Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 222

April 9, 2022

Cara Check No Akaun Scammer Di Malaysia

Adakah anda pernah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali tetapi memperkenalkan diri mereka dari Polis Diraja Malaysia PDRM, Jabatan pengangkutan Jalan, dari mahkamah ataupun dari Lembga Hasil Dalam Negeri LHDN.

Anda jangan terpedaya kerana ini ialah modus operandi mereka, malah ada yang tertipu beribu-ribu ringgit memperdayakan rakyat Malaysia hari ini.

Cara Check Scammer MalaysiaApa yang perlu anda lakukan adalah pergi terus ke link pautan portal semakmule di sini, http://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau https://semakmule.rmp.gov.myData ini dikumpulkan berdasarkan report yang dibuat oleh rakyat Malaysia yang cuba ditipu oleh scammer melalui panggilan telefonKriteria ScammerCuba untuk mendapatkan maklumat penting mengenai diri anda termasuk nombor kad pengenalan (no IC anda)Mereka minta pula nombor kad kredit anda termasuk 3 no pin di belakang kadMesej di telefon atau mesej di email yang mengandungi pautan link daripada seseorang yang anda tidak kenaliMemaklumkan yang anda ada saman tertunggak atau kes mahkamah melalui panggilan telefon sahaja
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 09, 2022 22:37

Jawatan Kosong Muzium Kesenian Islam Malaysia – Minima SPM Layak Mohon!

Jawatan Kosong Muzium Kesenian Islam Malaysia

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Muzium Kesenian Islam Malaysia

Latar Belakang

Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam. Ia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan dibuka pada 12 Disember 1998.

Baca Juga: Jawatan Kosong Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd 

Jawatan:

1. HUMAN RESOURCE MANAGER (NEW)

2. IT SUPPORT (NEW)

3. WAITER /WAITRESS – MOZA RESTAURANT (NEW)

4. MUSEUM ASSISTANT – CUSTOMER SERVICE (NEW)

5. MAINTENANCE TECHNICIAN (NEW)

6. EDUCATION MANAGER (UPDATED)

7. HEAD OF CONSERVATION

8. MARKETING & EVENTS MANAGER

9. PAINTINGS CONSERVATOR

10. ASSISTANT CURATOR / RESEARCHER

Tarikh tutup permohonan : 30 April 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 09, 2022 22:18

Jawatan Kosong Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd – Jom Mohon!

Jawatan Kosong Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Latar Belakang

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) ialah syarikat usaha sama Kumpulan Makanan tersenarai Singapura, QAF Ltd, yang turut mengendalikan Gardenia Singapura dan Filipina serta syarikat Malaysia, Padiberas Nasional Berhad.

Pada tahun 1969, seorang warga Amerika bernama Horatio Sye Slocumm telah dihantar oleh International Executive Service Corporation (IESC) ke Malaysia Timur untuk memulakan kedai roti. Encik Slocumm membawa bersamanya pengalaman membakar selama 35 tahun dengan salah satu rangkaian kedai roti terkemuka di Amerika. Gardenia dilahirkan.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd melancarkan roti pertama keluar dari pasarannya pada 1986. Dalam tempoh empat tahun yang singkat, ia menjadi peneraju pasaran roti dengan kadar penarikan semula jenama 99 peratus yang mengagumkan dan 80 peratus penarikan semula terunggul.

Rangkaian produk Gardenia berkembang dan berkembang sepanjang tahun, menjadi lebih baik dan lebih baik dengan setiap langkah. Dengan memanfaatkan kekuatan jenamanya, Gardenia kini menghasilkan pelbagai produk bakar untuk memenuhi permintaan pengguna.

Baca Juga: Jawatan Kosong KLCC (Holdings) Sdn Bhd

Jawatan:

1. BOILERMAN

2. OFFICER – INFORMATION TECHNOLOGY

3. ASSISTANT MANAGER – TREASURY

4. EXECUTIVE – RESEARCH & DEVELOPMENT

Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh tutup permohonan : 16 April – 08 May 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 09, 2022 22:02

Cara Mohon Mykid Untuk Anak Anda Mulai April 2022

Semasa PKP permohonan Mykid tidak dibuka. Berita Baik!

Permohonan kad pengenalan kanak-kanak atau MyKid telah dibuka semula bermula 4 April 2022.

Apakah Itu MyKid?

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Cara Permohonan MyKid

My Kid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Sijil Kelahiran Malaysia/ Borang W (asal)Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)Anda boleh terus ‘walk in’ ke JPN berdekatan anda

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan di Portal Jabatan Pendaftaran Negara berikut: https://www.jpn.gov.my/my/

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288
Emel(@jpn.gov.my): pro

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 09, 2022 21:33

Mas Idayu Bakal Berkahwin Dengan Penerbit Eksekutif TV3

Mas Idayu yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa dirinya sudah bersedia untuk memiliki pasangan hidup yang boleh menemaninya dihari tua nanti.

