Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 226
April 4, 2022
Penjawat Awam Dapat ‘Bonus’ RM500 Sempena Aidilfitri
Baca juga:
Masjid Hagia Sophia Adakan Solat Tarawih Pertama Selepas 88 TahunWanita Kantoi Belanja Lebih RM1,000 Guna Kad ATM Orang LainTarikh Bantuan:Bantuan Khas Aidilfitri akan diagihkan bersama dengan pembayaran gaji April (25 April 2022).
Kategori Penerima:Berikut adalah kategori-kategori penerima bantuan:
Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah – RM500.Kakitangan di bawah skim ‘contract of service,’ ‘contract for service,’ pegawai sambilan harian / MySTEP – RM500.Pesara Kerajaan – RM250.Kesimpulan:Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Jawatan Kosong Di PICOMS International University College – Minima SPM
Permohonan Jawatan Kosong di PICOMS International University College dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Juruteknologi Makmal (Gred U29)
2. Pembantu Pusat Farmasi N17
3. Eksekutif N32
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,200.00 – RM17,200.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di PICOMS International University College.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Permohonan dan Borang Disini – Juruteknologi Makmal
Permohonan dan Borang Disini – Pembantu Pusat Farmasi
Permohonan dan Borang Disini – Eksekutif
Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Segamat – Minima PT3/PMR
Permohonan Jawatan Negeri Johor di Majlis Perbandaran Segamat dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
3. PEMBANTU AWAM H11
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,218.00 – RM5,753.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Perbandaran Segamat.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Melaka Halal Hub – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Negeri Melaka di Melaka Halal Hub dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pegawai Kewangan
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 13 April 2022Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan
Gaji : 2,500.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Melaka Halal Hub.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Wanita Kantoi Belanja Lebih RM1,000 Guna Kad ATM Orang Lain
Keningau: Tindakan seorang wanita warga tempatan berbelanja sakan menggunakan kad ATM yang ditemuinya membawa padah apabila dia ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, hari ini.
Suspek merupakan seorang wanita berusia lingkungan 33 tahun tersebut ditahan selepas didapati membelanjakan sebanyak RM1,365 dari akaun mangsa di beberapa pasar raya serta stesen minyak di sekitar daerah Keningau.
Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, mangsa telah membuat laporan kehilangan kad ATM Bank CIMB miliknya yang dipercayai tercicir semasa berada di Keningau.
Baca juga:
2 Hari Yang Cukup Sukar Buat Sharnaaz AhmadAmyra Rosli Sakit Hingga Sukar Untuk Bergerak , Kaki Bengkak Dan LebamMangsa telah menyemak baki wang melalui aplikasi ‘CIMB Clicks’ mendapati, wang di dalam akaun miliknya itu berkurangan dan terdapat beberapa transaksi pembelian dibuat secara ‘Pay Wave’.
Hasil daripada siasatan dan risikan sepasukan pegawai polis anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil telah berjaya menahan suspek. Suspek bertindak sedemikian kerana mahu membeli barangan keperluan dirinya.
Nor Rafidah berkata, siasatan kes masih dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.
Sehubungan itu, Nor Rafidah menasihatkan orang ramai yang tercicir kad ATM supaya segera melaporkan kepada pihak bank.
Katanya, ia bagi memastikan kad ATM yang tercicir itu tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Harian Metro
EPL Akhirnya Terima Cadangan Pertukaran 5 Pemain!
5 Pemain Musim Hadapan 23/24. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Premier League atau dikenali sebagai EPL akan memperkenalkan lima pertukaran pemain untuk setiap kelab dalam satu perlawanan musim hadapan. Peraturan ini akan diperkenalkan apabila tarikh jendela perpindahan musim panas diumumkan.
Pertukaran lima pemain pada awalnya diperkenalkan pada Mei 2020 disebabkan oleh pandemik coronavirus. Namun, peraturan ini telah beralih semula kepada pertukaran tiga pemain untuk musim 2021/2022. Kelab teratas liga memainkan peranan penting apabila telah mengundi untuk peraturan pertukaran ini pada mesyuarat pemegang saham dari semua 20 kelab Premier League khamis lepas.
Pada dua tahun lepas, banyak kelab telah beberapa kali menolak untuk peraturan pertukaran lima pemain ini atas sebab sebab tertentu namun akhirnya menerima pada musim ini. Pihak Premier League juga telah mengesahkan tarikh jendela perpindahan musim panas yang akan bermula pada hari Jumaat 10 Jun dan akan berakhir pada hari Khamis 1 September pada pukul 11 malam. Pihak liga juga mengumumkan perubahan pada ujian Covid19 dengan hanya individu bergejala sahaja yang akan membuat ujian.
“Pemegang saham Premier telah berjumpa dan berbincang tentang pelbagai perkara. Antaranya adalah kelab kelab telah bersetuju untuk mengubah peraturan tentang pertukaran pemain. Pada musim hadapan, kelab kelab akan dibenarkan untuk menggunakan lima pertukaran sebanyak tiga kali semasa perlawanan berlangsung dengan peluang tambahan pada separuh masa. Jadi, sembilan pemain simpanan boleh dinamakan dalam pasukan.”
