2 Hari Yang Cukup Sukar Buat Sharnaaz Ahmad

Setelah menduda selama hampir 3 tahun pelakon popular , Sharnaaz Ahmad mengakui masih merasa sedih dan sebak setiap kali menjelang Ramadan.

Dia yang berkongsi rasa apabila sering ditanya netizen tentang perasaannya apabila sudah hidup secara solo selepas berpisah dengan bekas isterinya dahulu.

Melalui Insta Story miliknya, Sharnaaz berkata kehidupan solo sememangnya cukup tenang tanpa tekanan namun masih merasakan emosi yang sama setiap kali menyambut Ramadan dan Syawal.

Sharnaaz juga mengakui yang hari pertama Ramadhan dan hari pertama Aiilfitri membuatkan dia merasa sedih dan kekurangan dalam menyambut kehadiran bulan tersebut .

“Orang tanya macam mana kehidupan solo? Jawapannya, sangat relaks dan tiada tekanan serta pening kepala.Tetapi esok akan ada sedikit ‘koyak’ dan lagi sebulan selepas itu . Dalam setahun, dua hari itu saja akan ‘koyak’,” kongsinya.

Walaupun tidak menghadapi masalah untuk berjumpa dengan anaknya , Jebat dan sering meluangkan masa bersama dengan berkongsi di media sosial tentang aktiviti dan keletah jebat yang sememangnya mencuit hati.

Sharnaaz yang kini lebih aktif di Youtube channel miliknya dan masih aktif berlakon malah telah membuka cabang makanan di bawah naungan Bumblebee .

Hari raya yang bakal tiba juga menjadikan Sharnaaz aktif sebagai model untuk baju melayu bulan bintang yang menjadi tarikan para jejaka seluruh Malaysia.

Sebagai info , Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila (kakak kepada selebriti Neelofa ) pada 31 Mac 2017 namun telah berpisah secara baik pada 9 Julai 2020 dan pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berumur empat tahun.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 03, 2022 21:58
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.