boros membelanjakan wang simpanan persaraan tersebut untuk kemahuan yang tidak penting.

Sumber: Kosmo

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 08, 2022 01:42

Izreen Azmida Dakwa Intan Saleh Haramkan Kongsi Gambar Anaknya Di IG

Dua wanita yang pernah hangat dikatakan apabila bermadu dan kemudian Intan telah bercerai dengan bekas suaminya Uda kini kembali menjadi perbualan hangat apabila masing – masing berbalas caption di Ig masing-masing.

Namun kenyataan tersebut nampaknya sudah dipadam bagi tidak megeruhkan keadaaan lagi dan hanya memilih untuk membalas komen daripda netizen sahaja.

Walaupun kedua pihak ini sudah mempunyai pasangan dan kehidupan masing – masing yang terlihat bahagia tetapi masih tidak mampu melupakan detik hitam yang pernah menimpa mereka sebelum ini.

Tiada angin tiada ribut kemelut kembali terjadi apabila Izreen dikatakan telah berkongsi gambar bersama anak tirinya dan suaminya di Ig miliknya dan dari situlah perang mulut terjadi dan masing-masing mengeluarkan kenyataan dan pendapat mereka sendiri.

Dalam satu kenyataan daripada Izreen dia memberitahu bahawa Intan tidak membenarkan dirinya untuk memuat naik foto bersama anak-anak tirinya di Instagram dan aplikasi sosial lainnya.

“Dia juga haramkan saya post gambar anak-anak dia di IG saya”.

Tetapi nampaknya Izreen tidak mengambil pusing kata-kata dari pihak sana kerana menganggap bahawa itu adalah haknya sebagai ibu tiri malah mereka bergambar bersama ayahnya dan sekeluaraga,

Sejak tempoh hari , ruangan komen di semua posting terbaru Izreen kini menjadi sasaran para netizen untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan mengkritik Izreen atas tindakannya itu kerana tidak menghormati permintaan Intan .

Namun tidak kurang yang menyokong tindakan Izreen dan merasakan Intan terlalu beremosi dan masih belum move on dengan Izreen dan sengaja mencari gaduh demi meraih simpati.

Izreen yang sudah melimitkan komen pada postingnya tidak berdiam diri dan berbalas komen dengan netizen tentang pendapatnya dan tidak berniat untuk menutup komen dan membiarkan postingnya dibanjiri komen daripada netizen yang membenci dan menyokong dirinya.

Bagi pihak Intan pulak rata-rata pengikutnya memahami perasaan dan memberi kata semangat buatnya malah mengkritik tindakan Izreen yang sengaja memacing kemarahan daripada Intan dan dikatakan cemburu atas kebahagiaan Intan.

Izreen yang sebelum ini pernah membuat satu hantaran bahawa dia sentiasa terbuka untuk berjumpa dengan bekas madunya itu bagi menyelesaikan konflik yang berlaku di antara mereka berdua selama ini dan meyelesaikan perkara tersebut dengan baik.

Namun tidak mendapat maklum balas daripada Intan yang nampaknya masih belum bersedia untuk bersua muka dan berlagak seperti tidak pernah ada persngketaan berlaku antara mereka.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 08, 2022 00:46

Kemaskini Nombor Telefon KWSP Tidak Aktif

Jika anda mempunyai masalah semasa membuat permohonan pengeluaran khas KWSP seperti tidak dapat SMS OTP/TAC. Anda perlu mengemaskini beberapa perkara.

Maklumat atau profil diri KWSP anda perlu sentiasa dikemaskini agar tidak timbul lagi masalah-masalah seperti kesukaran mengeluarakan duit KWSP RM10,000 ini.

Baca lanjut perkara dibawah:

Baca juga:

Permohonan Bantuan Zakat Untuk Pelajar UiTM JohorKod 201 Dan 010 Ralat Log Masuk Pengeluaran Khas KWSPKemaskini KWSP:

1)Kemaskini Nombor Telefon KWSP:

Sebarang pengemaskinian nombor telefon KWSP anda perlu mengunjungi kiosk KWSP yang terdekat.

Ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Pergi ke kiosk KWSP.

Langkah 2: Sentuh skrin di kiosk KWSP.

Langkah  3: Buat pilihan bahasa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Langkah  4: Masukkan MyKad di tempat yang disediakan iaitu di bahagian sebelah kiri kiosk.