“Kami juga mengesahkan bahawa pintu perpindahan musim panas 2022 akan dibuka pada 10 Jun dan akan berakhir pada 1 September selari dengan liga eropah lain. Untuk tambahan, Premier League hari ini mengemas kini langkah langkah untuk Covid19. Pada 4 April nanti, liga akan keluarkan arahan untuk mengubah ujian Covid19 kepada pemain dan kakitangan yang perlu menjalani ujian dua kali seminggu kepada ujian hanya kepada individu yang mempunyai gejala.
Antara perkara utama lain termasuk penyingkiran keperluan pasport klinikal untuk mengakses kawasan larangan sebelum ini di padang latihan dan pada hari perlawanan apabila liga perdana kembali beroperasi seperti biasa.” ujar wakil Premier League.
Jurulatih EPL seperti Thomas Tuchel, Pep Guardiola,Jurgen Klopp serta Ralf Rangnick antara jurulatih yang menyokong peraturan baharu ini demi kebaikan pemain serta sedikit sebanyak membantu kakitangan jurulatih dalam taktikal. Namun ada juga jurulatih yang membantah seperti Sean Dyche yang menyatakan peraturan itu akan memberi kelebihan kepada kelab besar yang mempunyai ramai pemain bintang.
Penglibatan Bolasepak Inggeris Di Bulan Ramadan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dengan Sempurna. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Pada hari sabtu ini tarikh 3 April 2022 (Masihi), Hari Ahad Bersamaan 1 Ramadhan 1443 (Hijrah) bakal bermula bulan Ramadan untuk seluruh umat Islam di seluruh dunia serta kewajipan berpuasa selama sebulan dan mengakhiri puasa dengan sambutan Aidilfitri pada 2 Mei nanti.
Namun, pemain beragama Islam yang beraksi di liga perdana inggeris juga menunaikan tanggungjawab berpuasa walaupun beraksi secara kompetitif di bulan mulia itu nanti. Ini bermakna, dalam 52 perlawanan liga perdana yang berlangsung nanti di bulan Ramadan ada 9 perlawanan yang akan berlangsung di sebelah petang. Jadi pemain yang beragama Islam akan berbuka ketika perlawanan sedang berlangsung.
Sebagai contoh, pada musim lepas perlawanan antara Leicester City menentang Crystal Palace di King Power Stadium telah di berhentikan seketika oleh pengadil untuk memberi laluan kepada pemain pertahanan “Foxes” Wesley Fofana dan pemain tengah “The Eagles” Cheikhou Kouyate yang masing masing beragama Islam untuk berbuka.
Pada musim ini, walaupun tiada kenyataan rasmi berkenaan peraturan berbuka puasa dari kelab liga perdana inggeris namun berbuka boleh diminta oleh kapten pasukan kepada pengadil untuk pemain yang berpuasa sebelum perlawanan berlangsung. Pada musim lepas, kapten pasukan memainkan peranan penting untuk berbincang dengan pengadil sebelum perlawanan dimulakan dan pengadil bersedia untuk memberhentikan perlawanan pada masa yang sesuai.
Masa yang sesuai itu adalah apabila matahari terbenam pengadil akan mengarahkan pemain yang berpuasa untuk pergi ke tepi padang serta mengambil minuman dan makanan yang sesuai untuk berbuka dalam masa yang singkat. Jadi perkara ini tidak akan menganggu rentak permainan serta tidak memberhentikan perlawanan terlalu lama. Pengadil juga telah diberikan pemahaman asas tentang bulan Ramadan apabila telah diberi kursus khas daripada Nujum Sports semalam.
Nujum Sports juga telah menaja pelbagai keperluan asas kepada pemain beragama Islam di England tidak kira liga rasmi atau tidak sejak awal bulan lalu dengan memberikan pek hadiah yang berisi kurma, air zam zam, sejadah serta pewangi badan. Kolaborasi yang dilakukan badan sukan ini banyak membantu liga perdana inggeris dalam membantu komuniti Muslim untuk menyambut bulan Ramadan ketika perlawanan liga masih berlangsung.
April 3, 2022
Resepi Berbuka: Ikan Pari Bakar Bungkus Daun Pisang Persis Bazar Ramadan
Menu Berbuka Hari ini – Ikan Pari Bakar dan ulam-ulaman pastinya membuka selera. Disini kami berkongsi resepi daripada saudari Erma Azizie rasa sedap macam beli dekat bazar Ramadhan.
Sedap dan mudah untuk disediakan, tak perlu guna arang pun. Bakar guna pemanggang ajaib je. Kalau nak guna ketuhar pun boleh. Mudah kan?
Resepi: Ikan Pari Bakar Bungkus Daun Pisang
Baca juga:
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri & Versi Tak PedasResepi Nasi Ayam – 3 Jenis Resepi Nasi Ayam Paling SedapBahan-Bahan Masakan:Berikut adalah bahan-bahan untuk memasak:
Bahan 1: 3 ekor ikan pari saiz sedang.