Dia yang kini berhijab dan tampil lebih berani dengan busana yang unik dan mempersona setiap kali muncul di kaca televisyen sudah tidak menyembunyikan identiti lelaki pilihannya itu lagi.

Sebelum ini , Mas Idayu masih belum bersedia berkongsi tentang pilihan hatinya dan masih dalam fasa mengenali dan tidak mahu berkongsi tentang hubungan mereka.

Baru-baru ini , dalam satu temubual bersama wartawan , Mas Idayu sempat berkongsi tentang indentiti  bakal suaminya dan detik perkenalan mereka sehingga bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun ini.

Bakal suaminya yang juga seorang Penerbit Eksekutif di TV3 iaitu Sufian Isa dikatakan mula menjalin hubungan serius dengannya sejak beberapa bulan lalu.

Mereka yang sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lagi dan hanya berkerjasama secara profesional dan tidak pernah menyangka akan bersama pada akhirnya.

Mas Idayu yang pernah berkongsi rasa teruja apabila mengatakan dirinya dilamun cinta dan tidak menyangka akan merasai perasaan itu sekali lagi selepas menjanda selama 15 tahun.

“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri. Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik.

“Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Dari hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang serius.

“Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan,” katanya.

Tidak membuang masa , Mas Idayu juga mengakui bahawa kekasihnya , Sufian juga sudah berjumpa dengan kakak sulungnya untuk melamar dirinya mengikut adat melayu.

“Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.

Mas Idayu juga menzahirkan rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki baik dan boleh menjaganya malah mendapat restu daripada anak perempuan tunggalnya.

“Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tapi lebih pada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Malah, anak saya juga yang aturkan tempat untuk kami berjumpa empat kali.

“Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula ada beberapa, tinggal nak pilih saja,” katanya.

Sempena bulan Ramdahan yang mulia ini Mas Idayu banyak meluangkan masa dengan aktiviti Dapur Pasak bersama Putra Amaris yang mana Dapur Pasak membekalkan keperluan dapur kepada golongan asnaf dan juga anak-anak yatim.

Sekadar info, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006 .

Hasil perkahwinan telah  dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun dan tinggal bersama Mas Idayu .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 09, 2022 16:47

United Pamer Aksi Hambar – Tewas Ditangan Everton Yang Bergelut Dengan Prestasi!

Apa sudah terjadi dengan United? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Perlawanan diantara Everton dan Manchester United yang berlansung di Stadium Goodison Park disajikan dengan aksi hambar dan tidak bertenaga dari kedua dua pasukan.

Namun, Everton berjaya mencuri peluang dan mengambil kelebihan beraksi di laman sendiri dengan mengutip 3 mata penuh dihadapan 39,572 penyokong sendiri. Ini bermakna Everton berjaya mengelak dari penyingkiran dan keciciran mata.

Meskipun bergelut dengan prestasi semasa di bawah kendalian pengurus baharu iaitu Frank Lampard namun Everton ternyata bijak dalam percaturan menewaskan Manchester United yang juga sedang bergelut dengan prestasi semasa.

Pada separuh masa pertama, United lebih mengawal permainan dengan 63 peratus posisi berjaya dipegang dan memaksa Everton untuk bertahan. Asakan demi asakan di lakukan United namun buntu untuk menembusi kubu pertahanan Everton yang kebal lebih lebih lagi penjaga gawang, Jordan Pickford yang beraksi cemerlang.

Marcus Rashford antara pemain berbahaya dengan serangan beliau apabila sepakan separuh voli pada minit ke 12 namun berjaya ditepis keluar Pickford. United terus mengasak dengan hantaran silang Alex Telles berjaya mendapatkan Rashford yang menanduk deras ke arah Pickford namun penjaga gol itu sekali lagi menidakkan serangan itu.

Everton tidak mencatatkan sebarang ancaman namun pada minit ke-28, Richarlison memulakan serangan di bahagian kiri dan menghantar bola ke bahagian tengah. Bola tersebut berjaya diambil oleh Anthony Gordon lalu melakukan rembatan kencang luar kotak penalti dan menghasilkan gol pertama perlawanan.

Walaupun bola tersebut melantun ke badan Maguire dan menyebabkan jaringan gol, barisan pertahanan United perlu dipersalahkan juga kerana lalai mengawal situasi. Separuh masa pertama tamat dengan dominasi kedua pasukan tanpa tambahan jaringan.

Namun pada separuh masa kedua Everton lebih cenderung kepada bertahan dan United pula menyerang tanpa hasil gol berjaya dihasilkan atas sebab pertahanan ampuh dari Everton dan juga kecekapan Pickford. Perlawanan tamat dengan Everton berjaya mendapatkan 3 mata penting.