Langkah  5: Letakkan ibu jari kanan pada ruangan yang disediakan untuk mengesahkan identiti anda.

Langkah  6: Seterusnya, sila ikuti arahan seperti yang terpapar di skrin untuk kemaskini no telefon KWSP.

Langkah  7: Jika anda masih lagi mengalami masalah untuk kemaskini, minta bantuan kepada mana-mana pekerja yang memakai uniform KWSP di premis tersebut.

Langkah 8: Selesai urusan tukar no tel di KWSP.

2)Kemaskini Kata Laluan KWSP:

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar ataupun kemaskini password i-Akaun anda:

Langkah 1: Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu.

Langkah 2: Klik Profil > Tukar Kata Laluan.

Langkah  3: Masukkan Kata Laluan Semasa.

Langkah  4: Masukkan Kata Laluan Baru.

Langkah  5: Masukkan Pengesahan Kata Laluan Baru.

Langkah  6: Tekan butang Hantar.

Langkah  7: Selesai.

3)Kemaskini Soalan dan Jawapan Rahsia KWSP:

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk menukar soalan dan jawapan rahsia melalui i-Akaun anda:

Langkah 1: Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu.

Langkah 2: Klik Profil > Kemas kini Soalan dan Jawapan Rahsia.

Langkah  3: Sila pilih soalan rahsia daripada senarai yang diberikan.

Langkah  4: Sediakan satu jawapan berdasarkan setiap soalan yang dipilih.

Langkah  5: Pilih Soalan Rahsia 1 berserta jawapan.

Langkah  6: Pilih Soalan Rahsia 2 berserta jawapan.

Langkah  7: Pilih Soalan Rahsia 3 berserta jawapan.

Langkah 8: Tekan butang Hantar.

Langkah 9: Selesai.

Sila pastikan soalan dan jawapan anda tidak didedahkan kepada pihak lain bagi tujuan keselamatan.

4)Kemas kini Imej Online KWSP:

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar Imej Semasa Anda dengan imej yang baru melalui i-Akaun anda:

Langkah 1: Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu.

Langkah 2: Klik Profil > Kemas kini Imej Online.

Langkah  3: Sahkan Imej Semasa Anda.

Langkah  4: Pilih salah satu imej baru.

Langkah  5: Masukkan maklumat baru dalam Kemas Kini Frasa Anda.

Langkah  6: Tekan butang Hantar.

Langkah  7: Selesai.

5)Mengemaskini Maklumat Tambahan KWSP:

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar soalan dan jawapan rahsia melalui i-Akaun anda:

Langkah 1: Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu.

Langkah 2: Klik Profil > Mengemaskini Maklumat Tambahan.

Langkah  3: Pilih Bahasa Pertuturan.

Langkah  4: Pilih Tahap Pendidikan.

Langkah  5: Pilih Pendapatan Tahunan.

Langkah  6: Pilih Gaya Hidup/Minat.

Langkah  7: Maklumkan dari mana anda tahu mengenai i-Akaun.

Langkah 8: Tekan butang Hantar.

Langkah 9: Selesai.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KWSP atau hubungi di talian Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 08, 2022 00:24

April 7, 2022

Bayaran Harga Denda & Cara Ganti Baru Lesen Hilang JPJ

Jika lesen anda hilang, anda akan berhadapan dengan caj dan penalti yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Bayaran Harga Denda Lesen JPJ Hilang

Bayaran denda kali pertama, kali 2 dan seterusnya hanya RM20 untuk setiap kali ganti yang baru.

Jika lesen anda hilang kerana mengalami masalah banjir, pihak JPJ tidak akan mengenakan sebarang caj untuk meganti kad anda.

Baca juga: Ujian Memandu Test Online Bagi Kereta & Motosikal – eTesting JPJ

Cara Ganti Lesen JPJ Yang BaruSila hadir ke cawangan JPJ yang berdekatan dengan anda.Bawa bersama dokumen pentingAnda perlu isi borang permohonan JPL L1

NOTA: Untuk urusan yang ganti baru selepas anda kehilangan lesen jpj, anda sama sekali tidak boleh memohon secara online

Jika anda mahu mengantikan lesen dengan yang baru, anda perlu bawa bersama kad pengenalan yang asli dan tidak lupa juga salinan IC.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2022 23:10

Kod 201 Dan 010 Ralat Log Masuk Pengeluaran Khas KWSP

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 kini boleh dibuat bermula 1 April 2022.