Bahan 2: 2 biji bawang besar.
Bahan 3: 3 ulas bawang putih.
Bahan 4: 10 tangkai cili kering – buang biji dan rebus.
Bahan 5: 3 biji cili merah besar.
Bahan 6: 4 biji cili padi.
Bahan 7: Garam dan gula secukup rasa.
Bahan 8: Serbuk perasa.
Bahan 9: Asam keping.
Bahan 10: Daun limau purut – mayang halus.
Bahan 11: Daun kunyit – buang urat tengah & mayang halus.
Bahan 12: Daun pisang secukupnya.
Bahan 13: Aluminium foil secukupnya.
Cara Masak:Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakannya:
Langkah 1: Cuci bersih ikan pari dan toskan airnya. Ketepikan.
Langkah 2: Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili merah besar dan cili padi hingga halus.
Langkah 3: Ambil kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sampai garing.
Langkah 4: Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
Langkah 5: Masukkan juga hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Sebatikan. Siap.
Langkah 6: Untuk membakar ikan, ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang.
Langkah 7: Ambil sedikit sambal dan letak atas daun pisang. Letakkan ikan dan kemudian letak lagi sambal tadi.
Langkah 8: Balut aluminium foil dengan kemas dan bakar ikan hingga masak menggunakan pemanggang, ketuhar atau Air Fryer.
Beginilah hasil akhirnya. Selamat berbuka puasa.
Kredit resipi & foto: Erma Azizie
Semak Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM10,000 Secara ‘One-Off’
Berita baik bagi pencarum KWSP, permohonan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10K kini dibuka. Permohonan boleh dibuat melalui portal khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mulai 1 April 2022.
Butiran selanjutnya ada dibawah.
Baca juga:
Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10k | Mohon Sekarang!KWSP RM10K One-Off : Tarikh Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mohon Butiran Pengeluaran Khas KWSP:Berikut adalah antara butiran pengeluaran khas KWSP:
Pembayaran pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli KWSP.Bayaran akan dibuat dalam satu kali bayaran (one – off) sahaja.Pemohon perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri.Jumlah Maksimum Pengeluaran Khas RM10,000Jumlah Minimum sebanyak RM50.Wajib mengekalkan baki jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun. Tarikh Semakan Dibuka:Semakan status kelulusan permohonan bagi pengeluaran khas KWSP boleh dibuat mulai 9 April 2022.
Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk Pengeluaran Khas KWSP RM10,000:
Langkah 1: Layari laman sesawang KWSP dan pilih Mohon Sekarang.
Langkah 2: Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
Langkah 3: Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan.
Langkah 4: Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN).
Langkah 5: Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
Langkah 6: Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan. Tekan TERUSKAN.
Langkah 7: Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMBAYARAN dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
Langkah 8: Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
Langkah 9: Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakauan dan tandakan saya bukan robot dan tekan HANTAR. Selesai.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KWSP atau hubungi di talian Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.
2 Hari Yang Cukup Sukar Buat Sharnaaz Ahmad
Setelah menduda selama hampir 3 tahun pelakon popular , Sharnaaz Ahmad mengakui masih merasa sedih dan sebak setiap kali menjelang Ramadan.
Dia yang berkongsi rasa apabila sering ditanya netizen tentang perasaannya apabila sudah hidup secara solo selepas berpisah dengan bekas isterinya dahulu.
Melalui Insta Story miliknya, Sharnaaz berkata kehidupan solo sememangnya cukup tenang tanpa tekanan namun masih merasakan emosi yang sama setiap kali menyambut Ramadan dan Syawal.
Sharnaaz juga mengakui yang hari pertama Ramadhan dan hari pertama Aiilfitri membuatkan dia merasa sedih dan kekurangan dalam menyambut kehadiran bulan tersebut .
“Orang tanya macam mana kehidupan solo? Jawapannya, sangat relaks dan tiada tekanan serta pening kepala.Tetapi esok akan ada sedikit ‘koyak’ dan lagi sebulan selepas itu . Dalam setahun, dua hari itu saja akan ‘koyak’,” kongsinya.
Walaupun tidak menghadapi masalah untuk berjumpa dengan anaknya , Jebat dan sering meluangkan masa bersama dengan berkongsi di media sosial tentang aktiviti dan keletah jebat yang sememangnya mencuit hati.
Sharnaaz yang kini lebih aktif di Youtube channel miliknya dan masih aktif berlakon malah telah membuka cabang makanan di bawah naungan Bumblebee .
Hari raya yang bakal tiba juga menjadikan Sharnaaz aktif sebagai model untuk baju melayu bulan bintang yang menjadi tarikan para jejaka seluruh Malaysia.
Sebagai info , Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila (kakak kepada selebriti Neelofa ) pada 31 Mac 2017 namun telah berpisah secara baik pada 9 Julai 2020 dan pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berumur empat tahun.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