Kemenangan diraih Everton ini merupakan kemenangan penting untuk mengelak dari tersingkir namun kekalahan Manchester United ini tampak mengelapkan harapan mereka untuk merebut tempat ke 4 serta slot automatik ke Liga Juara Juara Eropah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 09, 2022 15:15

April 8, 2022

Luka Bernanah Disimbah Air Panas , Dicili Dan Diikat ” – Saksi Kes Bella

Kisah ini sudah tular sejak 2021 yang mana penderaan kanak-kanak perempuan OKU iaitu Bella pernah menggemparkan seluruh Malaysia .

Kes ini kembali menjadi perbualan hangat  untuk justiceforbella apabila terdapat perkongsian kenyataan saksi yang telah tersebar di medai sosial.

Kes yang masih dalam perbicaraan ini mempunyai beberapa saksi mata yang hadir memberi keterangan berkenaan kes ini bagi membantu siasatan.

Terdapat ramai pengguna aplikasi media sosial berkongsi kenyataan tersut dan bercerita tentang kisah oenderaan adik Bella di laman sosial masing-masing bagi mengambarkan rasa tidak puas hati dan menginginkan pembelaan bagi pihak adik Bella.

Rata-rata netizen merasakan penderaan yang dilakukan adalah keterlaluan dan tidak berperikemanusian malah beharap agar Siti Bainun menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Melalui satu kenyataan , saksi yang merupakan seorang remaja telah menceritakan kejadian yang berlaku kepada Bella dengan lebih terpirinci dan teliti.

Malah saksi mengakui yang dirinya turut sama mendera Bella dan melakukannya kerana dipaksa oleh tertuduh dan takut kepada Siti Bainun .

“Masa tertuduh mandikan Bella, dia minta saksi ambil air panas, dia simbah dekat luka Bella yang masih bernanah.”

“Bukan itu sahaja, tertuduh turut menggunakan kepala ‘water heater’ yang tengah panas dan tekap di dada Bella sebelum menyimbah air panas sehingga membuatkan kanak-kanak itu terberak”

“Tertuduh suruh Bella ambil najis dia makan. Mula-mula Bella taknak, tertuduh ugut nak letak cili dekat luka-luka dia. Bella pun makan.”

Malah beberapa saksi lainnya juga memberikan kenyataan berkenaan kes ini dan ada menyatakan bahawa adik Bella didera fizikal dan mental walaupun berkelakuan baik.

Siti Bainun dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sekadar info, Bella ditemui di kondominium milik Siti Bainun dalam keadaan yang menyedihkan dan luka yang teruk pada bahagian tubuhnya bersama parut lama yang membuatkan pihak yang menemui Bella itu membuat laporan polis.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 08, 2022 23:14

Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP 10K | Apa Maksud Status Diterima?

Semakan status Pengeluaran Khas KWSP kini boleh disemak di portal rasmi bagi ahli yang mahu buat pengeluaran KWSP RM10K one-off.

Adakah anda sudah membuat permohonan pengeluaran?

Diingatkan, tiada pindaan boleh dibuat pada permohonan kali ini ya!

Di sini kami kongsikan cara buat semakan dengan mudah.

Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Cara Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP

Berikut adalah langkah semakan :

Layari Portal Pengeluaran di sini.Klik Teruskan.Tekan Semakan Status Permohonan.Isikan Nombor MyKad anda.Isi No Telefon Bimbit.Sahkan Captcha.Tekan Semakan Status.Keputusan permohonan anda dipaparkan sama ada DITERIMA atau TIADA DALAM REKOD.

semakan status permohonan telah diterima kwsp (1)

status permohonan tiada dalam rekod kwsp

Apakah Maksud Status Permohonan Diterima Atau Tiada Dalam Rekod?

Ramai ahli yang memohon bingung dengan status permohonan yang dipaparkan.

Permohonan diterima adakah bermaksud LULUS?

Ataupun permohonan tersebut hanya sekadar diterima oleh pihak KWSP?

Menurut netizen dalam group Pengeluaran Khas KWSP RM10k FB, sila lihat gambar di bawah :

group fb kwsp 10k

netizen fb 10k kwsp

Namun, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) masih belum keluarkan kenyataan mengenai isu ini.

Harap bersabar dan tunggu kenyataan daripada pihak atas.

Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk FAQ Pengeluaran KWSP.

Atau hubungi KWSP di talian Hotline 03-8922 4848.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 08, 2022 16:10

Jawatan Kosong Di Maybank Banking Berhad – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di Maybank Banking Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Sr. Security Consultant, Threat & Vulnerability Management
2. Senior Security Endpoint Engineer
3. Senior Network Security Engineer
4. Personal Financial Advisor (Nationwide)
5. Relationship Manager, Premier Wealth
6. Internship 2022
7. Maybank’s Protégé Programme (Ready-To-Work) (Nationwide)
8. PERSONAL FINANCIAL ADVISOR (NATIONWIDE)
9. Global Maybank Apprentice

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Maybank Banking Berhad.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 08, 2022 09:18

Jawatan Kosong Di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. ASSISTANT AIR TRAFFIC CONTROL OFFICER GRADE A29

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 16 April 2022 (Sabtu)
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 08, 2022 09:06

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.