Cara untuk mohon Pengeluaran Khas KWSP sangat mudah. Hanya dengan masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dapatkan no TAC/OTP melalui SMS.

Kemudian, barulah boleh meneruskan permohonan pengeluaran dengan memilih amaun pilihan, maklumat peribadi dan sebagainya.

Namun, sekiranya anda gagal log masuk Pengeluaran Khas KWSP, kemungkinan besar anda mempunyai masalah dengan nombor telefon.

Baca juga:

Tambahan 20 Peratus Penggantian Dari Jumlah Pengeluaran Khas KWSPSemak Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM10,000 Secara ‘One-Off’Error kod ralat 201 & 010 KWSP:

Berikut adalah antara punca terjadinya error tersebut, antaranya ialah:

Nombor sudah tidak aktif.Bertukar nombor telefon baru dan belum kemaskini nombor telefon dengan KWSP.

Tindakan yang perlu dibuat adalah dengan mengemaskini profil KWSP anda dengan maklumat-maklumat terkini di portal KWSP.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KWSPatau hubungi di talian Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2022 22:16

Permohonan Bantuan Zakat Untuk Pelajar UiTM Johor

Berita baik bagi pelajar UiTM cawangan Johor bagi sesi Mac – Ogos 2022, tawaran bantuan zakat untuk pelajar-pelajar kini dibuka untuk permohonan kepada yang layak.

Cara permohonan ada dikongsikan di bawah. Mahasiswa dijemput untuk memohon sebelum tarikh tutup.

Baca Juga :

Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM500 25 April IniCara Kemaskini No Telefon KWSP | Proses OTP/ TACTarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan bantuan zakat pelajar UiTM cawangan Johor dibuka mulai 3 April 2022 (Ahad) hingga 30 April 2022 (Sabtu).

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi:

Pemohon mestilah seorang yang beragama Islam.Pelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Pra-DiplomaTidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak universitiPermohonan hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap semester.Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen yang perlu dilampirkan bersama permohonan:

1 Salinan kad matrik pelajar.1 Salinan Pengesahan pendapatan / Slip Gaji.1 Salinan Slip pengesahan akaun.1 Salinan Surat perakuan doktor (jika perlu).1 Salinan Sijil kematian (jika perlu).Cara Permohonan:

Berikut adalah cara-cara untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang BANTUAN ZAKAT UiTM CAWANGAN JOHOR 2022.

Langkah 2: Pilih laman web sistem permohonan zakat.

Langkah 3: Masukkan no kad matrik dan kata laluan.

Langkah 4: Tekan Login dan ikuti langkah seterusnya di Manual Sistem Zakat UiTM.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang UiTM Johor atau hubungi Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Johor di talian tertera:

Kampus Segamat – Ustaz Nazrudin (07-9352090) / Ustaz Mohd Azhar (07-9352030)Kampus Pasir Gudang – Ustazah Azizah (07-3818038)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2022 21:21

Tetap Dalam Radar Dipecat Walau Pamer Persembahan Bagus Bersama Pasukan!

Dipecat atau Tidak?! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Mengapa jawatan Ancelotti dalam bahaya? Disini kami akan cuba jelaskan apa yang terjadi. Perlu difahami jawatan yang disandang jurulatih kelahiran Itali itu agak panas apabila kehadiran semula beliau pada musim panas lepas agak mengejutkan banyak pihak.

Real Madrid menghadapi kemelut yang agak teruk dengan musim lepas tanpa trofi serta diikuti dengan pemergian Zinedine Zidane bersama kapten Sergio Ramos dan rakan pertahanan tengahnya, Raphael Varane.

Pada masa yang tidak menentu dari segi moral, presiden kelab Florentino Perez memerlukan sepasang tangan yang ajaib iaitu seseorang yang mampu mengetuai tugas jangka pendek dengan tenang serta mampu membimbing pasukan keluar dari situasi yang bergelora.

Aspek kestabilan dan pengalaman sangat diperlukan pada waktu itu dan tiada siapa yang lebih sesuai selain daripada Ancelotti yang pernah menjadi jurulatih terdahulu dan faham akan sejarah serta latar belakang kelab. Beliau sendiri sedar akan perkara ini dan disebabkan itulah beliau kembali dari Everton.

Namun pada musim ini, tidak dapat dinafikan beliau dan pasukannya berjaya mengambil kesempatan ke atas penyandang juara, Atletico Madrid yang menghadapi musim tidak konsisten serta permulaan mengerikan daripada Barcelona dan kekurangan kekuatan dari Sevilla. Hal ini berjaya diatasi Real Madrid dengan mewujudkan kedudukan yang pasti tidak dapat dikalahkan di puncak La Liga.

Ini bermakna Ancelotti sudah bersedia untuk menjadi pengurus pertama dalam sejarah bolasepak dengan memenangi gelaran dalam setiap lima liga besar Eropah. Namun, segalanya akan ditentukan apabila musim tamat nanti.

Berbalik kepada isu pemecatan, banyak keputusan yang dilakukan Real sepanjang kempen sebahagian besarnya lebih baik dari persembahan mereka. Pasukan itu dikritik kerana terlalu bergantung kepada Karim Benzema untuk inspirasi menyerang dan aksi heroik penjaga gol, Thibaut Courtois.

Ketiadaan Benzema nyata memberi impak yang ketara beberapa minggu lepas apabila Real mengalami kekalahan yang memalukan 4-0 di laman sendiri di tangan Barcelona yang tampak kembali dengan kekuatan pemain muda serta mempunyai dorongan serius untuk mencabar semua trofi musim depan.

Kritikan utama terhadap beliau sepanjang musim ini adalah keupayaan beliau melakukan penggiliran pemain serta kerap menggunakan skuad yang sama tanpa mengira prestasi pemain. Bagi Perez, persembahan memalukan seperti itu merupakan isyarat untuk menukar jurulatih. Sebagai contoh, Rafael Benitez dipecat sejurus selepas kekalahan 4-0 ditempat sendiri oleh Barca pada tahun 2015.

Julen Lopetegui juga pergi serta merta selepas tewas 5-1 di Nou Camp pada 2018 dan Santi Solari dipecat berikutan kekalahan 4-1 di Liga Juara Juara Eropah di tempat sendiri kepada Ajax beberapa bulan kemudian. Suka untuk diingatkan, sangkaan bahawa Perez tidak sepenuhnya mempercayai Ancelotti diperkuatkan lagi dengan fakta mudah iaitu beliau pernah memecat Ancelotti sekali pada tahun 2015 setahun selepas merangkul gelaran Eropah ke 10 kelab itu.

Nampaknya sejarah berkemungkinan akan berulang dalam beberapa minggu akan datang. Namun dengan hanya satu lagi kejayaan Liga Juara Juara Eropah atau kempen cemerlang La Liga dijangka cukup untuk memujuk Perez supaya tidak memecat Ancelotti.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2022 20:21

Skuad B-23 Kebangsaan – Laluan Getir Bertemu Juara Bertahan, Thailand!

Selamat Berjuang Skuad B-23. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Pasukan Harimau Muda Malaysia bawah 23 tahun akan bertembung dengan juara 16 kali, Thailand dalam siri ke 31 SEA Games Hanoi pada Mei nanti selepas dua negara ini di undi didalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan B.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan di laman facebook hari ini bahawa pasukan Malaysia yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Australia, Brad Maloney juga diundi bersama Kemboja, Singapura dan Laos dalam acara bolasepak yang akan berlangsung dari 6 Mei sehingga 22 Mei di acara dwitahunan itu.

Perjalanan Malaysia akan sukar apabila perlawanan pertama akan menentang Thailand pada 7 Mei dan seterusnya Laos pada 11 Mei, Singapura pada 14 Mei dan akan melengkapkan perlawanan kumpulan menentang Kemboja pada 16 Mei nanti. Kesemua perlawanan kumpulan B akan berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Undian pada hari ini juga menyaksikan juara bertahan, Vietnam berada dikumpulan A bersama dengan Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste. Hanya dua pasukan teratas kumpulan masing masing sahaja yang akan melayakkan diri ke pentas separuh akhir yang akan berlangsung pada 19 Mei dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 22 Mei.

Pasukan kebangsaan bawah 23 tahun negara sebelum ini dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee telah gagal untuk melepasi peringkat kumpulan pada edisi tahun 2019 di Filipina walaupun beliau pernah membimbing pasukan negara mendapatkan pingat perak pada edisi tahun 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Kali terakhir pasukan Malaysia memenangi “ibu kepada semua pingat” ini adalah pada tahun 2011 yang berlangsung di Indonesia apabila Datuk Ong Kim Swee jugalah yang membimbing pasukan kebangsaan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2022 20:06

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.